! Skytech BELOG !! | Ezadskytech.com ! Skytech BELOG !! | Ezadskytech.com: December 2011

GuaBLOG | Interesting ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 17, 2012

Cabaran Dan Dugaan...Semua Tu Normal

16 Januari 2012...akhirnya tamat jugak pengajian aq selama 3 tahun secara rasminya setelah report LI, buku log LI da selamat dihantar petang semalam...bila da hantar semua benda tu...rasa nak menjerit je tapi nanti orang kata apa pulak kan...so, menjerit dalam hati je la...HAHA...

Huhh...bila dapat surat tamat pengajian tu...macam tak sangka je da tamat...bersyukur dengan result yang aq dapat walaupun tak segempak mana...heee...


Aq jugak pernah hampir nak give up masa semester empat dulu...dua minggu jugak aq tak masuk kuliah...entah kenapa pun aq tak tahu...bila aq fikir balik..."Lagi berapa semester je lagi nak habis kan...? tak kan nak give up da..." Haa...lepas da kaunseling diri aq sendiri...baru la aq sedar...inilah cabaran dan dugaannya...bila da mulakan sesuatu tu...haruslah ditamatkan...yeahhh....semangat balik la lepas tu...hee...

Haa...akhirnya....dalam tak sedar...kejap je masa tu berlalu...rasa macam baru semalam je aq mendaftarkan diri...hee...3 tahun yang penuh dugaan dan cabaran...mana la tahu kan mungkin cabaran lepas ni lagi semakin mencabar...haa...kena la bersedia fizikal dan mental la nak hadapinya nanti kan....heee...

#Cabaran dan dugaan dalam hidup...normal la tu kan...baru la kita tahu dan belajar erti sesuatu kehidupan tu...

NOTA KECIL :

Bila da habis belajar...rindu pulak masa time belajar dulu...hee...

Monday, January 16, 2012

Melody Monday : Hello Cold World

Haa...seharian aq menyepikan diri dari dunia blog, FB dan dunia internet dari semalam...kelembapan line internet yang melampau sejak hari Sabtu hari tu menyebabkan aq Missing In Action kejap semalam...haa...untuk entri permulaan minggu ni aq nak perkenalkan Melody Monday atau MM...lebih kurang macam entri Wordless Wednesday dan Spontaneous Thursday yang aq buat la...dimana ada entri special untuk hari tu saja...



"I feel happy, I feel sad...I feel like running through the walls...
I'm overjoyed, I'm undecided...I don't know who I am...
Well, maybe I'm not perfect, at least I'm workin' on it...
22 is like the worst idea that I have ever had...
It's too much pain, it's too much freedom...What should I do with this?...
It's not the way you plan it...
It's how you make it happen...yeah, it's how you make it happen..."



"HELLO COLD WORLD"

Hello Cold World adalah lagu pilihan aq untuk entri MM minggu ni sebab kan sehari aq da hilang dari dunia blog ni...tak sempat nak blogwalking pun semalam...mesti banyak yang aq da terlepas ni...haa...lagipun lirik lagu ni pun macam kena je dengan situasi aq sekarang ni...mungkin lepas ni baru aq akan mula aktif balik blogging macam biasa...hee...




NOTA KECIL :

Paramore cipta lagu ni khas untuk aq agaknya...cehhh...perasan...hee...

Saturday, January 14, 2012

Simple Plan Live In Kuala Lumpur 2012


Simple Plan...sebuah band yang popular dengan lagu "Welcome To My Life" bakal menggegarkan KL Live pada 14 Januari 2012...haa..malam ni la...band Pop Punk daripada Kanada ini membuka tirai konsert 2012 dengan "SIMPLE PLAN : GET YOUR HEART! ON TOUR" di seluruh Asia. Konsert Simple Plan malam ni dibawakan oleh Tunetalk dengan kerjasama JS Concert Productions dan Fat Boys...

Simple Plan terdiri dari Pierre Bouvier (Vokal Utama), Jeff Stinco (Gitaris Utama), Sebastien Lefebvre (Gitar Rhythm), David Desrosiers (Pemain Bass) dan Chuck Comeau (Pemain Dram)...

Tarikh   : 14 Januari 2012
Masa     : 8.30 p.m
Tempat : KL Live, Kuala Lumpur
Tiket     : RM258, RM188, RM98


"SIMPLE PLAN LIVE IN KL 2012"

NOTA KECIL :

Haaa...baru aq teringat yang konsert Simple Plan Live In KL 2012 tu hari ni...ingatkan minggu depan...minggu ni memang banyak benda nak kena settle...tak teringat pun pasal ni...memang tak sempat nak beli tiket la da...konsert da mula pun rasanya...HAHA...

#Kalau AVENGED SEVENFOLD turun KL...confirm aq pergi la...heee...

Bila Diperlukan Baru Nak...

Huuhh...lega rasanya bila da siap report LI ni...haa...lebih kurang dua hari jugak la aq marathon siapkan report ni sampai semalam pun tak sempat nak online...online FB pun guna phone je...kalau online guna laptop...takut melarat...tak siap pulak report LI aq nanti...HAHA...

