Wednesday, 30 May 2012

Wordless Wednesday #50 | WWW 2306

> Whats Up Guys...



NOTA SKYTECH :

WWW 2306...rasanya berapa la harga nombor plat ni ye ? Sambil tengok duit dalam wallet...HAHA...haa, bila semak keputusan tender nombor pendaftaran siri WWW masih belum ada pemilik nombor plat ni...hee...

P.S - Kenapa mesti WWW 2306 ? (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #50 | WWW 2306

Sunday, 27 May 2012

Boboiboy Kembali Lagi

> Whats Up Guys...

Haa...setelah sekian lama menunggu sejak episod terakhir BoBoiBoy musim pertama yang ditayangkan pada 25 Disember 2011...akhirnya Boboiboy kembali lagi untuk musim kedua bermula 27 Mei 2012 setiap hari Ahad di TV3...



Serius...aku memang peminat animasi BoBoiBoy ni sejak pertama kali ia ditayangkan dulu...HAHA...haa, rasanya banyak jugak la entri pasal BoBoiBoy ni aku pernah publish kat blog ni...hee...haa, rasanya ramai yang nak tahu siapa la agaknya si Budak Misteri tu ? Jom tengok video promo Boboiboy musim kedua ni...!!


Wahhh...terbaik la ! Rasa macam makin menarik Boboiboy musim kedua ni...mungkinkah Boboiboy musim kedua ni akan dapat sambutan seperti mana Boboiboy musim pertama dulu...kita tunggu dan lihat...yeaahh...Boboiboy ! HAHA...


NOTA SKYTECH :

Haa, nak tahu siapa Budak Misteri tu ? Jangan lupa saksikan episod pertama Boboiboy Musim Kedua : Boboiboy Dan Budak Misteri malam ni jam 7 malam di TV3...hee...

P.S - Yeahh...aku yang lebih teruja ni...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Boboiboy Kembali Lagi

Wednesday, 23 May 2012

Wordless Wednesday #49 | Pokkits VS Foldover

> Whats Up Guys...

Pokkits VS Foldover


P.S - Akan segera kembali ke dunia blog...
Rindu nak berblogwalking macam dulu...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #49 | Pokkits VS Foldover

Saturday, 19 May 2012

Pelancaran Kawasaki MX World Pertama Malaysia

> Whats Up Guys...

Pada awal bulan Mei hari tu telah diadakan event pelancaran Kawasaki MX World Store yang pertama di Malaysia oleh CBK Motor Sport dan buat pertama kali telah dijemput oleh blogger Bro Framestone untuk hadirkan diri ke event tersebut sebagai wakil media yang bertempat di Jalan Ipoh.

Kawasaki MX World
Sejarah CBK Motor Sport

CBK Motor Sport Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu dan di mana terlibat secara aktif dalam menganjurkan aktiviti yang melibatkan motocross, melatih dan bertanding dalam pertandingan yang melibatkan motocross.


Mr.Chew Boon Keam ataupun lebih dikenali sebagai Ah Loo selaku pengasas CBK Motor Sport mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam dunia motocross dan sangat komited dalam industri motocross bersama Kawasaki Motors Malaysia bagi menguruskan MX World supaya lebih berkembang dan membangun pada masa akan datang.

Selain dari itu juga, aksi lagak ngeri dari pelumba motocross CBK Motor Sport memeriahkan lagi event pada hari tu. Jangan tiru aksi berbahaya ni.



Video aksi pelumba motocross CBK Motor Sport

video


"Malaysia 1st Kawasaki MX World Store officially launched"


Selepas tamat majlis pelancaran MX World, wakil media berpeluang untuk meninjau sekitar dan melawat ke setiap tingkat di MX World tersebut untuk melihat dengan lebih dekat.

  


Kawasaki MX World menyediakan servis 3S iaitu menjual, penyelengaraan dan menjual alat ganti yang asli untuk semua pengguna Kawasaki Motocross dan jangan sesekali terkejut apabila pertama kali tiba di bengkel motor MX World sebab bengkel motornya kelihatan amat bersih sekali dan teratur.

Semasa sesi Media Tour berlangsung, pada masa yang sama sesi Lucky Draw juga berlangsung dan siapa yang bertuah akan dapat memiliki hadiah dan sememangnya semua hadiah yang diberikan memang sangat menarik dan ada di antara blogger yang hadir memenangi sehelai jaket Kawasaki yang berharga RM400++.

