Tuesday, 30 December 2014

Misi Akhir Tahun 2014

> What's Up Guys...

Misi Akhir Tahun 2014...Huh, hanya berbaki beberapa hari saja lagi kita akan melangkah masuk ke tahun baru 2015...serius, memang cepat betul masa berlalu sekarang ni kan...lebih kurang 3 minggu juga la aku "HIBERNATE" dari terjah media sosial ni termasuklah dunia blog, Facebook dan Instagram ni selepas menghadiri Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog awal bulan Disember baru-baru ni...hujung tahun, biasa la kan...terasa macam nak cuti panjang sikit dari dunia blog ni...sedangkan kalau bekerja pun ada cuti tahunan...haa, berblogging pun kena la ada cuti tahunan juga...unlimited annual leave ! hehe...

Misi Akhir Tahun 2014
Wake Up ! Wake Up !

...dan semalam entah macam mana boleh tergerak hati pula nak periksa emel, mana tahu ada komisen dari affiliate ke...hehe...tapi lamunan aku terus terhenti bila buka satu emel ni...adehh, macam mana la aku boleh terlupa tentang Misi Akhir Tahun 2014 ni ? Wake up...wake up before it's too late !

Renew Domain
Blog Hampir Tamat Tempoh...HAHA

Haa, tapi mujurlah sempat lagi renew domain sebelum terlambat...da nak masuk tahun ketiga aku guna nama domain ni...takkan la tak nak renew kan...sayang kot...hee...renew pada hari minggu pun cepat saja NetKL selesaikan...dapatlah dilanjutkan lagi usia domain EZADSKYTECH.COM ni sehingga hujung tahun 2015 nanti...hehe...hmm, hampir 2 tahun juga la aku menggunakan servis diorang ni...setakat ni OK lagi la...sebab tu aku masih lagi setia dengan NetKL...

Misi Akhir Tahun 2014 yang seterusnya...bila da hujung tahun macam ni...boleh la cashout earnings Nuffnang buat kali ketiga...walaupun tak banyak mana tapi rezeki juga tu kan...setahun sekali dapat cashout pun da OK...Alhamdulillah...terus earnings jadi kosong kosong kosong...harap ada rezeki lagi untuk tahun 2015 nanti...boleh la cashout buat kali keempat nanti...tapi tak tahu la bila agaknya...hee...

Cashout Nuffnang Kali Ketiga
Cashout Nuffnang Kali Ketiga


NOTA SKYTECH :

Dunia Blog 2015 pasti akan lebih mencabar lagi...

**Terima kasih kerana membaca entri Misi Akhir Tahun 2014

Thursday, 4 December 2014

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem RENTAP

> What's Up Guys...

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem RENTAP...haa, masa kali pertama tengok poster movie ni ingatkan tajuk movie ni Sentap...bila baca balik kali kedua...ohh, RENTAP rupanya...HAHA...baru saja layan preview movie RENTAP baru-baru ni bertempat di Cathay Cineplex e@Curve bersama dengan pihak media, blogger dan beberapa orang pelakon utama filem ni iaitu Zahiril Adzim, Syafie Naswip dan Elfira Loy...haa, sesekali layan filem tempatan apa salahnya kan...apa tunggu lagi, jom kita berRENTAP tapi jangan sentap OK ! 

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem RENTAP
Filem RENTAP


SINOPSIS FILEM RENTAP - Rashdan (Zahiril Adzim) dan Rashid (Syafie Naswip) adalah adik-beradik yang mahir dalam sukan parkour dengan kemahiran yang hebat. Walaupun gaya percakapan dan perwatakan mereka agak kasar tetapi mereka sebenarnya mempunyai hati yang lembut. Mereka berdua membesar sebagai anak yatim dan mereka begitu mengambil berat mengenai rumah anak yatim yang pernah mereka huni dahulu yang kini rumah anak yatim tersebut dikendalikan oleh Pak Zamri, seorang yang baik hati dan seorang penjaga yang sangat penyayang kepada semua anak yatim di bawah jagaannya walaupun beliau mempunyai kisah hitam pada masa lampau.

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem RENTAP - Rashid, Elaina dan Rashdan
#RentapTheMovie - Rashid, Elaina dan Rashdan


Dilema kembali menghantui Pak Zamri apabila seseorang yang bekerja untuk Naga muncul dan memaksa Pak Zamri untuk menyembunyikan dadah di rumah anak yatim tersebut. Sebagai jaminan keselamatan, salah seorang anak yatim iaitu Sofiya dijadikan sebagai tebusan. Pak Zamri terpaksa pasrah dengan keadaan tersebut, namun masalah lebih besar mula timbul apabila Rashdan dan Rashid mendapat tahu akan hal itu dan dadah tersebut telah termasuk ke dalam mangkuk tandas secara tidak sengaja.

Dengan ugutan terhadap Sofiya, Rashdan dan Rashid memulakan misi untuk menyelamatkan anak kecil itu. Dengan bantuan seorang wartawan, Eliana lakonan Elfira Loy, mereka meneruskan misi untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Naga iaitu orang yang telah menculik Sofiya. 


5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem RENTAP - Naga
#RentapTheMovie - Naga

Persoalannya, adakah mereka akan berjaya dalam misi mereka untuk menyelamatkan Sofiya ? Dan adakah Naga akan tumpas akhirnya nanti ? Haa, apa kata jom layan trailer movie RENTAP ni dulu...bila tengok aksi parkour dalam movie ni pasti akan buat korang kata "Wahhh"...



