Friday, 30 November 2012

Film Review : Sepah The Movie

> Whats Up Guys...

Yeahh ! Rasanya macam da berkurun lamanya tak buat review movie baru kat blog...movie terakhir yang direview sebelum ni kalau tak salah aq rasanya movie Dredd...dan last movie yang aq tengok kat wayang filem Hantu Kapcai...tapi tak sempat nak review kat blog pun masa tu...terlalu banyak movie kat wayang sampai tak boleh nak catch up semua...tapi kali ni entah macam mana boleh sempat pulak layan Sepah The Movie...layan...HAHA...

"Blog sampai tak sempat nak buka kononnya...tapi movie baru kat 
wayang sempat pulak layan..."

Sepah The Movie


Sinopsis "Sepah The Movie" : 

Jep, Mamat dan Shuib yang telah berkawan rapat sejak dari kecil lagi serta berkongsi hobi yang sama iaitu menunggang motorcross dan kebetulan mereka bertiga bekerja di kilang yang sama...Sejak kemunculan seorang gadis yang bernama Ayu Sofea yang bertugas di bahagian training di kilang elektronik tempat Sepah bekerja, mereka bertiga mula menaruh hati padanya..maka, terjadilah sketsa serta babak yang kelihatan menggelikan hati kerana mereka bertiga berusaha untuk mendekati Ayu Sofea...

Pada masa yang sama, kemunculan Based iaitu pengurus baru di kilang tersebut yang menyebabkan Sepah gagal untuk memenangi hati Ayu Sofea..persoalannya, siapakah yang dapat memiliki hati Ayu Sofea ? 

"Bukan Biasa-Biasa..."


#MyReview "Sepah The Movie" : 
  • Sebuah filem bergenre aksi, komedi dan ekstrem lakonan Jep Sepahtu (Jep), Shuib Sepahtu (Shuib), Mamat Sepah (Mamat), Anzalna Nasir (Ayu Sofea), Jehan Miskin (Based), Yus Jambu (Pak Tam) dan Azrul Raja Lawak (Man HR).
  • Di awal permulaan cerita ni lagi da boleh buat korang ketawa...Jep Sepahtu macam belasah dialog spontan je...Shuib dengan gaya beriya..."Saya kat luar orang panggil Dafi...saya tak kisah pun Cik Ayu..." HAHA
  • Walaupun kumpulan Sepah da berpecah tapi dalam movie ni langsung tak nampak macam ada masalah...still macam Sepah yang dulu...plot cerita agak menarik dan tidak membosankan sebab penuh dengan aksi, lawak...part yang bermain emosi pun ada...tu best...walaupun masa scene sedih, bila tengok muka Jep terus nak ketawa...kenapa haa ? HAHA...
  • Pernah tengok uniform guard warna pink? Jangan risau...dalam movie Sepah The Movie ni ada...hee...

  • Watak Based iaitu pengurus baru di kilang lakonan Jehan Miskin boleh dikatakan agak menjadi sebab memang annoying...aq rasa macam nak langgar je dengan motorcross...HAHA...
  • Sambil layan movie ni...boleh belajar mengeja Jawi dengan Jep..."jim nun ta lam"...GENTLE...adehh...ada lagi perkataan lain...nak tahu kena la tengok...
  • Siapa di antara mereka yang akan memenangi hati Ayu Sofea? Semuanya akan terjawab dalam "SEPAH THE MOVIE"...

Rating : 7/10 - (Perlu Tonton / Tidak Perlu Tonton)  

> Serius...semua peminat Sepah memang kena tengok filem ni...mungkin filem pertama dan terakhir Sepah...lepas ni mungkin susah da nak tengok mereka bertiga bergandingan bersama lagi sebab sekarang ni da berpecah kan...

P.S - Next movie...Coming soon...hee (,^^)


**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Sepah The Movie

Thursday, 29 November 2012

18 Jam Bergelap Dan Berpanas

> Whats Up Guys...

WOW ! Rasanya macam da lama sangat tak update...sejak dari semalam lagi nak update sebenarnya tapi apakan daya...baru mood online tu nak sampai...da la masa tu tengah hujan...memang masa terbaik la untuk berblogging...hee...tapi tak sempat lagi nak taip entri...tetiba "BLACKOUT"...ingatkan trip macam biasa la kan bila guruh...aq pun cuba la on balik...tapi hampa...

"Apahal pulak tak boleh ON ni...nak kata blackout...
rumah jiran kiri kanan semua takde pulak terputus bekalan elektrik...
takkan rumah aku je kot yang kena..."

Haa...mesti ada something wrong ni...bila check je meter kat luar rumah...pufff...da agak da...ada kabel yang terbakar pulak...da la time tu hujan...pukul 8.10 pm rasanya...kalau nak betulkannya pun bukannya aq tahu sangat pun...



Kebetulan malam tu banyak pulak aduan...call TNB pun...adehhh...dari pukul 8 pm sampai 2 pagi pun masih tak datang...puas da aq tunggu...memang bergelap la malam tu sampai pagi...habis down mood blogging aq...kebetulan kat rumah aq masa tu memang takde orang pulak...memang terbaik la...HAHA...

