Sunday, 29 June 2014

Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal

> What's Up Guys...

Haa, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan kali ini, Kenny Rogers Roasters Malaysia telah memperkenalkan beberapa menu baru dalam menu promosi Flamin' Spicy...beberapa hari lepas bertempat di Kenny Rogers Berjaya Times Square, sekali lagi aku telah dijemput untuk merasai sendiri menu promosi Ramadhan terbaru iaitu Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal...

Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal
Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal

Flamin's Spicy Chicken Meal adalah salah satu set menu yang terdapat dalam promosi Flamin' Spicy kali ini yang merangkumi satu side dish pilihan anda, seketul ayam dan ditambah kuah Flamin' Spicy, Aromatic Tomato Rice dan satu Creamy Pandan Muffin hanya pada harga RM19.90...

Keenakan Aromatic Tomato Rice memang boleh terasa segala ramuannya bila dimakan dan ayamnya pula memang sangat lembut dan ditambah pula dengan kuah Flamin' Spicy yang sedikit pedas memang membangkit selera bila menikmatinya...haa, kalau tak cukup satu hidangan Aromatic Tomato Rice, boleh juga pesan secara ala carte...dan menu side dish pula melengkapkan set menu tersebut...haa, di Kenny Rogers sememangnya terkenal dengan menunya yang sihat dan mempunyai kadar nutrisi yang seimbang...hee

Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal - Jewel Treasure
Jewel Treasure

Haa, untuk mengimbangi rasa pedas ketika menikmati set menu Flamin' Spicy, bolehlah cuba memesan minuman Jewel Treasure yang sangat sesuai dengan set menu promosi kali ni hanya pada harga RM8.00...memang sangat menyegarkan !

Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Spaghetti
Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Spaghetti

Bagi yang mahu bertukar selera dan tidak mahu memesan set nasi, bolehlah mencuba set menu Flamin' Spicy Chicken Spaghetti...siapa peminat tegar spaghetti kat sini ? Hee...selain daripada menu nasi tomato dan spaghetti...terdapat juga menu yang lain dalam promosi kali ini iaitu Flamin' Spicy Chicken Tortilla Wrap...tapi maaf, tiada dalam gambar la pula...hee

Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal - Creamy Pandan Muffin
Kenny Rogers Creamy Pandan Home-made Muffin

Haa, kalau berkunjung ke Kenny Rogers, rasanya memang tidak lengkap kalau tidak merasai keenakan KRR Home-made Muffin ni...Creamy Pandan Muffin memang lembut dan rasanya sedap dan menjadi pilihan semua kan ? Hee...

Promosi Ramadhan - Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal
Promosi Ramadhan : Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal

Haa, tunggu apa lagi ! Jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran dengan anda untuk mencuba sendiri menu yang ditawarkan untuk promosi Flamin' Spicy kali ini sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan...haa, promosi adalah terhad...jom kita ke KRR ! hee 

Less fat...less salt...less calories...

NOTA SKYTECH :

Untuk lebih info dan maklumat lanjut, jom LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia


P.S - Salam Ramadhan 1435H...dan selamat menunaikan ibadah puasa...

**Terima kasih kerana membaca entri Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal

Friday, 27 June 2014

Film Review - Transformers : Age Of Extinction

> What's Up Guys...

Transformers : Age Of Extinction...haa, rasanya memang ramai yang telah lama menunggu filem sekuel keempat Transformers ni ditayangkan di pawagam bermula 26 Jun 2014 di seluruh Malaysia kan ? Sampai ada yang sanggup layan movie Transformers ni midnight sebab nak tonton awal daripada orang lain...hmm, kalau aku memang tak la nak layan movie tengah malam, sebab aku tahu movie ni durasinya melebihi 2 jam 30 minit...confirm aku boleh tertidur masa tengok movie ni nanti...kan da rugi tak tahu jalan cerita nanti...HAHA

Haa, macam biasa la kan...aku memang malas nak layan movie ni midnight tapi hari pertama tayangan movie Transformers ni memang aku akan terjah pawagam la...hmmm, tapi sekuel kali ni agaknya best ke tak ? Jom layan Film Review - Transformers : Age Of Extinction yang mungkin tengah mengganas di pawagam seluruh Malaysia...hee