5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem RENTAP Di Pawagam

  • Filem RENTAP adalah sebuah movie aksi komedi dan ianya merupakan filem pertama di dalam pasaran Malaysia yang mengetengahkan mengenai aksi sukan parkour...
  • Lakonan hebat dan bersahaja Zahiril Adzim, Syafie Naswip dan Elfira Loy...tak sangka watak yang dilakonkan oleh Syafie Naswip memang sangat menggelikan hati...ada saja dialognya yang buatkan penonton tak kering gusi nak bergelak ketawa...haa, tak percaya? Pergilah tonton filem ni bila sudah ditayangkan nanti di pawagam...dan filem RENTAP ni adalah merupakan filem sulung lakonan Elfira Loy...
5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem RENTAP - Rashid
#RentapTheMovie - Rashid

  • Aksi parkour yang ditunjukkan oleh Rashid, Rashdan dan beberapa orang pemain parkour yang lain melompat antara bangunan ke bangunan yang lain memang membuatkan penonton rasa WOW pada permulaan cerita walaupun tak ekstrem macam aksi parkour yang dilakukan di luar negara...setakat ni, mana ada lagi pengarah yang pernah buat filem macam ni dalam Malaysia...memang lain daripada yang lain...selain daripada itu, pengarah turut menyuntikkan elemen komedi dan romantik dalam movie ni...mesti penonton akan terhibur dengan lakonan mereka...
5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem Rentap - Rashdan
#RentapTheMovie - Rashdan

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem Rentap - Rashdan dan Rashid
#RentapTheMovie - Rashdan dan Rashid

  • Plot dan jalan cerita dalam filem RENTAP ni agak ringkas dan ianya mudah difahami...dan ianya mempunyai mesej yang jelas mengenai apakah itu erti sebenar persahabatan, kesetiaan dan keberanian...Rashdan dan Rashid percaya parkour bukan sekadar sukan yang tidak berfaedah tetapi mereka yakin dengan kebolehan yang mereka ada, ianya mungkin boleh digunakan untuk kebaikan...
  • Kebanyakan dialog Naga dalam movie memang style habis...muka nampak macam gangster tapi dialognya...alahai, serius memang diluar jangkaan penonton...serius, memang boleh buat penonton tergelak bila dengar dialognya...haa, nak tahu kenapa ? Kena la tonton movie ni pawagam nanti bermula 4 Disember 2014...
Credit Picture : Google.com

Rating : 3.5 out 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, tidak mengecewakan...memang terbaik aksi parkour yang ditunjukkan dalam movie ni ! Serius, memang layan ! Tambahan pula, elemen komedi yang diselitkan memang mencuit hati penonton...kredit untuk Syafie Naswip...lepas ni terasa macam nak belajar buat aksi parkour la pula...HAHA...serius, memang aku mengaku yang aku ni tersangat jarang layan filem tempatan kita yang ditayangkan di pawagam tetapi movie ni lain...sebab ianya berbeza dengan filem tempatan yang lain...bagi aku la kan, memang berbaloi untuk ditonton di pawagam...

P.S - Bila lepas tengok movie ni...terus teringat masa zaman sekolah rendah dulu pernah buat aksi ala-ala parkour ni...tapi setakat lompat dari tangga saja la...setakat 6-7 anak tangga terus landing tu biasa buat da...haa, panjat tembok sekolah pun pernah...tapi masuk balik la ikut pintu pagar sekolah...saja testing...HAHA...siapa pernah buat? Baik mengaku cepat...kih3

**Terima kasih kerana membaca entri 5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem RENTAP

Monday, 1 December 2014

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

> What's Up Guys...

Haa, siapa kat sini adalah peminat tegar menu sihat di restoran Kenny Rogers dan selalu berkunjung ke sana ? Bagi yang belum tahu, sebenarnya bermula 24 November 2014 yang lepas...Kenny Rogers Roasters Malaysia sekali lagi telah memperkenalkan beberapa item baru dalam menu promosi terbaru mereka Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat sempena sambutan Tahun Baru 2015 nanti yang bakal tiba tidak lama lagi...antara menu promosi terbaru yang diperkenalkan oleh KRR Malaysia pada kali ini dalam menu #KRRTerrificTeriyaki adalah T-Chic SteakT-Wrapped Chicken, Lite T-Chic Steak, T-Chic Rice dan T-Chic Salad...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Steak

Menu promosi terbaru kali ni semuanya berasaskan ayam...terdapat 5 variasi menu yang boleh dipilih dan antaranya adalah T-Chic Steak...isi ayam tanpa tulang yang di grilled dan dihidangkan bersama aromatic rice bersama crisp garden salad dan spiral pasta...dan ditambah pula dengan sos terrific teriyaki yang pekat...memang kombinasi terbaik...serius sedap ! Haa, antara menu yang patut dicuba dalam menu promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Steak
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Steak

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken

Selain daripada menu T-Chic Steak ni...korang pun boleh cuba juga menu T-Wrapped Chicken ni...bahagian paha ayam yang diperap dengan sos terrific teriyaki dan hirisan cendawan...dan ianya di grilled untuk membangkitkan lagi rasa sos terrific teriyaki tu...dan ianya turut dihidangkan bersama aromatic rice dan mushroom chicken soup...fuhhh !

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken

Haa, bila wrapped yang membaluti bahagian paha ayam tu terbuka...fuhhh ! Memang baunya sangat menyelerakan...ayamnya tersangatlah lembut isinya...dan rasa sos terrific teriyaki tu memang terasa bila makan ayam tu...memang kena la dengan tema kali ni kan...menu ni pun memang patut dicuba...sedap !

