Wednesday, 29 October 2014

WW - Filem Marvel's Akan Datang 2016-2019

> What's Up Guys...

WW - Filem Marvel's Akan Datang 2016-2019
Filem Marvel's Akan Datang 2016-2019
"Marvel Cinematic Universe Films Phase III"

>> Credit : Marvel


NOTA SKYTECH : 

Filem Marvel's Akan Datang 2016-2019 baru saja diumumkan pada 28 Oktober 2014...haa, antara filem Marvel's yang akan datang ni nanti...Captain America : Civil War (6 Mei 2016), Doctor Strange (4 November 2016), Guardians Of The Galaxy 2 (5 Mei 2017), Thor : Ragnarok (28 Julai 2017), Black Panther (3 November 2017), Captain Marvel (5 Julai 2018), Avengers : Infinity War Part I (4 Mei 2018), Avengers : Infinity War Part II (3 Mei 2019) dan Inhumans (2 November 2018)...mana satu yang paling dinantikan sekali ? Bagi aku la kan...semua sekali rasanya...paling utama sekali GOTG2 dan Avengers 3 la...HAHA...

P.S - Filem Marvel's paling dinantikan pada tahun depan mestilah Avengers : Age Of Ultron (Mei 2015) dan Ant- Man (Julai 2015)...ramai tak peminat movie Marvel's kat sini ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri WW - Filem Marvel's Akan Datang 2016-2019

Friday, 24 October 2014

Film Review - Ouija

> What's Up Guys...

Ouija...hmm, da lama juga rasanya aku tak up entri pasal movie review ni kan...mungkinkah disebabkan terlalu kecewa dengan beberapa movie yang aku sudah tengok tapi banyak yang...malas nak cakap la...dan antara salah satunya adalah movie Left Behind...serius memang bosan...macam tergantung pula ceritanya...menyesal pula rasanya aku tengok...huhu

Haa, selalunya kalau aku nak tengok movie yang baru ditayangkan di pawagam ni...aku suka checked dulu rating yang rottentomatoes.com berikan untuk movie tu...dan kalau rating rendah...memang aku takkan tengok la...HAHA...minggu ni tak banyak pula movie best yang ditayangkan...ada dua movie seram baru minggu ni...Ouija dan Dendam Orang Mati...mana satu yang best rasanya ? Ouija ni lebih kurang macam Spirit Of The Coin...ke sama saja...huhu...hmm, nampak macam best...masa aku nak tengok movie ni rottentomatoes.com pun belum bagi rating lagi ni...eh, seram ke...just bring it on !! HAHA...

Film Review - Ouija
Ouija

Synopsis : After a friend is brutally killed in an accident, by a dark spirit, a group of close teenage friends must confront their most evil and demonic fears when they awaken the dark powers of an ancient spirit board by attempting to contact their friend. They soon realize that the Ouija Board is not just a game, it's real life.

TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum terus skip ke review movie ni...apa kata jom kita layan dulu trailer movie Ouija ni dulu...roll VT !! 
"Do not go seeking answer from the dead..."


