Sunday, 31 July 2011

Akhirnya Bertemu Lagi..Salam Ramadhan..


Alhamdulillah...masih lagi diberikan kesempatan serta kesihatan tubuh badan dan dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ni...(^^,)

"SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK"


NOTA KECIL :

..kena tidur awal sikit ni..nanti nak bangun sahur..hee..

**Terima kasih kerana membaca entri Akhirnya Bertemu Lagi..Salam Ramadhan..

Di Sebalik Nombor 888

Hee..memang cantik la nombor rakan blogger tu..da jadi 888..semua nombor sama je..lepas ni 900 dengan 911 la pulak..hehe..bila nak bertukar jadi 4 angka..? haa..berangan lebih aq ni..dalam mimpi boleh la..(^^,)


Blog Sekadar Catatan :

http://cheguzam.blogspot.com

Terima kasih semua rakan bloggerku.. =D


NOTA KECIL :

,Haa..apa aq nak buat petang Ahad macam ni ye..hee..

**Terima kasih kerana membaca entri Di Sebalik Nombor 888

"Jangan Tidur.."


Haa..aq baru bercadang nak tidur awal sikit hari ni..ada pulak filem best ni..hee...da tengah malam ni macam best je layan filem A Nightmare On Elm Street ni kat HBO...nak tidur pon tak aman dalam cerita ni..kalau tidur je mesti si Freddy tu muncul..

..walaupun filem ni da ditayangkan tahun lepas tapi aq belum tengok lagi filem ni..haha..tu yang tekun je tengok..sebab tahun lepas aq memang jarang pergi tengok wayang...sesekali tu ada la..hee..

nak sambung tengok cerita ni la..jangan tidur ye..nanti mimpi...haha...(^^,)

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi..MIMPI..."


NOTA KECIL :

..kejap je da hari ahad..mana aq nak pergi ye hari ni..=_=

**Terima kasih kerana membaca entri "Jangan Tidur.."

Saturday, 30 July 2011

Aku Perampas !


,Huuhh..dengan kuasa veto yang aq ada...akhirnya aq da berjaya rampas balik laptop aq daripada sepupu aq yang da terjumpa game Angry Birds Rio kat dalam laptop aq...sebab tadi maksu aq nak pinjam laptop aq kejap..haha..

..kejam tak aq main rampas je..hee..."I'm sorry"..haha~

,Tak sempat aq nak ambil gambar dorang tadi..berebut nak main game Angry Birds Rio ni..nasib baik aq da lama berhenti main game ni..kalau tak dengan aq sekali kot join main game ni..(^^,)

Gambar pinjam Google =D

..ada lagi ke yang main game Angry Birds Rio ni haa...hee..


NOTA KECIL :

Game yang aq buat pagi tadi kat SINI tu sorang pon belum teka jawapan dengan betul...heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Aku Perampas !

Kena Serang Lagi !


,Haa..sebelum ni entri aq pernah diserang Keroro...tak lama lepas tu giliran Tea pulak serang aq...hari ni pon bila aq buka je dashboard...terkejut jugak tiba-tiba aq diserang blogger ni..aq pon baru je kenal dengan blogger ni..tapi..da kena serang bertubi-tubi macam ni...tengok la gambar kat bawah ni...haha..


,Haa...nak tahu sape yang serang aq ni...ni haa blogger tu...iPai...serang la dia balik..haha..Terima kasih yang da singgah sini..tanpa korang blog ni tak ke mana..hee..


NOTA KECIL :

,Tengah fikirkan entri pe pulak lepas ni..jangan blackout lagi sudah..da 2 kali hari ni..haha..


**Terima kasih kerana membaca entri Kena Serang Lagi !

SEGMEN 3 JAM JE


Haa...nak join klik SINI..segmen ni tutup pukul 11 malam ni...cepat3..hee~


**Terima kasih kerana membaca entri SEGMEN 3 JAM JE

Game Santai Pagi

Selamat pagi Sabtu !

,Haa...ada yang da bangun ke awal pagi macam ni..rasanya masih awal lagi ni...masa macam ni selalunya masih tidur lena lagi dibuai mimpi ni...

Hari minggu la kata kan..hari untuk merehatkan diri dan minda..berkumpul bersama keluarga..

..bagi yang baca entri ni..ku ucapkan SELAMAT PAGI ye...tuan belog masih belum bangun...masih lena lagi diulit mimpi di pagi hari..hee..

Haa..daa sampai mana agaknya tuan belog ni bermimpi...da sampai luar negeri da agaknya..haha..

Selamat pagi...!
tuan belog kat dalam flight ni..*dalam mimpi*..haha..

Sebelum tuan belog ni bangun untuk update blog ni nanti..nak buat satu game ringkas..

Haa...sape yang nak teka..sila bersedia..JARI di KEYBOARD..haa...berdasarkan gambar yang kat atas ni..sabar..sabar..agaknya ke mana sebenarnya destinasi tuan belog ni nak pergi..?

...gambar yang kat atas ni koleksi tuan belog sendiri ye..bukan jumpa kat Mr. Google ataupun Mrs.Flickr..*sengih*


NOTA KECIL :

Selamat berhujung minggu semua...(^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Game Santai Pagi

Friday, 29 July 2011

Jangan Bergerak!


,Haa..dari dulu lagi aq hairan dengan drama atau filem yang bercorak kepolisian ni..korang perasan tak..bila nak lakukan operasi atau serang hendap sesuatu tempat tu..ayat yang mesti keluar dari mereka ni mesti korang da boleh hafal kan..?

"Kami polis..jangan bergerak.."

..tu ayat yang biasa kita dengar dalam drama atau filem bercorak kepolisian dalam Malaysia ni sebab aq tertengok Gerak Khas tadi...kalau kat luar negara pula.."POLICE..Don't move!"