Haa...tak sampai 200 pages pun...tu pun aq da rasa macam nak meraung buat report ni...nak tunggu habis print keluar report tu lagi satu hal...hee...ni kira sikit lagi...dulu masa aq semester dua...assignment 350 pages nak kena print...entah berapa kali aq tukar cartridge...nak tunggu habis print assignment tu...entah berapa jam pun aq tak ingat...da lupa...HAHA...


"Haa...walaupun printer ni agak "SLOW" bila nak print...asyik kena marah je dengan aq...tapi printer ni da banyak berjasa aq sejak April 2009 lagi...kalau takde printer ni...haa...memang takkan siap la semua assignment aq dulu...hee "

#Lepas ni duduk diam dalam kotak ye wahai printer...nak guna nanti aq cari ye...HAHA...

NOTA KECIL :

Bila diperlukan baru la nak mencari...tapi bila tak nak guna...dibiarkan macam tu je...erk...macam kena tepat kat aq je ni....hee...

Thursday, January 12, 2012

Spontaneous Thursday #12 | Fokus


"Terlalu fokus buat report LI dari pagi tadi sampai terlupa yang 
hari ni belum post sebarang entri...HAHA..."

NOTA KECIL :

Fokus...fokus...cepat siap...boleh aq sambung berblogging...hee...

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #34 | Kelas Memandu


" Auto ke manual ? " 

Haa...selamat berjaya bagi yang akan ambil ujian ataupun yang baru bercadang nak ambil lesen memandu tahun ni...hee... 

#Belum tentu boleh lepas ujian memandu kalau macam ni...HAHA...

Wordless Wednesday #33 | 2012 Terbaik


NOTA KECIL :

Entri wordless yang buat aq jadi wordless...Wordless terbaikk la !! hee...

Tuesday, January 10, 2012

Durian Oh Durian

Haa...terbaca entri kat blog Kak Diana tadi pasal durian ni...betul ke durian boleh mengatasi masalah susah nak tidur...? Wahhh...baru tahu ni...haa...lepas ni kalau susah nak tidur....makan la durian...tapi masa musim durian je boleh cuba kan...kalau tak musim...mana nak cari durian kan...heee...

Sekarang ni pun memang musim durian kan...? Sana jual durian...sini jual durian...kat rumah aq ni pun satu rumah da bau durian je...serius memang kuat baunya...HAHA...sejak dari minggu lepas tu...da habis beli lagi...haa...orang bagi pun ada...rezeki tu...hee...


Kalau dulu aq tak minat durian...tak tahu kenapa...tak heran pun durian bila ada kat depan mata walaupun nampak sedap...tapi sekarang ni...memang pantang jumpa durian la...haa...kalau yang isi dia kuning tu...perghhh...memang terangkat la...da jadi hantu durian...memang habis licin...HAHA...

NOTA KECIL :

Selalunya lepas makan durian...kena letak air kat dalam kulit durian tu...lepas tu minum...tapi aq lepas makan durian...boleh bantai minum air sejuk...HAHA... 

Tawaran Sambung Belajar

"Anda telah ditawarkan untuk kemasukan ke UniKL bagi sesi Januari 2012...Sila download surat tawaran dan lain-lain dokumen di....."

Belum habis baca lagi mesej tu aq da terus pangkah...haa...biasa la...tengah mamai masa tu...mana la sedar kan...baru bangun tidur la katakan...HAHA...


Bila da bangun tadi...aq check la mesej kat dalam inbox...mana tahu tadi aq tersalah tengok ke masa tengah dalam keadaan mamai tu...bila check balik...ternyata memang betul...rupanya aq tak bermimpi tadi...aq dapat tawaran sambung belajar di UniKL untuk program BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY (HONS) IN INDUSTRIAL DESIGN...

Ada lebih kurang seminggu lagi sebelum tarikh pendaftaran...tengah fikir nak terima ataupun tak ni...macam awal sangat...ataupun nak tunggu tawaran lain....huuhh...aq pun baru sehari duduk kat rumah ni sebab semalam hari terakhir aq praktikal...hee...lega sikit...tapi tak boleh nak lega sangat la...report pun belum siap lagi...HAHA...

NOTA KECIL :

Report Latihan Industri pun ada lebih kurang seminggu lagi je dateline nak hantar ni...terlalu banyak benda nak selesaikan dalam minggu ni...tapi sempat jugak berblogging...HAHA...

Monday, January 9, 2012

Cara Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2012/2013


Sebelum Mengemukakan Permohonan




Semasa Mengemukakan Permohonan

  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda.
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
  • Anda WAJIB memasukkan SALAH SATU MAKLUMAT bagi ruangan yang bertanda (**)
  • Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
  • Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.



Selepas Mengemukakan Permohonan

  • Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  • KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda dilaman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.


    Sumber : upu.mohe.gov.my

    #Permohonan bermula 9 Januari 2012 sehingga 2 April 2012...


    NOTA KECIL :

    Haa...kepada yang sedang memohon dan akan memohon...selamat memohon dan semoga berjaya ! hee...

    Elakkan Guna Jalan Berikut Pagi Ni

    Haa..untuk makluman semua pengguna...beberapa jalan di ibu negara dijangka akan sesak bermula jam 7 pagi Isnin ni...

