Tuesday, 31 May 2011

Nak tonton KUNG FU PANDA 2


,Sampai sekarang ni masih belum ada kesempatan lagi nak tengok KUNG FU PANDA 2 ni walaupun da ditayangkan di pawagam 26 Mei lepas dan da masuk hari yang ke-5 hari ni...




NOTA KECIL :

,Pirates of The Caribbean : On Stranger Tides pon aq tak tengok lagi... ni kan lagi KUNG FU PANDA 2... 

**nak cakap aq ketinggalan zaman ke...apa ke... 

,ada aq kisah...?? hehe~


**Terima kasih kerana membaca entri Nak tonton KUNG FU PANDA 2

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

31 Mei HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA
''Say NO to cigarette"


,Aq memang menyokong 110% HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA ni... dan lebih baik lagi kalau hari-hari macam ni sebab aq memang anti dengan semua yang berkaitan dengan rokok... 

- - "AKU KATA TAK NAK, TAK NAK LAA !! " - -


,Haa... tengok tajuk je da tahu kan yang aq ni bukan perokok... sebab aq takkan habiskan duit untuk benda yang tak BERFAEDAH langsung ni... aq lebih rela simpan duit aq daripada aq BAKAR duit aq tu... ada juga la faedahnya.. 

,Aq TAKkan pernah cuba untuk merokok sebab aq tahu merokok tu lebih banyak KEBURUKAN dan KEBAIKAN..... betul kan...?? Abah aq sendiri pun tak merokok.... ni lagi aq nak sentuh rokok tu.... bapa borek anak rintik la kan... huhu~

,Aq rasa tak perlu aq jelaskan betapa banyaknya keburukan daripada aktiviti tidak sihat ni... link ni akan menceritakan segala-galanya... cuba KLIK SINI !



NOTA KECIL :

,PERINGATAN ! kepada perokok TEGAR diluar sana... hentikan segera aktiviti tidak berfaedah anda sebelum terlambat kerana disebabkan anda... orang disekeliling anda yang tidak MEROKOK pun boleh terkena tempiasnya... Say NO to cigarette !!


**Terima kasih kerana membaca entri AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Monday, 30 May 2011

DOA KU BUAT MEREKA


- - DOA KU BUAT MEREKA - -

,Kali ni hati aq tergerak nak join segmen Ben Ashaari sebab tiba-tiba..... teringat kejadian beberapa tahun lepas yang muncul di benak fikiran aq ni... aq takkan biarkan perkara yang sama berulang kembali dalam hidupku...

,Mac 2008... Masa tu keputusan SPM 2007 diumumkan.... masa tu aq rasa macam aq rasa bersalah sangat sebab keputusan aq tak sebagus rakan-rakan kelas yang lain... kerana aq kan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik aq.. mestilah segunung harapan kedua ibubapa aq taruhkan terhadap aq... 

,Lepas ambil keputusan tu aq terus balik rumah... mama aq tunggu kepulangan aq dengan penuh harapan untuk melihat keputusan SPM anaknya... tetapi.... mesti masa tu mama aq rasa kecewa dengan keputusan peperiksaan aq tu... Along tahu... walaupun mama kecewa dengan Along tapi mama tak tunjukkan depan Along kekecewaan tu... begitu juga dengan abah aq..... aq sebagai anak boleh baca semua tu...

,Kenapa aq jadi macam tu...??

,Aq ingat lagi.... petang tu aq ada ambil subjek Matematik Tambahan... tetapi pada pagi tu aq boleh pula lepak di kafe berinternet... tanpa pengetahuan kedua ibubapa aq.... hurmm~

,Aq memang tak fikir rasa bersalah langsung masa tu... aq pun tak tahu kenapa masa SPM dulu aq kurang rajin nak ulangkaji pelajaran macam apa yang aq buat masa nak hadapi PMR 2005 dulu... keputusan PMR aq boleh dikatakan OK la... tetapi bila tanya SPM je... huuuuhhh.... 

,Mulai dari hari tu... aq bertekad nak sambung belajar dan tak nak musnahkan lagi harapan kedua ibubapa aq... Nak tebus balik kesilapan aq masa dulu...

,Alhamdulillah... sekarang ni mungkin Allah S.W.T. nak tunjukkan yang aq mampu menggembirakan kedua ibubapa kerana segala pengorbanan mereka selama ni berbaloi... setiap semester aq dapat mengekalkan 3 pointer ke atas berkat doa dan restu kedua ibubapa aq.... dan semester lepas memang aq tak sangka nama aq tersenarai dalam senarai dean list...  semua tu da cukup membuatkan aq dan kedua ibubapa aq bersyukur atas pemberianNya... 

,Aq tak nak tengok da kedua ibubapa bersedih sebab kecewa dengan aq lagi... aq cuma nak tengok mereka mengalirkan air mata kegembiraan apabila aq berjaya suatu hari kelak... InsyaAllah... 

,sebab mereka lah yang membesarkan aq sejak aq kecil lagi... ibubapa mana yang tak nak tengok anak dia berjaya sebelum mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir....

