Thursday, 27 March 2014

HOMST Taman Tun Dr. Ismail

> Whats Up Guys...

Haa, biasanya kalau tiba waktu lunch...aku memang jarang sangat keluar pergi makan di tempat yang jauh daripada office...tapi hari tu entah macam mana aku tetiba rajin pula nak keluar pergi lunch jauh sikit la daripada office...tak jauh mana pun Mont' Kiara dengan Taman Tun Dr. Ismail kan...HAHA...haa, tanpa gunakan apps HungryGoWhere Malaysia, aku redah saja...mana lokasi yang macam best saja aku terjah...haa, ambil beberapa minit juga la aku pusing TTDI tu untuk mencari tempat makan yang belum pernah aku cuba lagi...jumpa pula restoran HOMST Taman Tun Dr. Ismail...

HOMST Taman Tun Dr. Ismail
Restoran HOMST Taman Tun Dr. Ismail

Hmm...Chinese Muslim Cuisine...sesekali tukar selera untuk lunch pun syok juga ni...haa, lagipun aku memang sudah lama tak makan Chinese Cuisine ni...kali terakhir rasanya 2 tahun lepas...lama gila...HAHA...ni pun kebetulan saja aku jumpa...hee...masa aku sampai tu, boleh tahan juga la ramainya...mujurlah ada meja kosong...haa, bila aku duduk saja di meja...terus diberi menu...haa, bila tengok menu saja pun da buat aku pening kepala...hampir 200 menu menjadi pilihan termasuk minuman dan dessert...

Chinese Snacks HOMST TTDI
Chinese Snacks HOMST TTDI

Bila buka saja buku menu yang ada...terus ternampak Chinese Snacks ni muka surat pertama...hmm, memang teringin nak cuba...tapi mana satu agaknya yang sedap ya ? Bagi aku la kan, semuanya nampak sedap bila tengah lapar...hee

Menu HOMST TTDI

Menu HOMST TTDI

Memang ambil masa beberapa minit la untuk aku tengok semua menu ni...Soft Shell Crab, Buttered Prawn...huh, memang menggugat betul menu yang ada tu...tapi da nama pun lunch...so, aku pilihlah menu yang tak berat sangat la...kalau terlalu kenyang sangat nanti, terasa malas pula nak masuk office semula selepas lunch time...HAHA

Haa, saja nak tukar selera hari tu...terus la pilih menu HOMST Mee dan Lychee Longan...nak juga tahu apa yang istimewanya HOMST mee tu...tak sampai 10 minit menunggu, menu yang dipesan sampai...terkejut juga portion yang diberikan agak banyak...memang kenyang la sampai malam...hee

HOMST Mee Dan Lychee Longan
HOMST Mee & Lychee Longan

Bagi aku agak berbaloi la dengan harga RM9.90...udang ada la juga 3-4 ekor...ada juga isi ikan...hirisan cendawan tiram dan cendawan butang...dan sayur...yang berwarna hitam nampak macam jeli tu sebenarnya telur...aku ingatkan apa bendalah yang berwarna hitam tu...kuah yang tidak berapa pekat dan tidak juga berapa cair...sesuai la dengan temanya iaitu Chinese Cuisine...kena la dengan tekak aku...haa, minuman aku cuma air yang biasa saja...gabungan lychee dan longan...hee...selain itu, aku juga turut memesan salah satu Chinese Snacks yang terdapat dalam menunya...haa, menu yang tu sampai lambat sikit la...hee

HOMST TTDI Sze Chuan Roll
HOMST TTDI Sze Chuan Roll

Sedap juga HOMST TTDI Sze Chuan Roll ni walaupun baru kali pertama aku merasanya...haa, dalamnya adalah isi ayam yang ditambah dengan hirisan cendawan yang digulung dengan pucuk...ala yang biasa digunakan dalam yong tau foo tu...dan ianya digoreng terlebih dulu...barulah ianya ditambah dengan sos istimewa HOMST...teringin pula nak cuba Chinese Snacks yang lain...tapi mungkin lain kali kot...hee

Haa, rasa macam tak lengkap pula kalau tak cuba dessert kat sini...haa, sekarang ni kan tengah dalam musim panas, memang kena sangat la layan Mango Sago Lolo ni...campuran susu dan ais yang dikisar dengan perisa mangga dan ditambah pula dengan potongan mangga segar dan sedikit sagu untuk menambahkan rasa dan nikmatnya bila dihirup...huhh...

HOMST TTDI Mango Sago Lolo
HOMST TTDI Mango Sago Lolo

Sampai sekarang aku masih terbayangkan lagi kenikmatannya...mungkin akan singgah lagi ke HOMST TTDI ni untuk mencuba menu lain yang belum dicuba lagi...menu di sini sesuai untuk brunch, lunch mahupun dinner...haa, bagi sesiapa yang mahu mencuba sendiri keenakan Chinese Muslim Cuisine ni boleh la terjah terus ke alamat :


HOMST Taman Tun Dr. Ismail (HQ)
NO. 48, Persiaran Zaaba,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7728 0760

Masa Perniagaan : 11 am - 10.30 pm


NOTA SKYTECH :

Haa, selain HOMST cawangan TTDI ni, korang juga boleh terjah di cawangan yang berdekatan dengan korang untuk mencuba sendiri menu terbaik Chinese Cuisine di HOMST iaitu seperti di cawangan Kota Damansara, Shah Alam Seksyen 13, Kajang dan Bangi Gateway Shopping Mall...


P.S - Sampai sekarang aku masih tertanya apa maksud HOMST tu ? Huhu


**Terima kasih kerana membaca entri HOMST Taman Tun Dr. Ismail

Wednesday, 26 March 2014

WW - Penghilang Dahaga Musim Panas

> Whats Up Guys...