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Lite T-Chic Steak

Menu seterusnya pula adalah Lite T-Chic Steak...isi ayam tanpa tulang yang di grilled dan dihidangkan bersama aromatic rice bersama crisp garden salad dan ditambah dengan sos terrific teriyaki yang agak pekat...dan memang sedap...eh, macam sama saja dengan menu T-Chic Steak ? Memang nampak sama cuma bezanya ia tidak dihidangkan bersama dengan spiral pasta...bagi yang minat pasta boleh la order T-Chic Steak ni tapi bagi yang tak berapa minat dengan pasta...boleh la order menu ni ya...no hal la !

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Lite T-Chic Steak

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Rice

Menu berikutnya pula adalah T-Chic Rice...bahagian isi ayam yang di grilled dan ditambahkan pula dengan sos terrific teriyaki serta dihidangkan bersama dengan aromatic rice dan mushroom chicken soup...kalau nak cuba apa salahnya nak order menu ni kan...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Rice
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Rice

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Salad

Haa, OK...ni adalah menu yang terakhir dalam menu promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki adalah T-Chic Salad...salad bersama bahagian isi ayam yang di grilled dan ditambahkan pula dengan sos terrific teriyaki diatasnya serta dihidangkan bersama mushroom chicken soup...haa, kalau tengah berdiet dan tak mahu makan nasi...memang sangat sesuai la untuk order menu ni...sihat gitu ! hehe...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki : T-Chic Salad

Haa, minuman memang tidak disertakan sekali dalam menu promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki ni...sebab nanti mungkin ada yang tertanya minuman termasuk sekali ke tak dalam promosi terbaru kali ni...haa, bolehlah pilih minuman yang disukai dalam menu nanti kan kalau teringin nak mencuba menu terbaru ni...hee

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Take It Home Feast

KRR Take It Home Feast kembali lagi dengan promosi terbaru sempena promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat untuk pesanan bawa pulang yang mengandungi T-Wrapped Chicken (6 pcs), Aromatic Rice (2 bowls), Spicy Asian Pasta Salad (1 bowl), BBQ Baked Beans (1 bowl), Mashed Potato & Gravy (2 bowls), Garden Pasta Salad (1 bowl), Fruit Juice (6 bottles) dan Festive Home-made Muffin (1/2 dozen)...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Take It Home Feast
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Take It Home Feast

Set menu bawa pulang KRR Take It Home Feast hanya boleh didapati dalam masa terhad saja bermula daripada 1 Disember 2014 hanya pada harga RM155...dan apa yang menarik dalam promosi Take It Home Feast kali ni...terdapat 2 variasi Festive Home-made Muffin akan diperkenalkan iaitu Cranberries Snow Muffin dan Triple Choc Almond Muffin...dan ianya mungkin hanya untuk masa terhad saja kot...

**harga berbeza di Genting Highlands dan Gateway @KLIA2

KRR Terrific Teriyaki Treat
KRR Terrific Teriyaki Treat

Haa, tunggu apa lagi kan...takkan nak tengok saja kan...jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran untuk mencuba menu baru yang ditawarkan dalam promosi Kenny Roger Terrific Teriyaki Treat ni...

Less fat...Less salt...Less calories...


NOTA SKYTECH : 

Untuk lebih info mengenai promosi terbaru di KRR Malaysia, jom kita terjah Laman Web Kenny Rogers Malaysia dan LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia

P.S - Haa, saat entri ni ditulis...FB dan laman web Kenny Rogers Roasters Malaysia pun masih belum dedahkan lagi nama festive home-made muffin ni lagi tau...katanya akan didedahkan tak lama lagi...nama festive home-made muffin terbaru ni ESKLUSIF untuk pembaca blog ni...hehe 

**Terima kasih kerana membaca entri Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

Tuesday, 25 November 2014

Film Review - The Hunger Games : Mockingjay - Part 1

> What's Up Guys...

The Hunger Games : Mockingjay - Part 1...haa, bagi sesiapa yang telah mengikuti perjalanan movie ni sejak daripada The Hunger Games (Mac 2012) dan The Hunger Games : Catching Fire (November 2013) pasti akan tertunggu sekuel seterusnya ni kan ? Ada yang sanggup beli advance ticket ke untuk tengok movie ni sebelum ianya mula ditayangkan di pawagam sebab takut pawagam full house ? hehe...best ke sekuel kali ni ? Haa, apa kata jom layan review The Hunger Games : Mockingjay - Part 1 pula kali ni...


Film Review - The Hunger Games : Mockingjay - Part 1
The Hunger Games : Mockingjay - Part 1

Synopsis : Katniss Everdeen finds herself in District 13 after she literally shatters the Games forever. Under the leadership of President Coin and the advice of her trusted friends, Katniss spreads her wings as she fights to save Peeta Mellark and a nation moved by her courage.

TO BE CONTINUE...

Mockingjay
Mockingjay

Apakah yang akan terjadi selanjutnya...adakah korang masih ingat lagi scene akhir dalam The Hunger Games : Catching Fire ? Apakah sebenarnya yang terjadi kepada Peeta Mellark selepas perlawanan Quarter Quell ? Haa, jawapannya ada di dalam sekuel movie The Hunger Games yang terbaru, The Hunger Games : Mockingjay - Part 1...apa kata jom layan trailer ni dulu...

"Who The Real Enemy Is ?"



