Thursday, 29 August 2013

Hanya Kerana Duit Seringgit

> Whats Up Guys...

Hanya Kerana Duit Seringgit...haa, biasanya bila da nak penghujung raya ni...duit raya yang diisi dalam sampul duit raya tu mesti ada banyak lebih lagi kan ? Boleh la buat belanja sikit sementara belum masuk gaji ni...HAHA...semalam aq keluarkan la beberapa keping duit seringgit daripada sampul duit raya...tak sangka pulak masih banyak lagi lebihnya...boleh la beli Texas Chicken satu set...huhu...

Kerana Beberapa Keping Duit Seringgit

Bila nak bayar tu...aq keluarkan la duit seringgit tu beberapa keping...ada pulak yang pandang semacam hanya kerana duit seringgit...dan aq order la dua set 3 ketul ayam goreng Texas dan bayangkan la banyak mana duit seringgit aq keluarkan tu...HAHA...dalam hati aq berbisik...

"Haiihh, mujurlah aq bayar dengan duit seringgit...aq tak dapat bayangkan 
kalau aq bayar dengan duit syiling...awesome !!"  

Mujurlah tak ramai sangat masa nak order tu...HAHA...duit seringgit pun duit kan ? Masih ada nilai...tak salah pun nak guna...hee...mungkin lain kali aq nak cuba bayar dengan duit syiling pulak...nak tengok apa reaksi orang sekeliling...belum cuba belum tahu...HAHA


NOTA SKYTECH :

Hanya kerana insiden tu...tetiba zaasss dapat idea nak update apa...betul la...idea tu memang ada di mana saja...kalau duduk terperuk depan laptop saja...memang idea susah nak masuk....hee

**Terima kasih kerana membaca entri Hanya Kerana Duit Seringgit

Saturday, 24 August 2013

Film Review : Elysium

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya macam da lama tak buat review movie kat blog ni...kali terakhir buat review pun masa movie Man Of Steel bulan Jun yang lepas...dan kali ni nak review movie Elysium...hari pertama ianya ditayangkan aq da terjah pawagam...HAHA...sebab teringin nak tahu movie Elysium ni pasal apa...hee

Elysium
ELYSIUM

> Sinopsis "Elysium"

In 2154, two classes of people exist: the very wealthy, who live on a luxurious space station called Elysium, and the poor, who live on an overpopulated, devastated Earth. While residents on Earth are policed by ruthless androids serving a largely automated justice system, Elysian citizens live in comfort and safety, surrounded by obedient androids and using man-sized medical devices in their homes (so called Med-Pods) that keep them free from disease. The habitat, robots, and most of Elysium's weapons are provided by Armadyne Corp., whose billionaire CEO John Carlyle regularly travels between Earth and Elysium to oversee business..TO BE CONTINUED...

Elysium and Earth
Elysium and Earth

Apakah nasib penduduk Bumi di tahun 2154 yang hidup dalam kemiskinan yang masih tinggal di Bumi pada sedangkan golongan yang berada tinggal senang lenang di Elysium ? Nak tahu apa kisah selanjutnya, kena la layan movie ni kat pawagam...hee

"The previleged live on Elysium...no poverty, no war, no sickness..."



#MyReview "Elysium"

  • Filem Elysium, sebuah filem sci-fi action-thriller arahan Neill Blomkamp yang dibarisi pelakon hebat seperti Matt Damon (Max Da Costa), Jodie Foster (Secretary of Defense Jessica Delacourt), Sharlto Copley (Agent C.M Kruger), Alice Braga (Frey Santiago), Wagner Moura (Spider) dan William Fichtner (John Carlyle)