,Haa..korang rasa penjenayah tu akan duduk situ je ke..mesti dorang lari macam lipas kudung punya la kan..nak selamatkan diri...(^^,)

,Aq terfikir jugak..dari dulu lagi aq hairan...rasanya kalau tak guna ayat tu..mesti senang je nak tangkap penjenayah kan ni...datang secara senyap-senyap lepas tu sergah je..baru terkejut penjenayah tu..nak lari pon tak sempat da..heee...


NOTA KECIL :

,Da lama tak main Police and Thief ni..macam best je..teringin nak main pulak permainan tu bila da besar ni..haha~

**Terima kasih kerana membaca entri Jangan Bergerak!

Hujan Rahmat Di Pagi Jumaat


,Haa..dari sebelum Subuh tadi aq da lapar ni..bila tengok pula gambar nasi lemak ayam ni..makin terliur aq dibuatnya...=_=

...dengan hujan lebatnya lagi tadi dari pukul 5 pagi tadi kalau tak salah aq..haa..memang aq tengah mencari sarapan la sekarang ni..heee..kena sangat la...sekarang ni baru berhenti hujan...boleh la aq pergi beli...belum habis la aq nak taip ni...satu suara yang aq kenal sangat...hee..

"long..nasi goreng ada kat dapur.."

,Aq pon dengan pantasnya habiskan taip entri ni...haa..da sampai sini da baunya..tu la..rezeki awal pagi kan..sebab tu aq suka berjaga awal pagi macam ni...hee..(^^,)

p/s : gambar tu aq jumpa kat Google...hee..


NOTA KECIL :

,Hujan balik la..Alhamdulillah...bersarapan pagi dengan cuaca yang sejuk macam ni...serius..memang best..jom sarapan... =D

**Terima kasih kerana membaca entri Hujan Rahmat Di Pagi Jumaat

5 Minit Lagi


,Haa...da pukul 4.57 pagi ni...mata aq masih segar lagi ni...tak ngantuk ke..? 

,Da la tengah hujan lebat ni..kalau tidur mesti tengah lena dibuai mimpi ni...haha..aq tadi terlelap kejap kat depan tv..entah aq mimpi apa entah tadi..terus aq terjaga...sampai sekarang aq tak ingat lagi aq mimpi pasal apa tadi...hee..

,Bulan Ramadhan pon da semakin dekat ni...lagi beberapa hari je lagi kan..biasanya waktu macam ni la aq bangun sahur..nak bangun mesti minta tempoh..aq rasa bukan aq sorang je kot..korang pon mesti pernah buat jugak kan? haa..."5 minit lagi..awal lagi ni.."

5 minit lepas tu...

"haa..nak bangun la ni..10 minit lagi...ni last..10 minit je lagi.."


,Haa..kalau tak bangun jugak..memang tak bersahur la jawabnya..bila terjaga je da azan Subuh..haha..tapi aq tak pernah la tak bersahur..mata masih ngantuk ni tapi tak sedar pon da 10 suap nasi da selamat masuk mulut...heee...


NOTA KECIL :

,Bila cerita pasal sahur..lapar pulak pagi buta ni...dengan hujannya lagi...ni mesti sebab aq tertengok Masterchef Australia ni tadi...kan da lapar..haha..

**Terima kasih kerana membaca entri 5 Minit Lagi

Thursday, 28 July 2011

Harimau Malaya


,Bagi aq Harimau Malaya da buat yang terbaik..sekurang-kurangnya kita patut bangga sebab pasukan kita adalah 100% anak tempatan...kita tak perlu nak import pemain dari negara luar untuk bermain dalam pasukan negara...itu da cukup buat aq bangga walaupun kalah tipis dalam perlawanan tadi..hee...

,Mungkin kali ni bukan rezeki pasukan kita untuk mara ke pusingan seterusnya...tahniah dan syabas jugak la pada penyokong yang sanggup ke stadium untuk beri sokongan padu pada pasukan Malaysia...memang bersemangat tinggi la korang ni..!! (^^,)

,Menang atau kalah tu adat permainan..biasa la tu..Kita beruntung sebab ada pemain yang berkualiti seperti Khairul Fahmi dan Safee Sali...semoga terus lahirkan pemain yang berkualiti untuk mewakili pasukan Malaysia...

Tahniah sekali lagi Harimau Malaya...

**Terima kasih kerana membaca entri Harimau Malaya

Harimau Malaya Pasti Mengaum Malam Ni


,Haaa..hanya kurang sejam je lagi perlawanan antara pasukan Malaysia dengan Singapura akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pukul 8.45 malam ni...

,Hee..85,000 tiket habis dijual...satu pon tak tinggal untuk aq..haha..mesti ramai peminat yang kecewa sebab beratur panjang tapi tak dapat beli tiket..sape yang tak dapat tiket nak tengok perlawanan ni jangan la kecewa..tengok kat rumah je..ataupun kat kedai mamak yang ada skrin besar tu...

,Walaupun aq tak dapat tengok kat stadium...tengok kat rumah pon OK la..takde la nak berasak-asak kat dalam stadium tu...boleh makan dan minum depan tv..kat stadium tak boleh kan...hee~

,Go Harimau Malaya! Harimau Malaya !! (^^,)


NOTA KECIL :

,Sebelum perlawanan tu mula..aq nak pergi makan malam dulu...haaa,kalau kat stadium tak boleh nak buat macam ni kan..heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Harimau Malaya Pasti Mengaum Malam Ni

Dapat Nama Baru


Haa...dapat jugak aq update entri hari ni...hee..nak update entri pagi tadi tak sempat pulak nak on laptop..da tahu hari ni nak kena bangun awal...aq tidur lewat jugak..haha...da terbiasa tidur lewat kot..kalau ada cerita best kat tv masa pagi-pagi buta tu..lagi la makin lewat tidurnya..hee..

,Pagi tadi aq kena pergi tempat praktikal aq tu...nasib baik dekat je...hee..berkenalan la dengan staff kat situ..baru jumpa je tapi macam da kenal lama..aq pon layankan je la...

,Haa...dapat nama baru pulak tu hari ni...Ms Lee yang bagi...haha..susah nak sebut ye nama aq ni..hee..yeke susah..? tak kot..