Thumbs Up ! Memang terbaik event Pelancaran Kawasaki MX World ni !

Alamat Kawakasi MX World Store :

CBK Motor Sport Sdn. Bhd.
No.373, Batu 2.5
Jalan Ipoh,
51100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-40428555
No. Fax : 03-4042 2985
Emel : cbkmotor@gmail.com


- Thanks to Kawasaki -

P.S - Akhirnya siap juga entri pasal event ni...
Happy weekend guys...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Pelancaran Kawasaki MX World Pertama Malaysia

Thursday, 17 May 2012

Terlupa Password Blog Ke ?

> Whats Up Guys...



Wohaa ! I'm back...resah gelisah rasanya bila da lama tak update ni...dan kalau dibiarkan lagi lebih lama, mesti bersawang da blog ni kan...HAHA...nak kata aku terlupa password blog...tak jugak...idea tu ada tapi selalunya datang time aku tak mengadap blog...kejam...kejam...tapi bila da mengadap depan blog tetiba blur pulak...otak blank...dugaan...LOL...

Haa...tuan blog ni da lupa password blog ke...ataupun da stop blogging ni ? Dari hari tu asyik entri DiGi WWWOW Internet For All Awards ! saja bila masuk blog ni...da tak nak update entri da ke ? Perghhh...sentap ni...HAHA...jangan salah paham...ni cuma ayat rekaan aku sendiri saja...kalau betul la kena macam ni memang sentap habis ni...HAHA...

"Apa yang aku nak update tadi ye ? 
Kalau la terfikir nak catat idea tu tadi kan bagus..."

Selalunya idea nak update entri ni datang dalam pelbagai cara...pernah satu masa tu time nak tidur malam pun boleh mengelamun nak update apa tapi yang menjadi masalahnya...lepas bangun tidur nanti lupa da nak update apa...EPIC FAILED...huhu...lepas ni kalau dapat idea saja...kena catat la...baru la nak menaip entri pun semangat saja sebab ada idea...hee...

NOTA SKYTECH :

Haa...tu la...tak nak catat idea tu...kan da rugi lebih dari satu entri...dan lagi satu sebab utama...suka sangat bertangguh nak update blog...haa, rasakan...tiga hari terbiar blog ni...HAHA...tapi masih ada yang singgah lagi walaupun tiada entri baru...terima kasih ! hee...


P.S -  Haa...lama da rasanya tak buat review movie baru...movie paling latest yang aku 
tengok filem Nongkrong...boleh la layan kalau nak gelak dalam panggung...hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Terlupa Password Blog Ke ?

Monday, 14 May 2012

Sesi VOTE DiGi WWWOW Telah Berakhir

> Whats Up Guys...

Haa...semuanya sudah pun berakhir ! Kempen pun da tamat dan sampai ke penghujungnya...apa yang berakhir dan apa yang da tamat ? Haa, rasanya ramai yang da sedia maklum bahawa sesi VOTE untuk semua kategori dalam DiGi WWWOW Internet For All Awards ! yang telah dibuka untuk public voting bermula 23 April 2012 telah pun tamat selepas jam 11.59 malam 13 Mei 2012...sesi VOTE untuk DiGi WWWOW telah pun berakhir...

Senarai kesemua 16 kategori DiGi WWWOW Internet For All Awards ! :
  1. Astro Top Online Over-Achiever Under 15
  2. Nuffnang Fave Makan-Makan Expert
  3. Nuffnang Fave Kay Poh
  4. Lowyat.net Fave Tech Head
  5. Says.my Online Shop of the Year
  6. Nuffnang Blogger of The Year
  7. Google Most Inspiring Internet for Good Award
  8. Innity Funniest Video of The Year
  9. inMobi Mobile Short Film of The Year
  10. Malaysiakini PhotoJournalist of The Year
  11. MSN Breakthrough Star Performer of The Year
  12. Yahoo! Social Media Gathering of The Year
  13. Mudah.my Most Promising Webpreneur of the Year
  14. Samsung App of the Year Award
  15. DiGi WWWOW People's Choice of The Year Award (by popular vote)
  16. DiGi WWWOW Of The Year (The Best of The Best)

Mesti ada yang perasan aku selalu minta tolong VOTE setiap hari kan...terima kasih kepada semua yang telah VOTE dan sentiasa menyokong blog ni setiap hari semasa kempen hari tu...dan setelah hampir tiga minggu bersaing secara sihat dengan semua blogger yang hebat dalam kategori Nuffnang Blogger Of The Year...dengan sokongan korang semua...alhamdulillah, tersenarai dalam Top 50...