Elysium - Max Da Costa

  • Plot dan jalan cerita yang agak menarik dan tak meleret sangat daripada mula sampai akhir...dan yang uniknya dalam movie ni ada beberapa bahasa yang dituturkan...
  • Kenapa semua penduduk Bumi teringin sangat tinggal di Elysium pada tahun 2154 ? Sanggup bekerja siang malam hanya untuk membeli tiket haram untuk sampai ke Elysium...walaupun berdepan risiko berbahaya untuk tiba di Elysium...
  • Mengapakah Max mahu ke Elysium dan sanggup bekerjasama dengan Spider demi untuk mencuri sesuatu yang berharga daripada CEO Armadyne iaitu bekas majikan Max ? Dapatkah Max menunaikan janjinya pada Spider demi sekeping tiket ke Elysium ?
  • Jessica Delacourt mengarahkan Agent C.M Kruger yang berada di Bumi agar mencari Max sampai jumpa ? Dan kenapa Kruger menculik Frey dan anaknya, Matilda...kenapa la agaknya tu ?
Elysium - Kruger and Frey

  • Berlaku rampasan kuasa di Elysium...siapa yang mengkhianati siapa agaknya ?
  • Dapatkah Max menunaikan janjinya pada Frey untuk memulihkan Matilda yang menghidap leukemia dengan peralatan perubatan (Med-Pods) di Elysium ? Dan apakah kesudahannya nanti...apa nasib penduduk Bumi yang masih tinggal di Bumi ?



Rating : 4 out of 5 



P.S - Serius...walaupun sebelum nak tengok movie aq da memang mengantuk habis da tapi bila tengok movie ni...sikit pun tak mengantuk...109 minit dalam pawagam tu rasa macam kejap sangat da habis movie ni...sangat berbaloi tengok movie lakonan hebat Matt Damon ni...Elysium...kalau ada dalam 3D ni...memang perghh...mesti real scene tembak tu...awesome !

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Elysium

Wednesday, 21 August 2013

Kelajuan Streamyx 38 Mbps

> Whats Up Guys...

Haa, Kelajuan Streamyx 38 Mbps ? Malah kelajuan internet lebih laju daripada UniFi 20 Mbps tu...mesti ada yang terkejut dan tak percaya kan macam mana kelajuan internet kat rumah aq boleh mencapai kelajuan 38 Mpbs...sedangkan sekarang ni pakej Streamyx yang paling laju pun hanya 8 Mbps...masih tak percaya lagi ? Cuba tengok screenshot yang sempat aq capture kat bawah ni...hee

Internet Streamyx 38 Mbps

Haa...kan 38 Mbps tu...!! Huh, dan yang pasti tu bukan edit tapi...tapi...sebenarnya DOWNLOAD TEST ERROR ! HAHA...sebenarnya beberapa hari lepas aq baru upgrade kelajuan Streamyx kat rumah aq daripada 2 Mbps ke 4 Mbps...tu yang saja nak check speed internet tu betul ke da upgrade...tetiba pulak test error...dapat pulak kelajuan Streamyx 38 Mbps...sampai habis meter tu...siapa tak terkejut kan ? Boleh la nak blogging sampai pengsan kalau internet laju macam tu...kelajuan internet ni memang sedikit sebanyak mempengaruhi mood blogging ni ok...siapa setuju ? HAHA...

Jom Streamyx


NOTA SKYTECH :

UniFi 20 Mbps...mungkin akan datang !! HAHA...bila da upgrade Streamyx ni baru tahu yang UniFi da ada coverage kat area kawasan rumah aq...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Kelajuan Streamyx 38 Mbps

Monday, 19 August 2013

7 Tips Mengatasi MONDAY BLUES

> Whats Up Guys...

Monday Blues...sindrom yang selalu menyerang seseorang tu hanya pada hari Isnin setelah menikmati cuti hujung minggu ataupun cuti yang panjang dan merasakan hari Isnin tu sangat merimaskan...terutama mereka yang bekerja, pelajar dan blogger...dan yang peliknya kenapa sindrom tu hanya menyerang pada hari Isnin, bukan pada hari Selasa, Rabu, Khamis atau Jumaat...? HAHA...nak 7 Tips Mengatasi MONDAY BLUES ni tak ? Berkesan atau tidak tips ni ? Haa, cuba la praktikkan...hee

7 Tips Mengatasi MONDAY BLUES


7 Tips Terbaik Mengatasi MONDAY BLUES

"Kenapa hari Isnin terlalu jauh dengan hari Jumaat 
sedangkan hari Jumaat sangat hampir dengan hari Isnin?"


