Thursday, 31 October 2013

Film Review : The Second Sight (Thai)

> Whats Up Guys...

The Second Sight...sebuah lagi movie seram Thai bakal menyerang pawagam tidak lama lagi...haa, seram ke ? Filem ni masih belum ditayangkan lagi di pawagam tapi aku berpeluang untuk menyaksikan movie awal ni semasa di #GSCHorrorFest pada 26 Oktober 2013 yang lepas di GSC 1 Utama...selepas agak kecewa dengan movie seram pertama yang ditayangkan ketika event hari tu iaitu Rigor Mortis...aku berharap sangat movie seram kedua iaitu The Second Sight ni tak mengecewakan...nak tahu apa agaknya kisah mengenai movie ni...jom layan review ni dulu...hee

The Second Sight (Thai)
The Second Sight

> Sinopsis "The Second Sight"

JATE (Nawat Kulratanarak) has a psychic gift that allows him to see spirits and foresees the karma of people around him. He can see how unpaid dues in people’s past lives haunt them now. That ability once made him a freak among his friends, so Jate decides to keep his unnatural ability to himself.
The Second Sight Ghost

JOOM (Ratha Pho-ngram) is Jate’s girlfriend and the only person who knows about his spooky gift. Joom doesn’t want Jate to get involved in the hit-and-run case committed by KAEW (Virapond Jirawetsuntorakul), a teenage girl who caused a death of a pedestrian. But Jate knows that what happened was not an accident and he wants use his gift to help Kaew. As Jate digs deeper into the case, something pursues him day and night, while Joom is hounded and terrorized by a demon too.
Can Jate rescue Joom and Kaew ? TO BE CONTINUED.....
"See with your own eyes..."

#MyReview "The Second Sight"
  • Filem The Second Sight adalah sebuah filem seram arahan Pornchai Hongrattanaporn dan ianya dibarisi oleh pelakon Nawat Kulratanarak (Jate), Ratha Pho-ngram (Joom) dan Virapond Jirawetsuntorakul (Kaew)
  • Plot dan jalan cerita boleh dikatakan agak menarik dan pasti akan buat korang berfikir seketika dan berteka-teki apa kaitannya antara satu sama lain...dan walaupun movie ni bergenre seram tapi ada juga diselitkan sikit dengan unsur komedi...heee
The Second Sight - Jate and Keaw
Keaw & Jate

  • Jate hampir terlibat dengan kemalangan sewaktu memandu pulang daripada tempat kerjanya tetapi disebabkan kebolehannya untuk melihat apa yang berlaku di masa hadapan, Jate dapat mengelak daripada kemalangan itu dan disitulah bermulanya cerita ni....
  • Jate bersetuju untuk mengambil kes Kaew untuk membuktikan bahawa Kaew tidak bersalah kerana semasa Jate memegang sekeping gambar kejadian kemalangan tu...dia ternampak satu visi...haa, visi apa agaknya tu ?
  • Hanya Kaew yang terselamat daripada kemalangan tersebut tapi kenapa selepas kemalangan tersebut, Kaew diikut oleh beberapa entiti misteri yang sering mengganggunya di hospital dan hampir menyebabkan Kaew terbunuh...

The Second Sight - Keaw

  • Kenapa agaknya Kaew diganggu selepas insiden kemalangan tersebut ? Sebenarnya Jate boleh nampak semua hantu di sekeliling Kaew tapi Kaew tidak percaya...dan Jate beritahu Kaew ada satu cara untuk melihat hantu...haa, part tu kelakar...HAHA
  • Teman wanita Jate, Joom pun dikacau oleh entiti misteri semasa bermain piano...tapi pelik, hantu tu pandai main piano pula...HAHA...macam cerita Insidious 2 la pula...
  • Adakah Jate berjaya untuk membantu Kaew untuk mengusir entiti yang mengganggu Kaew selama ini ? Pada akhir cerita ada satu kejutan dan aku sendiri pun tak menjangkakannnya...macam seram pun ada...lawak pun ada...siapa yang sudah mati sebenarnya ni ? hee

GSCHorrorFest - The Second Sight
#GSCHorrorFest - The Second Sight

Rating : 3.5 out of 5


P.S - Boleh tahan juga layan movie The Second Sight ni...tengok movie seram pun boleh ketawa lagi...nak tahu pasal apa ? Haa, kena la tunggu filem ni ditayangkan di pawagam bermula 7 November 2013 nanti...terima kasih Nuffnang atas jemputan ke #GSCHorrorFest hari tu...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : The Second Sight (Thai)

Wednesday, 30 October 2013

Promosi GSC - THOR Hammer Keychain Edisi Terhad

> Whats Up Guys...