,Hee..takpe la..hari suai kenal da dapat nama baru...aq tak kisah la nak dipanggil dengan nama apa..janji nama tu OK..memudahkan orang lain..takde la terbelit lidah nak menyebutnya...(^^,)

,Memang peramah betul satu pejabat ni...walaupun kebanyakannya dalam pejabat ni berbangsa Cina..aq tak faham pon dorang borak pe tadi...aq hanya mampu senyum je...hee..macam tak sabar je da aq nak mula praktikal ni minggu depan...hari pertama puasa tu...heee~


NOTA KECIL :

,Sarapan pagi tadi pon sampai tak sempat...hee..takpe la..sekarang da waktu lunch kan..gabungkan la breakfast dengan lunch...jadi la breaklunch...brunch la senang..haha~

**Terima kasih kerana membaca entri Dapat Nama Baru

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !


Haa..da lama da aq tak join segmen ni...nak join KLIK SINI...200 blog diperlukan..pukul 3 petang ni 28/7/2011 penyertaan akan ditutup...haaa, hari ni aq dapat nama baru...heee~

**Terima kasih kerana membaca entri BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Best Ke Bila Kenakan Orang Ni?


,Haa...ada yang belum tidur lagi..? Aq pon baru nak masuk tidur ni...sebelum tutup TV tadi aq tukar la channel lain...sambil tu tangan masih menaip lagi ni kat blog...mata pon masih belum ngantuk lagi...heee...

"Da takde cerita best ke tengah malam ni..?"


,Best juga layan MTV Pranked ni kejap...kenakan orang tak beragak...kalau nak kenakan orang fikir la dulu...aq tengok je..takde la sampai terfikir nak kenakan orang macam dalam rancangan tu..serius..kesian aq tengok dorang yang kena pranked tu...apa la nasib dorang kena pranked sampai macam tu...heee~


NOTA KECIL :

,Nak sambung tengok MTV Pranked balik..lepas tu zzzzz la...hee...selamat malam... (^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Best Ke Bila Kenakan Orang Ni?

Wednesday, 27 July 2011

Rakan Blogger


,Huuhh..seharian lagi aq tak update entri...da malam baru menjelma...hee..hari ni sehari suntuk hujan dari tengahari sampai petang tadi...masa hujan memang best tidur je...nak buka blog rasa macam malas je...haha...petang tadi buka blog kejap pon sempat blogwalking je ke blog rakan blogger..(^^,)

,Haa..minggu ni je la minggu terakhir aq nak habiskan masa relaks aq kat rumah...mulai minggu depan da mula puasa kan..? minggu tu jugak la aq mula praktikal...huuhh..tinggal beberapa hari je lagi ni...masih sempat lagi aq nak berblogging sampai semput ni...heee..http://www.tehuzz.com


,Tak habis lagi ni...tunggu kejap...nak terharu kejap boleh tak? sebab ada sorang blogger ni promote blog picisan ni kat entri blognya...korang tak terharu ke kalau ada blogger promote blog korang..mesti terharu kan...hee...terima kasih ye Tea...


NOTA KECIL :

,Haa..best jugak la kawan dengan blogger yang best macam ni...rajin-rajin la terjah blog blogger lain..mana tahu boleh jadi best friend kan nanti...heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Rakan Blogger

Blackout Lagi Ke?


,Haa...hari ni da tiga kali da rumah aq asyik terputus bekalan elektrik je..nak kata tak bayar..tak mungkin la kot..hee..pagi tadi blackout pukul sebelas pagi..tak kesah la..aq pon belum bangun lagi masa tu..relaks je tidur sebab aq bukannya sedar pon bekalan elektrik terputus..haha...

,Hee..masih belum habis tu..petang tadi dalam pukul empat jadi balik blackout macam pagi tadi tu...erk..aq baru nak on laptop...haa...habis idea aq nak update entri petang tadi lari bertempiaran da..tak sempat nak kejar..(^^,)

,Erk...kali ketiga kena masa malam pulak..dalam pukul 8 malam tadi...baru aq nak belek baca surat khabar pagi tadi...lepas tu cadang nak on laptop...zzaaasss...tiba-tiba gelap...

,Blackout lagi ke..?

,Haha...aq pon ambil kunci motor terus keluar la pergi mengambil angin kat luar..aq pantang betul bila dalam gelap orang lalu-lalang depan aq..buat terkejut je..nasib baik aq takde sakit jantung...hee...

,Huuuh..puas da aq merayau sampai ke KLCC..Bukit Bintang..bagus jugak jalan jammed tadi...nanti bila da sampai rumah mesti da ada bekalan elektrik balik...haa..memang tepat jangkaan aq bila aq sampai je rumah pukul sebelas tadi...Alhamdulillah da ada balik bekalan elektrik...bagus la..boleh la aq nak...update entri..hee..


NOTA KECIL :

,Haaa...jangan masa aq tengah taip entri ni blackout lagi sudah..memang aq tutup laptop...selamat malam la jawabnya...haha..

**Terima kasih kerana membaca entri Blackout Lagi Ke?

Tuesday, 26 July 2011

"Aku Rajin Buat Segmen Ke?"


Assalamualaikum...haa..ada yang belum tidur lagi ke..? hee..

Haa...aq dapat idea nak taip entri ni bila aq baca entri si kotak bulat ni..haa..sentap juga la bila baca entri KB ni..sebab dulu masa mula-mula aq berblog aq memang rajin join segmen..almaklum la..baru lagi kan masa tu..alasan terbaik yang aq guna.."Takde idea nak update entri.."..haha..

,Tapi sekarang korang pun nampak blog aq da kurang join segmen..bukan tak join langsung ye..cuma kurang je..hee..aq ni pon join jugak segmen blogger lain..takde la sampai tak join langsung..

,Jangan la kata aq sombong pulak sebab tak join segmen yang korang buat..aq nak hadkan je..tak baik tuduh aq macam tu...bila tengok balik entri kat blog aq awal-awal dulu pon penuh dengan segmen je...apa yang mampu aq buat hanya *geleng kepala*...haha...