#1) Mandi pagi dengan air yang sejuk...confirm segar mata tu...jangan sesekali tak mandi pagi ok...HAHA

#2) Datang awal ke tempat kerja untuk elakkan jammed...kalau tak nak harungi jalan jammed pagi2 tu...malam hujung minggu tu tidur kat dalam kereta...pastikan dekat dengan area office...get ready la pakaian lengkap nak ke office...huhu

#3) Mulakan pagi korang dengan baca bahan bacaan yang boleh buat korang lupakan kejap hari tu hari Isnin macam baca magazine, surat khabar ataupun layan baca blog pun ok apa...

#4) Jangan sesekali update status dan upload gambar kat FB, Twitter ataupun di Instagram..."Hari ni Isnin ke ? Oh, tidakkk !! Monday Blues lagi...."

#5) Elakkan update blog bila mood masih belum ada di awal pagi...nanti takut muncul pulak entri Monday Blues...HAHA...cuba blogwalking dulu...mana tahu boleh dapat idea nak update bila da blogwalking ni...hee

#6) Cuba "hide" jam kat desktop komputer korang tu...kalau asyik perhatikan jam kat desktop tu masa buat kerja...seminit pun terasa lama...macam tak bergerak masa tu...

#7) Haa, dan yang paling penting sekali...jangan sesekali fikir pun yang hari tu hari Isnin...HAHA


NOTA SKYTECH :

Hee...jangan marah ye...bila hari Isnin ni update entri yang santai dulu...sejak aq praktikkan semua 7 Tips Mengatasi Monday Blues ni...berjaya jugak mengatasi sindrom MONDAY BLUES ni....HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri 7 Tips Mengatasi MONDAY BLUES

Friday, 16 August 2013

Insiden Selepas Raya

> Whats Up Guys...

Haa, insiden selepas raya...sebelum raya lagi aq da agak mesti akan jadi macam ni lagi...blog bersawang langsung tak berupdate macam raya tahun lepas...seminggu lepas raya baru cari balik mood blogging...memang tak dinafikan ramai blogger Malaysia terkena Virus Aidilfitri 2013...sana sini virus tu menyerang tapi entah kenapa virus tu tak menyerang kat aq...seminggu den bercuti raya, seminggu juga la laptop tak berusik langsung...bukan tiada idea nak menaip entri...tapi malas...banyak sangat makan biskut raya dan juadah raya agaknya...hee

Suasana Di Bendang Selepas Raya

Rasanya cukup la seminggu bercuti dari dunia blog ni...raya pun sudah...kutipan duit raya pun berjalan agak lancar tahun ni...kena cari masa balik untuk kembali...hee...takkan nak cuti sebulan kot...HAHA...kalau lama cuti, nak start balik tu yang memang seksa...seminggu lebih da tak online...biasa la tu kan...haa, punya la panjang intro nya kan...okay, cukup la setakat tu...HAHA

Insiden Selepas Raya 

Insiden Selepas Raya Berulang Kembali

Huh, insiden selepas raya berulang lagi tahun ni macam tahun lepas...tahun lepas motor meragam lepas raya...habis lebur duit raya den...HAHA...dan tahun ni sekali lagi den terkena...tapi mujurlah ada back up duit raya nak cover bayar insurans dan road tax ni...tahun ni terbanyak pulak dapat duit raya...masa kecik dulu setakat RM250++ saja...bila da besar ni tak sangka pula boleh dapat double...hee...mana tahu lepas ni ada yang hulur duit raya lagi ke kan ? $$ HAHA


NOTA SKYTECH :

Haa, siapa kata budak kecik saja yang dapat duit raya ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri Insiden Selepas Raya

Friday, 9 August 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari EZADSKYTECH.COM


Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Salam Lebaran

NOTA SKYTECH :

Buat mereka yang mengenali, sekali lagi aq ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua...mana la tahu kan entri yang pernah diterbitkan di blog aq selama ni ada yang terlebih dan terkurang ke...ada yang buat korang rasa tak senang ke...sekali lagi aq mohon maaf ya...hee...