    Mengikut maklumat yang diperolehi dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan jalan yang terlibat ialah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha...


    Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya...

    Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan...

    Sumber : MyNewsHub

    #Habis la jalan mesti sesak esok pagi...kalau boleh memang aq nak elakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ni...serius...memang stress kalau sangkut dalam jammed ni...HAHA...

    NOTA KECIL :

    Dinasihatkan..kalau boleh elakkan dari menggunakan jalan-jalan tersebut jika tak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ni...sila gunakan pengangkutan awam...LRT, Monorail kan ada...jangan tanya la kenapa...hee...

    Sunday, January 8, 2012

    Juara MasterChef Malaysia Musim Pertama

    Juara MasterChef Malaysia Musim Pertama milik siapa...?

    Adakah gelaran Juara MasterChef akan menjadi milik Ezani ataupun Wahidan...?

    8 Januari 2012...Haa...agaknya siapakah diantara mereka yang akan bergelar Juara MasterChef Malaysia untuk musim pertama ni...dan siapa yang akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan berpeluang untuk menerbitkan buku masakan sendiri.... 

    Rancangan MasterChef Malaysia ni boleh dikatakan aq tengok semua episod la sejak mula ditayangkan 22 Oktober 2011 lepas...pada pendapat aq la...episod awal dulu kurang menyengat...dan agak hambar...selepas da bertukar chef juri...baru la nampak menarik sikit dan setiap minggu makin menarik...

    Siapakah yang menjadi pilihan...? Malam penentu...

    Santapan Penamat ! Haa...Juara Masterchef Malaysia...adakah Ezani ataupun Wahidan ? Semuanya bakal terjawab malam ni...Jangan lupa saksikan Masterchef Malaysia : Santapan Penamat malam ni di Astro Ria (CH104) dan Saluran HD (CH188)...

    #Tolong jangan SPOILED kan mood peminat MasterChef Malaysia...tunggu saja Santapan Penamat malam ni...


    NOTA KECIL :

    Haa...lepas tamat rancangan MasterChef Malaysia Musim Pertama ni...adakah akan ada MasterChef Malaysia Musim Kedua..? Ataupun Junior MasterChef Malaysia ke...boleh ke ? hee...

    Saturday, January 7, 2012

    Mood Study | Bersantai Di McD

    Erk...sarapan pukul 4 pagi kat McD...entah mimpi apa awal pagi tadi pun aq tak tahu...semua tengah syok tidur dibuai mimpi masa tu...aq pulak boleh keluar pergi McD pukul 4 pagi...HAHA...saja nak ambil angin awal pagi...serius memang sejuk cuaca awal pagi ni...rasanya macam da kat Genting Highlands da pagi tadi...


    Haa...aq ingatkan awal pagi macam tu...tak ramai sangat la kat McD ni kan...ternyata tekaan aq salah...McD Taman Melati ni awal pagi tadi memang penuh...semua tengah demam...demam final exam...mood study...penuh nota kat kiri dan kanan...heee...Bila nak study je...mesti nak study sambil bersantai kat McD...? Kenapa agaknya...?


    Huhh...suasana pagi tu tetiba buat aq teringat balik masa nak final exam dulu...sama la macam mereka ni...bila nak study je...mesti lepak kat McD...HAHA...tapi aq tak selalu sangat join sebab aq tahu...kalau lepak macam ni...study apa pun susah sikit nak masuk...mesti asyik berborak je nanti...tapi setakat nak buat nota ringkas tu boleh la...hee...

    Tapi kalau macam nak study Math ke takpe buat study group ni...lepak kat McD...haa...tapi kalau untuk subjek yang perlu untuk membaca...serius susah nak fokus...baik study sendiri lagi tenang...hee...haa...semua student U yang bakal menduduki final exam tu...

    "SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR"


    NOTA KECIL :

    Haa...serius...tak tenang aq nak lepak lama sikit kat McD pagi tadi...semua muka serius je study...aq yang stress tengok orang study...hee...

    Thursday, January 5, 2012

    Selagi Ada Idea


    Blurr...tak tahu nak update apa...malas nak online...nak buka blog...haa...tu lagi la...tu sebenarnya simptom awal penyakit M.A.L.A.S...setakat ni memang masih belum ada penawar yang dapat merawat penyakit ni melainkan diri sendiri...HAHA...

    Haa...sejak minggu lepas lagi aq perasan ni...lepas post entri wordless je mesti aq jadi macam ni...jadi blurr...nak kata aq ada exam...sibuk study...takde la pulak...aq kan tengah praktikal...mana ada exam...buku pun tak nak tengok muka aq semester akhir ni...hee...

    Nasib baik la blog ni tak boleh nak bersuara...agaknya kan la...blog ni pun da bosan tengok muka aq setiap hari...blog...update entri...blogwalking...tu je la kerjanya...selagi ada idea...selagi tu la nak menaip entri...


    NOTA KECIL :

    Haa...selagi aq belum putuskan untuk berhenti berblogging ni...selagi tu la kena tengok muka online setiap hari wahai blog...HAHA...