Promosi GSC - THOR Hammer Keychain Edisi Terhad...Haa, siapa peminat filem Marvel's Thor ? Ataupun pengumpul keychain edisi terhad ? Bermula 24 Oktober 2013 iaitu sempena tayangan filem Marvel's Thor : The Dark World bermula 31 Oktober 2013 nanti...korang boleh dapatkan THOR Hammer Keychain Edisi Terhad dengan hanya RM2 jika beli salah satu daripada set GSC Combo 3 ataupun Large Signature Combo 1 di Golden Screen Cinemas...sementara stok masih ada...

THOR Hammer Keychain Edisi Terhad
Promosi GSC - THOR Hammer Keychain Edisi Terhad

THOR Hammer Keychain Limited Edition tu...tak mahal mana pun...keychain yang beli kat pasar malam lagi mahal rasanya...haa, selalunya kalau item edisi terhad ni memang cepat akan kehabisan stok...kalau korang inginkannya, baik dapatkan sebelum terlambat...minggu lepas lagi aku sudah mendapatkannya...korang bila lagi ? Boleh tahan smart juga keychain "tukul guruh" ni...hee...

THOR Hammer
THOR Hammer Keychain

NOTA SKYTECH :

Huh, puas da mencari...tiada pula pawagam yang tayang awal movie Marvel's Thor : The Dark World ni...pawagam yang tayang movie ni midnight pun tiada juga ke ? Kena tunggu 31 Oktober 2013 juga la nampaknya...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Promosi GSC - THOR Hammer Keychain Edisi Terhad

Wordless Wednesday - Limited Edition THOR Hammer

> Whats Up Guys...

Limited Edition THOR Hammer Keychain
Limited Edition THOR Hammer

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday - Limited Edition THOR Hammer

Wednesday, 23 October 2013

Wordless Wednesday - Promosi RM1 WeChatime

> Whats Up Guys...

Promosi RM1 WeChatime

Wordless Wednesday - Promosi RM1 WeChatime
Promosi RM1 WeChatime

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday - Promosi RM1 WeChatime

Pemenang 3 Voucher KRR Muffins

> Whats Up Guys...

Pemenang 3 Voucher KRR Muffins...Haa, seperti yang dijanjikan dalam entri Voucher Percuma KRR Muffins ni yang telah aku publishkan semalam...tak ramai yang sempat nak join, makin besar peluangnya nak dapat kan...hee...akhirnya aku da jumpa 3 komen paling kreatif dan inovatif...siap ada yang berpantun lagi tu...hee...tahniah...sememangnya anda semua memang kreatif Hafiz Rahimmiszsunsweet dan Mohd Ridzwan Abdullah...

Pemenang Voucher KRR Muffins

Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang...harap anda emelkan dengan segera nama penuh serta alamat anda di ezadmcr@gmail.com untuk urusan pengeposan voucher...cepat emelkan detail, cepat la voucher ni dipos...hee...terima kasih...


NOTA SKYTECH : 

Kalau ada rezeki lagi mungkin aku akan buat lagi lain kali...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Pemenang 3 Voucher KRR Muffins

Tuesday, 22 October 2013

Voucher Muffin KRR Percuma Untuk Anda

> Whats Up Guys...

Voucher Muffin KRR Percuma Untuk Anda...haa, siapa pernah makan Home-made Muffin KRR ? Kalau makan satu memang tak cukup rasanya...serius memang sedap kan...pelbagai perisa ada seperti Golden Vanilla Muffin, Pandan Muffin. Banana Raisin Muffin dan Chocolate Raisin Muffin...