#MyReview Ouija
  • Filem Ouija adalah sebuah filem bergenre seram arahan Stiles White yang dibarisi pelakon seperti Olivia Cooke (Elaine Morris), Daren Kagasoff (Trevor), Ana Coto (Sarah Morris), Bianca A. Santos (Isabelle), Douglas Smith (Pete), Matthew Settle (Anthony Morris), Shelley Hennig (Debbie) dan Sierra Heuermann (Doris Zander)
  • Pada awal cerita lagi sudah boleh buat korang semua terkejut...tapi aku pelik kenapa aku gelak...kenapa ? Aihh, ni movie seram OK...HAHA
Ouija Board
Ouija Board
  • Kematian Debbie menjadi tanda tanya semua rakan-rakannya...apa sebenarnya yang telah berlaku padanya ? Adakah Ouija board ada kaitan dengan kematian Debbie ?
  • Kenapa agaknya Laine dan rakan-rakannya memberanikan diri untuk bermain Ouija board di ruang tamu rumah Debbie ?
  • Dapatkah mereka semua berhubung dengan roh Debbie untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Debbie pada malam itu ?
Spirit Board
Tangan siapa tu agaknya ? HAHA
  • Selepas kejadian malam itu, Laine, Pete, Trevor, Sarah dan Isabelle telah menerima MESEJ yang sama iaitu..."Hi, Friend"...erk, memang agak menakutkan...hmm, siapakah agaknya ya...adakah ianya mesej daripada Debbie ? Dan selepas itu, mereka mendapat tahu rakan mereka Iz telah mati...jeng...jeng...jeng...
  • Mereka telah bermain dengan Ouija board sekali lagi untuk merungkai misteri kematian Debbie...dan mendapat tahu bukan roh Debbie yang berhubung dengan mereka tetapi D.Z...dan ia memberi lagi petunjuk lain iaitu MOTHER...siapa pula mereka tu ? huhu
  • Laine telah terjumpa sesuatu di atas loteng rumah Debbie...tempat di mana Debbie menemukan Ouija board tu...dan TIBA-TIBA ?? 
Ouija Creepy Doll
Hi Friend
  • Mereka telah mendapat info bahawa rumah tersebut itu dulu pernah didiami 3 orang ahli keluarga Zander...salah seorang daripada anak keluarga tersebut, Doris Zander telah hilang dan tidak dijumpai...dan mereka mendapat tahu bahawa adik Doris Zander masih lagi hidup dan bercadang untuk berjumpa dengannya untuk mendapatkan maklumat 
  • Dapatkah mereka menyelesaikan masalah yang selama ini menghantui hidup mereka setelah bermain dengan Ouija board tu ? Apakah sebenarnya yang telah menghantui mereka ?
Laine
  • Bagaimanakah agaknya kesudahan cerita ni...apa kaitannya D.Z dan MOTHER dalam masalah yang menghantui mereka semua ? Haa, tapi tu korang semua kena tengok sendiri la kat pawagam...takkan aku nak ceritakan semua...hee
Ouija
Apa yang Elaine nampak agaknya ?

Rating : 2.4 out of 5

NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, boleh tahan juga la...tapi agak bosan sikit sebab plot dan jalan ceritanya macam sudah boleh diagak...tak la seram sangat cuma ada juga beberapa scene yang bikin penonton terperanjat dan menjerit...tapi sudah semestinya bukan aku la...scene semasa api gas kat dapur tu menyala sendiri pun ada yang menjerit sampai satu pawagam boleh dengar OK...tak pasti la siapa kan...hee...bukannya seram pun...terkejut je pun...adehhh...sakit perut aku tahan gelak...HAHA

P.S - Hmm, movie apa lagi yang best agaknya yang akan ditayangkan nanti di pawagam ? Kalau nak tunggu Avengers : Age Of Ultron...lama lagi la pula...Mei 2015...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Ouija

Thursday, 23 October 2014

Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

> What's Up Guys...


Haa, selalunya bila da 1-2 jam lepas waktu dinner ni kan...mesti perut akan tetiba lapar balik kan ? Selalu terjadi pada korang tak ? HAHA...haa, biasanya kalau pada waktu malam ni...aku memang jarang sangat nak keluar jauh sangat daripada rumah...tapi entah macam mana hari tu aku boleh tetiba rajin pula nak keluar jalan-jalan cari makan jauh sikit dari rumah...kebetulan pagi tu aku terjumpa restoran Western Express Bandar Permaisuri Cheras on the way balik dari HUKM...masa tu belum buka lagi la...dan aku agak mungkin petang baru buka...tu yang malam tu terus terjah ke sana balik tu...hehe

Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

Hmm, western food...layankan saja la kan...lagipun memang da agak lama juga aku tak makan ni western ni...sesekali tukar selera pun syok juga ni...mujurlah masa aku sampai tu tak ramai sangat orang...yela, bila tengok jam pun da pukul 11.00 pm masa tu...bila diberikan menu, hampir 10-15 minit juga aku teliti menu satu per satu...maklumlah, first time datang kan...HAHA...lebih daripada 70 menu menjadi pilihan termasuk minuman...mahu tak pening nak pilih yang mana satu kan...perut lapar tapi tak tahu nak order apa...HAHA...