Film Review - Transformers : Age Of Extinction
Transformers : Age Of Extinction

Synopsis : Four years have passed since the final battle between the Autobots and the Decepticons left Chicago in ruins and claimed the lives of over a thousand civilians. The U.S. government has severed its ties with the Autobots and branded them as fugitives. An elite CIA division called "Cemetery Wind" is formed by Harold Attinger with the intent of hunting down and exterminating the surviving Autobots with the aid of Lockdown, a Transformer bounty hunter. Meanwhile, using data obtained from destroyed Transformers, business tycoon Joshua Joyce and his technology firm Kinetic Sciences Institute (KSI) have discovered "Transformium", the molecularly unstable metal that is the lifeblood of Transformers. Joshua's prized creation is Galvatron, a Transformer created from the data inside Megatron's severed head.

Optimus Prime Truck

In rural Texas, struggling robotics inventor Cade Yeager and his friend Lucas Flannery purchase an old semi-truck in hopes of stripping it down and selling the parts to get Cade's daughter Tessa into college. Cade discovers that the truck is an injured Optimus Prime, and it is not long before Lockdown and Attinger's operatives led by James Savoy storm into the Yeagers' farm and threaten them. Optimus comes out of hiding to fend off against the operatives while Cade, Tessa, and Lucas are rescued by Tessa's boyfriend Shane Dyson, an Irish rally racer. 
TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum layan review untuk movie Transformers : Age Of Extinction ni...apa kata jom layan sikit trailer movie ni dulu...

"Calling all Autobots !"



#MyReview "Transformers : Age Of Extinction"

  • Filem Transformers : Age Of Extinction merupakan sekuel keempat filem Transformers arahan Michael Bay tetapi ianya dibarisi oleh pelakon yang berbeza iaitu Mark Wahlberg (Cade Yeager), Nicola Peltz (Tessa Yeager), Stanley Tucci (Joshua Joyce), Jack Reynor (Shane Dyson), Kelsey Grammer (Harold Attinger), Li Bingbing (Su Yueming) and T.J Miller (Lucas Flannery)
  • Apakah sebenarnya sebab utama kesemua Autobots yang masih tinggal di Bumi termasuklah ketua mereka iaitu Optimus Prime bersembunyi daripada manusia selepas pertarungan besar antara Autobots dan Decepticon di bandar Chicago 4 tahun yang lalu ?
  • Mengapa agaknya CIA memburu Cade Yeager ?
  • Kenapa hanya tinggal beberapa Autobots saja ? Ke mana menghilangnya Autobots yang lain seperti Ironhide, Ratchet dan yang lain ?
Autobots Kembali
Calling All Autobots !

  • Macam mana agaknya Optimus Prime boleh bertukar daripada trak buruk kepada trak yang baru ? hee...kalau nak tahu kena la tengok movie ni...serius, memang smart trak ni berbanding yang sebelum ni...
  • Mengapa Cade, Shane dan Bumblebee boleh berada di Kinetic Science Institute (KSI)...apakah agaknya tujuan mereka pergi ke sana ?
  • Kemunculan sebuah kereta Pagani Huayra membuatkan Bumblebee rasa sakit hati...hmm, ada perasaan rupanya Bumblebee ni...haa, kenapa la agaknya tu ? Cehhh, boleh tahan kelakarnya watak Bumblebee kali ni...HAHA
Bumblebee
Bumblebee ohh Bumblebee ! HAHA

  • Semasa bertarung dengan Galvatron...Optimus Prime dan Tessa Yeager telah diculik oleh Lockdown dan mereka berdua telah dibawa ke dalam sebuah kapal angkasa...dapatkah Cade, Shane dan Autobots yang lain menyelamatnya ?
  • Haa, siapa pula Galvatron, Stinger dan Lockdown ni ? Sila terjah pawagam...hee
  • Siapakah sebenarnya yang telah menjadi dalangnya yang telah mengarahkan untuk menghapuskan kesemua Autobots yang masih tinggal ? 
  • Pertarungan telah terjadi lagi sekali tetapi di bandar lain...di mana pula kali ni ?
Optimus Prime dan Dinobots

  • Haa, persoalannya sekarang...macam mana pula Dinobots ni boleh muncul ? Dan kenapa agaknya Dinobots bersedia untuk membantu Optimus Prime dan Autobots ? Megatron masih hidup lagi ke ? Apakah yang akan terjadi seterusnya...saksikan segalanya di pawagam berdekatan korang...heee

Kenapa perlu tonton Transformers : Age Of Extinction ni ?