KESIMPULANNYA... jagalah hati kedua ibubapa anda selagi mereka masih ada... jangan sampai nanti bila mereka sudah tiada baru nak menyesal...


"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibubapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangi aku sewaktu aku kecil"



NOTA KECIL :

,Anda ada kisah yang nak diluahkan.... ??
,Kongsikan di Segmen Doaku Buat Mereka...


**Terima kasih kerana membaca entri DOA KU BUAT MEREKA

Sarapan Pagi... Bukan Makan Tengahari...


,Pagi-pagi lagi aq da bantai roti bakar.... berapa keping haa aq da telan tadi....?? Tak kira pula....

,Tak kan pagi-pagi nak makan nasi pula... haha ~
,Boleh la tahan sampai tengahari nanti kot.... (^^,)

,Sabar.... tinggal beberapa ja, je lagi... baru je sarapan pagi da fikir lunch.... apa pon tak boleh.... huhuh~



NOTA KECIL :

,Sarapan pagi penting woo... tapi aq selalu juga tak sarapan pagi... terus lunch je... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Sarapan Pagi... Bukan Makan Tengahari...

Review Blog Followers Bertuah # 5



,The ModERnMoZaRT punya blog... template da cun... 
tapi cuma satu je... jeng...jeng.. jeng...

,iklan Nuffnang suka sangat ikut aq bila aq scroll... hahah (^^,)
,haa... blog ni takde LAGU... bagus... tenang je masuk sini... heee~




NOTA KECIL :

,Haa... ni review yang terakhir... review style aq... jangan marah ye... bloggers support bloggers keyh... heee ~

- - T.A.M.A.T. - -

**Terima kasih kerana membaca entri Review Blog Followers Bertuah # 5

Review Blog Followers Bertuah # 4



Nice header... da lama da berblog dari aq... hee ~
oh.. pemalu orangnya (ada tulis kat about me)... hee...
Redah la blog ni ya nanti... 
[Nak patung warna coklat tu boleh...??] haha...

**Terima kasih kerana membaca entri Review Blog Followers Bertuah # 4

Review Blog Followers Bertuah # 3



UnEXPECTed LIFE of GadisARMY... Ooopss.. "I did it again"... hee~
,blog ni tak berat... sebab tak banyak widget... (^_^)
,macam-macam warna ada kat blog ni... COLOURFUL betul...
Singgah la kt blog ni kalau tak keberatan.... heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Review Blog Followers Bertuah # 3

Review Blog Followers Bertuah # 2



,Menarik tagline "Bercakap dengan Kaki".. unik tu... sebab selalu bercakap dengan mulut...
Nak pinjam template boleh...??? huhu...
blog ni hakmilik penuh rebecca melessa... hee ~ (^^,)



**Terima kasih kerana membaca entri Review Blog Followers Bertuah # 2

Review Blog Followers Bertuah # 1

,Idea nak review blog followers yang bertuah tiba-tiba datang spontan tanpa diundang... Kali ni aq nak buat review ringkas blog followers aq yang ke 201 hingga 225... tapi aq hanya akan pilih beberapa blog yang unik je... siapa agaknya yang terpilih tu... ?? hee ~ (^^,)



,Blog serba oren... kepunyaan Gary...  simple je.... 
,suka header blog ni... JOM la terjah blog ni... !!
,Wah... ramainya followers... kalah aq... heee ~ eh,gurau je....


**Terima kasih kerana membaca entri Review Blog Followers Bertuah # 1

Review Blog Pemilik No.222

,Haa... hari ni aq rajin betul nak review blog... tapi nombor yang unik je akan jadi pilihan aq... heee ~

,Kali ni aq nak review pemilik no.222 dalam senarai followers aq... 

SIAPA AGAKNYA ya...??
-
-
-
,Haa... jeng...jeng... jenggg.... 

,Ni header blog pemilik no.222 tu... KLIK link kat bawah tu... 
sama-sama terjah ke blog cik asma bluppy... (^^,)





NOTA KECIL :

,Terima kasih cik asma bluppy sebab sudi follow blog yang buruk ni... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Review Blog Pemilik No.222

Trafik Naik Mendadak Gara-Gara Segmen Ben Ashaari


,TRAFIK NAIK...??

,Biar betul...???

,Sebelum ni... sehari tu paling kurang ada la 70++ pageview dalam sehari... pelawat baru yang datang blog ni setiap hari tak pernah lebih 50 sehari... huhu~

,TETAPI... semalam... bertarikh 29 MEI 2011...

,Memang aq tak pernah jangka....