#MyReview "The Hunger Games : Mockingjay - Part 1"

  • Filem The Hunger Games : Mockingjay - Part 1 adalah sekuel daripada filem The Hunger Games : Catching Fire (2013) dan sekuel kedua daripada filem The Hunger Games (2012) dalam siri trilogi The Hunger Games berdasarkan novel karya Suzanne Collins 
  • Sekuel The Hunger Games kali ni diarahkan oleh Francis Lawrence, iaitu pengarah sama yang turut mengarahkan The Hunger Games : Catching Fire dan masih membariskan pelakon yang sama untuk sekuel kali ini iaitu Jennifer Lawrence (Katniss Everdeen), Josh Hutcherson (Peeta Mellark), Liam Hermsworth (Gale Hawthorne), Woody Harrelson (Haymitch Abernathy), Elizabeth Banks (Effie Trinket), Philip Seymour Hoffman (Plutarch Heavensbee), Donald Sutherland (President Coriolanus Snow), Sam Claflin (Finnick Odair), Jena Malone (Johanna Mason) dan beberapa orang watak baru iaitu Julianne Moore (President Coin) dan Natalie Dormer (Cressida
  • Mengapakah Presiden Coriolanus Snow mengharamkan semua penduduk di 12 District terlibat dengan pasukan "Mockingjay" ? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Mockingjay"  tu ?
  • Katniss mendapat tahu bahawa Peeta Mellark masih lagi hidup selepas melihat tayangan video LIVE daripada Capitol...tetapi mengikut gerak hati Katniss, ada sesuatu yang tak kena dengan Peeta Mellark pada masa tu...kenapa agaknya ya ? Benar ataupun tidak sangkaan Katniss tu ?
The Hunger Games - District 8
The Hunger Games - District 8

  • Kenapa penduduk di District 8 yang masih hidup dan terselamat daripada serangan menyokong Katniss Everdeen ?
  • Presiden Snow mendapat tahu bahawa Katniss Everdeen dan beberapa orang ahli pasukannya berada di dalam sebuah bangunan di District 8 untuk melawat penduduk dan mendapatkan sokongan mereka untuk berjuang bersama-samanya...apakah tindakan Presiden Snow yang selanjutnya bila mendapat tahu akan hal tersebut ?
The Hunger Games Mockingjay - Part 1 - Katniss Everdeen and Gale Hawthorne
Apakah agaknya yang diTARGET Katniss dan Gale tu ? Masa ni memang stylo habis !

  • Mengapakah Katniss begitu marah sekali terhadap Presiden Snow dan Capitol ? Dan apakah yang sebenarnya telah terjadi sehingga mencetuskan kemarahannya terhadap Capitol ?
Fire Is Catching...And If We Burn, You Burn With Us
Fire Is Catching ! And If We BURN, You BURN With Us !

  • Selepas video promo Katniss Everdeen disiarkan di setiap District yang masih tinggal lagi...adakah semakin ramai penduduk yang akan menyokong perjuangannya untuk menentang Capitol ?
  • Stesen janakuasa hidroelektrik Capitol telah diserang hendap pada waktu malam tanpa diduga...dan persoalannya siapakah agaknya yang menyerang mereka ?
The Hunger Games Mockingjay - Part 1 - Peacemaker
Apa agaknya yang terjadi pada Capitol Peacemaker ni ?

  • Katniss Everdeen mendapat tahu bahawa Peeta Mellark dan beberapa orang tribute yang lain telah ditawan di Tribute Center di daerah Capitol...dapatkah mereka semua diselamatkan ? Bagaimanakah caranya mereka semua menembusi pertahanan Capitol ? Dapatkah pasukan penyelamat pulang dengan selamat untuk membawa kembali mereka yang ditawan di daerah Capitol ? Segalanya terjawab dalam movie The Hunger Games : Mockingjay - Part 1...hehe

Kenapa perlu tonton The Hunger Games : Mockingjay - Part 1 ni ?

  • Watak Katniss Everdeen nampak lebih matang lagi dalam sekuel kali ini berbanding dengan sekuel yang sebelumnya
  • Plot dan jalan cerita memang agak slow pada mulanya tetapi ianya mula best bila sudah masuk ke pertengahan sehingga ke akhir cerita...haa, bagi sesiapa yang pernah layan siri trilogi The Hunger Games ni sejak daripada mula lagi...memang macam ni la gayanya kan...dan yang paling penting jangan tengok movie ni pada waktu malam...sebab banyak sangat dialog...takut korang mengantuk...tapi aku relaks saja tengok malam...tak mengantuk pula...mungkin kena dengan jiwa aku kot movie macam ni...haa, yang tak kena dengan jiwa tu saja yang mengantuk tengok movie ni kot...tu sekadar pendapat aku saja la...hehe
The Hunger Games Mockingjay - Part 1 - Peeta Mellark
Apa yang sebenarnya terjadi pada Peeta Mellark sebenarnya ?

  • Kenapa ada Part 2 ? Haa, bagi yang faham jalan ceritanya...dan layan siri trilogi movie ni daripada mula...memang confirm tak sabar nak tunggu The Hunger Games : Mockingjay - Part 2 yang dijangka akan ditayangkan pada 19 November 2015...kena tunggu setahun lagi ! Adehhh...
Credit Picture : Google.com

Rating : 3 out 5


NOTA SKYTECH : 

Secara keseluruhannya, memang mendebarkan...dan ianya agak berbeza sedikit dengan sekuel yang sebelumnya...tapi bagi yang belum pernah layan siri trilogi The Hunger Games ni daripada mula...dinasihatkan fikirlah seribu kali dulu...confirm akan ternganga dalam pawagam nanti...mesti tertanya kenapa awal cerita lagi sudah macam tu ? Kenapa ? Haa, dan akhirnya nanti...confirm korang akan keluar daripada pawagam semasa movie masih ditayangkan lagi...sebab terjadi masa aku pergi tengok movie ni hari tu...kan rugi duit tiket wayang tu...kih3

P.S - Macam tak puas rasanya hanya layan sekali saja movie Big Hero 6 ni...rasa macam nak repeat pula lagi sekali minggu ni...HAHA


**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - The Hunger Games : Mockingjay - Part 1

Thursday, 20 November 2014

Tiket Wayang Percuma The Hunger Games : Mockingjay - Part 1

> What's Up Guys...