  • Sejak dari mula lagi memang aku suka dengan watak Bumblebee ni...dan kali ni rupa Bumblebee pun ada nampak pembaharuan sikit...bertambah degil, keras kepala...dan yang paling best watak Bumblebee kali ni memang lebih kelakar...siapa setuju ? HAHA
Bumblebee VS Stinger

  • Optimus Prime pun nampak lebih smart dalam movie kali ni...tapi jujur aku katakan yang aku lebih suka Optimus Prime masa dalam Transformers : Dark Of The Moon...hee
  • Terdapat banyak watak robot baru yang muncul seperti Hound, Crosshair (Chevrolet Corvette), Drift (Bugatti Veyron), Lockdown (Lamborghini Aventador), Galvatron (Freightliner Argosy) dan Stinger (Pagani Huayra)
  • Plot dan jalan cerita agak menarik...kejadian 4 tahun selepas pertarungan besar di Chicago...dan kali ni, watak Cade yang dipegang oleh Mark Wahlberg memang nampak serius tapi kadang kala ada juga humour...dan yang paling penting...watak heroin kali ni memang cun...erk, sorry Megan Fox...HAHA...
  • Rasanya kalau layan dalam IMAX 3D mesti lagi syok kot untuk movie macam ni...tapi kalau layan standard pun OK...
"I am Optimus Prime....and I send this message to our Creators...
leave planet Earth alone, or I am coming for you !"
  • Haa, dan yang paling penting sekali movie Transformers ni confirm akan ada sambungan lagi nanti...huhu


Rating : 4 out of 5


NOTA SKYTECH : Hmmm, bagi aku la kan...agak berbaloi juga la tunggu movie ni keluar di pawagam...OK la...not bad...tidak la terlalu mengecewakan sangat...tapi macam lama sangat sampai 2 jam 35 minit...hee...dan aku pelik kenapa ada yang kata Transformers : Age Of Extinction ni tak best ? Tapi mungkin untuk sekuel seterusnya, lebih baik daripada sekuel kali ni...


P.S - Haa, siapa yang belum tengok lagi baik pergi tengok cepat...dan apa pendapat korang ? Best ke tak ? Biasanya pendapat memang berbeza...ye tak ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Transformers : Age Of Extinction

Wednesday, 25 June 2014

Promosi GSC - Transformers Light Up Magnet Head Edisi Terhad

> What's Up Guys...

Promosi GSC - Transformers Light Up Magnet Head Edisi Terhad...Haa, selalunya bila sesebuah filem box-office bakal ditayangkan di pawagam...mesti akan ada pelbagai promosi barangan edisi terhad filem tersebut...bermula 19 Jun 2014 iaitu sempena tayangan filem Transformers : Age Of Extinction bermula 26 Jun 2014...korang boleh dapatkan Transformers Light Up Magnet Head Edisi Terhad dengan hanya RM4 jika beli salah satu daripada set GSC Combo 3 atau Large Signature Combo 1 di Golden Screen Cinemas...sementara stok masih ada...hee

Promosi GSC - Transformers Light Up Magnet Head Edisi Terhad
Promosi GSC - Transformers Light Up Magnet Head Edisi Terhad

Transformers Light Up Magnet Head Edisi Terhad ni boleh didapati dalam dua karektor iaitu Optimus Prime (bermula 19 Jun) dan Bumblebee (bermula 26 Jun)...selalunya kalau item edisi terhad ni memang akan cepat kehabisan stok...sampaikan keychain THOR Hammer Edisi Terhad yang aku dapat tahun lepas tu, ada yang nak beli...tapi maaflah, aku takkan jual punya la...susah nak dapat tu...edisi terhad la katakan...hee

Haa, tunggu apa lagi ? Sudah dapatkannya ke belum ? Haa, baik korang dapatkannya sebelum terlambat...hee...light up magnet head Optimus Prime aku sudah dapatkannya...Bumblebee ? On the way...limited edition tu...rugi kalau tak sambar satu...hee

Optimus Prime Light Up Magnet Edisi Terhad
Optimus Prime Light Up Magnet Edisi Terhad

NOTA SKYTECH :

Adehh, melepas pula nak dapatkan T-Shirt Transformers : Age Of Extinction promosi daripada TGV Cinemas...SOLD OUT awal pula da...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Promosi GSC - Transformers Light Up Magnet Head Edisi Terhad

WW - Optimus Prime Light Up Magnet Edisi Terhad

> What's Up Guys...