,Telah memecahkan rekod blog ni... selama 2 bulan aq berblog... tak pernah la aq dapat trafik macam ni... semua ni mungkin gara-gara penangan Segmen Redah Blog Baru Ben Ashaari... heee ~


,haa... satu lagi... nak promote jap... jangan lupa undi Ben Ashaari di SINI ... Setiap undian amatlah bermakna [^_^]




NOTA KECIL :

,Terima kasih sebab buat segmen macam ni untuk blogger baru macam kami ni... boleh kenal ramai lagi blogger di luar sana tu.. (^^,)

,Buat blogger yang terjah blog aq semalam... terima kasih dan teruskan la berblog ye.... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Trafik Naik Mendadak Gara-Gara Segmen Ben Ashaari

Sunday, 29 May 2011

Followers Ke-200 Skytech BELOG


,Alhamdulillah... followers Skytech BELOG da mencapai 200 orang...
,Terima kasih sebab menyokong blog yang masih mentah ni...

,Entri petang ni khas untuk followers Skytech BELOG yang ke-200...

Nak tahu siapa...??

Ni header blog dia... hee ~



Nak tahu apa ada kat blog ni... SILA la terjah ye... !! (^^,)



NOTA KECIL :

,Terima kasih sekali lagi.... tak tahu nak kata apa da... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Followers Ke-200 Skytech BELOG

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER


,Ben Ashaari buat segmen hari Ahad.... nak join KLIK ! sini... (^^,)
**Terima kasih kerana membaca entri BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Blog Tak Boleh Buka....

,Selamat pagi Ahad semua blogger di Malaysia... (^^,)

,Haa... BLOG tak boleh buka...???


,Pagi-pagi Ahad macam ni da buat aq cuak sebentar... yela... beberapa minit sebelum ni... blog aq tak boleh nak Sign In.... gulppp.... !!

,Aih... lepas satu masalah datang lagi satu masalah.... banyak kali jugak aq cuba Sign In... tetap mengecewakan... 

,Tepat jam 8.29 a.m. tadi... aq cuba kali terakhir untuk Sign In... "Kalau tak boleh juga tak tahu la..."


LOADING....


,Nampak je Dashboard aq timbul di skrin laptop Acer aq ni...... tersenyum lebar la aq... (^^,)



NOTA KECIL :


,Nasib baik  tahap kesabaran aq ni boleh dikawal lagi pagi-pagi macam ni.... heee ~

**Terima kasih kerana membaca entri Blog Tak Boleh Buka....

Kenapa guna nama blog tu by MTT..

,MTT tanya kenapa pilih nama blog tu?? 
,Berikan sebab MUNASABAH kenapa nama blog yang dipilih...


Klik BeloG MTT untuk info lebih lanjut...

- - Skytech BELOG... kenapa pilih Skytech BELOG..?? - -


,Idea nama "Skytech" ni tercetus pada tahun 2009 berinspirasikan satu nama Cyber Cafe kat Seremban 2.... Spytech... hee ~

,Aq ni kan imaginasi tinggi sikit sampai ke langit... tu yang aq dapat idea gabungkan nama Sky + Technic.. tercetus la nama Skytech...

,Sampai sekarang melekat nama Skytech tu kat aq... (^^,) 



NOTA KECIL :

,Munasabah tak sebab ni MTT...??? Boleh diterima ke... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Kenapa guna nama blog tu by MTT..

Saturday, 28 May 2011

Italian Cappucino Punya Cerita.....

,Kalau pergi pasar malam hari Sabtu mesti aq sambar Ice Blended ni...Sesekali layan Italian Cappucino ni best juga.... murah pon murah.... sedapp oo.. (^^,)


Italian Cappucino... siapa nak...??? heee~



NOTA KECIL :


,Daripada bazir duit beli kat Starbucks... baik aq beli kat pasar malam punya... kan...??

,Seminggu sekali boleh la... jangan dibantai hari-hari... faham la kan apa yang aq maksudkan... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Italian Cappucino Punya Cerita.....

Entri Ke-100.... Penuh Dengan Memori...

,SELAMAT PETANG Sabtu semua.... heee ~

,Tengah hari tadi aq da selamat pindahkan 3/4 daripada barang kat rumah sewa aq ke rumahku syurgaku di Selayang... 

Sebahagian daripada barang aq sepanjang beberapa semester di sana.... huhu ~

,Kenapa...??

,sebab semester ni kan aq semester terakhir kat sana... final exam pon da habis semalam.... lepas ni aq akan buat Latihan Industri selama 6 bulan... cari yang dekat dengan rumah la... boleh la ulang-alik... kan senang... heee ~

,Baki 1/4 lagi barang akan dipindahkan bulan depan... sebab... aq masih nak lepak dengan housemate aq sebelum aq pergi Latihan Industri bulan Julai nanti... (^^,)

,Sejak aq duduk hostel lagi masa semester pertama kot aq da kenal housemate aq sekarang ni... hampir 3 tahun da semua tu berlalu... KENANGAN la der... 




NOTA KECIL :

,Aq takkan pernah lupakan rakan-rakan aq kat sana.... kalau aq ada masa nanti kita lepak lagi ye... pergi tengok wayang ke... konvoi ke... heee ~


- - FULL of MEMORIES --



**Terima kasih kerana membaca entri Entri Ke-100.... Penuh Dengan Memori...

Friday, 27 May 2011

Akhirnya.... semua da berakhir !!