Tiket Wayang Percuma The Hunger Games : Mockingjay - Part 1 ? Haa, siapa yang memang kaki wayang tegar dan layan movie The Hunger Games (Mac 2012) dan The Hunger Games : Catching Fire (November 2013) mesti akan tunggu sekuel yang ketiga ni kan ? Dan kali ni GSC Cinemas nak bagi tiket percuma untuk menonton movie ni pada 20 November 2014...hari pertama tayangan tu...haa, siapa la yang tak nak kan kalau dapat tengok FREE...huhu...tapi...

Tiket Wayang Percuma The Hunger Games : Mockingjay - Part 1 ?
Tiket Wayang Percuma The Hunger Games : Mockingjay - Part 1

"Tetapi hanya KHAS untuk pengguna SAMSUNG Galaxy Life saja la...hehe"

...dan mungkin tiketnya adalah TERHAD...haa, siapa cepat dia dapat la...dan tertakluk pada terma & syarat...hehe...tapi bukan semua pawagam GSC yang terlibat untuk promosi kali ni untuk tayangan movie The Hunger Games : Mockingjay - Part 1 ni...hanya di GSC Mid Valley, GSC Queensbay Mall, GSC Dataran Pahlawan dan GSC East Coast Mall saja yang terlibat dengan promosi kali ni...

Cara nak tebus tiket wayang percuma The Hunger Games Mockingjay : Part 1 ? Pertama sekali, kena ada la aplikasi Samsung Galaxy Life dalam smartphone SAMSUNG korang...dan bila tiba masanya nanti...haa, masa tengah beratur nak tebus tiket tu...klik REDEEM...dan masa selama 60 minit akan ditunjukkan dalam smartphone korang...kena tebus dalam masa 60 minit tu la...bila sampai kaunter tiket...GSC akan scan nombor kod yang tertera dan dapatlah tiket wayang percuma tu...hehe...dan hanya sah pada 20 November 2014 saja...tidak sah pada tarikh selain daripada tarikh 20 November 2014...

The Hunger Games : Mockingjay - Part 1
The Hunger Games : Mockingjay - Part 1

Credit Picture : Google.com

Haa, tiket hanya boleh ditebus bermula tepat jam 6.00 pm pada 20 November 2014 di GSC Cinemas yang terpilih dan tayangannya pada jam 9.00 pm...jangan ada yang tunggu daripada pagi sudah la...hehe...dan yang paling penting jangan tersalah pergi GSC lain pula ! Pergi GSC One Utama...memang tak dapat nak tolong la...tu kena bayar sendiri la kalau nak tengok movie ni...hehe


NOTA SKYTECH :

Hmm, memang tak rugi rasanya install aplikasi Samsung Galaxy Life ni...banyak juga tawaran yang menarik...tapi cuma aku saja yang kurang go through...dulu pernah juga redeem Kek Secret Recipe PERCUMA...aihh, bila nak ada lagi promosi macam tu...huhu...bila dapat benda FREE ni memang selalu sedapnya lain macam...betul tak ? hehe

P.S - Hmm, niat nak buka blog setiap hari tu memang la ada...tapi entahlah...asyik ditangguhkan saja...bila terdetik niat nak buka blog saja, masa tu la internet asyik buat hal saja bila malam...aku potong terus internet ni nanti baru padan dengan muka aku kan...HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Tiket Wayang Percuma The Hunger Games : Mockingjay - Part 1

Monday, 10 November 2014

Film Review - Interstellar

> What's Up Guys...

Interstellar...haa, bila tertengok trailer movie ni beberapa minggu lepas di pawagam sebelum movie start tu...serius memang nampak macam menarik saja karya Christopher Nolan kali ni...nak tengok juga apa kelainannya filem arahannya kali ni...hmm, sepatutnya dapat tengok awal sehari sebelum movie ni ditayangkan di pawagam...tapi terlepas peluang pula sebab ramai sangat ahli TGV Cinemas Movie Club yang RSVP awal untuk booking seat untuk tayangan perdana movie ni...cehhh...haa, tapi tak mengapa la...mungkin lain kali la kot baru dapat peluang tu...hee...kali ni apa kata jom kita layan review movie Interstellar...best ke tak ye ? huhu

Film Review - Interstellar
Interstellar

Synopsis : In the near future, the earth is no longer able to sustain humanity. Crops are routinely ravaged by blight, dust storms scour the land, and mankind has regressed to anagrarian society. Cooper, a former NASA test pilot and engineer turned farmer lives with his family, including his father-in-law Donald, son Tom, and ten-year-old daughter Murphy, who believes their house is haunted by a ghost that is trying to communicate to her. Challenging Murph to prove the ghost's existence through scientific inquiry, Cooper discovers that the "ghost" is an unknown form of intelligence sending them coded messages by means of gravitational anomaly altering the dust on the floor in a pattern that resembles morse code, directing them to a secret NASA installation led by Professor Brand.


Brand reveals to Cooper that a wormhole has been discovered in the solar system orbiting Saturn, and that humanity's only chance for survival is to traverse through the wormhole to colonise new worlds in another galaxy. NASA scientists believe that extra-dimensional beings are communicating with them and have provided the wormhole for humanity's use. Cooper is recruited to pilot Endurance, an experimental spacecraft, to follow the Lazarus Mission, a series of manned capsules sent through the wormhole to survey a dozen potential planets' long-term sustainability. The data from Lazarus has given NASA three potential habitable planets: Miller, Edmunds, and Mann, named after the astronauts who carried out the surveys. Once their viability is confirmed, humanity will follow aboard the NASA facility, which is an enormous space station.
TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum terus skip ke review movie ni...apa kata jom layan dulu trailer movie Interstellar ni dulu...roll VT !!