WW - Optimus Prime Light Up Magnet Head Edisi Terhad
Optimus Prime Light Up Magnet Edisi Terhad

**Terima kasih kerana membaca entri WW - Optimus Prime Light Up Magnet Edisi Terhad

Tuesday, 24 June 2014

Kek Secret Recipe Percuma

> What's Up Guys...

Kek Secret Recipe Percuma ? Haa, siapa yang tak nak kan kalau PERCUMA...hee...sebenarnya sejak daripada minggu lepas lagi memang aku teringin nak makan kek Secret Recipe ni...dan beberapa hari lepas secara tak sengaja aku terbuka aplikasi Samsung Galaxy Life kat smartphone aku ni...ternampak la promosi Samsung Galaxy Life ni...wahh, best ni...memang rezeki terpijak ni...hee

Kek Secret Recipe Percuma
Kek Secret Recipe Percuma

Haa, kalau tak silap aku hanya 23 outlet Secret Recipe saja seluruh Malaysia yang terlibat dalam promosi kali ni...aku pun terjah mana yang dekat saja la...terus terjah Secret Recipe Mid Valley Megamall...huh, bila sampai saja memang sudah kena beratur panjang memandangkan masa tu sudah pukul 6 pm...masa redeem kek percuma tu bermula 5 pm...patut la pun...huhu

Secret Recipe Mid Valley Megamall
Secret Recipe Mid Valley Megamall

Hmmm, daripada info yang aku dapat daripada staff yang bertugas, hanya Secret Recipe Mid Valley saja yang menawarkan 200 slices kek PERCUMA...di outlet lain cuma 100 slices kek saja dan hanya sah ditebus pada 24 Jun 2014 saja...hee...masa aku sampai sana dalam pukul 6.02 pm pun rasanya da giliran 150++ rasanya...tapi hanya kek yang biasa saja la...kek premium tak dapat la...hee

Kek Secret Recipe Percuma Khas Untuk Galaxy Life
Samsung Galaxy Life

Amacam terbaik tak ? Terima kasih Samsung Galaxy Life...hee...belum install lagi aplikasi ni ? Jom install aplikasi Samsung Galaxy Life ni di smartphone korang...ianya PERCUMA...setiap minggu memang banyak tawaran yang menarik ditawarkan...korang kena rajin buka aplikasi Samsung Galaxy Life ni kalau tak nak terlepas tawaran yang best...yeahh ! Memang terbaiklah Galaxy Life !

Kek Secret Recipe Cappucino Cheese Percuma
Cappucino Cheese...memang layan !

NOTA SKYTECH :

Serius, memang tak rugi install aplikasi Galaxy Life ni...macam-macam ada ! Jemput makan...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Kek Secret Recipe Percuma

Sunday, 22 June 2014

Fikir Dahulu Sebelum Beli Burger

> What's Up Guys...


Fikir Dahulu Sebelum Beli Burger...haa, tajuk entri macam seram pula kan ? HAHA...sebenarnya aku cuma geram sikit dengan segelintir pelanggan gerai burger ni...sebelum order burger tu fikir la dulu...rasanya ramai yang mungkin pernah berdepan dengan situasi macam ni kan...haa, jangan tipu la kan...mesti pernah punya...contohnya macam ni...huhu

"Bro, burger ayam 3...burger daging 2...1 tu ayam special ye...satu tak nak sos dan bawang, satu lagi nak mayonis lebih, ayam special tu tak nak letak sos cili...nak sos tomato...burger daging tu tak nak sayur....mayonis letak lebih ye...haa, masak bagi garing ye...kejap lagi saya datang ambil"

Fikir Dahulu Sebelum Beli Burger
Fikir Dahulu Sebelum Beli Burger

Perghhh...kalau pelanggan gerai burger tu tak ramai sangat dalam satu masa tu, boleh terima la kalau ada yang order "terlampau" macam tu...haa, kalau pelanggan masa tu tengah ramai...dan selalunya memang gerai burger yang aku selalu pergi ni memang ramai pelanggan dalam satu masa tu...korang agak bro tu boleh ingat ke setiap details tu ? HAHA...kalau aku da jammed da otak...