Menu 1 Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
Menu Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

Bila tengok saja menu yang ada di Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras ni...terus ternampak Massive Series tu...New York Massive Combo...macam best saja...kombinasi chicken grilled, beef steak, hotdog, chilli cheese fries, coleslaw dan toast...memang nampak sedap tapi nampak macam terlalu mengenyangkan sangat sebab portion untuk 2-3 orang tu...huhu

Menu 2 Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
Menu Western Food Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

Beefburger Horseshoe Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
WEX Beefburger Horseshoe (Signature Dish)

Haa, bila tengok pada menu dan juga harganya...bagi pendapat aku la kan, OK la...harganya tak terlalu mahal sangat la...portion yang diberi pun nampak lebih banyak...susah juga nak jumpa macam ni...lagi satu, confirm korang pun pening kepala nak pilih menu yang mana satu macam aku bila terjah ke sini...HAHA

Menu Minuman Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

Hmm, bila da tak tahu nak pilih menu yang mana...akhirnya, setelah berhempas-pulas selama beberapa minit membelek menu, aku hanya order Homemade Meatball Set saja...dan bertemankan air Mango Tango...serius, memang susah benar nak pilih menunya...HAHA

WEX Homemade Meatball Set
WEX Homemade Meatball Set

Boleh tahan sedap juga la homemade meatball set kat Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras ni...memang feeling la bila makan sementara ianya masih panas...cheese sauce tu yang melengkapkan lagi rasanya...sampai sekarang lagi aku masih terbayangkan lagi kenikmatannya setiap gigitan tu...rangup di luar lembut di dalam...mungkin aku akan pergi ke sini lagi untuk cuba menu yang lain yang belum sempat dicuba...homemade meatball set ni memang antara menu yang wajib order...rugi pula rasanya masa tu hanya pesan set 5 pc...hee...hmm, boleh lawan meatball IKEA tak ? Entahlah...sebab aku tak pernah rasa...HAHA...

Bagi sesiapa yang nak mahu mencuba sendiri keenakan menu yang ada di sini, boleh la terjah terus ke alamat : 

WESTERN EXPRESS BANDAR SRI PERMAISURI CHERAS
52-G Pusat Perniagaan Danau Lumayan,
Jalan Danau Lumayan 1,
Off Tasik Jalan Permaisuri 1,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur.

 

Waktu Operasi : 5.30 pm - 2.00 am (Isnin - Ahad)

Waktu Operasi Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
Waktu Operasi Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

NOTA SKYTECH :

Haa, selain daripada cawangan Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras ni...terdapat juga cawangan lain WEX di Shah Alam, Seksyen 7 tapi bila buka page WEX kat FB...tapi dalam page FB WEX katanya temporarily close pula...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras

Wednesday, 8 October 2014

Beza Nuffnang Dulu Dan Sekarang ?

> What's Up Guys...

Beza Nuffnang Dulu Dan Sekarang ? Hmm, memang tak dapat dinafikan la kan...memang ramai blogger terutama blogger baru meletakkan iklan Nuffnang di dalam blog mereka termasuklah aku...haa, sejak April 2011 lagi aku sudah letakkan 3 banner iklan syarikat pengiklanan Nuffnang dan tahun ni merupakan tahun ketiga aku dengan Nuffnang ni...dan setakat ni tak pernah la curang lagi...tapi niat nak curang tu memang banyak kali da muncul...HAHA...hmm, ada beza ke Nuffnang dulu dan sekarang ni ? Ada sesiapa yang perasan ke ? huhu...

Beza Nuffnang Dulu Dan Sekarang
Beza Nuffnang Dulu Dan Sekarang

Haa, ramai yang kata Nuffnang sangat bermurah hati beberapa hari ni dengan blogger...aku pun macam tak percaya pada mulanya...aku pun log in la akaun Nuffnang aku...kali terakhir aku tengok ada 3 CPUV saja yang tengah on going...dan bila checked tadi...wahh, memang betul la ? Sekali buka akaun Nuffnang...terus klik kat bahagian earnings...fuhhh, sekali 8 CPUV berderet dari Nuffnang tengah on going...Alhamdulillah...rezeki...rezeki...