"Aku rajin buat segmen ke..?"

,Aq pon baru sekali je anjurkan segmen sepanjang aq berblog ni..tu pon dua minggu lepas tak silap aq..segmen pertama tu pon boleh tahan la penyertaannya..terharu kot aq masa tu...tak jangka ramai yang join..hee..

"nak join segmen tu memang mudah..nak handle segmen tu yang susah.."..ada yang komen kat entri aq dulu tapi aq tak engat sape..maaf ye..memori aq tak cukup besar nak simpan banyak sangat data...hee...betul tu...aq setuju..sebab aq da pernah rasa...haha...


NOTA KECIL :

,Kalau nak bersegmen dan join segmen tu boleh..tak salah pon..tapi kena la hadkan..kena la selitkan entri-entri coretan korang jugak ye...selamat berblogging... (^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri "Aku Rajin Buat Segmen Ke?"

Monday, 25 July 2011

Blog Dan Facebook


,Haa...da malam baru aq berkesempatan buka balik blog aq ni..nak rehatkan dulu mata ni secukupnya baru la boleh nak menghadap laptop..bila malam tu semangat nak berblog ni lain sikit..bila siang tu banyak sangat godaan yang boleh buat aq tak fokus depan laptop..nak taip entri pon asyik menguap je...hee..

,Hee..Tapi yang buat mood aq ke laut sikit bila aq buka FB je..mesti notification banyak sangat..kalau komen dari kawan aq takpe la jugak...ni notification yang macam takde kena mengena dengan aq..event tu la..event ni la...bukan aq baca pon...tengah dalam proses nak kesan sape yang suka create event kat dalam FB tu..habislah la korang kena remove dengan aq nanti...kejam tak? haha~

,Bila ditekan banyak kali pon nombor notification tu tetap jugak macam tu..serabut mata aq tengok notification yang ada...banyak sangat nombor...mesti rasa macam nak tutup akaun je rasanya..haha...

Huuhh...asal dengan FB aq ni..? Makin pelik dengan FB sekarang ni.. =_=



NOTA KECIL :

,Ni yang buat aq bertambah malas nak buka FB lagi ni kalau jadi macam ni...kira nak sabotaj aq la tu...sia-sia je kalau aq delete akaun FB aq malam ni...haha~ (^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Blog Dan Facebook

Semangat Baru


,Selamat pagi. Hari baru, minggu baru...semangat nak berblog pon kena la diperbaharui juga kan. Berblogging ni sebenarnya seronok kalau nak diikutkan.. cuba tanya blogger yang aktif kat luar sana tu.. sehari kalau tak update entri macam mana mereka rasa..? 

,Haa..kalau dapat update entri sehari sekali tu kira OK la..Blogging tetap blogging..tak semestinya blogger akan duduk menghadap laptop atau pc dorang 24 jam kan..ada yang update entri pagi..petang..tengah malam pon ada yang update entri..

,Tapi cara penulisan entri kat dalam blog aku ni masih banyak lagi yang perlu diperbaiki..aku tahu memang susah nak puaskan hati semua pihak..Bila aku baca balik entri lama dalam blog aku ni..mesti aku tanya balik diri aku.."Aku pernah tulis macam ni ke dulu?" =_=

,Aku memang kena banyak belajar lagi..nak hasilkan entri yang gempak kena la berusaha sikit..tak salah kalau dari hari ke hari kita cuba nak mantapkan cara penulisan entri kat dalam blog sekaligus kita sendiri boleh dapat manfaat dari apa yang kita tulis tu kan..tapi macam mana? 


NOTA KECIL :

,Selamat berblogging di pagi Isnin...hee...aq nak sambung tidur la kejap..mana tahu dalam mimpi nanti boleh dapat tips berblogging ke... (^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Semangat Baru

Sunday, 24 July 2011

Selamat Tinggal Seremban



"Selamat tinggal Seremban...nanti ada masa jumpa lagi..."

,Huuuhh...ayat sedih la pulak...hee..tengahari tadi aq gerak pergi Seremban kejap sebab nak ambil semua barang aq yang masih tertinggal kat rumah sewa aq kat sana...dari malam tadi memang da plan nak gerak pergi Seremban awal pagi...haha...tapi...

tapi aq tak mampu nak pergi awal sangat macam yang dirancang...maklum la lepas Subuh tu plan nak tidur balik je...hari Ahad...biasa la...heee...dekat tengahari baru la bersiap nak gerak pergi Seremban...sampai tertidur kat dalam kereta...tak cukup tidur...nasib baik bukan aq yang drive...(^^,)

,Haa...biasanya kalau hari minggu...kat rumah sewa aq tu memang takde orang...tapi tengahari tadi kawan serumah aq tu ada pulak...nasib baik tak ramai...kalau tak...confirm dorang tak bagi aq pergi...cehh...perasan lagi aq ni...hahah...

,Da lepas selesai kemas barang...aq terus gerak balik KL...kalau lama lagi aq kat situ...nanti banjir pulak Seremban...banyak kenangan kat sana...sampai KL pon pukul 2 petang tadi...cadang nak buka blog la...tak mampu da...tertidur pulak...da malam baru terasa nak update entri...haha...


NOTA KECIL :

,Erk...susah la aq nak turun Melaka...Johor lagi lepas ni....kalau kat Seremban kan dekat...kalau da duduk KL...memang jauh la...kalau ada masa je mesti aq turun Seremban la...aq memang suka merantau...haha~

**Terima kasih kerana membaca entri Selamat Tinggal Seremban

CIKGU WAN BLOGGER GILA | SEGMEN SEO



Pesanan Penaja : 

"SAYA JOIN SEGMEN CUBA-CUBA SEO ANJURAN WANCIKGUMUZIK DAN DAPAT HADIAH HEADER VERSI RAMADAN DARI CIKGU MUZIK YANG GILA 
TUUHH..!! KLIK SINI KALAU NAK JOIN."


