Film Review : Sepah The Movie Film Review : Sepah The Movie | ! Skytech BELOG !! | Ezadskytech.com

Friday, November 30, 2012

Film Review : Sepah The Movie

> Whats Up Guys...

Yeahh ! Rasanya macam da berkurun lamanya tak buat review movie baru kat blog...movie terakhir yang direview sebelum ni kalau tak salah aq rasanya movie Dredd...dan last movie yang aq tengok kat wayang filem Hantu Kapcai...tapi tak sempat nak review kat blog pun masa tu...terlalu banyak movie kat wayang sampai tak boleh nak catch up semua...tapi kali ni entah macam mana boleh sempat pulak layan Sepah The Movie...layan...HAHA...

"Blog sampai tak sempat nak buka kononnya...tapi movie baru kat 
wayang sempat pulak layan..."

Sepah The Movie


Sinopsis "Sepah The Movie" : 

Jep, Mamat dan Shuib yang telah berkawan rapat sejak dari kecil lagi serta berkongsi hobi yang sama iaitu menunggang motorcross dan kebetulan mereka bertiga bekerja di kilang yang sama...Sejak kemunculan seorang gadis yang bernama Ayu Sofea yang bertugas di bahagian training di kilang elektronik tempat Sepah bekerja, mereka bertiga mula menaruh hati padanya..maka, terjadilah sketsa serta babak yang kelihatan menggelikan hati kerana mereka bertiga berusaha untuk mendekati Ayu Sofea...

Pada masa yang sama, kemunculan Based iaitu pengurus baru di kilang tersebut yang menyebabkan Sepah gagal untuk memenangi hati Ayu Sofea..persoalannya, siapakah yang dapat memiliki hati Ayu Sofea ? 

"Bukan Biasa-Biasa..."


#MyReview "Sepah The Movie" : 
  • Sebuah filem bergenre aksi, komedi dan ekstrem lakonan Jep Sepahtu (Jep), Shuib Sepahtu (Shuib), Mamat Sepah (Mamat), Anzalna Nasir (Ayu Sofea), Jehan Miskin (Based), Yus Jambu (Pak Tam) dan Azrul Raja Lawak (Man HR).
  • Di awal permulaan cerita ni lagi da boleh buat korang ketawa...Jep Sepahtu macam belasah dialog spontan je...Shuib dengan gaya beriya..."Saya kat luar orang panggil Dafi...saya tak kisah pun Cik Ayu..." HAHA
  • Walaupun kumpulan Sepah da berpecah tapi dalam movie ni langsung tak nampak macam ada masalah...still macam Sepah yang dulu...plot cerita agak menarik dan tidak membosankan sebab penuh dengan aksi, lawak...part yang bermain emosi pun ada...tu best...walaupun masa scene sedih, bila tengok muka Jep terus nak ketawa...kenapa haa ? HAHA...
  • Pernah tengok uniform guard warna pink? Jangan risau...dalam movie Sepah The Movie ni ada...hee...

  • Watak Based iaitu pengurus baru di kilang lakonan Jehan Miskin boleh dikatakan agak menjadi sebab memang annoying...aq rasa macam nak langgar je dengan motorcross...HAHA...
  • Sambil layan movie ni...boleh belajar mengeja Jawi dengan Jep..."jim nun ta lam"...GENTLE...adehh...ada lagi perkataan lain...nak tahu kena la tengok...
  • Siapa di antara mereka yang akan memenangi hati Ayu Sofea? Semuanya akan terjawab dalam "SEPAH THE MOVIE"...

Rating : 7/10 - (Perlu Tonton / Tidak Perlu Tonton)  

> Serius...semua peminat Sepah memang kena tengok filem ni...mungkin filem pertama dan terakhir Sepah...lepas ni mungkin susah da nak tengok mereka bertiga bergandingan bersama lagi sebab sekarang ni da berpecah kan...

P.S - Next movie...Coming soon...hee (,^^)


13 blogger serang Skytech:

ISs said...

nicerr...

^^eKaTiKaH^^ said...

mesti kelakar kan? hehe.. kite tak tengok lagi :D

QueeN TerataI said...

wah mcm best jer... nnt nak ajak hubby g tgklah...nnt ezad tolong jaga Ammar boleh? hehehehe

Ezad Skytech said...

^^eKaTiKaH^^ : lama da tk tgk Sepah..rindu dgn lawak dorang bertiga...layan jgk la movie..not bad bg yg suka layan movie santai + komedi mcm ni...:D

Ezad Skytech said...

Queen Teratai : sy mmg peminat Sepah sejak Raja Lawak musim 3 dulu queen...lagi2 jep...lawak dia mcm spontan je dia bantai...

Nnt ammar nanges pyh pulak sy nk pujuk..hehe

najihahfara said...

ok kalau review best makanya kene tengok

dhiera said...

mcm best je!

diana said...

Dekat astro 1st belum ada lagi..tak sabar nk tengok nih...

ct kektus said...

macam nak tengok jep sepah ni. harp lah tak membosankan. :D

faridah nazurah said...

aku tak berapa minat dengan si sepah ni.. hehe

Dkna Abza said...

dkna pon tunggu kat astro 1st heheeee

CekbOlat-bOlat said...

tggu kat youtube pastu donload . hahaha .
jimatt .

JeffLeeMovies said...

Boleh tahan juga filem ni. Dan Anzalna memang cun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Julai 2014

Reputasi Blog

Web Analytics