Thursday, January 23, 2014

Cek Kedua Dari Nuffnang

> Whats Up Guys...

Akhirnya, setelah sekian lama menunggu baru la dapat merasa pegang Cek Kedua Dari Nuffnang hasil cashout earnings dari blog ni sejak cashout kali pertama hujung bulan Disember 2012...hha, baru aku perasan masa dapat cek pertama dari Nuffnang dulu pun masa nak dekat dengan CNY...kali ni pun sama untuk cek kedua...kira macam angpow maa ! Terima Kasih Nuffnang...hee

Cek Kedua Dari Nuffnang

Cashout kali pertama dulu hampir setahun lapan bulan juga aku kumpul earnings tu sejak joined Nuffnang pada April 2011...dan untuk cashhout kali kedua ni ada la nampak perubahan sikit...lebih kurang setahun juga la aku kumpul earnings tu baru la rasa macam nak tekan butang cashout tu...

"Mungkin untuk cashout kali ketiga nanti tempoh cashout tu akan berkurangan...
6 bulan sekali ke...itu pun kalau ada earnings la...HAHA..."

Walaupun earnings tu tak la banyak mana pun amaunnya...biarlah rahsia...hee...cuma harapkan earnings daripada CPUV dan CPC campaign saja...hee...haa, peluang untuk dapat sponsored post tu ada la sekali pernah aku dapat masa hujung tahun lepas, tapi terpaksa tolak secara baik...tiada rezeki la tu...lagipun masa itu aku tengah bercuti di Sabah...mood nak menaip entri tu mungkin tengah out...mood tengah bercuti la katakan...hee...tapi tidak mengapa...rezeki itu kan ada di mana-mana...hee...


NOTA SKYTECH :

Haihh...tak sabar pula nak bercuti panjang mulai minggu depan sempena CNY dan Hari Wilayah...memang terbaik la dapat cuti awal sehari...30 Januari sampai 4 Februari sudah mula cuti da...cuti hampir seminggu nak buat apa ni ? HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Cek Kedua Dari Nuffnang

Saturday, January 18, 2014

Promosi Kenny's Teriyaki Chicken

> What's Up Guys...

Bermula 13 Januari 2014 yang lalu, Kenny Rogers Roaster Malaysia telah memperkenalkan promosi menu terbaru mereka iaitu Kenny's Teriyaki Chicken bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal tiba pada hujung bulan Januari nanti...

Kenny's Teriyaki Chicken
Kenny's Teriyaki Chicken

Dalam set menu promosi Kenny Rogers kali ini, ianya terdapat bahagian peha yang diperap dengan sos Teriyaki istimewa lengkap dengan herba dan rempah untuk menaikkan lagi rasanya...memang terasa kelainannya dalam menu promosi terbaru kali ini...ditambah pula, ianya dihidangkan sekali dengan Mushroom Chicken Soup, Aromatic Rice dan Kenny's home-made muffin hanya pada harga RM19.90...

Tidak cukup hanya dengan satu bahagian peha ayam ? Jangan risau, korang juga boleh order Kenny's Teriyaki Chicken ala carte hanya pada harga RM11.90 saja...

Kenny's Tropical Paradise
Tropical Paradise

Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba minuman Tropical Paradise ini, memang patut mencubanya hanya pada harga RM7.90...gabungan perisa nenas dan oren serta ditambah lagi dengan perisa strawberi...pastikan anda mengacaunya terlebih dahulu...baru terasa nikmatnya...ternyata ia memang menyegarkan apatah selepas menikmati hidangan Kenny's Teriyaki Chicken ini...

KRR Take It Home Feast 

Selain daripada itu, set "KRR Take It Home Feast" adalah untuk pesanan bawa pulang yang mengandungi 6 ketul Kenny's Teriyaki Chicken, 2 set Aromatic Rice, 1 set Spicy Asian Salad, BBQ Baked Bean, Golden Corn & Carrot dan Garden Pasta Salad...disertakan dengan setengah dozen home-made muffins pelbagai perisa serta 6 botol jus buah-buahan yang memang menyegarkan...

KRR Take It Home Feast
KRR Take It Home Feast

Set menu bawa pulang "KRR Take It Home Feast" hanya boleh didapati untuk masa terhad saja bermula 13 Januari 2014 sehingga 2 Mac 2014 dan ianya disyorkan hidangan untuk 6 orang...hanya pada harga RM148.80...**harga berbeza di Genting Highlands

Kenny's Teriyaki Chicken Promotion

Haa, tunggu apa lagi...takkan nak tengok saja...jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran untuk mencuba menu baru yang ditawarkan untuk promosi Kenny's Teriyaki Chicken...promosi adalah terhad...jom cuba sebelum promosi ini tamat...hee


NOTA SKYTECH :

Untuk lebih info mengenai promosi terbaru di KRR Malaysia, jom terjah Laman Web Kenny Rogers Malaysia dan Kenny Rogers Roasters Malaysia

**Terima kasih kerana membaca entri Promosi Kenny's Teriyaki Chicken

Saturday, January 4, 2014

Rezeki Awal Tahun 2014

> Whats Up Guys...

Rezeki Awal Tahun 2014...Selamat tinggal 2013 dan selamat datang tahun 2014...Adakah masih dalam mood tahun baru ? Semoga tahun 2014 ni akan lebih baik daripada tahun sebelumnya...kita pun tak tahu apa akan jadi di hari yang mendatang kan...Haa, bak kata peribahasa Melayu..."Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu"...Ya, aku memang amat setuju dengan peribahasa tu...kenapa agaknya ? 

Rezeki Awal Tahun 2014

Alhamdulillah, buat kali kedua aku terpilih lagi untuk dinner dengan Deqnoor bersama dengan beberapa blogger yang lain hasil kerajinan kami menjadi pengomen tegar blog DN dari bulan Julai sehingga Disember 2013...terima kasih DN...hee

Rasanya macam baru saja lagi Dinner Bersama Pengomen Tegar Blog DN di Sunway Pyramid awal bulan Julai 2013 yang lalu...da hampir 6 bulan berlalu rupanya...da lama juga la tak jumpa rakan blogger yang tersenarai tu...Bro Framestone dan bro Hazman Fadzil ada la juga pernah jumpa di event masa bulan Oktober tahun lepas...haa, blogger yang lain tu memang sudah lebih 5 bulan tak berjumpa rasanya...masa untuk REUNION ! 


NOTA SKYTECH :

Rezeki Awal Tahun 2014...tak sangka dapat #FoodReview yang pertama untuk tahun 2014 pertengahan bulan ni...rezeki...kalau bab makan ni tak boleh nak tolak...hee...mujurlah la aku tergerak hati nak check emel...kalau tidak mesti sudah melepas peluang macam ni...

**Terima kasih kerana membaca entri Rezeki Awal Tahun 2014

Wednesday, January 1, 2014

WW - El Paso Chicken

> Whats Up Guys...

WW - El Paso Chicken
WW - El Paso Chicken 

NOTA SKYTECH :

Salam Tahun Baru 2014...hee

**Terima kasih kerana membaca entri WW - El Paso Chicken
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com