Haa, memandangkan aku ada beberapa keping lagi voucher Muffin KRR percuma dalam simpanan aku ni...aku nak bagi 3 keping voucher percuma kat korang...tarikh expired masih lama lagi sampai hujung tahun ni...31 Disember 2013...dan aku takut tak habis guna semua voucher muffin percuma ni...rugi pula kalau tak digunakan dengan sebaiknya...

Boleh dikatakan setiap bulan la aku dapat voucher ni daripada KRR sebab aku rajin sangat layan game Muffin Maniac yang KRR lancarkan bulan Jun lepas...tapi takde la sampai addicted macam orang yang main Candy Crush...mujurlah aku tak pernah main game tu...hee...

Home-made Muffin KRR Percuma
Voucher Muffin KRR Percuma Untuk Anda

Setiap satu voucher ni boleh redeem 1/2 dozen bersamaan dengan 6 biji KRR Home-made Muffin...haa, caranya mudah...cuma komen sekreatif yang mungkin kat entri ni...tapi jangan la sampai dilabelkan sebagai SPAM...hee...3 komen yang paling kreatif  akan dapat satu voucher ni percuma setiap seorang...komen terakhir jam 11.59 pm 22 Oktober 2013...tak nak ke ? hee

UPDATE - Komen telahpun ditutup...tunggu entri selanjutnya untuk ketahui siapa pemilik 3 voucher percuma KRR Home-made Muffin ni...hee


NOTA SKYTECH :

Voucher Percuma Muffin KRR untuk bulan September tengah on the way ni...bulan Oktober ? Haa, mungkin akan dapat lagi ni...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Voucher Muffin KRR Percuma Untuk Anda

Monday, 21 October 2013

Penat Berehat

> Whats Up Guys...

Penat berehat...tu la apa yang aku rasa sekarang...hee...haa, yela kan...selama beberapa hari ni aku terpaksa menjauhkan diri daripada dunia internet dan blog...weekend pun "terpaksa" berehat...dan hari ni pun diberi MC untuk berehat lagi...adehhh, bila setiap hari tu da biasa sibuk tetiba asyik rehat saja...boleh fed up kot...HAHA...

Huh, takkan esok pun nak kena berehat lagi kat rumah...ohh, NO...NO...NO...kalau lama sangat berehat ni, akan muncul satu masalah BESAR yang bakal menanti...mesti bila nak mulakan sesuatu kerja tu terasa malas...kan ? 

Penat Berehat Teringin Pula Kosong Dan Tampal
Kosong dan Tampal

Bila da terperap kat rumah ni...asyik lapar memanjang...tambah pula dengan cuaca sekarang ni pun sejuk bila malam...tetiba teringin pula nak makan Roti Kosong dan Roti Tampal...haa, ada khidmat delivery tak ? Nak order ni...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Harap esok pagi da mula OK la...walaupun sekarang ni masih lagi terasa sengal sendi ni...penat berehat wooo...agak pelik juga aku ni...orang lain suka kalau dapat berehat panjang...tapi aku pula sebaliknya...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Penat Berehat

Wednesday, 16 October 2013

Wordless Wednesday - Kaki Wayang Tegar

> Whats Up Guys...

Kaki Wayang Tegar
WW - Kaki Wayang Tegar

NOTA SKYTECH :

Kalau Kaki Wayang Tegar mesti lagi banyak daripada ni kan ? HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday - Kaki Wayang Tegar

Tuesday, 15 October 2013

Film Review : Escape Plan

> Whats Up Guys...

Escape Plan...sebenarnya daripada minggu lepas lagi da nak layan movie ni bila ianya mula ditayangkan di pawagam tapi macam mana boleh terlambat pula nak layan movie ni...haa, Stallone dan Schwarzenegger pula bergabung dalam movie ni...mesti perghhh...lagipun dekat sebulan juga aku tak buat review movie ni sejak movie The Internship hari tu...haa, siapa peminat movie Rambo dan Terminator...jom layan review Escape Plan pula kali ni...