,Haa... apa yang berakhir...?? Hari ni kan aq hari pertama dan hari terakhir aq punya final... heee ~

,Rasa macam nak pergi kat Bukit Ampang... lepas tu menjerit sekuat hati aq... hilang la sikit kekusutan aq selama ni... (^^,)


Rekabentuk Mesin II....gulppp.... !!



NOTA KECIL :

,Boleh tahan juga la soalan exam petang tadi.... memang.... memang..... haa... tak boleh digambarkan dengan kata-kata.... 

,Apa yang aq jawab tadi ye...?? heee ~ (^_^)


**Terima kasih kerana membaca entri Akhirnya.... semua da berakhir !!

Thursday, 26 May 2011

"Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia"


,Jom la sertai BLOG PILIHAN MALAYSIA


,Skytech BELOG ni nak join dalam kategori

Blog Personal Lelaki Pilihan


- - Info mengenai Skytech BELOG - -

,Kemunculan perdana Skytech BELOG ni adalah pada hari Isnin 04/04/2011... Baru mencapai usia  sebulan 22 hari Skytech BELOG ni... (^^,)

,Blog ni la tempat aq curahkan idea dan tempat aq berkongsi info yang aq dapat daripada aktiviti melayari internet dan melalui bacaan... tak banyak dapat sikit pun jadi la kan... heee ~

,BLOGGER tu apa..??

,Aq belajar buat blog ni pon atas usaha kaji selidik aq sendiri... mula-mula berblog memang bersepah la... hee... pada mulanya memang aq tak faham apa tu blog, blogwalking dan istilah blogger... haaa... sekarang da tahu da... 

,Sekarang ni.. semakin ramai blogger baru yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan... aq pon salah satu diantara mereka... heheh~


NOTA KECIL : 

,Sesiapa yang nak join tu boleh la KLIK kat link di atas tu... ataupun KLIK SINI...

,Layak ke aq join sini... huhuh~


**Terima kasih kerana membaca entri "Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia"

Jom Tengok ASTRO Percuma...

,Mari tonton siaran TV Malaysia secara online di Facebook!

, Klik "LIKE" page Raacuun.... lepas tu klik kat LIVE Streaming... pilih siaran yang hendak ditonton.. mudah je kan... heee ~


Facebook TV - Raacuun

,Siaran yang ada buat masa ni hanya ada 8 siaran iaitu :


RTM2
RTM Panggung
TV3
- NTV7
- TV9
- Astro Ria
- Astro Prima
- Astro Ceria

Sumber : Raacuun Facebook TV

**Tetapi hanya pengguna di luar Malaysia yang mendaftar sahaja boleh menonton...


NOTA KECIL :


,Hanya berkongsi info terbaru ni dengan semua blogger.... ^_^

,Laa... ingatkan kat Malaysia boleh la tonton...rupa-rupanya khas untuk pengguna di luar Malaysia je... haha~


**Terima kasih kerana membaca entri Jom Tengok ASTRO Percuma...

Wednesday, 25 May 2011

Cara Terbaik PSIKO Semasa Peperiksaan Akhir

,Minggu peperiksaan sudah pon bermula mulai hari ini 25 Mei hingga 12 Jun 2011.... tapi kenapa aq boleh berblog lagi....? Sebab.... sebab aq hanya ada 1 exam je nanti pada 27 Mei...Ramai rakan-rakan seperjuanganku cemburu dengan aq... "Untunglah ko ada 1 subjek je final, kami ni sampai 5-6 subjek..." 

,Aq hanya mampu tersenyum je... PSIKO gila aq ni... heeee ~

,Entri kali ni aq nak bagi tips yang berguna untuk jawab peperiksaan kat dalam dewan nanti... haaa.... 

,Nak tahu tips apa..? Baca sampai habis entri ni... 
,Memang setiap semester aq praktikkan..... hahha.... memang nampak hasilnya.... ^_^

Kurangkan bercakap sebelum masuk dewan peperiksaan
,Haaa... lebih baik senyapkan diri... contohnya, kalau orang tanya da study ke belum.... aq cuma jawab sepatah dua je dengan muka yakin, "da study" ataupun anggukkan kepala je tanda mengiyakan pertanyaan mereka... haha... confirm da takde pape nak tanya kat aq kan lepas tu...?? haha ~

Buat muka gembira bila buka kertas soalan
,Ni memang selalu aq buat walaupun aq tahu kebanyakan soalannya agak susah... haha.... masa ni la paling best nak PSIKO semua yang ada kat dalam dewan peperiksaan... jerit la "YES" masa da habis tengok soalan tapi jangan kuat-kuat sangat... tak pasal-pasal kena halau dari dewan nanti... bagi orang kat sebelah kanan,kiri dan belakang rasa sakit jiwa kejap.... hee~

Tulis formula atau poin dahulu
,Masa ni la untuk gunakan formula ciptaan sendiri... memang banyak la formula pelik yang aq seorang je boleh faham.... macam KOD RAHSIA... masa jawab soalan Matematik 5 semester lepas, aq catat la dulu formula yang aq rasa penting yang takde dalam formula yang dia bagi lepas tu baru aq mulakan operasi memecahkan kod rahsia... macam tu jugak dengan exam yang lain... buat poin penting lepas tu mulakan operasi pengolahan ayat... haha... bijak kan...!! 