AMARAN !! Entri ni memang khas aku tujukan untuk Cikgu Wan si Blogger Gila...gila entri SEO..

Cikgu Wan Blogger Gila !! Kenapa banyak blogger yang gelarkan Cikgu Wan ni dengan gelaran Blogger Gila...baru hari ni aku tahu kenapa Cikgu Wan dapat title Blogger Gila sejati sebab bila aku masuk blog Cikgu Wan...sambung kat bawah...

Rupa-rupanya memang sah beliau Blogger Gila sebab apa..? gila entri SEO...sebab Cikgu Wan buat satu Segmen SEO...iaitu Cikgu Wan Blogger Gila | Segmen SEO...dan menampakkan lagi Cikgu Wan memang Blogger Gila entri SEO...bagus jugak ada segmen gila macam ni...tajuk pon Cikgu Wan da siap bagi CIKGU WAN BLOGGER GILA | SEGMEN SEO...gila ke tak ni...memang gila kan?

Sebenarnya da lama aku perhatikan gelagat Cikgu Wan si Blogger Gila ni...suka sangat buat entri yang memang orang tengok tajuk mesti akan laju je klik ke blog Blogger Gila ni...tapi aku pon kenal-kenal macam tu je Cikgu Wan ni...haaa...Cikgu Wan ni pernah jugak la singgah blog aku...ala, Cikgu Wan...sape tak kenal kan? 

Aku pon selalu jadi silent reader je kat blog Cikgu Wan ni...ni nak tanya Cikgu Wan ni...pernah datang blog ni tak? jawab ikhlas...hahah~

Haa...aku masuk blog Cikgu Wan ni pon saje je nak tahu jugak teknik buat entri SEO tu macam mana...haaa, sebab tu bila ada Segmen SEO yang Cikgu Wan buat ni...aq nak cuba join la Segmen SEO ni..mana tahu lepas ni aq boleh buat Segmen SEO pulak...manalah tahu kan...tapi aku tak nak la nanti dicop Blogger Gila...sesekali main entri SEO pe salahnya...heee~

Rasanya da cukup kot sampai sini je entri SEO ni Cikgu Wan...nanti kalau taip panjang lagi...lepas tu asyik taip Cikgu Wan ni Blogger Gila la..gila entri SEO la..takut terlebih kata...nanti Cikgu Wan tersinggung...susah nanti...

Mohon maaf banyak2 ye Cikgu Wan jika entri ni ada yang menyinggung perasaan, merobek jiwa Cikgu Wan...takde niat pon nak kata Blogger Gila tu semua...isi dalam entri ni cuma cubaan entri SEO yang Cikgu Wan kehendaki dalam segmen CIKGU WAN BLOGGER GILA | SEGMEN SEO tu....mohon maaf sekali lagi ye Cikgu Wan...



NOTA KECIL :

,Haa...semua jangan salah faham ye...entri ni cuma cubaan Segmen SEO yang Cikgu Wan anjurkan...harap maklum...heee~

**Terima kasih kerana membaca entri CIKGU WAN BLOGGER GILA | SEGMEN SEO

Segmen BW Pantas Kotak Bulat!



,Haa...sape ye yang perkenalkan blog KB ni kat aq ye...?

,aq nak cari blogger tu sampai dapat...haaa...sampai la ke hari ni mesti setiap hari aq nak masuk blog KB ni...kenapa ye..? heee..KB jangan marah ye...bergurau je la...haha...walaupun kenal kat blog je tapi macam da kenal lama...kan...heee ~


"Mood : rajin nak blogwalking sampai pitam"


NOTA KECIL :

,Kalau nak join cepat la KLIK header tu...haa...bukan klik kat SINI ye..segmen ni tutup pukul 2 pagi, 24 Julai 2011...cepat3...heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Segmen BW Pantas Kotak Bulat!

Saturday, 23 July 2011

Da Dua Hari Macam Ni


,Huuhhh...da berturutan dua hari da ni malam baru aq nak update entri...hari Sabtu biasa la...mood ke laut..haha...kalau hari Sabtu ni idea nak update entri agak terbatas sikit...hee...ada yang rindu ke sebab aq tak update entri..? cehh..perasan betul aq ni...sesekali nak perasan pe salahnya kan...(^^,)

,Kalau aq malas nak update entri ni..aq cuma blogwalking dari blog ke blog...tinggalkan komen...kalau tak pon cuma singgah je...heee...tapi hari ni aq cuma sempat blogwalking pagi tadi je...haa...lepas ni aq nak pergi terjah balik blogger yang da singgah blog ni hari ni...heee...

,Peristiwa semalam akan berulang kembali...blogwalking sampai pagi...haha...esok hari minggu pulak kan...memang kena la kan nak blogwalking sampai penat...line internet pon tengah tak semput ni...hee..


NOTA KECIL :

,Haa...jom blogwalking di malam minggu...sampai lebam...mana tahu ada yang buat segmen yang menarik ke...aq tengah rajin nak join ni...hehe...

**Terima kasih kerana membaca entri Da Dua Hari Macam Ni

Nuffnang Da Pulih Tapi Gengblogger Belum Lagi


,Haa...tengah malam tadi kecoh laman web Nuffnang tak boleh diakses sebab kena hacked dengan GaySec...aq ada buat entri tu kat SINI...tapi awal pagi tadi dalam pukul 5.00 pagi macam tu..laman web Nuffnang da pulih macam biasa...da boleh diakses semula...

...laman web Gengblogger pon dikatakan kena hacked...sampai sekarang ni masih belum pulih lagi...bila aq buka je keluar macam ni...huhhh...401 Unauthorized...blog yang ada widget gengblogger tu aq rasa patut buangkan dulu widget gengblogger tu...kalau tak buang mesti kat blog korang tu keluar yang macam kat bawah ni kan? Nanti da OK letak la balik...heee~


,Masa mula berblogging dulu..kat Gengblogger la selalu aq ping entri...heee...sekarang pon masih ping entri jugak kat situ....hehe...(^^,)

p/s : kalau keluar pop-up yang tu...jangan isi pape...tekan pangkah je ye...untuk keselamatan blog korang jugak....


