! Skytech BELOG !! | Ezadskytech.com ! Skytech BELOG !! | Ezadskytech.com: June 2012

GuaBLOG | Interesting ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 9, 2012

Hadiah Awal Bulan

> What Up Guys...

Haa...selalunya kalau seseorang tu mendapat hadiah atau sesuatu tu mesti akan happy kan tapi kenapa bila aku dapat "HADIAH" ni tetiba terus rasa terharu...tak tahu nak cakap apa...terkedu...first time pulak tu...sebab tak pernah dapat la HADIAH seumpama tu selama ni...adakah hanya aku seorang je yang bertuah pada masa tu ? 

Serius...memang special sangat "hadiah" ni...bukan senang nak dapat ni...LIMITED EDITION...kalau aku la kan mungkin 4 tahun sekali baru akan dapat...mesti korang akan tersenyum lebar bila terima hadiah awal bulan macam ni...confirm...aku berani jamin la...confirm...HAHA...

"HADIAH" awal bulan ? HAHA...

Haa...segala jenis perasaan tetiba muncul bila tengok "hadiah" ni...ingatkan kertas iklan ke apa...nasib baik tak buang...nak marah...menjerit...meraung...semuanya ada la...rekod yang selama ni bersih kini sudah tercalar disebabkan hadiah ni...baru bercadang nak saving duit bulan ni...spoiled...spoiled...HAHA....

Nak tak nak memang kena settle cepat la...malas nak panjangkan cerita...terasa macam aku je yang jadi mangsa pulak masa tu...selama ni kalau aku pergi area Times Square...parking kat kawasan situ selamat je...tak pernah pulak kena...tak kira la weekdays ataupun weekends...ok je...tapi kenapa hari tu pulak boleh kena ? Penuh dengan tanda tanya...


NOTA SKYTECH :

Haa...lepas ni kalau nak pergi area KL mungkin kena buka raga kot...selamat sikit...sebab masa hari yang aku kena tu...superbike berdekatan dengan area aku parking tu ok je...tak kena pun...haa...pelik jugak tu...kalau area tu tak boleh parking, mesti semua kena sekali kan ? HAHA...


P.S - Harap lepas ni tak dapat "suprise" lagi la macam ni...
Boleh menjejaskan kesihatan seseorang tahu tak...HAHA...(,^^)

Thursday, July 5, 2012

Film Review : The Amazing Spider-Man

> Whats Up Guys...

Haa...rasanya da lama jugak tak review movie kan ? Eh, sebelum ni kan ada review filem Mael Lambong masa hujung bulan lepas dan itulah kali terakhir rasanya aku menjejakkan kaki kat pawagam sebab takde movie yang best untuk dibuat review...HAHA...kali ni nak tulis review movie paling latest yang ada kat pawagam sekarang ni...The Amazing Spider-Man...

The Amazing Spider-Man

Sinopsis : A young Peter Parker is playing hide-and-seek with his scientist father when he discovers his father's study has been broken into. His father, Richard Parker gathers up hidden documents, and Peter's parents take him to the home of his Aunt May and Uncle Ben then mysteriously depart. 

Years later, a teenage Peter attends Midtown Science High School, where he's bullied by Flash Thompson and has caught the eye of Gwen Stacy. At home, Peter finds Richard's papers, and learns his father worked with fellow scientist Dr. Curt Connors at OsCorp. Faking his way into OsCorp as one of a group of high-school interns, Peter sneaks into a lab where extremely strong "biocable" is being created from genetically modified spiders, one of which bites him. On the subway ride home, he is shocked to find strange spider-like abilities manifesting. TO BE CONTINUED...hee...

"Erk..macam mana nak turun ni..gayat la..."

Haa...sebelum tu jom layan trailer movie The Amazing Spider-Man ni dulu sebelum terus skip ke review movie ni...layan dulu...zasss :

"The Amazing Spidey..."

