Thursday, May 30, 2013

Souvenirs Dari Shanghai

> Whats Up Guys...

Yeahhh...tak sangka dapat souvenirs lagi tahun ni...tak melancong ke luar negara pun still boleh dapat ole-ole dari luar negara...dan kali ni pula dapat la sikit souvenirs dari Shanghai...tahun lepas da dapat souvenirs dari Korea...hee...tahun depan agaknya boleh dapat lagi tak ? HAHA...

Souvenirs Terbaik Dari Shanghai

Haa, sejak daripada tahun lepas lagi memang da berangan nak pergi melancong ni...pergi melawat negara orang...huh, bila la agaknya dapat peluang untuk melancong ke oversea ni...sekarang ni tetiba macam da jadi hobi pula nak kumpul fridge magnet ni...kena melancong ke semua negara ni kalau nak kumpul...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Kalau la lepas praktikal dulu aku masih teruskan sambung kerja kat tempat praktikal aq ni...mesti da merasa pergi Korea tahun lepas dan ke Shanghai ni baru-baru ni...tahun depan ke mana pulak la agaknya trip mereka ni...hee...lepas habis praktikal dulu aq tak sambung kerja kat situ...melepas la jawabnya kan...HAHA...


P.S -  Makin geram pula aq tengok Samsung Galaxy S4 ni...
Aihhh, sabar...sabar...HAHA...(^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Souvenirs Dari Shanghai

Tuesday, May 28, 2013

Aiskrim Atok Selayang Baru

> Whats Up Guys...

Haa, buat pertama kalinya dalam sejarah sejak mula berkerja ni, baru ni la first time dapat balik awal...baru pukul 5 lebih aq da terpacak kat rumah...HAHA...kebetulan aq ada submit drawing kat TM Taman Seri Gombak, memang da sangat dekat dengan area rumah aq...ingatkan lama la dalam TM tu kan...rupanya kejap je da settle..."Nak balik office ke tak ye?" Haa, baik balik rumah terus kan...hee...

Bila da sampai awal kat rumah ni...teringat pulak hari ni ada pasar malam...cuaca panas macam ni macam best kalau dapat pekena Aiskrim Atok Selayang Baru...rasanya da berbelas tahun Atok ni berniaga aiskrim sejak aq di sekolah rendah rasanya dalam tahun 1998...

Aiskrim Atok
Aiskrim Atok Selayang Baru

Sampai sekarang ni aq masih menjadi peminat tegar aiskrim atok ni...walaupun da berbelas tahun lamanya...dari segi rasa, kuantiti, tekstur...tetap masih sama macam dulu...tak berubah...cuma harga saja la yang berubah sikit...dulu aq beli RM1 saja rasanya...lepas tu naik jadi RM1.20...dan sekarang ni baru RM1.50...

Harga pun memang tak banyak berubah walaupun da lebih 15 tahun Atok ni berniaga...sebab tu ramai yang suka beli...termasuk la aq...dulu masa sekolah rendah...setiap hari Selasa mesti aq akan terjah ke pasar malam Selayang Baru semata-mata untuk beli aiskrim atok ni...setiap suapan tu memang layan...perghhh...biasanya satu cup tu tak cukup...hee...


NOTA SKYTECH :

Haa, mereka yang duduk di area Selayang Baru mesti tahu lokasi Aiskrim Atok ni kat mana kan...hee...layan beb...mujurlah aq tak minat sangat makan aiskrim mahal ni...nak beli Baskin Robbins setiapa minggu rabak la kan...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Aiskrim Atok Selayang Baru

Friday, May 24, 2013

Film Review : Fast and Furious 6

> Whats Up Guys...

Fast and Furious 6...memang da lama sangat aq menunggu movie keluar kat pawagam sejak movie Fast 5 dulu...sebab ending Fast 5 tu menjadi tanda tanya sama ada Letty masih hidup ataupun tidak...dan macam kebiasaannya, aq akan cuba cari pawagam yang tayang awal movie ni...akhirnya, jumpa jugak...TGV Kepong menjadi tempat aq layan movie ni sehari lebih awal daripada tarikh tayangan di semua pawagam...