Nak tips lagi... ?
**Terima kasih kerana membaca entri Cara Terbaik PSIKO Semasa Peperiksaan Akhir

Tuesday, 24 May 2011

SEGMEN FILEM KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI

FAST 5.... [Versi Skytech]


Salah satu scene di sebuah gudang di Shah Alam...


,Bro Wacana dan Nadya O' Conner telah berbincang nak buat reunion besar-besaran kat Putrajaya hujung minggu ni sebab da lama tak jumpa kan sejak semua habis belajar. "Entah macam mana la rupa MTT sekarang ye.. da lama tak jumpa skandal aq tu,bisik Bro Wacana"

Bro Wacana : Oii... asal ko termenung tu... teringat kat Nisha la tu... haa.. aq nak ko inform kat semua budak-budak kita yang hujung minggu ni kita nak buat reunion kt Putrajaya. Aq nak confirmkan siapa yang boleh join..

Nadya O'Conner : Err... rindu jugak la kt Nisha... hee.. hmm.. nak inform kat FB ker kat blog ni Bro Wacana..??

Bro Wacana : Ko inform kat FB la.. kalau inform kat blog bukannya semua budak-budak kita ada blog...

Nadya O'Conner : OK Bro Wacana... aq da create event da kat FB... nanti ada la tu budak-budak kita balas...


**Terima kasih kerana membaca entri SEGMEN FILEM KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI

SEGMEN DRAMA KREATIF BLOGGER bersama BEN ASHAARI


,Wah.... pagi-pagi lagi Ben Ashaari da buat satu segmen yang menarik untuk aq join... SEGMEN DRAMA KREATIF BLOGGER bersama BEN ASHAARI...

Filem   : FAST AND FURIOUS 5 :  FAST 5
Watak : Luke Hobbs

,nak jadi Luke Hobbs boleh...?? Sebab apa.... sebab Luke Hobbs ni tak cepat putus asa dalam menyelesaikan sesuatu masalah... So,kenapa perlu ambil saya sebagai pelakon filem anda.... sebab.... nak cuba juga jadi pelakon kreatif ni (berangan lebih)... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri SEGMEN DRAMA KREATIF BLOGGER bersama BEN ASHAARI

Duniaku Bergelap Seketika...

,Hampir 4 jam duniaku gelap buat seketika kerana terputus bekalan elektrik.... 

,Sekitar jam 9.15 p.m.... zzzaaapppp.... tiba-tiba je seluruh kawasan perumahan sekitarku BERGELAP.... adoiii.... masa-masa macam ni lak nak tiada elektrik... "Rasanya kejap je kot blackout ni... kejap lagi ada la tu"..

,Aq mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin sekejap... mana la tahu bila balik je rumah nanti bekalan elektrik da ada..... aq pon pusing la sekitar Gombak untuk mempercepatkan perjalanan masa supaya aq tak tertunggu-tunggu... heeee~

,Da habis pusing-pusing... aq pon terus gerak balik....
,Aq tiba di kawasan sekitar rumah aq.... 10.45 p.m.... 

GELAP LAGI OOOO.....

,Jangkaan aq meleset sama sekali.... "Ala... masih bergelap lagi ke...??"
,Aq pon lepak je kat rumah walaupun pada masa tu masih blackout lagi... da tak tahu nak pergi mana da.... harap-harap sebelum pukul 12 malam nanti ada la kot bekalan elektrik...

,Sampai 4 kali da telefon TNB.... mereka kata ada MAJOR BREAKDOWN kat Kuala Lumpur... boleh pulak kawasan rumah aq yang terkena tempias.... takpe la... sabar je... heeee~

,Jam di dinding rumahku menunjukkan tepat pukul 1.25 a.m. baru la bekalan elektrik yang terputus ada kembali... Alangkah gembiranya hati aq..... da terang kembali.... tu yang terus update entri... hehehe~



NOTA KECIL :

,Boleh la aq tidur kejap lagi...... cuba jugak tidur tadi tapi si cik nyamuk tu minat sangat nak hisap darah aq.... heeee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Duniaku Bergelap Seketika...

Monday, 23 May 2011

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI



Suatu hari di Stesen ERL Bandar Tasik Selatan...

MTT : Macam mana ye nak naik ERL ni... aq da la tak pernah naik ERL ni.. macam mana ni....?? Kalau naik bas tahu la aq.....

CIK NAJIHAH : Ko pergi la tanya sesiapa... aq segan la....

MTT : Err... hai... nak tumpang tanya sikit boleh...?? Nak beli tiket kat mana ye..??

Arif Azmi : ...boleh... Err... cik pergi kat kaunter tiket... cik bagitahu nak pergi mana.. lepas tu nanti dia bagi tiket kat cik...

MTT : Terima kasih ye...


MTT terus meninggalkan Arif Azmi disitu dan pergi ke kaunter tiket...