P.S - Salam Aidilfitri dari Izzat Nazmi & Keluarga...

**Terima kasih kerana membaca entri Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari EZADSKYTECH.COM

Tuesday, 6 August 2013

Suasana Riuh Mula Menyepi

> Whats Up Guys...

Haa, dalam kita tak sedar ni...hanya tinggal beberapa hari saja lagi nak raya...bagi yang masih bekerja lagi minggu ni mesti mood nak buat kerja tu da ke laut Mediterranean...macam aq la...HAHA...sebenarnya sejak daripada semalam lagi office aq da mula kosong...hampir 85% staf yang da mula bercuti raya semalam untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing...suasana riuh mula menyepi...memang Monday Blues habis la semalam...HAHA...

Pejabat Mula Menyepi

Memang terasa sunyi saja office semalam dan hari ni...buka radio pun memang lagu raya saja diputarkan...hee...asyik tengok jam kat desktop saja...bila la nak balik...HAHA...nak apply cuti awal pun rasa macam rugi saja cuti tu...hee...

Balik kampung nanti pun raya pertama juga...baik datang office macam biasa...gagahkan juga datang office walaupun terasa nak cuti saja...jalan pun clear pun time pagi nak pergi kerja...Hari ni da last day kerja...mood kerja pun da out...HAHA...lepas tu cuti seminggu sampai Selasa depan...yeahh !! Da bagi seminggu pelepasan ni kalau tak puas juga bercuti raya tak tahu la...hee...


NOTA SKYTECH : 

Rasanya ramai yang da mula bercuti hari ni kan...ke mungkin ada yang da sampai di kampung halaman pun...haa, korang balik raya mana tahun ni ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri Suasana Riuh Mula Menyepi

Sunday, 4 August 2013

Trauma Dengan Mercun

> Whats Up Guys...

Bila da dekat nak raya ni...bunyi mercun memang meriah...tapi sampai waktu sahur pun masih kedengaran bunyi mercun...apa ke hal ? HAHA...bila cerita pasal mercun ni...teringat pula kisah aq dengan mercun masa zaman nakal aq dulu sampai buat aq trauma dengan mercun ni...

Mercun Lemang
Mercun - Gambar sekadar hiasan

Memang tak dinafikan masa kecik dulu aq memang agak nakal sikit...percaya tak ? HAHA...aq masih ingat lagi, masa tu bulan puasa...orang semua pergi ke surau nak solat tarawih tapi...aq pula melencong ke tempat lain...pergi cari mercun...cehhh...semua jenis mercun aq pernah main dulu...mercun bola, mercun ketupat, mercun roket, mercun thunderclap, mercun mancis...

"Kalau nak senaraikan semua...sampai Subuh tak habis...hee"

Satu hari tu, aq dengan geng aq dulu pernah bakar mercun ketupat di depan surau...bukan tu saja, atas mercun ketupat tu diletakkan botol LIVITA...haa, jangan ditanya apa jadi lepas tu...mercun ketupat...siapa pernah main mercun tu tahu la bunyinya kuat mana kan...masa tu jugak aq dengar orang surau da menjerit..."Hoiii, siapa yang main mercun depan surau ni haa?" HAHA...lebih kurang macam tu  la dialognya...memang bertempiaran la lari...