    Wednesday, January 4, 2012

    Wordless Wednesday #32 | BoBoiBoy Ke Sekolah


    #BoBoiBoy...kembali ke sekolah ! hee...

    NOTA KECIL :

    Haa...blog aq dan BoBoiBoy memang tak dapat dipisahkan...HAHA...

    Hari Pertama Persekolahan 2012


    Haa...hari ni merupakan hari pertama persekolahan 2012 bagi kebanyakan negeri...tetiba teringat kembali kenangan masa zaman persekolahan dulu...biasanya hari pertama nak bangun pagi bila nak pergi sekolah ni mesti terasa liat semacam sebab da lama sangat bercuti...HAHA...

    Hari pertama masuk sekolah...biasa lah...belum mula belajar lagi...tapi entah kenapa sejak dari sekolah rendah...beg aq tetap berat walaupun da ikut jadual...bila tengok beg budak lain...semua ringan je...rupanya aq yang terlebih rajin...buku teks dan latihan...semua aq bawa...hee...

    Haa..lagi satu...aq memang malas nak hafal jadual waktu...malas nak ambil tahu esok tu ada subjek apa...aq sumbat je segala buku kat dalam beg...tak muat dalam beg...aq usung la buku tu...bila teringat balik...skema jugak aq masa sekolah dulu...HAHA...


    NOTA KECIL :

    Beg budak sekolah rendah sekarang lagi berat daripada beg budak sekolah menengah...? Betul kan...? Kalau setuju tekan Like...HAHA...

    Tuesday, January 3, 2012

    Tragedi Hampir Meragut Nyawa


    Huuhh...Tragedi Awal Januari hari tu buat aq lebih alert bila lalu di jalan gelap yang kekurangan cahaya ni bila malam...entri ni kiranya macam sambungan entri hari tu...hee...bila teringat balik tarikh 28 Disember 2009..rasanya macam tak sanggup lagi da aq nak lalui perkara yang sama macam tu...tragedi hampir meragut nyawa...huuhhh...

    Memang aq tak boleh lupa la dan kalau boleh tak nak ingat da kejadian motor terbang ni...dan himpap kat kaki kiri aq ni...aq pun tak pasti apa yang aq langgar...masa tu on the nak balik kolej...nasib baik siang...kalau malam...habis la aq...

    Lepas jatuh tu...aq tak periksa pun ada luka ke tak..tak terfikir langsung pun...first sekali, aq periksa motor aq dulu...HAHA...masa tu bukannya aq sedar tangan aq tu luka ke...kaki patah ke...takde la cedera teruk sangat...cuma luka kat tangan dan kaki je...

    Haa...tu la hadiahnya...HAHA...habis bercalar cover set LC aq..dengan side mirror pecah kiri kanan...nak change gear pun tak boleh...terpaksa la aq menolak motor aq dalam keadaan kaki aq yang macam da tak rasa tu...sebab da dekat dengan susur nak masuk ke KL Sentral...


    Huuhh...serius...nampak je dekat...tapi bagi aq masa tu...terasa jauh sangat...memang aq da putus asa nak menolak ni...tetiba ada van ni berhenti depan aq...bro tu macam tahu je aq perlukan bantuan ni...hee...aq pun tak tahu nak kata apa da...tolong bro tu masukkan motor aq dalam van dia...terus bro tu bawa aq pergi klinik...

    Haa...lepas da selesai cuci luka kat klinik tu...bro tu sanggup tolong hantarkan aq kat bengkel motor...bro tu tolong aq sampai situ pun aq da cukup bersyukur da...aq bukan kesian kat diri aq...kesian motor aq tu...masa tu buah hati aq tu baru empat bulan lebih aq guna...bau kedai pun tak hilang lagi masa tu...da bercalar sana sini...kesian...hee...

    #Berhati-hatilah di jalan raya...pesanan khidmat masyarakat ikhlas dari Skytech Belog...heee~


    NOTA KECIL :

    Walaupun da dua tahun kejadian tu berlalu...kesan dari eksiden kat kaki aq tu masih lagi terasa sampai ke hari ni...

    Putus Hubungan


    Huuhh…baru putuskan hubungan semalam…tetiba hari ni da terasa rindu la pulak ni…? Ahh...parah da ni…terasa lama pulak rasanya aq da putuskan hubungan dengan dunia maya ni sejak 40 jam lepas…blog tak update…FB lagi la…tak buka langsung pun semalam… HAHA…

    Haa…padahal semalam masih dalam mood cuti lagi tapi entah kenapa terasa malas nak on laptop tu…ohh…sebenarnya aq dalam dilema ni…bila on laptop saja…nak online ke ataupun nak siapkan report Latihan Industri…? Cuma tinggal sikit saja lagi tapi entah bila la semangat nak tulis report tu akan datang ni…hee…

    Tapi kalau aq siapkan sekarang…sama saja..aq kena tunggu jugak surat pengesahan tamat Latihan Industri dari tempat latihan aq ni 9 Januari depan sebab nak masukkan sekali dalam report tu…hee…

    #Sementara tunggu semangat nak tulis report tu datang kat aq…teruskan aktiviti berblog dulu macam biasa…tak pernah terfikir pun nak putuskan hubungan dengan blog ni…HAHA…


    NOTA KECIL :

    Haa…hairan jugak ni…UV yang masuk blog ni boleh tahan jugak banyaknya walaupun seharian aq tak online daripada semalam…ishh…kalau aq online tak pulak macam ni…hairan...HAHA…

    Monday, January 2, 2012

    Tragedi Awal Januari

    #Justgoogleit

    Huhh...rasanya macam agak besar dan dalam lubang yang aq terlanggar tadi...yela...malam la katakan...kawasan pun gelap semacam...lagipun kawasan tu memang kekurangan pencahayaan lampu jalan...mana sempat nak mengelak...nasib baik tak terjadi sesuatu yang tak diingini...kalau tak...da bersepah da...huuhh...