MTT : CIK NAJIHAH... jom... aq da beli tiket... heeee~

CIK NAJIHAH : haa... OK... (dengar lagu kt MP3 guna headfon)....


Setelah menunggu lebih kurang 2 minit 13 saat... akhirnya ERL yang ditunggu-tunggu tiba....

**Terima kasih kerana membaca entri CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

,Selamat pagi Isnin.... ^_^


,Jom join segmen kreatif pemilik blog ni... mudah je... klik TERJAH untuk info...


**Terima kasih kerana membaca entri SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

,Macam best je kalau join segmen ni... nak join la.. haaa... segmen bloglist AbgTeror.... 


Maklumat dan info lebih lanjut >> KLIK SINI


1.Dimana anda dilahirkan?
,HKL,Kuala Lumpur...

2.Dimana anda dibesarkan?
,Dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan di Selayang,Selangor... KL 5 minit je dari rumah.. sempadan KL-Selangor kan... hee~

3.Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror...
,Selangor...

4.Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut...
,Walaupun tanah tumpah darahku di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan di Selangor dan aq bangga jadi anak Selangor.... GO Selangor !! heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

Iklan Baru.... Baru Aku Perasan

Iklan NOKIA World's Biggest ANGRY BIRDS PLAYGROUND

,Baru aq perasan... iklan baru ni ada kat blog aq bermula pukul 12.00 a.m. tadi... Mungkin masih baru lagi... sebab sebelum ni tak pernah pulak aq nampak.... 

,Terima kasih NOKIA sebab pilih blog ni untuk siarkan iklan anda... heee ~



NOTA KECIL :

,Klik link NOKIA tu untuk maklumat lanjut... 

,Haaa.... teruja sangat tengah malam buta ni... hahah~

**Terima kasih kerana membaca entri Iklan Baru.... Baru Aku Perasan

Sunday, 22 May 2011

Nak Satu Boleh... Jimat Sikit Elektrik!

,Siapa punya idea la buat konsep Khemah Kuasa Solar ni... satu je aq boleh cakap.. GEMPAK... heee ~

Khemah Kuasa Solar di waktu siang
Khemah Kuasa Solar di waktu malam






NOTA KECIL :

,Direalisasikan konsep ni atau tidak ye...?? heee~


**Terima kasih kerana membaca entri Nak Satu Boleh... Jimat Sikit Elektrik!

Hackers!!! Saya Nak Join 30 Bloglist Terpantas!!!


Untuk lebih info KLIK SINI... Cepat!! Da nak dekat 30 orang da join... heee ~

  • Blog ni antara blog yang terawal aq follow sejak aq aq buat blog lebih kurang 2 bulan lepas.... 
  • Blog ni ringan.... loading laju.....sebab takde widget yang tak berapa perlu... 
  • Penuh dengan informasi dan memang kenalah dengan tagline TEROWONG INFORMASI ANDA....
  • Dan yang penting... blog ni takde lagu..... bagus.... ^_^

,Rasanya itu je la kot.... semua da OK da.... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Hackers!!! Saya Nak Join 30 Bloglist Terpantas!!!

Aku Nak Pergi Jauh....

,Haa... tajuk entri macam nak pergi jauh je....heee...jangan fikir lain ye....Sebenarnya...aq tengah fikir...

,Bila la agaknya aq dapat pergi bercuti ye.... hurmm... 


,MEREHATKAN MINDA...

,Kali terakhir aq pergi bercuti.... haaa... bila ye...?? ohh... bulan Julai tahun lepas di Langkawi... hee ~

LANGKAWI - Terjumpa pula gambar ni masa geledah folder gambar... ^_^


,Aq sebenarnya da bosan berada dekat dengan "Kuala Lumpur" yang setiap hari senantiasa sibuk dengan kenderaan tak kira masa... biasa la... rumah aq hanya beberapa minit je dari KL... 

,Sesekali nak juga aq pergi jauh dari kesibukan kota ni... boleh la merehatkan minda aq ni sebentar... 



NOTA KECIL :

,Mencari masa yang sesuai untuk melaksanakan misi merehatkan minda ni.... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Aku Nak Pergi Jauh....

Saturday, 21 May 2011

Blogger Support Blogger : Tugasan Kedua - SENADA


,Tugasan Kedua BsB... suruh teka lirik... hee... mudah je.... ^_^

,hahah... aq cuma teka lirik.. bukannya jiwang.... peace !!

>> KLIK sini untuk join...
**Terima kasih kerana membaca entri Blogger Support Blogger : Tugasan Kedua - SENADA

2 STROKE 4 STROKE....

,Salam Sabtu semua.... heee~

,Ish... da petang rupanya... aq ingatkan pagi lagi... haa.... apa lagi.. tak tahu pe nak buat kan... kerja aq download movie la... sebab kat rumah je boleh download movie sebanyak mungkin sebab internet laju... heee~ boleh la aq layan movie bila bosan nanti... hahah~

"2 STROKE ke 4 STROKE"

,haa... tak habis lagi rupanya penangan Maharaja Lawak malam tadi.... persembahan kumpulan SEPAH la yang paling meninggalkan kesan bagi aq... 