Trauma Dengan Mercun  Roket

Haa, bukan tu saja...masih tak habis lagi cerita aq ni...HAHA...ni ada satu lagi kisah yang masih segar dalam ingatan...tapi kali ni lain pulak...berlaku masa bulan puasa dan masa orang tengah solat tarawih...tengah syok main mercun roket...pada awalnya mercun roket tu berlepas ok saja...tapi tak tahu la kenapa, mercun roket yang terakhir...pada mulanya elok saja terpacak kat tanah tetiba...masa da bakar tu...boleh terjatuh pulak mercun roket tu...termasuk la rumah orang..."Adehh, tersalah target...sorry aunty...tak sengaja.." apa lagi, lepas tu lari la...HAHA...

Adakah aq da serik masa tu...tidak...masih belum serik lagi...HAHA...tapi disebabkan kes yang ni la aq mula trauma dengan mercun...mungkin Allah S.W.T nak tunjuk masa tu, mercun mancis yang aq bakar meletup kat muka aq sebelum aq sempat baling mercun tu...bayangkanlah sendiri...mujurlah takde kecederaan yang serius cuma berdesing jugak telinga masa tu dalam 15 saat...insaf da masa tu...tengok mercun pun takde selera da...tu la, orang pergi solat tarawih...aq melencong pergi main mercun...kan da kena ! heee


NOTA SKYTECH :

Sampai ke hari ni memang da bertahun aq tak sentuh mercun...pengalaman mercun meletup kat muka tu memang menginsafkan aq...bayangkan la kalau mercun bola ke ataupun mercun lagi power meletup...sia-sia saja...budak zaman sekarang ni suka sangat buat eksperimen, tu yang tiap kali raya saja mesti ada kes dan muncul la kat media cetak dan media elektronik..."Mangsa Pertama Mercun"...suka ke macam tu...oleh tu, jauhi mercun...elak sebelum terkena...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Trauma Dengan Mercun

Thursday, 1 August 2013

Nuffnang Sangat Bermurah Hati

> Whats Up Guys...

Nuffnang Sangat Bermurah Hati ? Biar betul Nuffnang ni...ke aq tersalah log in akaun Nuffnang orang lain ni...HAHA...haa, bila refresh balik...bulan lepas rasanya aq jarang update entri...tapi bila check CPUV bulan Julai 2013...tetiba aq terkedu...sekali 8 CPUV Nuffnang bagi bulan lepas...selama dua tahun lebih aq dengan Nuffnang, tak pernah pun dapat sampai 8 sekaligus...paling banyak pun pernah dapat setakat 4 saja...hee

Nuffnang Sangat Bermurah Hati

Marigold Peel Fresh for Health, for Life...ingatkan tu CPUV terakhir untuk bulan lepas...tapi tetiba muncul pula CPUV ke 22 untuk tahun 2013 ni...dan CPUV ke 57 sepanjang dua tahun lebih dengan Nuffnang ni...tapi apa bendanya Twisties Traxxobeats ni ? 

Hmm, Nuffnang ni kalau angin dia baik...memang tak perlu ditunggu, ada saja BE baru yang muncul...aq yang jarang update blog pun Nuffnang tetap bagi BE...tapi kalau jarang update blog masa CPUV tengah running...rugi la kan...kalau setiap bulan dapat CPUV macam ni memang best...perghh...hee

#P.S - Survey tu setiap hari mesti update okay...serius...setiap hari aq buat walaupun tak sempat update blog...HAHA...dan perhatikan bila iklan selalu muncul...selalunya pada waktu malam (antara 8 pm - 10 pm), selepas jam 12 malam...awal pagi dan waktu tengahari (12 pm - 2 pm)...masa ni la nak publish entri baru dan ping sana sini...hee


NOTA SKYTECH :

Setiap kali CPUV da metered...mesti ada pengganti...hee...Terima kasih Nuffnang !

**Terima kasih kerana membaca entri Nuffnang Sangat Bermurah Hati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mei 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com