Kenapa perlu tonton movie The Amazing Spider-Man ni :
  • Filem bergenre sci-fi dan aksi
  • The Amazing Spider-Man adalah sebuah filem superhero Marvel's yang diberi sentuhan baru oleh pengarah Marc Webb
  • Filem The Amazing Spider-Man kali ini dibarisi oleh pelakon seperti Andrew Garfield (Peter Parker / Spider-Man), Emma Stone (Gwen Stacy), Rhys Ifans (Dr. Curt Connors / The Lizard), Denis Leary (Captain George Stacy), Martin Sheen (Ben Parker), Sally Field (May Parker), Irrfan Khan (Dr. Rajit Ratha) dan Chris Zylka (Flash Thompson)
Peter Parker
Gwen Stacy
  • Plot dan jalan cerita menarik daripada mula sehingga tamat tetapi ada sedikit persamaan dengan plot cerita movie Spider-Man yang sebelum ini tetapi banyak ditambah dengan plot jalan cerita baru
  • Watak Peter Parker / Spider-Man yang agak sengal, pemalu dengan wanita...gagap...HAHA...
  • Kostum yang diperbaharui dan kelihatan agak moden berbanding kostum Spider-Man yang terdahulu
  • Macam mana The Lizard boleh muncul ?
  • The Amazing Spider-Man ni filem aksi ke filem komedi ni ? Confuse kejap...LOL...
  • Boleh ditonton dalam 3D ataupun 2D...lagi syok layan 3D la...dapat feeling jadi Spider-Man kejap dalam pawagam bila lompat dari bangunan ke bangunan tu...HAHA...
  • Boleh ke Spider-Man kalahkan The Lizard yang agak kuat tu ?
  • Haa...jangan keluar awal sangat sebab lepas kredit tu ada satu scene yang perlu korang tengok di akhir movie ni dan mungkin adakah sambungannya The Amazing Spider-Man ni ?
Rating : 8/10 (Movie ni memang berbaloi la untuk ditonton...dan berbeza sikit dengan movie Spider-Man sebelum ni...haa..apa lagi...terjah la pawagam sekarang...AMAZING !)

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday #53 | The Amazing

> Whats Up Guys...


NOTA SKYTECH :

Haa, ada pun movie best yang akan ditayangkan minggu ni kat pawagam...ni yang kena terjah ni...nak tengok movie yang ada kat pawagam pun tak syok sekarang ni sebab banyak movie yang macam tak menarik je...HAHA...


P.S - Kenapa la kat Malaysia ni lambat sangat tayang movie 
The Amazing Spiderman ni...HAHA...cepat la 5 Julai 2012...come on...(,^^)

Monday, July 2, 2012

Demam EURO 2012 Akan Berakhir

> Whats Up Guys...

Haa...demam musim EURO 2012 pun da hampir tiba ke penghujungnya...bagus la...mesti ramai kaki bola ni sebulan tak cukup tidur sebab sanggup berjaga awal pagi sebab nak tengok perlawanan bola ! Tapi tu bukan aku la...

Nanti bila pagi mesti ada yang liat nak bangun la...lepas tu bagi alasan MC...tetiba sakit la...EL la...tak cukup tidur la...cukup la tu...alasan apa lagi nak bagi...haa, tu la siapa suruh berjaga awal pagi lagi kan ? Lepas final EURO 2012 ni berakhir...semua akan kembali normal...HAHA...



NOTA SKYTECH :

Result nanti aku tengok kat FB la...mesti ramai yang update nanti kan...heee...


P.S - Bulan Ramadhan pun da nak tiba ni...adakah ada yang 
bersemangat untuk berjaga awal pagi macam masa
 musim EURO 2012 ni...untuk peringatan diri sendiri jugak...

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday #52 | Beza Macam Langit Dengan Bumi

> Whats Up Guys...


NOTA SKYTECH :

Haa...setakat tengok boleh la...tapi jangan sesekali percaya walaupun 1 peratus...beza macam langit dengan Bumi...tapi kalau betul la statistik blog ni macam kat atas ni...confirm lepas kalau apply iklan Innity ni...HAHA...


P.S - Memang mimpi je la kalau nak 
dapat  PV macam tu dalam sehari...HAHA...(,^^)   

Saturday, June 23, 2012

Film Review : Mael Lambong

> Whats Up Guys...

Haa...rasanya da lama tak buat review movie kat dalam blog ni dan kali terakhir buat review movie The Avengers...haa, kali ni nak review filem Mael Lambong yang baru je mula melambung kat pawagam mulai 21 Jun 2012...watak Mael Lambong ni sebenarnya merupakan watak yang dibawa oleh Zizan Razak semasa dalam Maharaja Lawak tak lama dulu...dan tak sangka watak Mael Lambong tu memang menjadi la...siap di buat filem pulak tu...