Fast and Furious 6
Fast & Furious 6

> Sinopsis "Fast & Furious 6"

Following their successful Rio heist, Dominic Toretto and his crew of professional criminals have retired around the world: Dominic lives with Elena; his sister Mia and Brian O'Conner have had a son, Jack; Gisele and Han have moved to Tokyo and Roman and Tej live in luxury.

Diplomatic Security Service (DSS) agent Luke Hobbs and his partner Riley investigate the destruction of a Russian military convoy, believing former British Special Forces soldier Owen Shaw and his crew are responsible. Hobbs tracks down Dominic and requests his help in bringing Shaw down; Dominic agrees when Hobbs presents him with a photo of Dominic's former girlfriend Letty Ortiz, whom he thought was dead. Dominic gathers his crew together and they accept the mission in exchange for full amnesty for their past crimes, which will allow them to return home to the United States; Mia and Elena remain with Jack.
Selanjutnya di >> Sinopsis Fast & Furious 6

"Vroooommmmmm..."


#MyReview "Fast & Furious 6"

  • Filem lakonan Van Diesel (Dominic Torreto), Paul Walker (Brian O'Conner), Dwayne Johnson (Luke Hobbs) dan para pelakon yang lain sememangnya terbaik dan tidak mengecewakan...watak Tyrese Gibson (Roman Pearce) dalam movie kali memang agak sengal...HAHA...
  • Plot dan jalan cerita dari mula sehingga habis memang sangat best...penuh dengan aksi...dan ada aksi yang korang boleh ternganga kejap...WOW !! Tak berkelip selama 130 minit dalam pawagam...hee...
  • Siapa Owen Shaw ni ? Berani dia buat hal sampai Hobbs pun sampai perlu rekrut team Dom untuk settlekan mision ni...adakah Dom akan terima pelawaan Hobbs ? Kenapa Dom setuju nak sertai misi tu...? Dan apakah janji Hobbs untuk team Dom ?


  • Scene team Owen Shaw hijack kereta kebal tu memang giler la...habis semua kereta kat highway tu ke langgar...dan sangat terkejut dengan aksi Dom menyelamatkan Letty yang tercampak daripada kereta kebal tu...WOW !! Nak tahu...? Kena tengok kat pawagam la...
  • Bunyi deruman enjin kereta yang boleh menggegarkan jiwa...scene kejar-mengejar dengan team Shaw yang melibatkan kereta memang hebat...tak dapat dinafikan lagi...ada satu kereta yang team Shaw gunakan tu...terbaik la..nampak saja macam besi buruk...tapi pergghhh....

  • Ada pengkhianat dalam team Hobbs ? Siapa agaknya...
  • Kenapa Shaw nak sangat cip komputer yang bernilai berbillion dolar tu ? Aksi semasa team Hobbs dan Dom mengejar kapal terbang kargo untuk menangkap Shaw tu memang mendebarkan...sempat ke mereka menghentikan Shaw...salah seorang team Dom terkorban semasa bergelut dengan salah seorang team Shaw...
  • Kapal terbang kargo terbakar dan terhempas...Dom, Hobbs, Letty dan Shaw masih ada dalam kapal terbang sebelum terhempas...siapa yang akan terselamat ?

Rating : 5 out of 5 (Serius...superb...memang layan giler la movie ni...sequel terbaik setakat ni...memang tak rugi la tengok awal Rabu lepas...dan lagi satu, jangan keluar awal bila da habis...lepas credit ada sedikit teaser untuk Fast 7 di akhir movie ni...TOKYO!)


**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Fast and Furious 6

Wednesday, May 22, 2013

#SBDdB13 : Kisah Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

> Whats Up Guys...