"No.29 out of 400++ ?"

Serius...memang macam tak percaya saja ni? Ranking No. 29 daripada 400++ yang join kategori ni...pada mulanya memang aku tak letak harapan yang tinggi langsung apa lagi untuk berada di dalam kalangan Top 100, Top 50 tu semua sebab aku tahu ramai lagi blogger yang hebat dan mempunyai pengaruh yang tersendiri kat dunia blog ni 

...dan lagipun aku masih baru lagi...baru setahun jagung...join pun sebab nak rasa sendiri macam mana bahangnya kalau join event besar macam ni dan nak rasa sendiri suasana berkempen tu...haa, tunggu saja keputusannya di malam WWWOW Awards Finale yang akan berlangsung pada 9 Jun 2012 nanti...mesti meriah kan event tu nanti...



NOTA SKYTECH :

Haa, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua rakan blogger, FB, Twitter yang telah sumbangkan VOTE setiap hari semasa kempen berlangsung...arigato ! Tanpa korang mungkin tak akan tercapai semua ni...


P.S - Cuti sudah habis bro !  Hari ni bermula la hari baru...
Masih lagi berhutang satu entri pasal event yang aku join baru-baru ni...hee (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Sesi VOTE DiGi WWWOW Telah Berakhir

Thursday, 10 May 2012

Teruja Sebelum Beli Tetapi...

> Whats Up Guys...

Haa...rasanya ramai penggemar dan kaki game yang memang da lama menunggu keluaran PSVita ni...dan  yang pastinya orang tu bukan aku la...HAHA...sebab aku bukanlah kaki game yang tegar...PSP yang ada pun tak terusik lagi kan nak beli PSVita ni...dalam dua hingga tiga bulan yang pertama saja teruja bila ada benda ni...haa, lepas tu da malas nak main da...hee...

The Way You Game - PSVita

Haa...sebelum beli punya la teruja nak sesuatu tu kan sebab tengok macam best saja sebab portable...boleh bawa ke mana saja...kalau PS2 ke PS3 tak boleh pulak nak bawa ke sana ke mari kan...nak cucuk mana wayar tu kan...HAHA...haa, tapi lepas da beli lain pulak ragamnya...rasa macam rugi saja beli...HAHA...

"Tapi kalau da minat tu...sanggup berhabis duit untuk gajet yang diingini..."

Sama la macam phone jugak...Android la...itu la...ini la....makin hari makin canggih...tak terkejar rasanya...baru mengidam nak beli yang ni...ada la keluar yang lebih canggih...cehh...sebab aku pernah kena macam ni beberapa tahun lepas...sampai sekarang masih gunakan phone tu...da fed up nak tukar phone...nanti bila ada keluar yang lagi best...baru tahu erti penyesalan ! HAHA...

NOTA SKYTECH :

Rasanya ada tak yang sama spesis dengan aku ni...ataupun cuma aku saja ni yang macam ni? Sebab tu la aku tak berapa gemar sangat follow up dan beli gajet ni...guna apa yang ada saja la...kan...HAHA...


P.S - PSVita ni baru saja launch kat Malaysia ni...boleh check kat FB PlayStation Asia...
Haa...jangan lupa VOTE kat > http://bit.ly/IUR4Ap...3 hari lagi...hee....
Terima kasih ! (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Teruja Sebelum Beli Tetapi...

Tuesday, 8 May 2012

Hari BE Nuffnang Ke Hari Ni ?

> Whats Up Guys...

Wohaa ! Tetiba macam keras saja jari aku kat atas keyboard sebab da lama tak menaip entri...kejap...nak kira dari hari apa tak update...HAHA...haa, apa yang aku perasan hari ni ramai blogger yang buat entri sebab dapat BE dari Nuffnang...untung la dapat BE kan...tapi hairan jugak ni...hari BE ke hari ni ? Oppss...HAHA...

Haa, pada mulanya aku memang malas nak check sebab kalau tak dapat nanti kecewa saja...hee...tapi pada masa yang sama keinginan nak check akaun Nuffnang tu agak tinggi jugak sebenarnya...sampai masa tekan 'earnings' tu pun aku tutup mata...HAHA...dan akhirnya...

Haa, jangan cepat jadi Metered Earnings ye...dok lama sikit kat situ ! Hee...