Haa, bila da pagi tu...call lagi TNB lagi...still bagi bermacam alasan...nak kena tunggu lagi la...makin tension bila tunggu lama ni...jalan terakhir, try call someone...dia kata boleh betulkan...aq da lega da...tak sampai 20 minit pun dia betulkan...da OK...perghh...kalau aq tahu dari awal lagi, da lama call dia...dan terpaksa EL semalam sebab nak settlekan masalah ni...kalau tak...memang bergelap lagi la jawabnya...


NOTA SKYTECH :

18 jam bergelap dan berpanas dari pukul 8 pm sampai 2 pm...rekod paling lama blackout dalam hidup aq rasanya...sebelum ni setakat 2-3 jam blackout boleh la tahan kan...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri 18 Jam Bergelap Dan Berpanas

Wednesday, 14 November 2012

Blog Dijangkiti Malware

> Whats Up Guys...

Blog dijangkiti Malware ! Kecoh hari ni bila banyak blog yang ada malware ni...fuhh...tapi nasib baik la blog aq tak dijangkiti malware ni...kalau sesiapa yang guna Google Chrome memang akan terus detect laman web yang ada malware ni...dan ianya berpunca dari bloglist...so, berhati-hatilah...hee...


Kalau blog terkena malware...cara paling mudah tak payah pening kepala...buang dulu untuk sementara URL blog yang menjadi punca tu...habis cerita ! Aku boleh pulak terkejut lepas tu terus tekan 'X' tadi bila masuk blog yang ada malware tu...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Blogger yang sedang blogwalking tu...apa salahnya informed kat tuan blog tersebut kalau blognya ada malware...jom hapuskan malware ni sebelum berjangkit dan jadi lagi serius...peace ! hehe...


**Terima kasih kerana membaca entri Blog Dijangkiti Malware

Wednesday, 7 November 2012

BE November | Buffered Earnings Ke 17

> Whats Up Guys...

Yess !! Akhirnya Buffered Earnings ke 17 daripada Nuffnang untuk tahun ni muncul jugak walaupun tak berapa aktif sangat berblog sejak kebelakangan ni...dan merupakan BE pertama untuk bulan November ni...arigato ! terima kasih Nuffnang dan Colgate Palmolive SlimSoft...


Bulan lepas time tak aktif pun boleh dapat 4 BE sekaligus...rekod baru tu...bila time aktif berblog dulu pun tak pernah dapat BE banyak macam tu dalam sebulan...hehe...bila BE da melekat tu kena bagi trafik naik kaw2 la...nak tips berblogging lagi korang boleh terjah SINI...terbaik punya tips...huhu...

Nak tips lain untuk dapatkan BE ? Aq da berapa kali try...kena pandai la...memang boleh dapat tapi tak selalu la...HAHA...serius...dalam entri sebelum ni aq da guna TEKNIK ni...memang menjadi woo !! Dapat la satu BE daripada takde langsung kan...hee...


#Selamat mencuba...heee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri BE November | Buffered Earnings Ke 17

Monday, 5 November 2012

Mini Gathering Blogger Jarang Update

> Whats Up Guys...

Huhh...rasanya macam da lama sangat tak berupdate blog ni...lately ni macam kekurangan masa untuk berblogging macam dulu...masa 24 jam sehari tu macam cepat sangat berlalu...dan sekarang ni baru sedar da hampir 2 minggu aq tak on laptop aq ni...memang terbaik ! HAHA...

Haa, blog lama tak berupdate...rupanya aq tak keseorangan...YESS ! Ada geng la...dan baru-baru ni di KLCC...beberapa "Blogger Jarang Update" bersetuju untuk buat satu mini gathering...saja nak jumpa diorang lagipun memang da lama tak jumpa mereka ni...kali terakhir jumpa Zuan dan Azham pun masa Nuffnang movie screening The Avengers dulu...last jumpa Jue & Hanie dan kak Sal masa karok kat Redbox awal tahun ni...



Perjumpaan hari tu hanya untuk bertanya khabar...bertukar cerita...dan lagi satu bergosip...oppss...mana ada la...HAHA...haa, bila lagi la nak buat macam ni ? Mungkin lepas ni ramai lagi yang akan join gathering macam ni...HAHA...maybe next time akan ada Gathering Blogger Jarang Update 2...HAHA...

#Picture credit : Saiazuan Blog


NOTA SKYTECH :

Walaupun bulan lepas blog tak berapa nak update sangat...Nuffnang cukup baik hati sebab hadiahkan aq 4 BE sekaligus...tapi sayangnya 2 BE da metered pulak hari ni...harap 2 BE yang tinggal ni stay lama la sikit...terima kasih Baskin Robbins Elections dan DiGi Samsung Galaxy Note II...heee...tunggu BE bulan ni pulak...Nuffnang nak bagi ke tak ? huhu...


P.S - Bila time aq tak selalu update entri la BE selalu melekat...
Kenapa selalu macam tu...HAHA...adehhh...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Mini Gathering Blogger Jarang Update
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mei 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com