Escape Plan
Escape Plan

> Sinopsis "Escape Plan"

Ray Breslin (Stallone) is a former prosecutor who co-owns Breslin-Clark, a Los Angeles-based security firm that specializes in testing the reliability of maximum security prisons. He spends his life getting into prisons to study their designs and the guards habits to find and exploit their weaknesses, thus enabling him to escape without a hitch. One day, he and his business partner Lester Clark are offered a multi-million dollar deal by CIA agent Jessica Miller to test a top-secret prison and see if it is escape-proof. Breslin agrees to the deal and gets himself captured in New OrleansLouisiana, under the guise of a Spanish terrorist named "Portos", but the plan goes awry when his captors remove the tracking microchip from his shoulder and drug him on the way to the prison. TO BE CONTINUED...

Ray Breslin - Escape Plan

Apa kesudahannya nanti ? Adakah Ray Breslin dapat melepaskan diri daripada "The Tomb" yang dikatakan penjara paling tinggi tahap keselamatannya yang pernah dibina...nak tahu kisah Ray Breslin yang selanjutnya kena layan di pawagam la...hee


"No one breaks up alone..."



#MyReview "Escape Plan"
  • Filem Escape Plan adalah sebuah filem action thriller yang menggabungkan dua nama besar iaitu Sylvester Stallone (Ray Breslin/Portos) dan Arnold Schwarzenegger (Emil Rottmayer/Mannheim)
  • Plot dan jalan cerita sangat tersusun dan confirm akan buat korang tekun untuk melihat setiap babak dalam movie Escape Plan ni...kadang-kadang aku keliru sama ada aku tengok movie action thriller ataupun movie komedi ni...ada bakat komedi juga rupanya hero "tua" ni walaupun muka sentiasa serius..."say cheese"...HAHA...

Ray Breslin dan Emil Rottmayer

  • Pada permulaan cerita lagi da akan buat korang berteka-teki macam mana Ray tu boleh terlepas dengan mudah daripada penjara tu walaupun nampak canggih dari segi sistem keselamatannya...
  • Ray bersetuju untuk uji tahap keselamatan "The Tomb" yang dikatakan The Most Secure Prison Ever Built dengan menggunakan nama Portos...dan tiada seorang pun yang tahu kedudukan sebenar penjara tersebut...dan Ray telah dibawa ke penjara tersebut secara paksaan oleh individu tidak dikenali...siapakah mereka tu sebenarnya ?
  • Siapakah sebenarnya Emil Rottmayer ni ? Dan kenapa dia sangat terkejut apabila nama "Portos" disebut semasa semua tahanan di dalam The Tomb ni diminta untuk berkumpul...dan sejak daripada itu Emil mula mendekati Portos...kenapa agaknya ?
  • "The Tomb" ni terletak di mana sebenarnya ?
Escape Plan B

  • Ray dan Emil bersetuju untuk bekerjasama demi melepaskan diri daripada "The Tomb" dan dari situlah bermulanya operasi Escape Plan...adakah semua rancangan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang ?
Film Review : Escape Plan
ESCAPE PLAN

Rating : 4.5 out of 5


P.S - Best juga layan movie Escape Plan ni...siapa kata hero "tua" tak berbisa...walaupun mereka berdua ni da berumur 60-an tapi lakonan mereka masih hebat lagi...tapi durasi 115 minit tu macam tak cukup saja untuk movie action thriller macam ni...huhu...ni kalau tengok kali kedua kat pawagam pun rasanya masih boleh layan lagi...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Escape Plan

Friday, 11 October 2013

GSC Horror Fest 2013 - Ada Berani ?

> Whats Up Guys...

GSC Horror Fest 2013 - Ada Berani ? Haa, dulu memang ramai yang tanya aku macam mana aku boleh selalu dapat tiket wayang percuma daripada Nuffnang...jawapan aku mudah saja...join contest...selalunya Nuffnang akan buat contest mudah kalau ada movie baru yang bakal ditayangkan di pawagam dan sebagai hadiahnya, dapatlah sepasang tiket wayang percuma untuk premier screening...boleh tengok movie tu awal daripada orang lain...hee

Kali ni aku nak berkongsi pula dengan korang...takkan aku nak merasa seorang saja dapat tengok movie percuma kan...hee...ada sesiapa peminat tegar filem seram tak kat sini ? Ada yang nak tengok 3 movie seram back-to-back secara PERCUMA pada 26 Oktober 2013 nanti di GSC 1 Utama ?

