> Whats Up Guys...
Haa...walaupun sudah beberapa hari konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon berlalu...tapi serius memang terasa macam baru semalam saja aku pergi konsert Avenged Sevenfold 'LIVE' depan mata...malam tu dikatakan hampir 15,000 fans A7X membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon pada 29 April 2012 hari tu...What ? 15k fans ? Biar betul ni ?
 |
| Nightmare...! Now your nightmare comes to life |
Haa...macam yang telah dijangka lagu Nightmare menjadi 'opening song' untuk konsert hari tu...sebab setlist lagu untuk konsert A7X Asia Tour lebih kurang sama saja tapi cuma setlist masa konsert kat Malaysia hari tu ada kelainan sikit...memang terbaik la...Avenged Sevenfold dianngotai oleh M. Shadows (vokalis), Synyster Gates (Gitar Utama), Zacky Vengeance (Gitar Rythm), Johnny Christ (Gitar Bass)...Arin Ilejay (Pemain Dram | Session dan Touring Members)
Nightmare | Avenged Sevenfold Live In KL 2012
Huhhh...dalam masa lebih kurang satu jam setengah, band Avenged Sevenfold hanya memainkan 14 buah lagu popular mereka daripada album studio kedua sehingga album studio kelima seperti Critical Acclaim, Welcome To The Family, Second Heartbeat, Buried Alive, So Far Away, Afterlife, Beast and Harlot, A Little Piece of Heaven, Bat Country, Fiction, Crossroads dan Unholy Confessions...
 |
| Zacky Vengeance dan Synyster Gates relaks saja pakai t-shirt...cuaca kat Malaysia...biasa la...HAHA |
Huuhh...lagu daripada album studio pertama A7X iaitu
Sounding The Seventh Trumpet (2001) langsung takde ni...teringin sangat nak dengar lagu
Warmness On The Soul secara live...lagu
Almost Easy dan
Seize The Day pun takde dalam setlist lagu dorang masa tu...haa, kalau masih ingat lagi...dua lagu ni la yang aku maksudkan dalam entri
Melody Monday hari tu...hee...kalau la ada dua lagu tu...kan best...
 |
| Masa lagu So Far Away kalau tak silap aku... |
Kerancakan konsert tetiba bertukar suasana bila Avenged Sevenfold menyampaikan lagu So Far Away yang ditujukan kepada kawan baik anggota band ni, Jimmy "The Rev" Sullivan yang merupakan bekas pemain dram yang telah mati pada tahun 2009 yang lalu...
So Far Away | Avenged Sevenfold Live In KL 2012
"You know...the one thing The Rev taught me...was to love your family and
friends and tell them you love them everyday"
Haa...lagu So Far Away ni dikatakan seperti luahan kerinduan semua anggota band Avenged Sevenfold kepada sahabat mereka, The Rev...lepas tu konsert diteruskan lagi sehingga ke lagu terakhir dan merupakan lagu penutup konsert Avenged Sevenfold Live In KL 2012 dengan persembahan lagu Unholy Confessions yang dipetik daripada album studio kedua Waking The Fallen (2003)...
Haa, kalau la Avenged Sevenfold tahu fans dorang ramai kat Malaysia ni...mesti daripada dulu lagi da masukkan Malaysia dalam senarai tour mereka kan...HAHA...harap ini bukan kunjungan kali pertama dan kali terakhir Avenged Sevenfold ke sini...harap nanti ada lagi...HAHA...Avenged Sevenfold memang gegarkan Surf Beach Sunway Lagoon la hari tu...
 |
| "We will come back here again very soon" - M. Shadows |
Haa, konsert
Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon tersebut telah dianjurkan oleh Fat Boys dengan kerjasama TuneTalk dan JS Concert Productions...
Huuhh, tak sabar nak tunggu
DVD Live Avenged Sevenfold Asia Tour ni keluar di pasaran nanti sebab konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 hari tu akan dijadikan DVD Live termasuk dengan Asia Tour konsert Avenged Sevenfold di negara Asia yang lain...mungkin akan keluar hujung tahun ni...atau mungkin tahun depan...HAHA...
NOTA SKYTECH :
Haa...video yang ada dalam entri ni bukan video rakaman aku...sebab kualiti video yang aku rakam agak kureng sikit...biasa la kamera phone...tak boleh bawak kamera canggih masa konsert tu...nanti kena rampas...HAHA...haa...gambar lain boleh tengok kat FB...tak boleh nak upload banyak sangat kat sini...hee...(,^^)
P.S - Haa...hanya tinggal 12 hari lagi masa untuk VOTE !
Kalau sudi vote blog ni
KLIK SINI dan klik
VOTE...terima kasih
(,^^)