#MyReview

Kenapa perlu menonton Interstellar ?

  • Filem Interstellar adalah merupakan sebuah filem sci-fi adventure terbaru arahan Christopher Nolan yang dibarisi pelakon seperti Matthew McConaughey (Cooper), Anne Hathaway (Amelia Brand), David Gyasi (Romilly), Wes Bently (Doyle), Bill Irwin (voice of TARS), Josh Stewart (voice of CASE), Jessica Chastain (Murphy), McKenzie Foy (young Murph), Michael Caine (Professor Brand) and Matt Damon (Dr. Mann)
Interstellar Scene
Cooper and Murph
  • Movie ni mengisahkan tentang Cooper yang terpaksa meninggalkan anaknya Tom dan Murph demi misinya bersama NASA untuk mencari planet baru yang sesuai untuk didiami manusia kerana keadaan Bumi pada masa itu begitu kritikal...ramai yang kebuluran...cuaca tidak menentu...dan Cooper sedar dia mungkin tidak akan dapat berjumpa dengan Murph lagi kerana jelas misinya agak berbahaya dan mungkin tidak akan dapat pulang ke Bumi lagi untuk bertemu dengan anaknya...
  • Cooper, Brand, Doyle dan Romilly telah mendarat di sebuah galaksi asing dan mengikut kajian jika sejam mereka berada di situ ianya bersamaan 7 tahun di Bumi...hanya Romilly yang tinggal di Endurance dan selebihnya mendarat di galaksi tersebut...apa tujuannya mereka ke situ agaknya ya ? Dapatkah mereka semua pulang semula ke Endurance dengan selamat ?
Cooper, Brand and Doyle
  • Dapatkah mereka semua menjumpai planet yang sesuai untuk memindahkan semua habitat di Bumi ? Dan dapatkah mereka semua pulang dengan selamat ke Bumi ? Setelah terpisah dengan Brand di angkasa lepas...Cooper terperangkap di dunia 5 dimensi dan Cooper perasan dia sebenarnya terperangkap di dalam bilik anaknya Murph...dapatkah Cooper mencari jalan untuk cuba berkomunikasi dengan anaknya Murph...dan adakah Murph akan bertemu semula dengan ayahnya, Cooper ? SUPRISE...cuba teka pengakhirannya macam mana...hehe
    Endurance - Interstellar
    Endurance
  • Visual dan sound effect untuk movie memang sangat awesome...serius memang terasa seperti kita betul-betul mengembara di angkasa lepas...rasanya ni adalah movie genre sci-fi terbaik untuk tahun ni...siapa setuju ? Bagi yang sudah menontonnya di pawagam la...
    Endurance Space Shuttle
    Endurance Space Shuttle
  • Walaupun movie ni berdurasi lebih kurang 169 minit tetapi plot dan jalan cerita yang disusun memang agak menarik dan mengagumkan bagi aku movie ni dan membuatkan korang akan berfikir sejenak...kenapa ? Apa yang akan terjadi selanjutnya ? Haa, tu kena tengok sendiri la di pawagam nanti...hehe

Rating : 4.5 out 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie Interstellar ni memang best...karya Christopher Nolan yang terbaik setakat ni...dan movie paling lama durasinya yang aku tonton untuk tahun ni...haa, bagi yang mencari movie apa yang patut ditonton minggu ni...THIS IS IT ! Minggu ni nak tunggu movie Big Hero 6 pula...macam best layan trailer movie ni...kih3

P.S - Bila keluar saja pawagam lepas tonton movie ni...aku pun terasa macam berada di ruang galaksi yang berbeza...tengok jam masa tu 10.35 pm...kenapa tak tutup lagi AEON ni ? Beberapa minit juga aku blur...lepas tu baru aku teringat...hari minggu memang pukul 11.00 pm baru tutup...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Interstellar

Wednesday, 5 November 2014

Bila NOVEMBER Kembali Lagi

> What's Up Guys...

Bila NOVEMBER Kembali Lagi...Haa, rasanya macam cepat saja masa berlalu...bulan Oktober pun sudah melabuhkan tirainya...bila tengok entri bulan lepas...memang agak awesome la...hanya mampu post 5 entri saja bulan Oktober ? Mana aku pergi ? Entah la...jangan tanya kenapa ? HAHA...dan yang pastinya "Tragedi Oktober" tahun ni memang tak boleh dilupakan la...bila teringat balik insiden tu...aiihh, nak cerita pun mesti kena gelak saja nanti...puas da aku digelakkan bila cerita pasal insiden tu...HAHA...

Bila NOVEMBER Kembali Lagi
Bila NOVEMBER Kembali Lagi

"NOVEMBER...NOVEMBER...11...Be Ready ! "

Haa, bila sudah masuk hujung tahun ni kan...dan bila aku terbaca semula entri INI...mula la terasa macam nak bercuti panjang je...nak bercuti dan merehatkan diri tapi...rasanya macam terpaksa tangguhkan dulu la niat nak bercuti ni ke tahun depan sebab bulan ni baru saja mula kerja kat tempat baru...takkan la nak ambil cuti pula kan masa dalam tempoh probation...kena la berkorban sikit kan...relaks...sabar...huhu

Ada Apa Dengan Gambar Ni ?

Haa, apa plan korang hujung tahun ni ? Bercuti ?