Rasanya ramai juga blogger yang dapat sekali banyak CPUV dari Nuffnang untuk bulan ni...paling banyak setakat ni yang aku nampak la kan...sekali 18 CPUV tengah on going...aihh, NUFFNANG ni sentap ke sebab ada beberapa orang blogger di Malaysia yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan earnings CPUV Nuffnang da lama on going tapi income yang terhasil macam tak masuk akal tu ? Macam nak sedapkan hati blogger supaya tak "curang" dengan Nuffnang kot sebab ramai blogger yang mungkin sudah merajuk dengan Nuffnang...CPUV bersepah tapi earnings tidak memberangsangkan...hehe...

Letak Iklan Tapi Tiada Income Masuk Blog ?

Beberapa hari lepas ada juga aku terbaca luahan hati blogger mengenai benda ni...letak iklan tapi tiada income masuk blog...contohnya, dapat CPUV banyak tapi income yang masuk tu umpama "hidup segan mati tidak mahu"...terlalu sedikit dan macam tak masuk akal...kalau sehari UV boleh cecah beratus...ada yang beribu...memang income masuk tapi sepanjang kempen takkan dapat hanya dapat beberapa sen saja...kenapa jadi macam tu agaknya ye ?

Iklan Nuffnang jarang keluar ke ? Ataupun iklan yang dijadikan promosi di blog kurang menarik untuk memancing minat pengunjung untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai promosi iklan yang dipaparkan di sesuatu blog tu ?

8 CPUV dari Nuffnang
8 CPUV dari Nuffnang

Beza Nuffnang Dulu Dan Sekarang ?

Beza Nuffnang Dulu Dan Sekarang ? Haa, rasanya memang ada banyak bezanya...dulu masa awal aku berblogging, walaupun blog aku cuma dapat 1 ataupun 2 CPUV yang on going dalam sebulan tu...paling kurang pun boleh dapat beberapa ringgit la dan paling tinggi pun pernah la dapat berpuluh-puluh ringgit untuk setiap CPUV tetapi sejak awal tahun ni ni...walaupun dapat CPUV banyak sekaligus dalam sebulan tu...tapi nak dapatkan earnings lebih daripada RM10 untuk 1 CPUV tu memang agak susah...pelik juga tu ?

Haa, ada yang nak cukupkan RM50 untuk capai takat minimum nak cashout pun ambil masa bertahun-tahun lamanya...aihh, takkan la Advertisers berkurangan kot setiap bulan tu ? Nuffnang kan salah satu nama besar...mesti la semakin lama semakin bertambah kan bilangan Advertisers tu setiap tahun...

Takkan pasal trafik blog kot ? Rasanya trafik blog masa awal berblog dulu pun biasa saja pun...boleh juga dapat beratus ringgit untuk cashout pertama...cashout kali kedua pun mencecah ratusan ringgit juga...tapi income yang terkini boleh la juga mencecah sehingga ke ratusan ringgit tapi serius memang da tak semeriah dulu la...huhu

Beberapa Metered CPUV Nuffnang 2011-2012
Beberapa Metered CPUV Nuffnang 2011-2012

CPUV Nuffnang yang pertama aku dapat dulu masa awal berblog...21 April 2011...lebih kurang 7 hari selepas blog aku daftar dengan Nuffnang...dapatlah RM0.92...hee...tapi berbeza dengan sekarang ni, CPUV yang dapat daripada bulan Ogos 2014...sampai sekarang ni nak cecah beberapa ringgit pun...hmmm...ala, segan pula nak cakap...entah bila nak habis kempen tu agaknya ? Relaks...relaks...jangan mengeluh...cool sudah...hee

Nak dapatkan sponsored post memang belum ada peluang lagi...tapi dulu ada la sekali dapat peluang tapi terpaksa tolak secara baik...ada sebabnya aku tolak...dan sekarang ni memang aku tak harapkan sangat pun income dari Nuffnang ni...kalau ada rezeki lebih...Alhamdulillah...ada la dapat sikit income dari blog kan...selama lebih kurang 4 tahun ni, memang banyak juga la yang aku belajar...selalu juga la dapat  join event dan selalu juga dapat jemputan ke premier screening setiap kali movie baru keluar...dulu la...dan yang penting, hargailah setiap apa yang kita dapat...kalau ada rezeki, ada la kan...tak gitu ? hee