,penat da aq tahan gelak malam tadi... TAPI..... memang tak boleh.....tahan da.... hahah~






NOTA KECIL :

,Aq memang sokong SEPAH dari Raja Lawak 3 dulu.... memang best.... ^_^


**Terima kasih kerana membaca entri 2 STROKE 4 STROKE....

Friday, 20 May 2011

Bloglist Solomolo - Kini Dibuka...


,Bloglist Solomolo.... macam best je... heee ~


,BACKGROUND + HEADER
Simple.... tak sakit mata nak tengok lama-lama... haaa.. dan yang paling penting hitam itu menawan... betul kan solomolo.... hahah

,KENAL BLOG SOLOMOLO :
Kalau tak silap la... kenal blog solomolo ni masa segmen Ben Ashaari kot..... tapi tak ingat segmen yang mana satu.... heee ~

CORETAN + CATATAN + CERITERA :
,Tagline pon macam menarik.... selalu jugak la datang melawat sini... baca entri-entri yang solomolo tulis... Teruskan menulis entri yang lebih kebaboom !! hahahh ~ peace ...


TUNGGU APA LAGI...!! Kalau rasa nak join sebab da tak tahu nak buat apa... KLIK SINI... heee... mudah seperti ABC.... !! Jom la... ~hahah~


**Terima kasih kerana membaca entri Bloglist Solomolo - Kini Dibuka...

Mencari Sesuap Nasi... Oh! Nasi...

,Da tiba waktu makan tengahari ni.... patut la mula terasa lapar... haa, aq lupa yang kali terakhir aq makan nasi tengahari semalam.... diet ke...?? hahah... salah orang la.... 

,Bukannya apa... sesekali nak jugak tukar selera... nak jugak makan makanan lain... nasi hari-hari boleh belasah.... heee ~

TAPI SEKARANG....

,Aq mencari bukan sesuap nasi... mencari sepinggan nasi untuk diisi.... mungkin lebih... heee... Kalau nak tambah pon takpe.... bukannya kena bayar pon... free of charge.... sebab di rumah sendiri... tak dapat la kat mana-mana... heheh... 

,Bercuti selama lebih kurang seminggu.... kira cuti study week la... heee... dapat la jimat duit sikit bila kat rumah ni... haaa... Bankrap la aq kalau hari-hari nak makan luar... hehe... OH! NASI..... aq perlukanmu....



NOTA KECIL :

,Bersyukur sebab masih boleh menikmati lagi semua nikmat dariNya... 


**Terima kasih kerana membaca entri Mencari Sesuap Nasi... Oh! Nasi...

Segmen " Chegu Zubir Promote Blog Anda"


,URL YANG BOLEH TARIK PEMBACA...?? 


,NAK TAG SIAPA... hurmm??

,Sesiapa yang terbaca entri ni kira ditag la ye... heee ~

Kredit pada Chegu Zubir sebab buat segmen ni....  ^_^



**Terima kasih kerana membaca entri Segmen " Chegu Zubir Promote Blog Anda"

Thursday, 19 May 2011

Tunggu Sekuel Filem KONGSI....

,Filem KONGSI ada sambungan..... haaa... biar betul... patut la ending filem tu macam tergantung...

,Penggambaran filem KONGSI 2 akan dijalankan selepas raya tahun ini bak kata David Teo.....

,Tak percaya....?? Tengok ni...


KONGSI 2... Ni edit ya.... hahhaha~


NOTA KECIL :

,Tahun depan rasanya baru keluar KONGSI 2 ni..... huhuh~

Sumber : Oh! Media Network
**Terima kasih kerana membaca entri Tunggu Sekuel Filem KONGSI....

Kuliah Terakhir....

,Haa... selamat petang semua... da lunch ke belum..??
,Sudah... haa, bagus... ^_^

,Sesiapa yang belum lunch tu pergi la dapatkan makan tengahari anda ya...

,Tajuk entri kali ni macam sedih pulak.... ish... ish ~ haa... buat relaks sudah.... heee ~


,KULIAH TERAKHIR...

,Yup.... hari ni kuliah terakhir aq untuk semester ni... selepas ni da takde lagi.... rasa macam cepat je masa berjalan... pejam celik sekejap je rasa da nak habis... mungkin kuliah akan ada semula bila aq sambung belajar nanti... InsyaAllah ~ minggu depan da mula minggu peperiksaan akhir... 

SUDAHKAH AKU BERSEDIA....?? 

,Walaupun semester ni aq hanya ambil 3 subjek... tapi 2 subjek da lepas... aq da boleh menarik nafas lega sebab markah untuk 2 subjek yang aq ambil adalah berdasarkan projek akhir... 

