Tuesday, 3 June 2014

Fenomena Game WeChat Speed All Star Race

> What's Up Guys...

Siapa yang pernah main game WeChat Speed ? Haa, bagi yang belum download lagi game ni dalam smartphone tu, bolehlah download secara percuma sekarang di Play Store ataupun Apps Store...sebelum itu kena download aplikasi WeChat dulu...log in akaun WeChat dan bolehlah mula berlumba sekarang dengan rakan WeChat korang ! Serius, memang best...mesti akan ketagih main game ni...haa, sejak beberapa minggu yang lepas, memang telah menjadi satu Fenomena Game WeChat Speed All Star Race ni...nak tahu kenapa ?

WeChat Speed All Star Race

Fenomena Game WeChat Speed All Star Race
WeChat Speed All Star Race

Bagi yang baru sahaja mula bermain game ni...WeChat Speed All Star Race ni adalah satu perlumbaan kereta secara online...di mana hanya tiga orang yang dapat mencatatkan markah tertinggi bagi setiap pasukan akan berentap secara LIVE bersama selebriti yang telah diwakili oleh mereka di All Star Race Final pada 15 Jun 2014 bertempat di Paradigm Mall, Kuala Lumpur dan pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah yang berjumlah RM15,000...wow !

WeChat Speed All Star Race
WeChat Speed All Star Race Final

Haa, terdapat 6 orang selebriti tempatan yang akan bersaing dalam All Star Race antaranya :

  • Adam C
  • Andrian Chan
  • Diana Danielle
  • DJ JJ
  • Elfira Loy
  • Yumi Wong

Haa, rasanya siapakah selebriti yang menjadi pilihan aku sebagai ketua pasukan dalam WeChat Speed All Star Race ni ? Pilihan aku ? Haa, sudah semestinya Diana Danielle...HAHA...bila sudah memilih ketua pasukan pilihan korang, sumbangkan mata sebanyak mungkin untuk pasukan yang diwakili daripada 19 Mei 2014 hingga 5 Jun 2014...

WeChat Speed All Star Event
Diana Danielle's Team

Huh, bila tengok markah Top 3 pasukan Diana Danielle memang la tersangat tinggi...aku nak score cecah 1 juta pun agak susah...973k++ markah terbaik aku setakat ini...tapi rasanya aku sudah tahu trick nak dapatkan markah tinggi ni...nak tahu ? Baca sampai habis dulu...hee

Fenomena Game WeChat Speed All Star Race

Best sangat ke game WeChat Speed ni sampai menjadi satu fenomena di Malaysia ? Belum cuba, belum tahu...sudah cuba baru tahu best ke tak game ni...game yang sangat simple tapi menyeronokkan...cuma perlu mengelak kenderaan yang menghalang laluan sambil mengumpul coins untuk menuju ke checkpoint berdekatan sebelum kehabisan gas...sangat mudah kan ? Cuba tengok screenshot grafik daripada game WeChat Speed ni...awesome !

Grafik Game WeChat Speed

Grafik Game WeChat Speed

Baru mula bermain tapi meter sudah cecah 441 km/j ! Kereta paling laju di dunia pun kalah kalau macam ni...HAHA...antara game yang paling best setakat ni yang pernah aku main sebab grafik game ni memang nampak realistik...kalau nakkan lebih kepuasan, sila gunakan earphone...best ! Camera angle pun boleh ubah ikut keselesaan pemain...dan aku lebih suka camera angle C...hee

Game WeChat Speed ni sebenarnya sangat mudah untuk dimain...jika baru bermula main, tutorial asas untuk bermain game ni disediakan di peringkat awal...tetapi apa yang sukarnya sebenarnya adalah untuk tiba di checkpoint lebih jauh...semuanya disebabkan kehabisan gas di pertengahan jalan...bila semakin jauh perjalanan ditempuhi, semakin tinggilah markah yang akan diperoleh dan semakin banyaklah coins yang akan terkumpul dan ranking korang dalam pasukan pun akan turut meningkat...