NOTA KECIL :

,Haaa...jom la layan sarapan pagi dulu...hee..

**Terima kasih kerana membaca entri Nuffnang Da Pulih Tapi Gengblogger Belum Lagi

Laman Web Nuffnang Tak Boleh Diakses?


,Haa...aq rasa kebanyakan blooger kat Malaysia ni memang menggunakan Nuffnang kan...aq pon tadi cuba la nak buka laman web Nuffnang...nak check Analytics blog aq untuk yang semalam punya...haaa...boleh pulak keluar macam gambar kat atas tu kan...? haha...gambar yang kat bawah ni yang terbaru...baru je aq printscreen ni..."Under maintenance"...(^^,)


,Betul ke laman web Nuffnang sekarang ni kena hacked dengan GaySec...buat masa ni memang tak boleh nak akses ke laman web ni...aq rasa GaySec ni tengah test keselamatan laman web Nuffnang ni kot...


NOTA KECIL :

,Hari tu Gengblogger da kena....sekarang ni Nuffnang pulak...mungkin saje nak test tahap keselamatan laman web tu kuat ke tak kot...admin laman web tersebut kena la tingkatkan keselamatan laman web yang mereka kendalikan tu....harap lepas ni OK la ye...heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Laman Web Nuffnang Tak Boleh Diakses?

Friday, 22 July 2011

Siapa Yang Rajin Sangat Ni?

,Huuhhh...satu hari suntuk aq tak buka blog ni...aq tinggalkan entri pagi tadi je...haaa...pukul 8 malam tadi baru aq mula jenguk blog aq...walaupun aq tak update entri sangat hari ni...tapi masih ada lagi yang sudi singgah blog aq ni...heee...terima kasih ye...(^^,)


,Haa...pada sesiapa yang tinggalkan komen kat blog ni...aq akan cuba terjah balik blog korang ye...aq hargai sangat setiap komen yang korang tinggalkan kat setiap entri dalam blog ni...sape la yang rajin tinggalkan komen ye kat blog ni...? 

,Entri pendek je ni...aq nak pergi jalan-jalan kat blog lain pulak ni...peace !! heee~


NOTA KECIL :

,Tengah dalam proses nak terjah balik...setengah hari da aq ketinggalan ni...haha~

**Terima kasih kerana membaca entri Siapa Yang Rajin Sangat Ni?

Kreatif Bersama Sergeant Keroro

,Jom la join segmen ni...syaratnya pon mudah je...spontan je pon...jom3...kero..kero...


Klik header "INVASION" PLAN kalau nak join...jom3...



Danbo : Domo adikku...!! da lama abang tak jumpa Domo...rindunya...tapi kenapa macam ada yang lain je dengan adik abang ni...kenapa adik abang ni da jadi biru? bukan dulu warna coklat ke sama macam abang? kenapa boleh jadi macam ni Domo..? =_=

Domo : Domo pon rindu kat abang juga...heee...sebenarnya panjang ceritanya abang Danbo...OK..biar Domo ceritakan....cerita tu ada kat SINI...haa...abang Danbo da paham kan...?

Danbo : Haaa...baru abang teringat...yang Domo ni penakut sejak dari kecik...kalau Domo terkejut je mesti tukar jadi biru kan....kalau biru pon comel adik abang ni...

Domo : Abang ni kan..suka kenakan Domo ye...malu la Domo...ni yang nak gigit abang ni...hehe~


NOTA KECIL :

,Serius...aq memang tak kreatif...tu je dapat aq fikir tengah malam ni...haha =D

**Terima kasih kerana membaca entri Kreatif Bersama Sergeant Keroro

Segmen : Jom Kongsi Entri


,Haaa...awal pagi lagi aq da join segmen anjuran blog Kizmyself...hee...segmen ni simple je...nak join KLIK la header kat atas ni haa...kena pilih entri yang kira terbaik atau entri yang paling banyak dibaca dan dikomen...

,Aq nak pilih entri yang ni laa...



NOTA KECIL :

,Haa...betul ke blogger memang selalu tidur lambat ni..? rajin betul aq join segmen awal pagi macam ni...hehe...

**Terima kasih kerana membaca entri Segmen : Jom Kongsi Entri

Makin Kuat Baunya Ni


,Haaa...masa aq tengah syok blogwalking kat blog blogger lain tadi...tiba-tiba...hidung aq ni dapat tangkap satu bau yang....bau ni memang menusuk hidung aq la...aiihh..da tengah malam ni...jangan buat hal la...aq buat tak tahu je dengan bau tu...aq memang tak tahan la bau tu makin lama makin kuat...

,Erkkk...aq rasa korang mesti rasa seram sejuk kan kalau da tengah malam macam ni...tiba-tiba ada pulak bau yang kurang menyenangkan...mesti tegak la bulu roma woo...=_=

"adehh....dari mana pulak datang bau ni...tengah malam pulak tu?"

....mesti macam-macam yang da berlegar kat dalam fikiran korang kan kalau benda ni terjadi kat korang...aduhh...tak hilang lagi bau tu...makin kuat pulak tu bau dia...aq nak berblogwalking pon macam da tak boleh da...tak sanggup da ni....

,Haaa...satu rumah da bau da ni...orang lain takde bau pape ke...ataupun aq sorang je yang bau benda ni....aq gagahkan jugak la cari punca bau ni dari mana....

.....aq pon ronda la satu rumah aq ni...huuuhh..da penat ronda da ni..baru terfikir ada satu tempat lagi aq belum periksa....aq pon beranikan diri la periksa kat satu sudut ni...gulpppp...makin lama makin dekat da baunya...
-
-
-
-
-
...aq pon nyalakan la lampu...tiba-tiba....aq jumpa.........DURIAN !! 
,satu plastik pulak tu kat dapur... haha...patut la baunya kuat semacam je... korang fikir pe haa...heee...