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 yang berlangsung pada 19 Mei 2013 yang lalu dan bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya merupakan event kedua yang aq sertai anjuran team Denaihati selepas event #SBB2013 pada awal bulan Januari 2013 yang lepas...sememangnya aq di antara yang terawal mendaftar untuk menyertai seminar ni...memang rugi rasanya kalau tak join...bila lagi kan ?

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 #SBDdB13

Walaupun seminar tu telah diadakan pada hujung minggu...langsung tidak mematahkan semangat aq untuk bangun awal pagi dan datang awal ke sana...yang paling penting ilmu yang nak dikongsikan dalam seminar tu...mujurlah sampai tepat pada waktunya...dan semua peserta masih belum mendaftar lagi...hee...


Seminar ni memang mendapat sambutan yang agak luar biasa...tak sangka seramai lebih 200 orang peserta dan yang mendaftar secara walk-in pun ada...dan apa yang menarik, kebanyakannya adalah bukan daripada kalangan blogger...sesiapa saja boleh join seminar ni...bukan terhad untuk blogger saja...ilmu seharusnya dikongsi bersama...kan? Siapa ahli panelnya ? Sudah semestinya korang semua kenal dengan Ikhwan Nazri @ Tekong (Amanz.my), Nisa Kay (NisaKay.com), Mohd Suhaimy @ Shuth (Founder Forum WangCyber) dan Ahmad Faizal @ Titan (EarnCent.com)...

Kesemua ahli panel masing2 ada cerita dan pengalaman sendiri, susah senang...untuk menjana pendapatan daripada blog ni memang banyak yang perlu dibuat...macam Titan sendiri, mempunyai lebih daripada 3 blog selain blog utama iaitu ahmadfaizal.com, earncent.com dan ohcikgu.com...yang penting katanya pandai uruskan masa...semua blognya ada niche yang tersendiri dan sangat berjaya dengan program affiliate yang disertainya...

Sebelum nak sertai sesuatu program affiliate tu...terlebih dahulu semak siapa admin, cara untuk hubungi admin, kemampuan admin, pandangan blogger / promoter lain dan semak scam atau tidak...ciri2 program affiliate yang bagus pulak tidak menyusahkan promoter, mudah daftar, sistem tidak terlalu sukar dan tiada masalah membayar...

Bagaimana cara nak buat duit dengan program affiliate ikut style Titan ?

  • Buat blog khas (niche) yang menguntungkan
  • Alexa Rank - 400K-500K da OK, bawah 1K (Malaysia)
  • Pagerank - PR1, PR3-PR4 lagi bagus
  • Untuk 1 program affiliate, buat entri paling kurang 5 artikel pasal program affiliate yang disertai tu

Haa, buat E-Book pun boleh menjana pendapatan...siapa yang ada bakat dan ilmu nak buat E-Book tu cuba buat...sehari 1 muka surat...bak kata abangensem...sebenarnya banyak lagi tips yang aq dapat dalam seminar ni...tak rugi pun bayar RM50...yang penting ilmu yang disampaikan tu amat berbaloi...

"Eh....kamera la...kamera...!!"


Antara blogger yang join Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 ni...walaupun tak menang lucky draw Samsung Galaxy S4, Samsung Galaxy SIII Mini, Samsung Corby...Kembara Ke Kemboja...tiket ke Universal Studio Singapore...eh, Melastik Bintang dan Syukri Tahir menang lucky draw ke USS la...hee...memang rezeki dorang...aq tak menang apa2 ke ? Tak menang lucky draw tapi dapat ilmu yang sangat awesome...semoga lepas ni dapatlah join event yang macam ni lagi di masa hadapan...


NOTA SKYTECH :

Tahniah kepada pihak penganjur, Denaihati Network...dan terima kasih kepada semua penaja...#SBDdB13 memang terbaik la...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri #SBDdB13 : Kisah Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

Monday, May 20, 2013

Burger King RM1.88

> Whats Up Guys...