WeChat Speed Car

Salah satu trick nak dapatkan markah tinggi...cuba dapatkan kereta kelas tertinggi...jika dapat kumpulkan coins yang banyak, boleh la modify kereta sehingga kelajuan maksimum dan lepas itu lebih mudah untuk dapatkan markah tinggi...lagi satu trick yang aku nak kongsikan, semasa dalam perlumbaan tu...jangan kerap sangat tengok jauh lagi ke checkpoint...lagi terasa jauh nak tiba di checkpoint tu...hee...fokus untuk mengelak kenderaan saja...

Tiada diamond untuk dapatkan kereta kelas tertinggi ? Jangan risau...tak perlu beli diamond...banyak cara untuk mendapatkan FREE diamond ni sebenarnya...haa, macam mana nak dapatkan FREE diamond ?

2000 FREE Diamond WeChat Speed


WeChat Speed FREE Diamond and Coins

  • SHARE - Jangan lupa untuk kongsikan markah korang di WeChat Moment setiap hari untuk memperoleh 5 diamond PERCUMA...5 diamond PERCUMA hanya sehari sekali sahaja...
Markah Sejuta WeChat Speed All Star Race

  • INVITE - Hanya jemput rakan WeChat untuk turut sama bermain game WeChat Speed ni...dalam masa yang sama korang akan dapat FREE diamond...hanya perlu jemput :

         >   5 orang - 10 Diamond
         > 10 orang - 30 Diamond
         > 15 orang - 50 Diamond
         > 20 orang - 70 Diamond

  • LOG IN - Hanya perlu log in game WeChat Speed selama 7 hari berturut-turut untuk dapatkan 50 FREE diamond

  • DAILY BONUS - Bonus harian turut diberikan iaitu 1000 coins dan 5 hearts

WeChat Speed Tasks
WeChat Speed Tasks

Untuk mendapatkan coins percuma setiap hari, korang hanya perlu selesaikan tugasan yang telah diberikan...dan selepas tu dapat coins, cukup mudah kan ? Rajinkanlah diri tu untuk hantar heart pada rakan WeChat Speed korang setiap hari...tak perlu la mereka menunggu lama untuk bermain lagi jikalau kehabisan heart pada masa tu...hee

Bonus Harian WeChat Speed

Log In WeChat Speed setiap hari untuk anda menerima Bonus Harian...dan yang paling menariknya, bonus harian yang ditawarkan setiap hari berbeza bermula daripada 19 Mei 2014 sehingga 5 Jun 2014 :

5/19 : Dapat markah 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk memenangi 20 Diamond
5/20 : Markah berakhir nombor "7" sepanjang waktu 21:00-22:00 untuk dapat 5000 coins 
5/21 : Gunakan Gas Tank sebanyak 5 kali untuk memenangi 5000 coins
5/22 : Belanjakan 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma
5/23 : Cecah markah 1 juta pada hari ini untuk memenangi 20 Diamonds
5/24 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk memenangi 10,000 coins 
5/25 : Gunakan Gas Tank sebanyak 3 kali untuk menangi 2000 coins
5/26 : Belanja 200 Diamonds untuk dapatkan 50 Diamonds percuma
5/27 : Markah berakhir nombor "7" sepanjang waktu 20:00-22:00 untuk dapat 3000 coins 
5/28 : Cecah markah 880,000 sepanjang waktu 21:00-22:00 untuk dapat 20 Diamonds 
5/29 : Gunakan Gas Tank sebanyak 5 kali untuk memenangi 5000 coins
5/30 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk memenangi 10,000 coins 
5/31 : Markah berakhir nombor "7" sepanjang waktu 21:00-22:00 untuk dapat 5000 coins 
6/1 : Gunakan Gas Tank sebanyak 5 kali untuk memenangi 5000 coins
6/2 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk memenangi 10,000 coins 
6/3 : Belanja 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma
6/4 : Cecah markah 880,000 sepanjang tempoh 21:00-22:00 untuk dapat 20 Diamonds 
6/5 : Dapat markah berakhir nombor "8" sepanjang waktu 21:00-22:00 untuk dapat 5000 coins

WeChat Speed All Star Event

"Eleh, ada diamond banyak boleh la beli kereta kelas tertinggi !"

