! Skytech BELOG !! | Ezadskytech.com ! Skytech BELOG !! | Ezadskytech.com

GuaBLOG | Interesting ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 17, 2013

Film Review : Oh Mak Kau (O.M.K)

> Whats Up Guys...

Huhh, lamanya da tak buat review movie baru kat blog ni...last movie yang sempat di review masa hujung bulan Mac hari tu la, G.I Joe : Retaliation...lepas tu banyak pulak movie yang best terlepas nak buat review macam movie Iron Man 3...Vehicle 19 ? Lakonan Paul Walker, hero movie Fast & Furious 6 tu...eh, movie tu tak payah tengok la...tak berapa best...bagi aq la...jauh meleset expectation aq...macam tu je ke jalan cerita dia...hee...kali ni layan Oh Mak Kau (O.M.K) la pulak...lama da tak layan movie komedi kat wayang ni...hee...

Oh Mak Kau !

> Sinopsis "Oh Mak Kau" :

Sam (Jep Sepahtu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja dengan ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri telah mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mecuri, mereka berdua akan menyamar bermacam-macam gaya dan yang peliknya setiap kali selepas mencuri, pasti mereka akan mengemas tempat tersebut. 

Kepulangan semula Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka, Lutfan (Syamsul Yusof) dan seterusnya berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan. 

Berjayakah Sam dan Mun menyelamatkan Que ? Siapakah sebenarnya Que ?

Oh Mak Kau !


#MyReview "Oh Mak Kau"
  • Sebuah filem bergenre komedi lakonan bersahaja Jep Sepahtu (Sam), Shuib Sepahtu (Mun), Ain Nordin (Que), Syamsul Yusof (Lutfan), Abon (Pak Maun), Didie Alias (Embun), Yassin (Taipo),Wan Maimunah (Mama San) dan ramai lagi...
  • Di awal permulaan cerita lagi da boleh buat korang ketawa...ada ke patut nak mencuri kat rumah orang bagi salam dulu...da lepas curi tu siap boleh tolong kemaskan ruang tamu yang berselerak tu...siap ada mission tu..."Pergi la tutup pintu tu, nanti pencuri masuk !" Tak sedar diri yang mereka tu sedang mencuri...adoiii...HAHA...
  • Jep Sepahtu dengan Shuib Sepahtu ni bantai skrip spontan ke ? Ada part yang dorang macam nak bantai gelak tapi tahan gelak je...lagi2 si Jep tu haa...mesti ada dialog "Tengkorak kau !!"...apa pun tak boleh la Jep ni...HAHA...
  • Part nak curi boxer tu memang sengal...dalam filem boleh la...siap menyanyi lagi dalam kedai...tak kantoi...kalau realiti, memang da kena da mereka ni...lepas tu, baik giler dorang...curi sehelai je...lepas tu siap tolong kemaskan pakaian yang berselerak kat kedai bundle tu...
Terkejut sampai berbuih mulut, dan yang terkejut terus menjerit...apehal ? HAHA...

  • Sebenarnya, siapakah Que ni agaknya ye ? Relaks dan selamba je lawan dengan gangster seorang diri...huhu...
  • Plot dan jalan cerita mungkin boleh digarap dengan lebih kemas lagi...part lawan2 tu masih nampak kaku...kereta WIRA je berani letupkan ? Hehe...part komedi boleh tahan la...bantai gelak jugak la dengan gelagat Jep dan Shuib tu...cukup la ada Jep dan Shuib...hee...

Rating - 7/10 (Sangat la sesuai ditonton OMK jikalau nak releasekan tension...lagi feeling tengok movie Oh Mak Kau ni daripada tengok movie Vehicle 19...opppss....HAHA)


P.S - Pantas dan Garang 6....grrrr...(,^^)

Zon Pengomen Setia

Reputasi Blog