,harap-harap 2 subjek tersebut boleh membantu aq untuk mendapat pointer yang lebih baik untuk semester ni... tapi nak dapat pointer 4 flat tu agak mustahil la... sebab satu-satunya subjek yang aq ambil semester ni yang ada peperiksaan akhir adalah killer paper.....  heee ~



NOTA KECIL :

,Bila la nak datang mood study aq ni.... "Cepat la datang wahai mood study ku.... ".... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Kuliah Terakhir....

Kalau Aku Seorang Kapten...

,Selamat pagi.... eh, pagi-pagi buta aq da buka blog... haa... macam tak biasa buat pulak... heee ~

,Hari ni hari apa ye...?? Haha... sampai hari pun da lupa... parah da ni... hari ni Khamis kan...?? haha... 

,PIRATES OF THE CARIBBEAN 4 : On Stranger Tides.... 
,19 Mei 2011... eh, filem ni keluar hari ni la kat pawagam... mesti kena terjah filem ni...





,Tengok trailer macam gempak je...



Haa... tengok tu... Captain Jack Sparrow da buat pengumuman... "Saksikan PIRATES OF THE CARIBBEAN 4 : On Stranger Tides hanya di pawagam berdekatan anda hari ini..."



NOTA KECIL : 


,Aq harap filem PIRATES OF THE CARIBBEAN 4 : On Stranger Tides kali ni boleh membuatkan aq  kagum dari segi plot ceritanya.... peace !!

,Memang tak sabar aq nak tengok gelagat Captain Jack Sparrow ni...karektor yang dilakonkannya agak menggelikan hati....hahah .... JOM! serang pawagam berdekatan anda... heee ~


**Terima kasih kerana membaca entri Kalau Aku Seorang Kapten...

Wednesday, 18 May 2011

GEGAR BLOG MEI 2011 #4

,Sekadar mengisi masa lapang nak join segmen ni... 
,kalau rajin... klik la link kat bawah tu... ^_^



Nak join segmen ni  >>  KLIK SINI


**Terima kasih kerana membaca entri GEGAR BLOG MEI 2011 #4

Follower Cari Pasal Dengan....

,Selamat pagi.... eh... masih pagi lagi kan... belum masuk tengahari lagi....

,Haa... tengok tajuk macam besar je masalahnya kan..... aq ingat aq seorang je yang kena... rupa-rupanya ramai lagi yang da kena.... follower cari pasal dengan blogger.... "Aku tak boleh diam ....Kasi habis malam ni juga..."

,Hahaha.... da macam dialog dalam filem la pula... heee....
,Sebenarnya... haaa... kejap... baca sampai habis dulu entri ni.... jangan terus serang je.... heee...

,...... Apa yang aq maksudkan tadi.... widget follower kat page blog yang buat hal.... ramai lagi yang da kena.... haha.... tu sebenarnya yang aq nak bagitahu tadi..... saja buat suspen..... eh... jangan marah.... aq saja nak mengukir senyuman di pagi hari yang da nak masuk tengahari ni........

,Mesti semua da fikir lain je dari tadi kan...??? hehe...
Peace No War.... ^_^




NOTA KECIL :

,Siasat dulu sebelum terjah..... hahah.... 

,Eh... da ada balik widget follower kat blog den..... heee ~

,Hahaha.... hilang lagi.... main sorok-sorok pulak.... adoiii ...


**Terima kasih kerana membaca entri Follower Cari Pasal Dengan....

Tuesday, 17 May 2011

Oh! Media FM sudah dipulangkan kembali.....

,Aih... tak sampai berapa minit aq tulis entri tadi... aq dapat tahu yang fanpage Oh! Media FM da dipulangkan kembali oleh King Alien, KluangMan, Luficer, Dboyz, Lanun King & Crew Member..


,Aq baru je printscreen beberapa minit lepas.... heee ~



Da OK.... !!




NOTA KECIL : 

, Haa... macam tu la.... Kita kan 1Malaysia.... ^_^



**Terima kasih kerana membaca entri Oh! Media FM sudah dipulangkan kembali.....

Tingkatkan Sistem Keselamatan Laman Web Anda....

,Selamat malam semua.... dari pagi tak update entri... ni tengah mencari idea nak taip apa.... heee... 

,Sekarang ni kecoh da pasal gejala hack ni....semasa aq tulis entri ni  fanpage Oh! Media FM masih lagi belum pulih sepenuhnya...



 [ hacked : Alien Crew ] & [keluangman]

,Mereka mendakwa hanya mahu menguji sistem keselamatan sesebuah laman web tersebut samaada mampu ditembusi atau tidak......


KLIK gambar untuk tumbesaran maksima...

,Haa.... Lepas ni... Rajin-rajinkan la diri untuk :


  • ,Tukar password selalu... contoh 2 minggu sekali... hari-hari nak tukar lupa pula nanti...
  • ,Gunakan kombinasi huruf dan nombor.... contoh : blogspot17052011... heee... contoh je.... ^_^




NOTA KECIL :

,Gunakan kelebihan yang ada untuk kebaikan bersama....

,Harap gejala hack ni akan reda la nanti..... Yeahh !!



**Terima kasih kerana membaca entri Tingkatkan Sistem Keselamatan Laman Web Anda....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia April 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com