#GSCHorrorFest 2013
#GSCHorrorFest 2013

Mudah saja...jom sertai contest #GSCHorrorFest untuk merebut 150 pasang tiket wayang percuma untuk menonton movie Rigor Mortis (release 24 Oktober 2013), Insidious - Chapter 2 (release 17 Oktober 2013) dan The Second Sight (7 November 2013)...terbuka kepada semua Nuffnangers tak kira Glitterati ataupun non-Glitterati...hee

Haa, selalunya kalau contest premier screening biasa yang pernah aku join sebelum ni...cuma dalam lingkungan 30-40 pasang saja Nuffnang akan berikan...tapi kali ini ada 150 pasang tiket percuma tu !! Dapat tengok movie percuma tu...tak nak ke ? Bukannya selalu dapat peluang nak marathon 3 movie sekaligus macam ni kan...

Kalau tak cuba mana nak tahu kan boleh dapat ke tak...hee...tersangat la mudah contest ni...cuma perlu tweet dan kalau terpilih tweet korang tu...berpeluang la nak layan 3 movie seram back-to-back ni...dateline untuk contest ni akan berakhir pada 16 Oktober 2013 jam 12.00 PM...kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh rujuk #GSCHorrorFest 2013...


NOTA SKYTECH :

Da lama juga aku tak join contest Nuffnang untuk premier screening ni...hmm, The Second Sight...movie seram Thai tu...kalau ikutkan, 7 November 2013 baru keluar kat pawagam...dapat tengok awal best ni...selalunya movie seram Thai ni SERAM...seram ke ? Huhu

**Terima kasih kerana membaca entri GSC Horror Fest 2013 - Ada Berani ?

Wednesday, 9 October 2013

Wordless Wednesday - Kenny's Home-made Muffins Percuma

> Whats Up Guys...

KRR Home-made Muffins Percuma
Kenny's Home-made Muffins Percuma

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday - Kenny's Home-made Muffins Percuma

Tuesday, 8 October 2013

Majlis Pra-Pelancaran Produk Hananut Pleasant Crunchewy & Fiesta Aisyhana

> Whats Up Guys...

Pada hari Ahad yang lalu, aku dan beberapa orang komuniti Blooggers Dot Com telah diberi peluang untuk menghadirkan diri ke Majlis Pra-Pelancaran Produk Hananut Pleasant Crunchewy & Fiesta Aisyhana yang bertempat di Bandar Tasik Puteri, Rawang sekaligus untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran Syarikat Aisyhana Cookies & Food Industries iaitu Hananut Pleasant Crunchewy...

Pra-Pelancaran Produk Hananut

Majlis pra-pelancaran tersebut bermula sekitar jam 1.00 pm dan berakhir sekitar jam 5.30 pm...upacara perasmian Majlis Pra-Pelancaran Produk Hananut Pleasant Crunchewy dihadiri beberapa orang wakil media, dan bloggers...selain itu, majlis tersebut sangat meriah dengan kehadiran para penduduk di sekitar Rawang dan Bandar Tasik Puteri dan diserikan lagi dengan kehadiran 3 artis jemputan seperti Ifa Raziah, Fazli Zainal dan Roslan Shah...

Majlis Pra-Pelancaran Hananut
Pra-Pelancaran Produk Hananut Pleasant Crunchewy

Produk Hananut Pleasant Crunchewy yang baru dilancarkan ini didatangkan dengan 3 variasi yang berbeza iaitu Buah-buahan Campuran, Kuaci dan Bertih Beras...snek kacang mana yang menjadi pilihan agaknya ? Selain daripada itu juga, terdapat hampir 200 jenis biskut turut dijual di Aisyhana Cookies & Food Industries...banyak kan ? 