NOTA SKYTECH :

Harap bulan November ni boleh la luangkan masa banyak sikit kat blog...boleh la nak blogwalking...haa, terima kasih kepada mereka yang rajin tinggalkan komen walaupun blog jarang update...nanti kalau ada masa terluang, aku terjah korang balik ye ! hee..."Tragedi Oktober" masih menghantuiku...huhu

P.S - Haa, bila masuk bulan NOVEMBER ni...entah kenapa tiba-tiba aku rasa teruja semacam...eh, kenapa ni ? HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Bila NOVEMBER Kembali Lagi

Wednesday, 29 October 2014

WW - Filem Marvel's Akan Datang 2016-2019

> What's Up Guys...

WW - Filem Marvel's Akan Datang 2016-2019
Filem Marvel's Akan Datang 2016-2019
"Marvel Cinematic Universe Films Phase III"

>> Credit : Marvel


NOTA SKYTECH : 

Filem Marvel's Akan Datang 2016-2019 baru saja diumumkan pada 28 Oktober 2014...haa, antara filem Marvel's yang akan datang ni nanti...Captain America : Civil War (6 Mei 2016), Doctor Strange (4 November 2016), Guardians Of The Galaxy 2 (5 Mei 2017), Thor : Ragnarok (28 Julai 2017), Black Panther (3 November 2017), Captain Marvel (5 Julai 2018), Avengers : Infinity War Part I (4 Mei 2018), Avengers : Infinity War Part II (3 Mei 2019) dan Inhumans (2 November 2018)...mana satu yang paling dinantikan sekali ? Bagi aku la kan...semua sekali rasanya...paling utama sekali GOTG2 dan Avengers 3 la...HAHA...

P.S - Filem Marvel's paling dinantikan pada tahun depan mestilah Avengers : Age Of Ultron (Mei 2015) dan Ant- Man (Julai 2015)...ramai tak peminat movie Marvel's kat sini ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri WW - Filem Marvel's Akan Datang 2016-2019

Friday, 24 October 2014

Film Review - Ouija

> What's Up Guys...

Ouija...hmm, da lama juga rasanya aku tak up entri pasal movie review ni kan...mungkinkah disebabkan terlalu kecewa dengan beberapa movie yang aku sudah tengok tapi banyak yang...malas nak cakap la...dan antara salah satunya adalah movie Left Behind...serius memang bosan...macam tergantung pula ceritanya...menyesal pula rasanya aku tengok...huhu

Haa, selalunya kalau aku nak tengok movie yang baru ditayangkan di pawagam ni...aku suka checked dulu rating yang rottentomatoes.com berikan untuk movie tu...dan kalau rating rendah...memang aku takkan tengok la...HAHA...minggu ni tak banyak pula movie best yang ditayangkan...ada dua movie seram baru minggu ni...Ouija dan Dendam Orang Mati...mana satu yang best rasanya ? Ouija ni lebih kurang macam Spirit Of The Coin...ke sama saja...huhu...hmm, nampak macam best...masa aku nak tengok movie ni rottentomatoes.com pun belum bagi rating lagi ni...eh, seram ke...just bring it on !! HAHA...

Film Review - Ouija
Ouija

Synopsis : After a friend is brutally killed in an accident, by a dark spirit, a group of close teenage friends must confront their most evil and demonic fears when they awaken the dark powers of an ancient spirit board by attempting to contact their friend. They soon realize that the Ouija Board is not just a game, it's real life.

TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum terus skip ke review movie ni...apa kata jom kita layan dulu trailer movie Ouija ni dulu...roll VT !! 
"Do not go seeking answer from the dead..."


#MyReview Ouija
  • Filem Ouija adalah sebuah filem bergenre seram arahan Stiles White yang dibarisi pelakon seperti Olivia Cooke (Elaine Morris), Daren Kagasoff (Trevor), Ana Coto (Sarah Morris), Bianca A. Santos (Isabelle), Douglas Smith (Pete), Matthew Settle (Anthony Morris), Shelley Hennig (Debbie) dan Sierra Heuermann (Doris Zander)
  • Pada awal cerita lagi sudah boleh buat korang semua terkejut...tapi aku pelik kenapa aku gelak...kenapa ? Aihh, ni movie seram OK...HAHA
Ouija Board
Ouija Board
  • Kematian Debbie menjadi tanda tanya semua rakan-rakannya...apa sebenarnya yang telah berlaku padanya ? Adakah Ouija board ada kaitan dengan kematian Debbie ?
  • Kenapa agaknya Laine dan rakan-rakannya memberanikan diri untuk bermain Ouija board di ruang tamu rumah Debbie ?
  • Dapatkah mereka semua berhubung dengan roh Debbie untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Debbie pada malam itu ?
Spirit Board
Tangan siapa tu agaknya ? HAHA
  • Selepas kejadian malam itu, Laine, Pete, Trevor, Sarah dan Isabelle telah menerima MESEJ yang sama iaitu..."Hi, Friend"...erk, memang agak menakutkan...hmm, siapakah agaknya ya...adakah ianya mesej daripada Debbie ? Dan selepas itu, mereka mendapat tahu rakan mereka Iz telah mati...jeng...jeng...jeng...
  • Mereka telah bermain dengan Ouija board sekali lagi untuk merungkai misteri kematian Debbie...dan mendapat tahu bukan roh Debbie yang berhubung dengan mereka tetapi D.Z...dan ia memberi lagi petunjuk lain iaitu MOTHER...siapa pula mereka tu ? huhu
  • Laine telah terjumpa sesuatu di atas loteng rumah Debbie...tempat di mana Debbie menemukan Ouija board tu...dan TIBA-TIBA ?? 
Ouija Creepy Doll
Hi Friend
  • Mereka telah mendapat info bahawa rumah tersebut itu dulu pernah didiami 3 orang ahli keluarga Zander...salah seorang daripada anak keluarga tersebut, Doris Zander telah hilang dan tidak dijumpai...dan mereka mendapat tahu bahawa adik Doris Zander masih lagi hidup dan bercadang untuk berjumpa dengannya untuk mendapatkan maklumat 
  • Dapatkah mereka menyelesaikan masalah yang selama ini menghantui hidup mereka setelah bermain dengan Ouija board tu ? Apakah sebenarnya yang telah menghantui mereka ?
Laine
  • Bagaimanakah agaknya kesudahan cerita ni...apa kaitannya D.Z dan MOTHER dalam masalah yang menghantui mereka semua ? Haa, tapi tu korang semua kena tengok sendiri la kat pawagam...takkan aku nak ceritakan semua...hee
Ouija
Apa yang Elaine nampak agaknya ?