Huh, mencabar juga buka gerai burger ni kan ? Haa, tambah pula kalau ada pelanggan yang banyak sangat kerenah ni...memang menyusahkan orang...huhu

Rahsia Bisnes Burger

Adehh...aku pun tak faham apa masalahnya dorang ni...order macam biasa da la kan...kalau tak nak sayur ke, bawang tu semua...nanti ke tepi saja la kan...whats the problem ? Sebab tu la kena fikir dahulu sebelum beli burger...bukan marah...tapi nasihat...huhu


NOTA SKYTECH :

Bila sebut pasal burger ni...rasa terliur pula nak makan burger sekarang ni...HAHA...sesekali boleh la makan...jangan pula selalu...

P.S - Pernah jumpa situasi yang lebih "terlampau" dari ni tak ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri Fikir Dahulu Sebelum Beli Burger

Friday, 20 June 2014

Hilang Tanpa Dikesan

> What's Up Guys...


Wohaa ! Akhirnya...setelah sekian lama, lega rasanya bila dapat kembali semula mengadap blog ni selepas beberapa hari aku hilang tanpa dikesan di blog dan facebook...bukannya berhenti blogging, cuma terpaksa "bertapa" seketika buat sementara waktu disebabkan line internet kat rumah aku sekarang ni kerap sangat tunjukkan signal LIMITED connection bila aku berniat nak mengadap blog...memang hampeh betul...dugaan...dugaan...

Hilang Tanpa Dikesan

Haa, apa lagi ? Mood "bercuti" daripada dunia blog pun ON secara spontan...HAHA...mujurlah lepas bercuti seketika daripada dunia blog untuk beberapa hari, line internet kat rumah aku ni nampaknya macam da OK...baru gertak nak potong...tukar lain...terus elok...HAHA

Bila da lama tak buka blog ni...komen SPAM memang bersepah nak kena delete...ada lebih 3k++!! Adehhh, memang letih nak delete ni...haa, kalau sebulan aku biarkan blog ni, mungkin lebih 10k komen SPAM rasanya...baru tahu penat ke tak nak delete semuanya...HAHA


NOTA SKYTECH :

Yes !! Akhirnya, target aku untuk dapatkan lebih 1 juta pageviews sebelum akhir bulan Jun 2014 sudah tercapai...haa, lepas ni target 2 juta pageviews pula...entah bila la agaknya tu...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Hilang Tanpa Dikesan

Friday, 6 June 2014

Coconut Shake Pandan Taman Maluri KL

> What's Up Guys...

Haa, biasanya kalau sudah lepas waktu lunch...bila da petang tu mula la terfikir nak makan apa untuk minum petang kan ? HAHA...haa, kalau pekena cendol dan ABC macam da biasa sangat la pula kan...kalau boleh aku nak cuba something yang belum pernah dicuba lagi...terus teringat pasal Coconut Shake Pandan Taman Maluri KL yang pernah masuk segmen MHI bulan Mei lepas...apa lagi, terus terjah Taman Maluri la...hee

Coconut Shake Pandan Taman Maluri KL
Coconut Shake Pandan Taman Maluri KL

Sejak Coconut Shake Pandan Taman Maluri KL ni keluar dalam segmen MHI bulan Mei lepas, memang tak berkesempatan lagi nak terjah...memang teringin nak cuba...nampak macam best saja...selalu jumpa coconut shake biasa saja kan...kat pasar malam pun ada juga...tapi tak pernah beli...haa, ni macam agak rare sikit ! Kat Shah Alam Seksyen 17 pun ada juga coconut shake yang best tapi jauh sangat la pula nak pergi...da lama tak pergi sana, tak tahu la buka lagi ke tak...tu terjah yang dekat saja...hee

Menu Coconut Shake Pandan Taman Maluri KL


Walaupun aku jarang masuk area Taman Maluri KL ni, senang juga nak jumpa tempat ni tanpa guna Google Maps...HAHA...bila sampai tu, terus tengok menu pilihan Coconut Shake Pandan...hmmm, mana satu yang best agaknya ? Haa, tanpa berfikir panjang terus pilih coconut shake double special...baru la layan kan minum tengah cuaca panas ni kan...hee

Coconut Shake Pandan Double Special
Coconut Shake Pandan Double Special

"Apa yang special coconut shake pandan ni ?"