Setelah sekian lama...akhirnya...terima kasih Nuffnang bagi 2 BE sekaligus...rezeki bulan Mei...rasanya ramai yang BE DiGi Jay Park Showcase ni hari ni...huhh, da lama tak merasa dapat BE ni...da berapa lama agaknya ye? Biarlah rahsia...HAHA...

NOTA SKYTECH :

Haa...macam mana la BE yang kedua tu boleh melekat ni kat blog ni...serius, memang agak memeranjatkan ! HAHA...


P.S - Haa...masa untuk mengundi untuk DiGi WWWOW Internet For All Awards 
hanya tinggal 5 hari lagi sehingga 13 Mei ni...kalau sudi 
klik > http://bit.ly/IUR4Ap dan VOTE...terima kasih semua! hee (,^^)


**Terima kasih kerana membaca entri Hari BE Nuffnang Ke Hari Ni ?

Sunday, 6 May 2012

WOW | Fenomena Luar Biasa

> Whats Up Guys...

Haa...masih ingat lagi entri Rahsia Aiskrim Sundae McD hari tu...WOW ! Pelbagai reaksi dan komen yang aku dapat daripada blogger lain...ada yang kata aku ni gila...nak baling aku dengar tayar motor LC la...pelik la...dan yang paling best CIK ANON pun bagi idea yang lagi bernas...haa, kalau nak tahu pergi la godek entri tu...aku tak delete pun komen si ANON tu...hee...

#WOW ! 

WOW ! Memang agak luar biasa fenomena ni...dan bila check punca kesesakan trafik kebanyakannya memang daripada entri tu untuk minggu ni...dan ianya agak mengejutkan...biar betul ni ? Tajuk entri memang memainkan peranan yang agak besar...dan impaknya memang luar biasa...hee...

Wahh ! busuk.org watak utama minggu ni...

NOTA SKYTECH :

Haa, entri tu sebenarnya secara spontan saja aku taip masa tu...serius ni...haa...tapi tak sangka jugak ramai yang da tahu rahsia tu ye...ingatkan cuma aku seorang saja yang tahu...HAHA...


P.S -  Bila tak sempat nak update...at least entri HOT macam ni 
dapat jugak la  membantu maintainkan trafik...HOT ke? hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri WOW | Fenomena Luar Biasa

Friday, 4 May 2012

Rahsia Aiskrim Sundae McD

> Whats Up Guys...

Haa...kenapa aiskrim sundae McD tu sedap? Apa rahsianya yang buat sundae tu akan jadi sedap...memang ada bahan rahsia yang ditambah supaya aiskrim sundae tu makin sedap kalau disuap berkali-kali...dan aku rasa ramai yang tak tahu rahsia ni...sebenarnya da lama aku simpan rahsia ni tapi...haa, jangan terkejut pulak ye kalau aku bagitahu ni...

Sebenarnya...aiskrim sundae kalau ditambah bahan rahsia ni memang akan jadi makin sedap...nak tahu apa benda bahan rahsia tu? Kalau rasa semacam saja jangan teruskan baca entri ni...amaran ni...


Sundae McD + French Fries = So Good...HAHA...

NOTA SKYTECH :

Haha...jangan marah ye...mesti ada yang rasa macam nak baling aku dengan kerusi kan sekarang ni...McD...I'm sorry...HAHA...


P.S - Sweet Caramel Sundae yang baru ni terlalu manis...
Tak boleh makan selalu sangat...hee  (,^^)


**Terima kasih kerana membaca entri Rahsia Aiskrim Sundae McD

Thursday, 3 May 2012

Akhirnya Ia Kembali Lagi

> Whats Up Guys...

Haa...akhirnya ia kembali lagi setelah sekian lama menghilangkan diri tanpa dapat dikesan...yeahh ! Chicken Foldover come to papa ! LOL...haa...kali terakhir makan Chicken Foldover ni pun tak berapa nak ingat bila...terlampau teruk sangat da memory lost aku ni...HAHA...

Jom grab satu Chicken Foldover ! (,^^)

Lagipun menu Chicken Foldover ni pun cuma untuk masa terhad saja...nanti kalau da habis tempohnya...akan hilang lagi ! Entah bila akan muncul balik pun tak tahu...HAHA...tu yang nekad grab satu hari ni...hee...