Burger King RM1.88 ? Macam kena cuba je ni...lagipun memang da lama sangat tak makan Burger King ni...terbaca dengan fanpage Burger King kat FB, promosi BBQ Rodeo Chick & Crisp ni cuma untuk 3 hari saja bermula 20 Mei sampai 22 Mei...dan tak perlukan untuk print kupon bagai...terus terjah saja...yess...! HAHA...


Haa, terus la terjah BK yang terdekat kat Lingkaran Karak...nak pergi BK kat One Utama macam akan ramai orang je...time balik kerja lagi la kan...mesti nak kena beratur panjang...HAHA...bila da lama sangat tak terjah BK...takkan nak beli Burger King RM1.88 saja kot...sila abaikan BK Whooper Black Paper kat resit tu...HAHA...


Boleh tahan jugak la rasa Burger King RM1.88 ni...murah kot...burger kat pasar malam pun lagi mahal...hee...kepingan burger ayam dan mungkin onion ring...ditambah dengan sos rahsia BK...layannnn...tapi tu la, limited untuk seorang pelanggan setiap satu...tapi kalau boleh beli sekali banyak best jugak...



NOTA SKYTECH :

Terjah la BK yang terdekat sementara stok masih ada...bila tengok kat FB tadi pun memang ramai yang terjah BK Mid Valley, BK One Utama, BK KL Sentral...punyalah panjang nak beratur...mujurlah BK yang aq terjah petang tadi tak ramai sangat...dapat la merasa Crazy Cowboy Offer ni...hee...ada yang da cuba ?

**Terima kasih kerana membaca entri Burger King RM1.88

Friday, May 17, 2013

Film Review : Oh Mak Kau (O.M.K)

> Whats Up Guys...

Huhh, lamanya da tak buat review movie baru kat blog ni...last movie yang sempat di review masa hujung bulan Mac hari tu la, G.I Joe : Retaliation...lepas tu banyak pulak movie yang best terlepas nak buat review macam movie Iron Man 3...Vehicle 19 ? Lakonan Paul Walker, hero movie Fast & Furious 6 tu...eh, movie tu tak payah tengok la...tak berapa best...bagi aq la...jauh meleset expectation aq...macam tu je ke jalan cerita dia...hee...kali ni layan Oh Mak Kau (O.M.K) la pulak...lama da tak layan movie komedi kat wayang ni...hee...

Oh Mak Kau !

> Sinopsis "Oh Mak Kau" :

Sam (Jep Sepahtu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja dengan ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri telah mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mecuri, mereka berdua akan menyamar bermacam-macam gaya dan yang peliknya setiap kali selepas mencuri, pasti mereka akan mengemas tempat tersebut. 

Kepulangan semula Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka, Lutfan (Syamsul Yusof) dan seterusnya berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan. 

Berjayakah Sam dan Mun menyelamatkan Que ? Siapakah sebenarnya Que ?

Oh Mak Kau !



#MyReview "Oh Mak Kau"
  • Sebuah filem bergenre komedi lakonan bersahaja Jep Sepahtu (Sam), Shuib Sepahtu (Mun), Ain Nordin (Que), Syamsul Yusof (Lutfan), Abon (Pak Maun), Didie Alias (Embun), Yassin (Taipo),Wan Maimunah (Mama San) dan ramai lagi...
  • Di awal permulaan cerita lagi da boleh buat korang ketawa...ada ke patut nak mencuri kat rumah orang bagi salam dulu...da lepas curi tu siap boleh tolong kemaskan ruang tamu yang berselerak tu...siap ada mission tu..."Pergi la tutup pintu tu, nanti pencuri masuk !" Tak sedar diri yang mereka tu sedang mencuri...adoiii...HAHA...
  • Jep Sepahtu dengan Shuib Sepahtu ni bantai skrip spontan ke ? Ada part yang dorang macam nak bantai gelak tapi tahan gelak je...lagi2 si Jep tu haa...mesti ada dialog "Tengkorak kau !!"...apa pun tak boleh la Jep ni...HAHA...
  • Part nak curi boxer tu memang sengal...dalam filem boleh la...siap menyanyi lagi dalam kedai...tak kantoi...kalau realiti, memang da kena da mereka ni...lepas tu, baik giler dorang...curi sehelai je...lepas tu siap tolong kemaskan pakaian yang berselerak kat kedai bundle tu...
Terkejut sampai berbuih mulut, dan yang terkejut terus menjerit...apehal ? HAHA...