    "Bila da ada kemalangan kat kawasan tu baru nak ambil tindakan ke...?"

    Bahaya untuk penunggang motor macam aq ni...kalau lubang tu kecik...boleh dimaafkan lagi...ni besar kot...kalau siang mungkin la boleh nak elak dari langgar lubang tu...kalau malam...haa..bayangkan la....

    Serius...memang menyesal aq lalu jalan tu...da la gelap...mana perasan ada lubang sebesar tu kat tengah jalan...nasib baik la aq penunggang berhemah...30 km/j...kurang sikit la impaknya bila terlanggar lubang tu...kalau tak...jadi Tragedi Awal Januari la pulak kan...hee..


    NOTA KECIL :

    28 Disember 2009...kejadian lebih kurang 2 tahun lepas tu masih lagi menghantui aq sampai ke hari ni...huuhh...

    Sunday, January 1, 2012

    2011...Tak Berpeluang Langsung Bercuti

    Langkawi Oh Langkawi !!

    "2011...langsung tak berpeluang nak bercuti dari awal tahun sehingga akhir tahun...awal tahun sampai pertengahan tahun masih sibuk dengan belajar...lepas tu bulan Ogos 2011 da mula praktikal...bila masanya nak pergi bercuti kan...HAHA..."

    Haa...harapkan cuti hujung minggu je...tu pun bukannya selalu keluar...HAHA...harap tahun 2012 ni dapatlah pergi bercuti..tak kisah la ke mana pun...praktikal pun da nak habis ni...menanti hari je ni...

    #yeaahhh..."i need a VACATION !! hee..."


    NOTA KECIL :

    Bila geledah laptop tadi terjumpa pulak gambar tu..Julai 2010 punya gambar tu...HAHA..

    Amalkan Gaya Hidup Sihat


    Roti sekeping...susu HL secawan...cuba amalkan gaya hidup sihat...susu seliter ni mungkin 4 kali minum saja da habis da...sesekali nak minum takpe la kan...tapi ada jugak yang tak boleh nak telan susu ni...serius..sedap...rugi siapa yang tak minum susu ni...

    Takkan bila breakfast asyik nak membantai nasi lemak, mee goreng, teh tarik tu semua lagi...kena cuba tinggalkan semua tu mulai hari ni...

    "Boleh ke ni..? Aq nak cuba sebulan dulu...HAHA..."


    NOTA KECIL :

    #Awal pagi lagi da sarapan...HAHA...belum pernah lagi aq breakfast seawal ni di hari minggu...hee...

    Jom Tambah Follower Awal Tahun 2012

    Haa...segmen pertama yang di join untuk tahun 2012 ni...da lama rasanya tak join segmen macam ni...tak salah rasanya kalau join segmen sekaligus berpeluang untuk menambah kenalan dalam dunia blog ni...rasanya mungkin lepas ni akan muncul lebih ramai blogger baru...hee...

    KLIK banner untuk maklumat lebih lanjut...

    Segmen HH ni pun simple saja...HH tanya target berapa followers nak dicapai menerusi segmen ni...nak cukupkan 1500 followers boleh...? Agak tinggi kan target tu...hee...


    NOTA KECIL :

    #Jom la meriahkan lagi segmen HH ni...1 Januari 2012 jam 11 pagi segmen ni da ditutup...haa...cepat BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT ! hee..

    Pembuka Tirai 2012


    #Entri pertama sebagai pembuka tirai Skytech Belog untuk tahun 2012...hee...

    Entri Terakhir 2011 Skytech Belog telahpun menutup tirai bagi tahun 2011...sudah semestinya bila ada permulaan mesti ada penamatnya kan...selamat tinggal 2011...dan selamat datang 2012...

    "WELCOME"
    Selamat Datang Tahun 2012...

    NOTA KECIL :

    Haa..rasanya mungkin tahun ni akan lebih mencabar bagi aq...harap aq bersedia untuk hadapinya kelak...hee..

    Saturday, December 31, 2011

    Entri Terakhir 2011 Skytech Belog

    Haa...hari terakhir dalam tahun 2011 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi...1 Januari 2012 akan menggantikan tarikh 31 Disember 2011...mungkin entri kali adalah entri terakhir Skytech Belog untuk tahun ni...tapi bukan entri yang terakhir ye...hee...

    Sejak aktif berblogging lebih kurang 9 bulan lalu...sebanyak 663 entri da dipublishkan kat Skytech Belog ni sejak April 2011...usia blog ni belum pun sampai setahun lagi...macam tak percaya je entri kat blog ni mencapai sebanyak itu...apa yang aq merepek pun aq tak tahu...HAHA...