Haa, bukannya selalu pun kan...sekali sekala...saja nak refresh...nak ingatkan balik rasanya macam mana sebab da lama tak rasa ni...hee...

NOTA SKYTECH :

Haa...cukup la untuk dinner malam ni...tapi peratus kekenyangan untuk bertahan sampai tengah malam nanti tu aku tak pasti...HAHA...jangan la tengah malam nanti ada yang update status kat FB pasal makanan la...lapar la...confirm automatik aku akan terus lapar...serius...HAHA...#LOL...


P.S -  Cuma hanya tinggal 10 hari lagi masa untuk VOTE ! 
Kalau sudi vote blog ni KLIK SINI dan klik VOTE...terima kasih (,^^) 
**Terima kasih kerana membaca entri Akhirnya Ia Kembali Lagi

Wednesday, 2 May 2012

Avenged Sevenfold Gegar Surf Beach Sunway Lagoon

> Whats Up Guys...

Haa...walaupun sudah beberapa hari konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon berlalu...tapi serius memang terasa macam baru semalam saja aku pergi konsert Avenged Sevenfold 'LIVE' depan mata...malam tu dikatakan hampir 15,000 fans A7X membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon pada 29 April 2012 hari tu...What ? 15k fans ? Biar betul ni ? 

Nightmare...! Now your nightmare comes to life

Haa...macam yang telah dijangka lagu Nightmare menjadi 'opening song' untuk konsert hari tu...sebab setlist lagu untuk konsert A7X Asia Tour lebih kurang sama saja tapi cuma setlist masa konsert kat Malaysia hari tu ada kelainan sikit...memang terbaik la...Avenged Sevenfold dianggotai oleh M. Shadows (vokalis), Synyster Gates (Gitar Utama), Zacky Vengeance (Gitar Rythm), Johnny Christ (Gitar Bass)...Arin Ilejay (Pemain Dram | Session dan Touring Members)

Nightmare | Avenged Sevenfold Live In KL 2012


Huhhh...dalam masa lebih kurang satu jam setengah, band Avenged Sevenfold hanya memainkan 14 buah lagu popular mereka daripada album studio kedua sehingga album studio kelima seperti Critical Acclaim, Welcome To The Family, Second Heartbeat, Buried Alive, So Far Away, Afterlife, Beast and Harlot, A Little Piece of Heaven, Bat Country, Fiction, Crossroads dan Unholy Confessions...

Zacky Vengeance dan Synyster Gates relaks saja pakai t-shirt...cuaca kat Malaysia...biasa la...HAHA

Huuhh...lagu daripada album studio pertama A7X iaitu Sounding The Seventh Trumpet (2001) langsung takde ni...teringin sangat nak dengar lagu Warmness On The Soul secara live...lagu Almost Easy dan Seize The Day pun takde dalam setlist lagu dorang masa tu...haa, kalau masih ingat lagi...dua lagu ni la yang aku maksudkan dalam entri Melody Monday hari tu...hee...kalau la ada dua lagu tu...kan best...

Masa lagu So Far Away kalau tak silap aku...

Kerancakan konsert tetiba bertukar suasana bila Avenged Sevenfold menyampaikan lagu So Far Away yang ditujukan kepada kawan baik anggota band ni, Jimmy "The Rev" Sullivan yang merupakan bekas pemain dram yang telah mati pada tahun 2009 yang lalu...

So Far Away | Avenged Sevenfold Live In KL 2012


"You know...the one thing The Rev taught me...was to love your family and 
friends and tell them you love them everyday"


Haa...lagu So Far Away ni dikatakan seperti luahan kerinduan semua anggota band Avenged Sevenfold kepada sahabat mereka, The Rev...lepas tu konsert diteruskan lagi sehingga ke lagu terakhir dan merupakan lagu penutup konsert Avenged Sevenfold Live In KL 2012 dengan persembahan lagu Unholy Confessions yang dipetik daripada album studio kedua Waking The Fallen (2003)...


Haa, kalau la Avenged Sevenfold tahu fans dorang ramai kat Malaysia ni...mesti daripada dulu lagi da masukkan Malaysia dalam senarai tour mereka kan...HAHA...harap ini bukan kunjungan kali pertama dan kali terakhir Avenged Sevenfold ke sini...harap nanti ada lagi...HAHA...Avenged Sevenfold memang gegarkan Surf Beach Sunway Lagoon la hari tu...