  • Sebenarnya, siapakah Que ni agaknya ye ? Relaks dan selamba je lawan dengan gangster seorang diri...huhu...
  • Plot dan jalan cerita mungkin boleh digarap dengan lebih kemas lagi...part lawan2 tu masih nampak kaku...kereta WIRA je berani letupkan ? Hehe...part komedi boleh tahan la...bantai gelak jugak la dengan gelagat Jep dan Shuib tu...cukup la ada Jep dan Shuib...hee...

Rating - 7/10 (Sangat la sesuai ditonton OMK jikalau nak releasekan tension...lagi feeling tengok movie Oh Mak Kau ni daripada tengok movie Vehicle 19...opppss....HAHA)


P.S - Pantas dan Garang 6....grrrr...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Oh Mak Kau (O.M.K)

Monday, May 13, 2013

Bagi Peluang Untuk Blogger Lain

> Whats Up Guys...

Pheww...bila tetiba terjumpa button "I Love Nuffnang" ni beberapa hari lepas...tetiba rindu pulak rasanya nak join event Nuffnang macam tahun lepas...kalau Nuffnang buat contest untuk Premiere Screening movies terbaru...mesti aq dapat join...rasanya team Nuffnang pun mesti perasan asyik blogger yang sama je yang join...selalu pulak tu...HAHA...


Tapi tahun ni mungkin aq kurang join event dengan Nuffnang ni...tadi ternampak pulak blogpost Nuffnang untuk Premiere Screening Fast & Furious 6...takpe la...layan wayang berbayar la nanti...heee...bagi peluang untuk blogger lain pulak untuk merasa tengok wayang percuma...takkan la nak merasa seorang je kan...da puas da dulu...hee...


NOTA SKYTECH :

Awal tahun 2013 ni macam tak banyak movie yang best untuk diterjah...boleh dikira dengan jari berapa kali je aq terjah pawagam tahun ni...dapat joined Nuffnang Premier Screening pun masa movie FLIGHT awal Februari hari tu...paling latest tengok Iron Man 3 la...movie apa best nak tengok minggu ni ye ? huhu...


P.S -  Rasanya bersepah button Nuffnang tu aq dapat...tu je yang tinggal...
Button yang lain entah mana aq campak entah...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Bagi Peluang Untuk Blogger Lain

Wednesday, May 8, 2013

Wordless Wednesday #71 | Impak Filem Iron Man 3

> Whats Up Guys...

Iron Man 3 Official Games


NOTA SKYTECH :

Sekarang ni ramai yang aq perhatikan tengah addicted dengan game Candy Crush Saga tapi lain pulak dengan kes aq ni, addicted dengan game Iron Man 3 Official Game sejak minggu lepas...sampai nak update blog pun asyik tergendala...seminggu kot melaratnya blog tak disentuh langsung...hebat betul Impak Filem Iron Man 3 ni...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #71 | Impak Filem Iron Man 3

Wednesday, May 1, 2013

Wordless Wednesday #70 | Habiskan Cuti Di Sungai Congkak

> Whats Up Guys...

Habiskan cuti di Sungai Congkak, Hulu Langat



NOTA SKYTECH :

Bila da berendam selama beberapa jam dalam sungai...memang rasa macam tak nak balik rumah...HAHA...okay, esok kerja balik...phewww....

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #70 | Habiskan Cuti Di Sungai Congkak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com