Haa, first time rasa Coconut Shake Pandan ni...huh, serius memang sedap...walaupun ada rasa pandan dan warnanya yang kehijauan tak macam coconut shake yang biasa kita minum tu tapi rasa coconut shake tu tak hilang...ditambah dengan isi kelapa yang digunakan memang tebal, masih lagi terasa isi kelapa tu walaupun sudah dikisar...ditambah pula dengan 2 scoop aiskrim vanilla...memang perghhh...

Pulut panggang dan cucur udang tu pun kena cuba...boleh tahan juga...kuah cucur udang tu yang sedap...memang sesuai untuk snek minum petang...haa, nama pun nak mencuba saja kan...kena la ambil sikit saja kan...cuba ini sikit, cuba itu sikit...gerai ni pun sebenarnya baru lagi beroperasi hujung bulan Mac 2014...mungkin belum banyak lagi pilihan menunya...hee

Coconut Shake Pandan Terbaik KL

Sampai sekarang ni aku masih terbayangkan lagi kenikmatan Coconut Shake Pandan ni...memang feeling habis wooo...mungkin akan singgah lagi kat sini nanti kalau ada masa terluang...haa, bagi sesiapa yang mahu mencubanya sendiri boleh la terus terjah ke :

Coconut Shake Pandan Taman Maluri, KL
Jalan Perkasa,
Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
(Berdekatan Institut Profesional Baitulmal)

Masa Perniagaan : 12 pm - 7 pm


View Larger Map

NOTA SKYTECH :

Haihh, kalau la dapat Coconut Shake Pandan sekarang ni kan memang best...perkhidmatan delivery takde ke ? Oppps...HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Coconut Shake Pandan Taman Maluri KL

Tuesday, 3 June 2014

Fenomena Game WeChat Speed All Star Race

> What's Up Guys...

Siapa yang pernah main game WeChat Speed ? Haa, bagi yang belum download lagi game ni dalam smartphone tu, bolehlah download secara percuma sekarang di Play Store ataupun Apps Store...sebelum itu kena download aplikasi WeChat dulu...log in akaun WeChat dan bolehlah mula berlumba sekarang dengan rakan WeChat korang ! Serius, memang best...mesti akan ketagih main game ni...haa, sejak beberapa minggu yang lepas, memang telah menjadi satu Fenomena Game WeChat Speed All Star Race ni...nak tahu kenapa ?

WeChat Speed All Star Race

Fenomena Game WeChat Speed All Star Race
WeChat Speed All Star Race

Bagi yang baru sahaja mula bermain game ni...WeChat Speed All Star Race ni adalah satu perlumbaan kereta secara online...di mana hanya tiga orang yang dapat mencatatkan markah tertinggi bagi setiap pasukan akan berentap secara LIVE bersama selebriti yang telah diwakili oleh mereka di All Star Race Final pada 15 Jun 2014 bertempat di Paradigm Mall, Kuala Lumpur dan pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah yang berjumlah RM15,000...wow !

WeChat Speed All Star Race
WeChat Speed All Star Race Final

Haa, terdapat 6 orang selebriti tempatan yang akan bersaing dalam All Star Race antaranya :

  • Adam C
  • Andrian Chan
  • Diana Danielle
  • DJ JJ
  • Elfira Loy
  • Yumi Wong

Haa, rasanya siapakah selebriti yang menjadi pilihan aku sebagai ketua pasukan dalam WeChat Speed All Star Race ni ? Pilihan aku ? Haa, sudah semestinya Diana Danielle...HAHA...bila sudah memilih ketua pasukan pilihan korang, sumbangkan mata sebanyak mungkin untuk pasukan yang diwakili daripada 19 Mei 2014 hingga 5 Jun 2014...

