> Whats Up Guys...
Haa...bila sebut saja nama band
Linkin Park, mesti ramai peminat yang masih ingat lagi lagu seperti In The End, One Step Closer, Numb, Breaking The Habit dan banyak lagi lagu hit band Linkin Park ni yang sudah tampil dengan empat album studio terdahulu iaitu Hybrid Theory (2000), Meteora (2003), Minutes To Midnight (2007) dan A Thousand Suns (2010)...dan band ni baru saja menghasilkan
album terbaru yang berjudul
Living Things dan telah dilancarkan di Malaysia bermula 24 Jun 2012 yang lalu...
 |
| Living Things - LINKIN PARK |
Karya terbaru Linkin Park ni memang agak berlainan sikit daripada empat album studio yang terdahulu...dan memuatkan 12 lagu termasuklah Lost In The Echo, In My Remains, Burn It Down, Lies Greed Misery, I'll Be Gone, Castle Of Glass, Victimized, Roads Untravelled, Until It Breaks, Tinfoil dan Powerless...
Single pertama untuk album ni, Burn It Down berjaya mengulangi prestasi album terdahulu apabila menduduki tempat pertama dalam carta terkemuka, Billboard untuk kategori lagu rock...muzik video lagu "Burn It Down" ni pun memang awesome la...cuba search kat Youtube...effect fire tu memang nampak smart la...aku teringin nak belajar buat video yang ada effect macam ni...hee...
Bila aku dengar saja lagu track 1 album ni iaitu Lost In The Echo yang merupakan single kedua untuk album ni...makin teruja nak dengar track seterusnya...sampai la ke track 12...da seminggu aku dengar lagu dari album LP yang terbaru ni...boleh dikatakan melodi dalam album ni lebih kompleks dan terdapat banyak elemen baru dalam setiap lagu...layan !
Memang tak dinafikan setiap album baru LP memang ada pembaharuan tetapi Linkin Park tetap tidak berubah...takkan bila da hasilkan album baru tapi masih dengan style muzik yang sama kan...mesti la ada perubahan mengikut arus perkembangan dunia muzik...da macam apa aku buat review ni...HAHA...
"Pastikan ORI baru beli...katakan tidak pada DOWNLOAD PERCUMA"
Album Rating : 8/10
NOTA SKYTECH :
Bagi aku la kan...kalau beli album yang original...kepuasannya memang lain daripada kita download free kat internet...serius...semua peminat Linkin Park memang kena ada satu copy album "Living Things" ni...yeaahh !
P.S - Haa...lepas ni kalau ada lagi album yang best...
Review kat blog ni je la ye...(,^^)