Hananut Buah-buahan Campuran
Hananut Buah-buahan Campuran

Hananut Kuaci
Hananut Kuaci
Hananut Bertih Beras
Hananut Bertih Beras

Sidang media bersama Pengarah Urusan Aisyhana Cookies & Food Industries iaitu Pn. Siti Akmaliyah Bt. Hj Shuhaimi turut diadakan untuk menjawab pelbagai soalan daripada pihak media dan blogger mengenai produk terbaru Aisyhana Cookies iaitu snek kacang Hananut Pleasant Crunchewy dan ke mana hala tujunya di masa hadapan kelak...

Sidang Media Bersama Pengarah Urusan Aisyhana Cookies

Setelah pelbagai soalan yang ditanya, akhirnya kesemua persoalan yang bermain di minda semua blogger dan media telah dijawab...dan memang tidak mustahil suatu hari nanti snek kacang Hananut ini pasti akan digemari semua tidak kira lapisan umur...dan pasti akan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran...

Hananut Terbaik
HANANUT Terbaik !

Serius, bila pertama kali merasai Hananut ni...memang sedap...serius, memang tidak tipu...sebab aku sendiri telah merasanya...bila sudah mengadap Hananut ni sambil tengok TV, memang tidak sampai 10 minit pun boleh habis satu bekas ni...cara pembuatannya memang sangat teliti di mana campuran badam, karamel dan bijan disusun cantik untuk setiap keping dan selain daripada itu, rasanya sangat unik dan terbukti ianya memang sedap dan sesuai untuk di makan tidak kira masa...memang tidak akan rugi kalau beli...bila sekali sudah rasa mesti nak lagi Hananut Pleasant Crunchewy ni...

Hananut Kuaci

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk Hananut ini, boleh rujuk info berikut :
Aisyhana Cookies & Food Industries
No. 10 G, Jalan Lembah Hijau 5/3,
Green Valley Park,
Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang, Selangor.


Email : aisyhana.cfi@gmail.com
Blog : aisyhanacookies.blogspot.com

Untuk menempah Hananut, sila hubungi : 
Adiwarna Management & Services
Contact person : Shahrul Nizam
017-3664197



NOTA SKYTECH :

Info lebih lanjut KLIK >> Facebook Aisyhana Cookies & Food Industries
**Terima kasih kerana membaca entri Majlis Pra-Pelancaran Produk Hananut Pleasant Crunchewy & Fiesta Aisyhana

Saturday, 5 October 2013

Kenny Rogers Lots Of Lamb (LOL)

> Whats Up Guys...

Bermula 24 September 2013 yang lepas, sebenarnya Kenny Rogers Roasters Malaysia telah memperkenalkan beberapa menu baru dalam menu promosi Lots Of Lamb (LOL)...hari Khamis yang lepas bertempat di Kenny Rogers Berjaya Times Square, aku dan beberapa orang blogger yang lain telah dijemput untuk merasai dan mencuba sendiri menu promosi terbaru Kenny Roggers - Lots Of Lamb (LOL)...

Kenny Rogers - Braised Lamb Meal
Lots Of Lamb (LOL) - Braised Lamb Meal

Menu pertama yang dicuba adalah Braised Lamb Meal bersama 2 side dish iaitu Spiral Pasta dan Coleslaw...dagingnya diperap dengan bahan istimewa dan ditambah pula dengan sedikit black pepper untuk menaikkan rasanya...ditambah pula Smoked BBQ Sauce yang memang kena dengan isi daging kambing...daging kambingnya pula tersangat la lembut, kurang berbau dan yang paling penting mudah untuk dipotong dagingnya...

Kenny Rogers - Braised Lamb Meal dan Green House

Kenny Rogers - Green House
Green House 

Selain itu, dalam promosi kali ni...minuman Green House diperkenalkan iaitu gabungan soda dan hirisin buah timun...minuman yang sangat menyegarkan selepas makan...dan ianya kena dengan tekak aku...gabungannya sangat cool dan refreshing...anda patut mencubanya nanti bila makan di Kenny Rogers...

Kenny Rogers - Baked Spicy Wedges
Baked Spicy Wedges

Dalam set menu promosi terbaru Kenny Rogers - Lots Of Lamb kali ni...menu Baked Spicy Wedges dengan KRR Signature Cheese Sauce diperkenalkan...dan apa yang menarik mengenai wedges ni, ianya tidak digoreng dengan minyak sebaliknya ia di "baked"...tetapi rasanya tak lari macam wedges yang berada di pasaran...di Kenny Rogers menyediakan banyak menu yang sihat untuk anda...