WeChat Speed All Star Event
Diana Danielle's Team

Huh, bila tengok markah Top 3 pasukan Diana Danielle memang la tersangat tinggi...aku nak score cecah 1 juta pun agak susah...973k++ markah terbaik aku setakat ini...tapi rasanya aku sudah tahu trick nak dapatkan markah tinggi ni...nak tahu ? Baca sampai habis dulu...hee

Fenomena Game WeChat Speed All Star Race

Best sangat ke game WeChat Speed ni sampai menjadi satu fenomena di Malaysia ? Belum cuba, belum tahu...sudah cuba baru tahu best ke tak game ni...game yang sangat simple tapi menyeronokkan...cuma perlu mengelak kenderaan yang menghalang laluan sambil mengumpul coins untuk menuju ke checkpoint berdekatan sebelum kehabisan gas...sangat mudah kan ? Cuba tengok screenshot grafik daripada game WeChat Speed ni...awesome !

Grafik Game WeChat Speed

Grafik Game WeChat Speed

Baru mula bermain tapi meter sudah cecah 441 km/j ! Kereta paling laju di dunia pun kalah kalau macam ni...HAHA...antara game yang paling best setakat ni yang pernah aku main sebab grafik game ni memang nampak realistik...kalau nakkan lebih kepuasan, sila gunakan earphone...best ! Camera angle pun boleh ubah ikut keselesaan pemain...dan aku lebih suka camera angle C...hee

Game WeChat Speed ni sebenarnya sangat mudah untuk dimain...jika baru bermula main, tutorial asas untuk bermain game ni disediakan di peringkat awal...tetapi apa yang sukarnya sebenarnya adalah untuk tiba di checkpoint lebih jauh...semuanya disebabkan kehabisan gas di pertengahan jalan...bila semakin jauh perjalanan ditempuhi, semakin tinggilah markah yang akan diperoleh dan semakin banyaklah coins yang akan terkumpul dan ranking korang dalam pasukan pun akan turut meningkat...

WeChat Speed Car

Salah satu trick nak dapatkan markah tinggi...cuba dapatkan kereta kelas tertinggi...jika dapat kumpulkan coins yang banyak, boleh la modify kereta sehingga kelajuan maksimum dan lepas itu lebih mudah untuk dapatkan markah tinggi...lagi satu trick yang aku nak kongsikan, semasa dalam perlumbaan tu...jangan kerap sangat tengok jauh lagi ke checkpoint...lagi terasa jauh nak tiba di checkpoint tu...hee...fokus untuk mengelak kenderaan saja...

Tiada diamond untuk dapatkan kereta kelas tertinggi ? Jangan risau...tak perlu beli diamond...banyak cara untuk mendapatkan FREE diamond ni sebenarnya...haa, macam mana nak dapatkan FREE diamond ?

2000 FREE Diamond WeChat Speed


WeChat Speed FREE Diamond and Coins

  • SHARE - Jangan lupa untuk kongsikan markah korang di WeChat Moment setiap hari untuk memperoleh 5 diamond PERCUMA...5 diamond PERCUMA hanya sehari sekali sahaja...
Markah Sejuta WeChat Speed All Star Race

  • INVITE - Hanya jemput rakan WeChat untuk turut sama bermain game WeChat Speed ni...dalam masa yang sama korang akan dapat FREE diamond...hanya perlu jemput :

         >   5 orang - 10 Diamond
         > 10 orang - 30 Diamond
         > 15 orang - 50 Diamond
         > 20 orang - 70 Diamond

  • LOG IN - Hanya perlu log in game WeChat Speed selama 7 hari berturut-turut untuk dapatkan 50 FREE diamond

  • DAILY BONUS - Bonus harian turut diberikan iaitu 1000 coins dan 5 hearts

WeChat Speed Tasks
WeChat Speed Tasks

Untuk mendapatkan coins percuma setiap hari, korang hanya perlu selesaikan tugasan yang telah diberikan...dan selepas tu dapat coins, cukup mudah kan ? Rajinkanlah diri tu untuk hantar heart pada rakan WeChat Speed korang setiap hari...tak perlu la mereka menunggu lama untuk bermain lagi jikalau kehabisan heart pada masa tu...hee