Rating : 2.4 out of 5

NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, boleh tahan juga la...tapi agak bosan sikit sebab plot dan jalan ceritanya macam sudah boleh diagak...tak la seram sangat cuma ada juga beberapa scene yang bikin penonton terperanjat dan menjerit...tapi sudah semestinya bukan aku la...scene semasa api gas kat dapur tu menyala sendiri pun ada yang menjerit sampai satu pawagam boleh dengar OK...tak pasti la siapa kan...hee...bukannya seram pun...terkejut je pun...adehhh...sakit perut aku tahan gelak...HAHA

P.S - Hmm, movie apa lagi yang best agaknya yang akan ditayangkan nanti di pawagam ? Kalau nak tunggu Avengers : Age Of Ultron...lama lagi la pula...Mei 2015...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Ouija

Thursday, 23 October 2014

Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

> What's Up Guys...


Haa, selalunya bila da 1-2 jam lepas waktu dinner ni kan...mesti perut akan tetiba lapar balik kan ? Selalu terjadi pada korang tak ? HAHA...haa, biasanya kalau pada waktu malam ni...aku memang jarang sangat nak keluar jauh sangat daripada rumah...tapi entah macam mana hari tu aku boleh tetiba rajin pula nak keluar jalan-jalan cari makan jauh sikit dari rumah...kebetulan pagi tu aku terjumpa restoran Western Express Bandar Permaisuri Cheras on the way balik dari HUKM...masa tu belum buka lagi la...dan aku agak mungkin petang baru buka...tu yang malam tu terus terjah ke sana balik tu...hehe

Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

Hmm, western food...layankan saja la kan...lagipun memang da agak lama juga aku tak makan ni western ni...sesekali tukar selera pun syok juga ni...mujurlah masa aku sampai tu tak ramai sangat orang...yela, bila tengok jam pun da pukul 11.00 pm masa tu...bila diberikan menu, hampir 10-15 minit juga aku teliti menu satu per satu...maklumlah, first time datang kan...HAHA...lebih daripada 70 menu menjadi pilihan termasuk minuman...mahu tak pening nak pilih yang mana satu kan...perut lapar tapi tak tahu nak order apa...HAHA...

Menu 1 Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
Menu Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

Bila tengok saja menu yang ada di Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras ni...terus ternampak Massive Series tu...New York Massive Combo...macam best saja...kombinasi chicken grilled, beef steak, hotdog, chilli cheese fries, coleslaw dan toast...memang nampak sedap tapi nampak macam terlalu mengenyangkan sangat sebab portion untuk 2-3 orang tu...huhu

Menu 2 Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
Menu Western Food Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

Beefburger Horseshoe Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
WEX Beefburger Horseshoe (Signature Dish)

Haa, bila tengok pada menu dan juga harganya...bagi pendapat aku la kan, OK la...harganya tak terlalu mahal sangat la...portion yang diberi pun nampak lebih banyak...susah juga nak jumpa macam ni...lagi satu, confirm korang pun pening kepala nak pilih menu yang mana satu macam aku bila terjah ke sini...HAHA

Menu Minuman Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

Hmm, bila da tak tahu nak pilih menu yang mana...akhirnya, setelah berhempas-pulas selama beberapa minit membelek menu, aku hanya order Homemade Meatball Set saja...dan bertemankan air Mango Tango...serius, memang susah benar nak pilih menunya...HAHA

WEX Homemade Meatball Set
WEX Homemade Meatball Set

Boleh tahan sedap juga la homemade meatball set kat Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras ni...memang feeling la bila makan sementara ianya masih panas...cheese sauce tu yang melengkapkan lagi rasanya...sampai sekarang lagi aku masih terbayangkan lagi kenikmatannya setiap gigitan tu...rangup di luar lembut di dalam...mungkin aku akan pergi ke sini lagi untuk cuba menu yang lain yang belum sempat dicuba...homemade meatball set ni memang antara menu yang wajib order...rugi pula rasanya masa tu hanya pesan set 5 pc...hee...hmm, boleh lawan meatball IKEA tak ? Entahlah...sebab aku tak pernah rasa...HAHA...

Bagi sesiapa yang nak mahu mencuba sendiri keenakan menu yang ada di sini, boleh la terjah terus ke alamat : 

WESTERN EXPRESS BANDAR SRI PERMAISURI CHERAS
52-G Pusat Perniagaan Danau Lumayan,
Jalan Danau Lumayan 1,
Off Tasik Jalan Permaisuri 1,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur.

 

Waktu Operasi : 5.30 pm - 2.00 am (Isnin - Ahad)

Waktu Operasi Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
Waktu Operasi Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

NOTA SKYTECH :

Haa, selain daripada cawangan Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras ni...terdapat juga cawangan lain WEX di Shah Alam, Seksyen 7 tapi bila buka page WEX kat FB...tapi dalam page FB WEX katanya temporarily close pula...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mei 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com