    "Tak bosan ke berblogging ni...update entri sampai beratus ni...?"

    Hanya blogger je yang tahu jawapannya...best atau tidak bila berblogging ni...aq hanya mampu tersenyum je...HAHA...sepanjang berblogging ni...terlalu banyak kenangan manis dan pahit...haa..yang paling pahit adalah bila Blog Hampir Kena Delete la...pernah Dituduh Curi Entri pun ada...dugaan...dugaan...tapi tu cuma gurauan kasar je...HAHA...

    Nak terjah dan belek semua entri aq yang lepas sejak April 2011 tu macam terlalu banyak pulak nak belek setiap entri...hee...

    2012 pun sudah semakin hampir ni...tunggu countdown 5...4...3...2...1 je...sempena entri terakhir untuk tahun 2011...aq sebagai penulis Skytech Belog ingin mengucapkan terima kasih kepada semua followers,pembaca dan pengunjung Skytech Belog sepanjang tahun 2011 ni...tanpa anda....blog ni takkan mampu berdiri sendiri...


    "SELAMAT TAHUN BARU 2012"

    #Kejap lagi siap sedia la dengan bunyi percikan bunga api....Fireworks...!! 

    Sambut 2012 Di Mana Malam Ni ?

    Huhh...malam ni mesti banyak jalan sekitar KL akan ditutup kan sebab nak countdown sambut tahun baru 2012 kan...tapi aq malas nak join countdown sambut tahun baru kat tempat yang memang confirm akan ramai orang kan contohnya macam kat KLCC, Dataran Merdeka, i-City Shah Alam...


    "Sambut 2012 kat mana malam ni...?"

    Haa...sambut kat beranda rumah je la...sebab dari rumah aq pun da nampak percikan bunga api kat KLCC tu masa sambut tahun baru...tapi tak tahu la tahun ni masih boleh nampak lagi ke tak percikan bunga api...KLCC pun da tak berapa nampak sekarang ni...HAHA...

    Bukannya apa...aq cuma nak tengok bunga api je...confirm bergema la kawasan rumah aq malam ni dengan bunyi bunga api...meriah wooo...HAHA...


    NOTA KECIL :

    Haa...kira detik 12 malam ni dalam hati je la...boleh tak..? hee...

    Motif Update Blog Awal Pagi

    Haa...awal pagi lagi da online...biasanya waktu macam ni masih di alam mimpi lagi...aq pun tak tahu apa motif aq buka blog pagi ni...mengigau ke..? HAHA...hanya blogger tegar je yang faham situasi ni...selagi ada idea nak update entri...update saja...hee...


    Haa...tapi yang tak bestnya...bila idea datang...masa tu jugak la aq bukan kat depan laptop...sebab aq cuma boleh update entri kalau ada laptop...pasal line internet tak kisah sangat...wifi bersepah kan...tapi nak bawa laptop bila keluar...memang tak la...HAHA...

    "Nak pinjam laptop kejap boleh...? Nak update blog kejap..."

    HAHA...ni namanya muka tak tahu malu...masuk KFC ke McD...aim saja mana yang berkenan walaupun kita tak kenal orang tu...buat macam situasi kat atas...HAHA...rasanya peluang nak dapat pinjam kejap laptop orang tu peratusnya agak rendah la...HAHA...

    Haa...lain la kalau ada phone Android ke kan...ataupun phone atau tablet canggih yang lain...senang nak update entri...ada benda menarik nak diupdate...taip je...tak payah nak bawa laptop...hee...tahun depan kalau dapat salah satu tu...memang syok la...terbaik...hee...


    NOTA KECIL :

    Haa..tak salah kan kalau nak berangan pagi Sabtu ni kan...ni kira wishlist untuk tahun depan la...tu pun kalau dapat la...HAHA...


    Friday, December 30, 2011

    Impak Virus Wordless

    Huuuhh...blog ni da berhabuk da ni...2 hari kena tinggal...virus apa entah yang da menyerang aq ni agaknya minggu ni...nak on laptop pun malas...hee...lebih rela bersantai sambil baca komik Lawak Kampus sebelum tidur daripada mengadap blog bila malam menjelma...blog aq ni tetiba jadi "wordless" pulak sejak dua hari lepas...hebat betul impak virus ni...HAHA...


    Aihh....tak boleh dibiarkan virus ni...nanti makin melarat pulak...sampai ke tahun depan baru nak buka blog agaknya...HAHA...bukannya lama lagi pun nak masuk tahun depan...hari Ahad ni da tahun depan kan...hee...

    Haa...lebih kurang sehari lebih je lagi kita dalam bulan Disember ni...lepas tu da masuk bulan Januari...banyak yang nak kena selesaikan dalam bulan Januari ni...tapi bulan tu jugak la yang aq tunggu selama ni sejak Ogos lepas...hee...


    NOTA KECIL :

    Huuhh...lama da rasanya aq tak bersegmen...kali terakhir buat segmen bulan Oktober kot...rindu pulak rasanya...HAHA...