NOTA SKYTECH :

Kalau ikutkan hati...nak je aku curang dengan Nuffnang lepas cashout kali ketiga ni...sejak komen kreatif aku selalu tak keluar di semua entri contest Premier Screening Nuffnang sejak awal tahun ni...memang rasa nak curang je...da report kat Nuffnang tapi bila aku cuba lagi komen baru-baru ni...memang tak keluar lagi nama aku...takkan kena banned kot nama aku ? Ini tidak ADIL !! Opppsss...I Love Nuffnang...HAHA

P.S - Sekadar luahan rasa yang sudah lama terbuku di hati...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Beza Nuffnang Dulu Dan Sekarang ?

Wednesday, 1 October 2014

Perlu Ke Google Street View Malaysia

> What's Up Guys...

Perlu Ke Google Street View Malaysia ? Haa, rasanya ramai yang sudah tahu kan tentang Google Street View kini telah meliputi 90% jalan awam di semenanjung Malaysia kan...tu kata Google Malaysia la...haa, baki lagi 10% bila nak siapkan ? HAHA...

Perlu Ke Google Street View Malaysia ?
Perlu Ke Google Street View Malaysia ?
Kredit : Google.com

Kebaikan Google Street View Malaysia

Haa, salah satu kebaikan yang aku nampak bila menggunakan Google Street View Malaysia ni...kita boleh mengembara ke seluruh dunia dengan hanya duduk depan laptop saja...dengan hanya klik saja kita boleh sudah seperti betul-betul berada di tempat tu...boleh aku explore jalan yang belum pernah aku lalu lagi...nak naik Burj Khalifa kat Dubai tu pun boleh...hee

Selain itu, bagi mereka yang duduk jauh daripada kampung halaman...boleh "balik kampung" hanya dengan satu klik...sedikit sebanyak boleh juga mengubat kerinduan kan dengan kampung halaman tercinta...

Kebaikan Google Street View Malaysia
Apa Yang Menarik Di Kuala Lumpur ?

Bagi aku la, ianya memang menarik...memang memudahkan kita bila ada teknologi canggih macam ni...haa, cakap saja nak pergi ke mana di semenanjung Malaysia ni...taip saja...mesti boleh sampai la...memang banyak tempat kat Malaysia ni aku tak habis explore lagi...boleh la explore dengan menggunakan Google Street View Malaysia ni...TAPI...TAPI...

Keburukan Google Street View Malaysia

Huh, bila wujudnya teknologi canggih sebegini pasti ada pro dan kontranya kan...semasa aku tengah explore benda ni...tergerak hati la nak cuba...betul ke 90% jalan awam di semenanjung Malaysia sudah boleh diakses menggunakan Google Street View Malaysia ni...lebih kurang 10 minit aku klik...klik...dan klik lagi daripada Stesen Keretapi Kuala Lumpur ni ke arah rumah aku...

Keburukan Google Street View
Bila Agaknya Google Lalu Depan Ex-Sekolah Aku Ni ?

Memang boleh sampai depan rumah aku...gulppp...dengan nombor rumah pun tak dikaburkan...tapi rasanya korang boleh klik "report a problem" kat bawah tu...mujurlah pihak Google Map cepat saja bertindak bila aku buat report...bila buka semula Google Street View Malaysia, da kaburkan apa yang patut...

Haa, ni la salah satu keburukan Google Street View Malaysia...cuba la bayangkan, jikalau maklumat peribadi kita terdedah...mereka yang berniat jahat ni hanya perlu taip sahaja di manakah lokasi tu...jeng...jeng...jeng...tersenyum lebar la kalau maklumat macam ni terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab...berhati-hatilah...jangan sesekali dedahkan maklumat sebegini di alam maya...


NOTA SKYTECH :

Entah bila agaknya Google Malaysia ni lalu depan rumah aku...bila check Google Street View Malaysia depan rumah aku tu, motor memang tiada...haa, time weekdays la ni dorang lalu...huhu

P.S - Apa pendapat korang pula mengenai Google Street View ni...perlu ke Google Street View  Malaysia ni...cer komen sikit...

**Terima kasih kerana membaca entri Perlu Ke Google Street View Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia April 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com