Sinopsis : Mael Lambong (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta profesional yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah apabila secara tidak sengaja bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat kerana mereka memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang di dalamnya penuh dengan maklumat tender projek kerajaan.


Usaha untuk menyelamatkan diri membawa mereka ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Bila tiba di kampung, Mael bertemu pulak dengan Rozie (Shenty Feliziana) iaitu bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan Tiger (Taiyuddin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan antara Mael dan Rozie dulu.

Penjahat yang memburu Maria di Kuala Lumpur akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang akan berlaku selepas itu ? Sebelum tu...jom layan trailer Mael Lambong ni dulu :

"Mael Lambong tak makan rasuah !"


Kenapa perlu tonton Mael Lambong ni :

  • Filem bergenre komedi
  • Mael Lambong dibarisi oleh Zizan Razak (Mael Lambong), Juliana Evans (Maria), Taiyuddin Bakar (Tiger) dan Shenty Feliziana (Rozie)
Tiger, Rozie dan Mael Lambong

  • Plot cerita yang menarik dan lawak nampak natural dan membuatkan penonton ketawa sampai pecah perut dengan dialog yang dipertuturkan
  • Kenapa ada parut di pipi kanan Mael Lambong dan kenapa Mael membawa diri ke Kuala Lumpur ? Ada kisahnya...
  • Maria (Juliana Evans) berlawan dengan Mael Lambong (Zizan Razak) ? Masa mereka lawan tu agak...haa, tengok sendiri la...
  • Pengerusi JKKK paling hampeh...siapa ? Kena tengok la...
  • Adakah Mael Lambong dan Rozie dapat bersama kembali ? 
  • Mael Lambong seorang penarik kereta profesional bertukar kerjaya ke...


Rating : 7/10 (OK, not bad la filem Mael Lambong ni dan berbaloi untuk ditonton di pawagam..jom terjah!)


P.S - Mael Lambong da keluar filem ? 
Mael Lambong VS Ah Chai bila lagi ? HAHA...

Monday, June 11, 2012

Tips Kurangkan Masalah Traffic Jammed

> Whats Up Guys...

"Cuti sekolah da HABIS ! Ahhh...TIDAK !! Habislah..."

Bila cuti sekolah da habis...keadaan pun mesti akan kembali normal seperti biasa bila awal pagi time semua nak ke tempat kerja...TRAFFIC JAMMED...normal la tu...HAHA...ish, kenapa la tak dipanjangkan lagi cuti sekolah ni? Setuju tak kalau panjangkan lagi cuti sekolah ni? HAHA...

Haa, hanya dapat merasa dua minggu je jalan clear bila pagi...rasa tenang je...takde la nak bersesak macam selalu...lepas ni confirm akan kembali normal...bunyi hon sana sini...semua nak cepat...adehhh...bila weekdays memang perkara ni la yang akan selalu merunsingkan kepala para pekerja...kalau lambat keluar dari rumah...habislah...confirm sangkut dalam jammed...



Well...sebenarnya aku ada nak share something kalau nak kurangkan masalah TRAFFIC JAMMED ni...idea yang best dan bernas memang patut dikongsikan bersama kan :

  • Jangan pandu kereta kalau rasa nak memenuhkan jalan time pagi ! Kalau nak pandu kereta jugak...pastikan penumpang dalam kereta maksimum 4 orang untuk satu kereta ! Kereta mahal tapi sangkut dalam jammed tak AWESOME la kan...
  • Gunakan perkhidmatan awam...macam bas, LRT, ERL...boleh sumbat sekali ramai...kan? 
  • Kalau ada motor lagi baik...cepat dan pantas...baik punya cilok ! HAHA...
  • Berbasikal ke tempat kerja...exercise awal pagi...baik untuk kesihatan...
  • Nak lagi BEST...jalan kaki ! Confirm penat....hee...

Hee...bukannya marah tapi cuma hairan je...kenapa bila awal pagi je mesti TRAFFIC JAMMED...kalau boleh aku nak sangat tahu kenderaan mana yang PALING DEPAN sekali tu yang selalu buat punca jalan jadi sesak ni...adakah pemandu yang sama setiap hari? huhu...

NOTA SKYTECH :

Rasanya masalah ni memang sampai bila pun takkan boleh selesai rasanya kan...terima je la kan...HAHA...


P.S - Happy weekdays guys ! (,^^)

Zon Pengomen Setia

Reputasi Blog