    Wednesday, December 28, 2011

    Wordless Wednesday #31 | Alahai Mesin ATM


    #Kalau la mesin ATM kat Malaysia ni macam ni...mesti best...HAHA...

    Tuesday, December 27, 2011

    Memang Terbaiklah


    Huuhh...setelah bercuti selama tiga hari...bila nak mulakan minggu baru balik...terasa lemau je...HAHA...tu la impaknya kalau da cuti lebih dua hari ni kan...

    "Yang paling penting Monday Blues da pun lepas...HAHA"

    Haa...tiga hari cuti...tiga hari tu jugak la aq terlepas nak breakfast...terus lunch je...haaa...pagi ni kena la breakfast...kalau tak breakfast nanti...belum sampai tengahari da mula terasa lapar...hee...

    Pejam celik...pejam celik...macam kejap saja rasanya aq da nak habis praktikal...rasanya macam baru semalam je aq mula praktikal...aq ingat lagi...aq mula praktikal masa hari pertama puasa tahun ni...hari pertama praktikal aq da diajak turun ke site...tengah panas...pengalaman terbaik la...HAHA...

    #Terbaikkk !! Da macam BoBoiBoy la pulak...heee...


    NOTA KECIL :

    Walaupun cuma 6 bulan aq praktikal...dan tak lama lagi akan tamat awal Januari tahun depan...tapi pengalaman yang ditimba selama 6 bulan tu sememangnya cukup berharga...dapat la merasa jadi Jurutera Projek walaupun cuma untuk 6 bulan...hee...

    Monday, December 26, 2011

    May I Help You ? | Santai Petang


    Tut...tut...tut...tut...

    Pemanggil : Hello...Domino's Pizza Giant Hypermarket Batu Caves ke ni...? 
    Domino's   : Yes...may I help you ? Hello...may I help you Mr ?
    Pemanggil : Haa...nak tanya ni...ada nombor Pizza Hut tak ? 
    Domino's   : #$&* !!

    #HAHA...apa perasaan korang kalau kat tempat pekerja Domino's tu...?


    NOTA KECIL :

    Domino's Cheese Burst Doubledecker tu nampak macam sedap je...terliur pulak tengok gambar pizza tu...kalau dapat ni...huuhh...lagipun aq da lama tak makan pizza ni...heee...

    So Long And Goodnight

    Huuhh...angin awal pagi ni kuat semacam je...daripada tengah malam tadi...nampak gayanya macam nak hujan saja tapi...daripada tengah malam tadi aq tunggu...sampai sekarang masih belum hujan...kalau hujan awal pagi macam ni syok jugak la...mesti sejuk je awal pagi macam ni...

    Haa...kejap lagi hujan la tu...harap hujan lebat la...hee...set alarm...tarik selimut...tidur la...lagi pun sekarang pun da nak masuk pukul 4.17 pagi da kan...haishhh...entah kenapa susah sangat nak masuk tidur awal aq ni...HAHA...

    "So long and GOODNIGHT♫"


    Sunday, December 25, 2011

    Halilintar,Taufan Dan Gempa


    Haa...amacam...best tak episod terakhir BoBoiBoy musim pertama tadi...akhirnya semua persoalan sudah pun terjawab dalam episod tadi...BoBoiBoy Gempa muncul di episod terakhir musim ni...serius...terbaik la episod terakhir BoBoiBoy musim pertama ni...harap ada BoBoiBoy musim kedua la nanti...hee...

    #Banyak betul entri aq pasal BoBoiBoy ni...HAHA...

    Boboiboy Mengganas


    Huuhh...boleh tahan jugak impak dan pengaruh animasi BoBoiboy ni...belum pernah lagi la dalam sejarah aq berblog...satu keyword ni setiap hari ada saja...heee...ni da masuk dua minggu ni keyword Boboiboy  mengganas dan menguasai carta ni...HAHA...

    Carian keyword Boboiboy Gempa memang paling tinggi dalam minggu ni...keyword lain tak ada chance nak masuk ni...sebab...semua nak tahu rupa Boboiboy Gempa macam mana...BoBoiBoy FB Fanpage pun masih belum keluarkan lagi gambar BoBoiBoy Gempa ni...masih rahsia...HAHA...


    Haa...tinggal lagi beberapa minit saja lagi ni sebelum pukul 7 malam...jangan lepaskan peluang untuk menonton episod terakhir BoBoiBoy musim pertama ni...animasi terhebat tahun 2011 ni terbitan Animonsta Studios ni...haa..promote ni...HAHA...

    #Aku yang excited lebih ni mengalahkan budak kecik...heee...


    NOTA KECIL :

    Huuhh...macam mana la agaknya rupa dan kuasa BoBoiBoy Gempa tu ye...? Sabar...kejap lagi semuanya akan terjawab...hee...

    YES Bila Nak Habis ?

    Selamat pagi !! Selamat pagi Ahad....

    Masih blurr lagi awal pagi ni...awal la sangat kan...HAHA...tapi tetap nak mengadap blog pagi Ahad ni...hee...nak keluar ke mana hari ni pun masih lagi dalam perancangan ni...haa...nak tengok wayang...layan Mission Impossible : Ghost Protocol pun macam best je ni...