Bonus Harian WeChat Speed

Log In WeChat Speed setiap hari untuk anda menerima Bonus Harian...dan yang paling menariknya, bonus harian yang ditawarkan setiap hari berbeza bermula daripada 19 Mei 2014 sehingga 5 Jun 2014 :

5/19 : Dapat markah 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk memenangi 20 Diamond
5/20 : Markah berakhir nombor "7" sepanjang waktu 21:00-22:00 untuk dapat 5000 coins 
5/21 : Gunakan Gas Tank sebanyak 5 kali untuk memenangi 5000 coins
5/22 : Belanjakan 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma
5/23 : Cecah markah 1 juta pada hari ini untuk memenangi 20 Diamonds
5/24 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk memenangi 10,000 coins 
5/25 : Gunakan Gas Tank sebanyak 3 kali untuk menangi 2000 coins
5/26 : Belanja 200 Diamonds untuk dapatkan 50 Diamonds percuma
5/27 : Markah berakhir nombor "7" sepanjang waktu 20:00-22:00 untuk dapat 3000 coins 
5/28 : Cecah markah 880,000 sepanjang waktu 21:00-22:00 untuk dapat 20 Diamonds 
5/29 : Gunakan Gas Tank sebanyak 5 kali untuk memenangi 5000 coins
5/30 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk memenangi 10,000 coins 
5/31 : Markah berakhir nombor "7" sepanjang waktu 21:00-22:00 untuk dapat 5000 coins 
6/1 : Gunakan Gas Tank sebanyak 5 kali untuk memenangi 5000 coins
6/2 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk memenangi 10,000 coins 
6/3 : Belanja 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma
6/4 : Cecah markah 880,000 sepanjang tempoh 21:00-22:00 untuk dapat 20 Diamonds 
6/5 : Dapat markah berakhir nombor "8" sepanjang waktu 21:00-22:00 untuk dapat 5000 coins

WeChat Speed All Star Event

"Eleh, ada diamond banyak boleh la beli kereta kelas tertinggi !"

Relaks...ya, memang betul pun kalau guna diamond ni memang banyak kelebihannya...nak beli kereta, pelumba, upgrade dan lain-lain lagi...tapi jangan risau, aku akan bagi tips untuk dapatkan seberapa banyak FREE diamond yang boleh tanpa perlu membelinya melalui Google Play Store...membazir duit saja kan ? hee...apa yang korang perlu buat hanyalah selesaikan beberapa tugasan yang berikut :

Bronze Star Event
  • Tamatkan perlumbaan dan sertai pasukan - 50 diamonds
  • Jemput rakan untuk berlumba sebanyak 5 kali - 100 diamonds
  • Mendapatkan markah sebanyak 100,000 - 100 diamonds
Silver Star Event
  • Tamatkan perlumbaan dengan kereta Kelas B atau ke atas - 50 diamonds
  • Kongsikan markah perlumbaan All Star Race sekali di WeChat Moments -  150 diamonds
  • Mendapatkan markah sebanyak 180,000 - 150 diamonds
Gold Star Event
  • Mendapatkan markah sebanyak 250,000 - 200 diamonds
  • Mempunyai 25 orang rakan - 300 diamonds
  • Mencapai ranking Top 20 di dalam pasukan - 300 diamonds

Oleh itu, janganlah bazirkan duit korang untuk membeli diamonds WeChat Speed All Star ni sedangkan ianya boleh dapat secara PERCUMA saja sekiranya semua tugas diselesaikan...tapi untuk tempoh terhad saja...

WeChat Speed All Star Car Class A


Jomlah berlumba dengan aku dalam WeChat Speed All Star ni...haa, ada berani ke ? Boleh add ID WeChat aku...sedia menerima cabaran...hee

P.S - ID WeChat - ezadskytech


NOTA SKYTECH :

Satu lagi trick nak dapatkan score tinggi...beli better fuel economy tank...memang menjimatkan gas untuk setiap perlumbaan...ke ramai yang sudah tahu ni ? HAHA...ataupun kalau ada diamond terlalu banyak dan tak tahu nak buat apa...cuba lucky draw untuk dapatkan kereta kelas paling tertinggi...kelas S ! Selamat mencuba...fokus aku sekarang hanya untuk dapatkan markah lebih 1 juta ke atas...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Fenomena Game WeChat Speed All Star Race
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia April 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com