NOTA KECIL :

,Haaa....seram tak bila baca entri ni...mesti tegak bulu roma kan...sekadar memecahkan keheningan malam...heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Makin Kuat Baunya Ni

Thursday, 21 July 2011

.Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Chelsea Asia Tour 2011.


,Haaa....keputusan penuh Malaysia Vs Chelsea FC...walaupun kalah tetapi pasukan Malaysia telah bagi yang terbaik...cuma aq rasa macam terkilan sikit la sebab gol tunggal Drogba untuk Chelsea tadi macam....haa...korang da tengok kan gol tu macam mana tadi kan...(^^,)



Malaysia (0) - (1) Chelsea

NOTA KECIL :

,Haa...takpe la..takde rezeki nak menang malam ni...yang penting dapat pengalaman baru kan...heee...tak sabar pulak aq nak tengok Malaysia Vs Singapura nanti akhir bulan ni...kasi gegar la Malaysia!! 

**Terima kasih kerana membaca entri .Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Chelsea Asia Tour 2011.

Malam Penentuan


,Haaa...hanya tinggal beberapa jam je lagi sebelum perlawanan antara pasukan Malaysia Vs Chelsea...ada yang da terasa kehangatannya ke..? heee...walaupun aq tak berapa minat bola sepak ni...tapi aq akan tetap sokong pasukan negara..Malaysia...haha...

Malaysia..!! Go Malaysia !!


NOTA KECIL :

,Hari ni stadium mesti penuh dengan penyokong The Blues kan...? tapi aq tetap sokong Harimau Malaya...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Malam Penentuan

Sarapan Awal Pagi

Selamat pagi...

,Haaa...pagi semalam aq baru buat entri pasal sarapan pagi kan...heee...pagi ni da sarapan ke belum...? Jom sarapan...waahhh...sarapan berat sikit pagi ni...semalam setakat minum air je...OK la dari takde kan...haha...

Nasi lemak Oh! nasi lemak....tapi jangan makan selalu...sesekali tu boleh la...heee...aq pon da lama tak makan nasi lemak ni...ada la 2-3 hari lepas kalau tak silap aq...(^^,)


,Haaa...sejak aq buat entri pasal sarapan pagi tu semalam...asyik terfikir je nak sarapan pe...haha...sebelum ni bukan main susah aq nak sarapan.... =D


NOTA KECIL :

,Hee...selamat menjamu selera sarapan pagi korang ye...^^,

**Terima kasih kerana membaca entri Sarapan Awal Pagi

Wednesday, 20 July 2011

.Alien Mengganas Di Blog.


,Erk...malam ni blog aq kena serang dengan sergeant keroro ni....aq saje la tinggalkan blog aq kejap tadi...nak buka FB...bila buka je dasboard...perghhh...alien da mengganas ni...habis semua entri blog aq yang seminggu lepas punya kena terjah...haha~

,Haa...ni bukti keganasan alien kat dasboard blog aq...!! maklumlah...baru pulang ke bumi...sebab seminggu tak balik bumi..habis semua blog diserangnya...haha~



,Haaa...thankz bro...rajin betul ko terjah semua entri yang lepas ye...bukan blog ni je...ramai lagi da kena dengan serangan dahsyat ko tu....memang terbaik la...tapi kalau penat rehat dulu bro...satu blog entah berapa entri ko terjah ye....(^^,)


NOTA KECIL :

,Terkejut wooo masa mula-mula buka dashboard tadi...aq ada buat entri panas ke hari ni..takkan la kot...rupa-rupanya alien mengganas...cuak aq bro....haha... =D

**Terima kasih kerana membaca entri .Alien Mengganas Di Blog.

Rasanya Macam..


,Erk...haaa...da lunch...? lepas lunch ni mata pon terasa berat je kan...rasa macam nak tidur je...dapat lelap kejap pon jadi la kan...hehe...tapi lepas makan tak elok la tidur kan...sebab makanan belum dihadam lagi...sementara tunggu makanan nak dihadam tu...rasanya macam nak makan ni laa...


,Huh...cuba la cari dan selongkar dalam peti sejuk...takde la pulak...mana nak cari ni...ni yang buat aq nak pergi cari aiskrim sekarang ni....haaa...bayangkan la kalau dapat makan aiskrim bila petang macam ni...best wooo...(^^,)


NOTA KECIL :

,Hari ni Wordless Wednesday ye...hari di mana hanya gambar je bercerita...aq baru teringat...haha ~

**Terima kasih kerana membaca entri Rasanya Macam..

Fokus Tu Penting


,Selamat pagi Rabu...heee ~

,Haaa...da sarapan pagi? Kalau ada yang masih belum tu pergi la sarapan pagi dulu ye...banyak kebaikan sarapan pagi ni...pagi-pagi macam ni mesti ada yang tengah nak bersiap nak pergi kerja kan...haa...yang nak pergi kuliah pon ada jugak kan...? heee ~

,Kalau nak fokus masa tengah kerja ke...kuliah ke...first..mesti la kena cukup tidur kan...kalau tak cukup tidur nanti mesti susah nak fokus bila buat sesuatu kan...hee...sarapan pagi pon penting tu...kalau tak sarapan pagi...mesti perut tu keluarkan bunyi-bunyian yang kurang enak didengar kan...haaa...sanggup ke tunggu sampai waktu makan tengahari...? hee...

,aq ni jarang jugak la sarapan pagi ni...selalu jugak terlepas...tapi aq suka gabungkan terus je sarapan pagi dengan makan tengahari....breakfast + lunch = breaklunch...haha...makan pe yang patut je la...takde la semua aq sumbat masa breaklunch tu...(^^,)

,haaa...mulakan pagi korang dengan senyuman ye..haaa..senyum...senyum...baru la rezeki senang masuk...jangan pulak buat muka seposen...ada jugak yang kena pelempang berkelajuan 240 km/j pagi-pagi ni nanti...haha...


NOTA KECIL :

,Haaa...pagi ni aq nak sarapan pagi apa ye...? Nanti takde la aq breaklunch lagi hari ni kalau da sarapan pagi ni...setakat alas perut sudah la kan...hee ~

**Terima kasih kerana membaca entri Fokus Tu Penting

.Firdaus Life : Berkawan Dalam Kumpulan.


