> Whats Up Guys...
Haa...rasanya da lama tak buat review movie kat dalam blog ni dan kali terakhir buat review movie
The Avengers...haa, kali ni nak review filem
Mael Lambong yang baru je mula melambung kat pawagam mulai 21 Jun 2012...watak Mael Lambong ni sebenarnya merupakan watak yang dibawa oleh Zizan Razak semasa dalam Maharaja Lawak tak lama dulu...dan tak sangka watak Mael Lambong tu memang menjadi la...siap di buat filem pulak tu...
Sinopsis : Mael Lambong (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta profesional yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah apabila secara tidak sengaja bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat kerana mereka memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang di dalamnya penuh dengan maklumat tender projek kerajaan.
Usaha untuk menyelamatkan diri membawa mereka ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Bila tiba di kampung, Mael bertemu pulak dengan Rozie (Shenty Feliziana) iaitu bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan Tiger (Taiyuddin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan antara Mael dan Rozie dulu.
Penjahat yang memburu Maria di Kuala Lumpur akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang akan berlaku selepas itu ? Sebelum tu...jom layan trailer Mael Lambong ni dulu :
"Mael Lambong tak makan rasuah !"
Kenapa perlu tonton Mael Lambong ni :
- Filem bergenre komedi
- Mael Lambong dibarisi oleh Zizan Razak (Mael Lambong), Juliana Evans (Maria), Taiyuddin Bakar (Tiger) dan Shenty Feliziana (Rozie)
 |
| Tiger, Rozie dan Mael Lambong |
- Plot cerita yang menarik dan lawak nampak natural dan membuatkan penonton ketawa sampai pecah perut dengan dialog yang dipertuturkan
- Kenapa ada parut di pipi kanan Mael Lambong dan kenapa Mael membawa diri ke Kuala Lumpur ? Ada kisahnya...
- Maria (Juliana Evans) berlawan dengan Mael Lambong (Zizan Razak) ? Masa mereka lawan tu agak...haa, tengok sendiri la...
- Pengerusi JKKK paling hampeh...siapa ? Kena tengok la...
- Adakah Mael Lambong dan Rozie dapat bersama kembali ?
- Mael Lambong seorang penarik kereta profesional bertukar kerjaya ke...
Rating : 7/10 (OK, not bad la filem Mael Lambong ni dan berbaloi untuk ditonton di pawagam..jom terjah!)
P.S - Mael Lambong da keluar filem ?
Mael Lambong VS Ah Chai bila lagi ? HAHA...