Relaks...ya, memang betul pun kalau guna diamond ni memang banyak kelebihannya...nak beli kereta, pelumba, upgrade dan lain-lain lagi...tapi jangan risau, aku akan bagi tips untuk dapatkan seberapa banyak FREE diamond yang boleh tanpa perlu membelinya melalui Google Play Store...membazir duit saja kan ? hee...apa yang korang perlu buat hanyalah selesaikan beberapa tugasan yang berikut :

Bronze Star Event
  • Tamatkan perlumbaan dan sertai pasukan - 50 diamonds
  • Jemput rakan untuk berlumba sebanyak 5 kali - 100 diamonds
  • Mendapatkan markah sebanyak 100,000 - 100 diamonds
Silver Star Event
  • Tamatkan perlumbaan dengan kereta Kelas B atau ke atas - 50 diamonds
  • Kongsikan markah perlumbaan All Star Race sekali di WeChat Moments -  150 diamonds
  • Mendapatkan markah sebanyak 180,000 - 150 diamonds
Gold Star Event
  • Mendapatkan markah sebanyak 250,000 - 200 diamonds
  • Mempunyai 25 orang rakan - 300 diamonds
  • Mencapai ranking Top 20 di dalam pasukan - 300 diamonds

Oleh itu, janganlah bazirkan duit korang untuk membeli diamonds WeChat Speed All Star ni sedangkan ianya boleh dapat secara PERCUMA saja sekiranya semua tugas diselesaikan...tapi untuk tempoh terhad saja...

WeChat Speed All Star Car Class A


Jomlah berlumba dengan aku dalam WeChat Speed All Star ni...haa, ada berani ke ? Boleh add ID WeChat aku...sedia menerima cabaran...hee

P.S - ID WeChat - ezadskytech


NOTA SKYTECH :

Satu lagi trick nak dapatkan score tinggi...beli better fuel economy tank...memang menjimatkan gas untuk setiap perlumbaan...ke ramai yang sudah tahu ni ? HAHA...ataupun kalau ada diamond terlalu banyak dan tak tahu nak buat apa...cuba lucky draw untuk dapatkan kereta kelas paling tertinggi...kelas S ! Selamat mencuba...fokus aku sekarang hanya untuk dapatkan markah lebih 1 juta ke atas...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Fenomena Game WeChat Speed All Star Race

17 comments:

  1. kalau dah mula ni susah nak berenti. tapi hadiag RM15,000 memang besar, rugi tak cuba.

    ReplyDelete
  2. @Denaihati : memang susah nak berhenti main kalau da mula main game ni...siapa yang da pernah main mesti akan rasa macam tu...ada beberapa hari je lagi nak rebut peluang tu...kena cuba walaupun agak mustahil sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. wow..... no 1 dapat 7 juta... macam mana nak kejar

    ReplyDelete
  4. @Rafael Andre : no. 1 dalam team Diana Danielle yang dapat 7 juta...team yang lain pun juta2 juga...payah nak kejar..huh

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni pun tengah kumpul duit nak modify kereta. hahaha

    ReplyDelete
  6. @Bahrain : duit senang nak kumpul...lumba la sampai heart habis...hee

    ReplyDelete
  7. Bila dah baca review gempak macam ni, rasa tertarik pula nak ikut serta XD

    ReplyDelete
  8. @IK Tia : hee...bukan lelaki je yang main game WeChat Speed ni Tia...perempuan pun ada yang main...lagi power2 score dorang...hee

    ReplyDelete
  9. setakat ni tak pernah tertarik nak main game ni. hihii main candy crush je. :D

    ReplyDelete
  10. @ct kektus : candy crush penat nak main level2 ni...bila nak habis agaknya...hee

    ReplyDelete
  11. Markah 3 j ke atas...pakai apollo je...aq x pernah dpt

    ReplyDelete
  12. Yg mne lg laju? Apollo atw wind x??

    ReplyDelete
  13. bahaya ni kalau sy ketagih

    habis anak2 terbiar pula nnti.. hehe

    ReplyDelete
  14. Salam... baru saja berjumpa permainan ini ketika layari blog bro... lalu install di apple store sebab guna iphone 5s. Terasa puas bolehlah mainkan. Adakah ianya main secara online?

    ReplyDelete
  15. @sensasi2020 : salam...game ni kalau da mula main memang boleh ketagih...yup, boleh main online...lawan score dengan kenalan wechat kita...:D

    ReplyDelete
  16. Mcm mne nk msuk wechat speed all star ni..bg info ckit..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Julai 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com