"We will come back here again very soon" - M. Shadows

Haa, konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon tersebut telah dianjurkan oleh Fat Boys dengan kerjasama TuneTalk dan JS Concert Productions...

Huuhh, tak sabar nak tunggu DVD Live Avenged Sevenfold Asia Tour ni keluar di pasaran nanti sebab konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 hari tu akan dijadikan DVD Live termasuk dengan Asia Tour konsert Avenged Sevenfold di negara Asia yang lain...mungkin akan keluar hujung tahun ni...atau mungkin tahun depan...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Haa...video yang ada dalam entri ni bukan video rakaman aku...sebab kualiti video yang aku rakam agak kureng sikit...biasa la kamera phone...tak boleh bawak kamera canggih masa konsert tu...nanti kena rampas...HAHA...haa...gambar lain boleh tengok kat FB...tak boleh nak upload banyak sangat kat sini...hee...(,^^)


P.S - Haa...hanya tinggal 12 hari lagi masa untuk VOTE ! 
Kalau sudi vote blog ni KLIK SINI dan klik VOTE...terima kasih (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Avenged Sevenfold Gegar Surf Beach Sunway Lagoon

Tuesday, 1 May 2012

So Long Super Duper Awesome April

> Whats Up Guys...


> Hola May ! So long super duper AWESOME April !

Huhh...bila baca entri Welcome Back April rasa macam baru semalam saja masuk bulan April...macam tak sangka saja hari ni da masuk bulan Mei ! What? Bulan April hanya dapat publish 25 entri saja kat blog...hanya kurang satu entri daripada bulan Mac...makin lama makin sikit entri ni...jangan lepas ni makin kurang entri sudah la...HAHA...

Awesome APRIL...you will always in my memories ! HAHA...

Haa, serius...memang banyak kenangan dalam bulan April ni...haa, Skytech Belog ni genap setahun masa bulan April lepas la dan semuanya Bermula Dari Bawah dan masa tu memang tak tahu langsung pasal blog...hee...dan sekarang ni kalau nak keluar pun kalau boleh nak bawa lappy sebab sekarang ni da banyak tempat ada WiFi kan...senang nak online...Terima Kasih WiFi !

Kalau disuruh pergi kat Kabin Di Dalam Hutan pun aku sanggup janji ada line internet...HAHA...tapi kalau kat dalam hutan...tetiba ada dengar bunyi ombak...memang agak pelik la...tu memang buat aku tak senang duduk..."Mana Datang Bunyi Ombak Tadi agaknya ?" Haa...confirm masa tu kalau nak Buka Emel Tutup Mata...lagi kan la kalau nak online dan taip entri...semua Program Tergendala...dahsyat betul imaginasi aku ni...HAHA...


Aku kaki wayang ? Tahun ni baru mula...HAHA...

Haa...kalau la diberi pilihan untuk Pilih Satu Antara Dua movie ni...yang mana satu korang akan pilih untuk tengok untuk kali kedua atau Mungkin Akan Ada Kali Ketiga antara Battleship dan The Avengers? Haa, rasanya dua movie ni memang berbaloi tengok lebih daripada sekali...seriuosly ! Memang berbaloi...haa...agaknya la kan kalau team Marvel's The Avengers VS Gengster Jepun...rasanya siapa yang akan memang...mesti la The Avengers kan...HAHA...Go! Avengers...

Haa, kalau la animasi BoBoiBoy Dan Budak Misteri dijadikan movie panjang pun best juga kan...mesti layan la movie tu kan...HAHA...lepas tu siap dapat free Movie, Gift And Treat...mesti sangat awesome kan! HAHA...


Avenged Sevenfold Live In KL 2012 Gegar Surf Beach...!

Huuhh...penutup bulan April yang memang sangat AWESOME! Yehaa..ooppsss, cukup la tu...FULLSTOP! Haa, cukup la aku mengarut untuk entri pertama bulan Mei ni...tajuk entri yang ada dalam entri ni serius memang tak dirancang...semuanya Super Spontan...mana tajuk entri yang kena dengan cerita...aku just masukkan ikut kesesuaian...HAHA...

NOTA SKYTECH :

Haa...hari ni cuti umum kan ? Selamat bercuti semua...hee...
"Vote From 23 Apr - 13 May"


P.S -   Haa...hanya tinggal 13 hari lagi masa untuk VOTE ! 
Kalau sudi vote blog ni KLIK SINI dan klik VOTE...terima kasih (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri So Long Super Duper Awesome April
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mei 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com