    Haa...rasanya da lama jugak la aq tak jejakkan kaki kat panggung wayang ni...kali terakhir masa tengok Harry Potter 7 : Part 2 bulan Julai la...da lebih 5 bulan kot...catat rekod baru ni...HAHA...tapi satu yang merisaukan aq...YES...maksud aq YES yang ni...Year End Sale...


    Selagi belum habis YES ni...selagi tu la aq fikir dua tiga kali nak keluar hujung minggu ni...bila nak habis YES ni agaknya ye...? Mahu diserbu YES ni...tak ke haru nanti...jalan nak ke KL pun mesti sesak punya la...serik da wooo...

    "Selamat berhujung minggu"

    NOTA KECIL :

    Haa...nak pinjam pintu ke mana saja boleh tak Doraemon...? Mudah, cepat, jimat dan selamat...kan...HAHA...


    Saturday, December 24, 2011

    Pasal Tu Pun Nak Gaduh Ke..?


    YOUTUBE : 
    Haa...aku ada semua benda yang orang nak tengok...Paramore, MCR...cari je... 

    GOOGLE : 
    Eleh...aku pun ada semua benda yang orang nak cari...berita, gosip artis, BoBoiBoy pun ada...cuma perlu taip apa nak dicari je...lagi hebat...HAHA...

    FACEBOOK : 
    Hooii...aku lagi hebat la...boleh buat orang kenal sesama sendiri, chat, macam-macam lagi la...daripada yang tak kenal rapat...boleh rapat...takde siapa boleh lawan kehebatan aku...

    SKYPE : 
    Aku boleh bagi orang call di seluruh dunia...lagi hebat kan...? Haa...

    INTERNET : 
    Cehhh...tanpa aku, korang semue takde tau...aku la yang terhebat...

    ELEKTRIK : 
    Ahhh...kau pon sama internet, kalau takde aku, macam la kau boleh hidup kan...apa pun tak boleh...

    PEKERJA ELEKTRIK : 
    Korang semua boleh diam tak ???  Kalau aku tak betulkan tiang elektrik ni baru tahu...semua hilang...bising je kerjanya...

    "Ye...kami diam.."


    NOTA KECIL :

    #HAHA...pasal hal kecik pun nak bergaduh ke...? Ego bukan main tinggi...semua tak nak mengalah...buang la ego tu ye...tak ke mana pun...hee...

    Friday, December 23, 2011

    JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA


    Haa...segmen review Alexa...wahhh....!! Menarik ni...dapat la perbaiki ranking Alexa blog aq yang kejap naik dan kejap turun ni...heee...



    #Nak join...? KLIK gambar Alexa tu...

    NOTA KECIL :

    Jom la review DI SINI...heee...

    Thursday, December 22, 2011

    Kemunculan Boboiboy Gempa


    Haa...aq tahu banyak yang mencari keyword BoBoiBoy Gempa...sebab banyak masuk ke blog aq...hee...bila agaknya Boboiboy Gempa akan keluar...? Boboiboy Halilintar dan Boboiboy Taufan da keluar...peminat siri animasi BoBoiBoy ni mesti da tak sabar nak tonton episod terakhir Boboiboy untuk musim pertama ni kan...kuat sangat ke robot pemusnah Mukalakus Adu Du tu...? 


    Boleh ke Boboiboy, Yaya, Ying dan Gopal mengalahkan robot pemusnah Mukalakus Adu Du ni...nak tahu kesudahannya...kena la tunggu hari Ahad ni...HAHA...


    Promo Episod Terakhir BoBoiBoy 25 Disember 2011


    BoBoiBoy Gempa !!


    NOTA KECIL :

    Keyword berkaitan BoBoiBoy bersepah masuk ke blog aq ni sejak minggu lepas..sebab Ahad ni kan  BoBoiBoy untuk musim pertama da nak habis...mungkinkah ada BoBoiBoy musim kedua...? heee...

    Wang Kertas Malaysia Siri Baharu 2012 | Keunikan Malaysia

    Haa...siri Wang Kertas Malaysia Siri Baharu 2012 kali ni agak menarik la dari segi rekabentuk dan warnanya...meriah...dan kali ni wang kertas RM20 diperkenalkan semula...kali ni aq takkan lepaskan peluang untuk mengumpul setiap not wang kertas siri baru ni untuk dijadikan koleksi...rugi pulak rasanya tak kumpul koleksi duit ni dari dulu lagi...katanya Julai 2012 baru akan dikeluarkan...


    Setiap wang kertas siri baru ni ada keunikannya tersendiri...Unik tu...huhuu...Uniknya Malaysia...

    WANG KERTAS MALAYSIA SIRI BAHARU 2012

      
    RM1 - Wau Bulan

    RM5 - Burung Enggang Badak

    RM10 - Rafflesia

    RM20 - Penyu Karah dan Penyu Belimbing

    RM50 - Kelapa Sawit dan Bioteknologi


    RM100 - Taman Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di Lembah Gunung Api


    #Sumber : BNM


    NOTA KECIL :

    Haa..not RM20 rasanya paling menyerlah kan...heee...

    Zon Pengomen Setia

    Reputasi Blog