Kenny Rogers - Lamb Tortilla Wrap Meal
Lots Of Lamb (LOL) - Lamb Tortilla Wrap dan Classic Garden Salad

Selain daripada menu Braised Lamb Meal, anda juga boleh mencuba set menu Lamb Tortilla Wrap Meal bersama dengan Classic Garden Salad...menu yang sangat sihat bagi mereka yang suka makan salad dan tortilla...bagi aku la, Lamb Tortilla Wrap ni memang sangat sedap...roti tortillanya yang lembut dan daging kambing yang dicincang halus memang mencair dalam mulut bila makan...

Sejujurnya, aku bukanlah penggemar tegar daging kambing yang tegar tetapi dengan kemunculan menu terbaru dalam set promosi menu Lots Of Lamb (LOL) iaitu Braised Lamb Meal dan Lamb Tortilla Meal ni, buat aku jatuh cinta dengan lamb...cuma menu Chicken & Lamb Platter saja yang aku belum sempat cuba untuk menu promosi terbaru ini...hee

Kenny Rogers Home-made Muffin
KRR Home-made Muffins

Jikalau berkunjung ke Kenny Rogers, rasanya tak lengkap kalau tak merasai KRR Home Made Muffin ni...pelbagai perisa boleh dipilih antaranya adalah Golden Vanilla Muffin, Pandan Muffin, Banana Raisin Muffin dan Chocolate Raisin Muffin...

Lots Of Lamb (LOL)
Kenny Rogers - Lots Of Lamb (LOL)

Haa, tunggu apa lagi...takkan nak tengok saja...jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran untuk mencuba menu yang ditawarkan untuk promosi Lots Of Lamb (LOL)...promosi terhad...hee

Less fat...Less salt...Less calories...

NOTA SKYTECH :

Untuk lebih info, jom LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia


**Terima kasih kerana membaca entri Kenny Rogers Lots Of Lamb (LOL)

Wednesday, 2 October 2013

Wordless Wednesday - I'm Ezad Skytech

> Whats Up Guys...

Ezad Skytech Name Card
I'm Ezad Skytech

NOTA SKYTECH :

Da dua tahun lebih berblogging baru nak ada name card blogger...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday - I'm Ezad Skytech

Pengomen Tegar Ezadskytech.com September 2013

> Whats Up Guys...

Pengomen Tegar Ezadskytech.com September 2013...Huhh, akhirnya bulan September sudah pun berakhir...bulan yang agak sibuk untuk aku tapi masih sempat untuk luangkan sedikit masa untuk berblogging walaupun hanya beberapa entri saja yang sempat dipublish kat blog...selalunya bila tiba bulan September mesti lagu "Wake Me Up When September Ends" menjadi trend...kenapa agaknya ya ? HAHA...aku pun terkena virus tu...memang nak sangat bulan September tu berakhir dengan cepat...

Haa, rasanya macam da lama sangat aku tak buat entri untuk pengomen tegar blog ni setiap bulan walaupun entri tidak la sebanyak dulu...hee...kali terakhir aku buat entri pengomen tegar blog ni pun aku tak ingat bila...bukan tidak menghargai pengomen yang datang komen di blog ni cuma tak berkesempatan nak buat...mulai sekarang ni aku akan cuba buat setiap bulan...hee...

Pengomen Tegar Ezadskytech.com September 2013

Top 5 : Pengomen Tegar Ezadskytech.com September 2013

  1. Shida Radzuan
  2. Diana
  3. Zuan
  4. QueeN Teratai
  5. Irwan Alessa

NOTA SKYTECH :

Harap bulan Oktober ni dapat luangkan masa lebih sikit untuk aktiviti berblogging ni berbanding dengan bulan September...walaupun bulan lepas hanya sempat publish 14 entri saja tapi pageview bulan September antara yang tertinggi sepanjang 2 tahun lebih berblogging ni...hee


**Terima kasih kerana membaca entri Pengomen Tegar Ezadskytech.com September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia April 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com