" Mari Kita Sama-sama Berkawan "


NOTA KECIL :

,Haaa...awal betul aq join segmen...heee...KLIK header kalau nak join....

**Terima kasih kerana membaca entri .Firdaus Life : Berkawan Dalam Kumpulan.

Tuesday, 19 July 2011

Blogger Memang Selalu Tidur Lewat Ke?


,Da lama da aq tangguh nak buat entri ni....tapi malam ni aq nak buat jugak entri ni...heee~

Blogger memang selalu tidur lewat ke?

,Haa...aq memang da lama nak buat entri pasal ni...heee...kalau jadi blogger memang kena tidur lewat ke? sebab da lama da aq perhatikan kat dashboard aq ada je entri diupdate walaupun masa tu da pukul 1-2 pagi...

"Blogger ni tak tidur ke?"..."Blogger ni tak penat ke...tak ngantuk ke?"...haaa...lepas tu baru aq terfikir kenapa aq pon tak tidur lagi...beriya cakap orang...aq pon dua kali lima je...haha~

,memang tak dinafikan la...aq ni pon memang selalu jugak la tidur lewat...aq pon tak menghadap laptop sangat kalau da tengah malam ni...blogwalking pon sekadar yang termampu je...tengah malam tu masa yang sesuai jugak la nak cari idea nak update entri baru...heee..

,masa tengah malam tu la rasa macam tenang je sebab semua da tidur...takde sape pon nak kacau kan...idea pon mungkin senang masuk kot...


NOTA KECIL :

,Haaa...korang pulak macam mana...? sama macam aq jugak ke...heee (^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Blogger Memang Selalu Tidur Lewat Ke?

Eh...800 la..



,Haa...sebelum ni 700 dengan 777 aq da terlepas...tak dapat dikesan...hehe...kali ni dapat jugak aq kesan rakan blogger yang ke-800...kee...

,Jom terjah tuan belog ni dengan blognya sekali...tuan blog namanya Along...kalau nak tahu lagi kena la masuk blog ni ye...heee (^^,)


NOTA KECIL :

,Terima kasih semua rakan blogger lain yang da support blog ni...tanpa korang...serius...blog ni tak ke mana...hehe~

**Terima kasih kerana membaca entri Eh...800 la..

BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG


...kalau nak join segmen ni KLIK header kat atas tu...

Latar belakang blog..

,Blog ni rasanya da ada kat dunia blog ni sejak hujung tahun 2009 lagi tapi masa tu tak aktif sebab masa mula buat blog dulu...ilmu pasal blog sikit pon aq tak tahu...ZERO...memang agak lama jugak la blog ni terbiar macam tu...tarikh mula beroperasi secara rasmi blog ni adalah pada 4 April 2011..sedikit demi sedikit cuba untuk bangunkan semula balik blog ni...

Kenapa buat blog? Idola?

,Mula buat blog sebab ingin nak tahu benda yang baru...nak kenal dunia blogging ni macam mana...dunia blog ni bukan sekadar untuk menulis entri dan bermain dengan coding...malah...sejak blog ni mula beroperasi 3 bulan lepas...aq mula kenal dengan rakan blogger yang lain...aq memang baru lagi kenal dunia blog tapi itu la yang menjadi penyuntik semangat aq untuk terus berblog...

,Idola aq dalam dunia blogging ni adalah Abg Ben... dari situ la aq mula...sertai segmen...memang sumber inspirasi aq...kalau tak percaya...boleh check balik entri lama blog aq masa mula-mula dulu...dari situ jugak la blog aq naik sedikit demi sedikit...aq lagi suka mula dari bawah....pembaca mesti tidak akan jemu untuk singgah ke blog abg ben setiap hari...

Kenapa blog ni patut dipilih sebagai blog yang patut di singgah setiap hari ?

,Bila disebut pasal blog ni...blog ni cuma blog personal...entri dalam blog ni pon banyak dari apa aq rasa nak tulis..aq tulis je....kalau tak banyak pon mungkin ada la sikit info yang boleh digunakan entri dalam blog ni...heee..


NOTA KECIL :

,Segmen ni akan ditutup jam 2 petang 19 Julai 2011...kalau nak join sila KLIK header secepat mungkin...peluang hanya datang sekali....

**Terima kasih kerana membaca entri BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG

Santai Pagi Selasa

Selamat pagi Selasa rakan blogger...

,Wahhh...awal pagi je...aq mesti pergi ambil angin luar dulu kat luar beranda...walaupun aq tahu cuaca pagi di luar agak sejuk...heee...bersyukur sebab masih lagi berpeluang hirup udara segar pagi-pagi macam ni...ni kalau duduk luar terlalu lama boleh demam ni...haha ~

"Ni kalau kat depan rumah aq la...da lama aku terjun ni..."

,Haaa...jangan fikir lain pulak...maksud aq sebenarnya...haaa...kalau la depan rumah aq ada ni pantai...da lama da aq terjun laut...kalau pagi-pagi masa air pasang lagi best...dengan sejuknya lagi...tu baru best...haha...


,haaa....dulu masa aq duduk Seremban dulu...memang selalu jugak la pergi pantai ni...pergi seorang diri pulak tu...bosan...takde kerja...biasa la tu...haha...aq memang suka lepak kat tepi pantai...ambil angin...tengok ombak...bukan mandi laut pon...bila rasa macam da tenang sikit...lepas tu aq pon balik la...haaa...tu namanya Operasi Pantai!....heee...

,aq memang suka bunyi deruan ombak menghempas pantai ni...kan seronok kalau hari-hari aq dapat dengar bunyi ombak...mesti tenang je hati aq ni...masalah pon boleh dilupakan buat sementara waktu...


NOTA KECIL :

,Erk...kenapa la tiba-tiba aq terfikir pasal pantai la..ombak la...laut la pagi ni.... heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Santai Pagi Selasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Julai 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com