WW - Penghilang Dahaga Musim Panas
 WW - Penghilang Dahaga Musim Panas


NOTA SKYTECH :

Masih lagi terbayangkan kenikmatan yang dirasai setiap kali menghirupnya...memang penghilang dahaga musim panas...hee

**Terima kasih kerana membaca entri WW - Penghilang Dahaga Musim Panas

Thursday, 20 March 2014

Film Review - Need For Speed

> Whats Up Guys...

Need For Speed...Haa, ada yang pernah layan main game racing ni dulu tak ? Memang terbaik game ni sampai aku fed up nak habiskan...haa, apa yang aku ingat la kan...kali terakhir aku melayan main game ni adalah Need For Speed : Most Wanted (2012)...itu pun dapat habiskan separuh jalan saja...tak habis main pun...huhu...lepas tu aku terus berhenti da layan games...HAHA...

Haa, tapi bila sudah terlayan trailer movie ni beberapa bulan lepas yang diadaptasi daripada game Need For Speed keluaran Electronic Arts ni...memang makin excited la nak tunggu ianya ditayangkan di pawagam dan tetiba rasa macam nak main balik games NFS ni...HAHA...haa, bila movie ni da ditayangkan di pawagam...memang terus terjah pawagam la...jom layan review movie Need For Speed pula kali ni...hee...

Film Review - Need For Speed
Need For Speed

Synopsis : Tobey Marshall is a former race car driver who owns an upstate New York garage, where he and his friends tune performance cars. Struggling to make ends meet, he and his crew participate in street races after hours. One day, Dino, Tobey's former rival, arrives at his garage with a Shelby Mustang that Carroll Shelby had worked on before his death. Dino wants Tobey and his crew to complete the project in exchange for 25% of the car's estimated selling price of $2 million. Despite objections from the crew, Tobey agrees to the deal.


Upon completion of the project, the Shelby Mustang is put up for auction at a party. Tobey and Dino meet Julia, an Englishwoman who agrees to pay $3 million if the car can go over 230 mph, as Tobey claims. The next morning at a nearby track, Tobey gets the Mustang to reach 234 mph, prompting Julia to purchase it for $2.7 million. Later, Dino challenges Tobey and his partner Little Pete to race his father's three illegally imported Koenigsegg Agera S from his mansion to a bridge over the interstate. If Tobey wins, he gets Dino's 75% of the Mustang deal; if he loses, he gives up his 25%. During the race, Dino tags Little Pete's car, sending it flipping down a ravine before bursting into flames. Dino disappears from the scene, and Tobey is sent to jail for involuntary manslaughter, as there is no evidence pointing to Dino's involvement...
TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum layan review movie Need For Speed ni...jom kita layan trailer movie ni dulu..."EA Sport...to the game..."  Ehh, tersilap pula...pengaruh game kuat sangat ni...HAHA


#MyReview "Need For Speed"

  • Filem Need For Speed adalah sebuah filem aksi yang telah diarahkan oleh Scott Waugh dan ianya diadaptasi daripada siri game popular Need For Speed keluaran Electronic Arts dan ianya dibarisi pelakon seperti Aaron Paul (Tobey Marshall), Dominic Cooper (Dino Brewster), Imogen Poots (Julia Maddon), Scott Mescudi (Benny/Liar-1/Maverick), Harrison Gilbertson (Little Pete Coleman), Ramón Rodríguez (Joe Peck), Rami Malek (Finn), Michael Keaton (Monarch), Dakota Johnson (Anita Coleman) dan Stevie Ray (Bill Ingram)
  • Pada awal cerita, garaj Tobey telah didatangi Dino iaitu bekas saingannya...dan Dino telah membawa sebuah kereta Shelby Mustang milik Carroll Shelby...Dino meminta Tobey dan krew nya untuk menyiapkan projek tersebut dan sebagai balasan, Dino bersetuju untuk memberi 25% daripada hasil jualan kereta tersebut yang dianggarkan berharga paling kurang bernilai $2 juta...adakah Tobey akan bersetuju dengan tawaran itu ? 
Need For Speed Movie - Shelby Mustang GT500KR

  • Setelah projek tersebut berjaya, Dino telah meletakkan harga Shelby Mustang tersebut bernilai $3 juta di satu jualan lelongan...seseorang telah berminat untuk membeli Shelby Mustang tersebut dengan harga $XX juta dengan syarat kereta tersebut boleh mencapai kelajuan yang paling laju ianya boleh capai...240 mph...dapatkah kereta tersebut dijual dengan harga $3 juta seperti yang Dino mahukan ?
  • Kenapa Dino seperti tidak berpuas hati dengan Tobey walaupun kereta tersebut telah berjaya dijual ? Kemudian, Dino telah mencabar Tobey untuk berlumba dengannya...dan Pete, iaitu teman baik Tobey juga ingin menyertai perlumbaan itu sekali kerana untuk memberi sokongan kepada Tobey...
Need For Speed Movie - Koenigsegg Agera Kemalangan
Koenigsegg Agera milik siapakah yang terbakar ? 

  • Kenapa agaknya Tobey terlalu marah selepas kejadian tersebut ? Apakah yang berlaku sebenarnya pada masa itu ? Tobey telah dipenjarakan selama 2 tahun atas kesalahan yang tidak dia lakukan...selepas dia telah bebas daripada penjara, Tobey telah berazam untuk mencari Dino sampai jumpa...kenapa agaknya ?
Shelby Mustang GT500KR

  • Tobey mendapat info bahawa Dino akan menyertai perlumbaan De Leon dan Tobey telah menghubungi orang yang telah membeli Shelby Mustang daripada Dino dua tahun lepas untuk meminjam kereta tersebut untuk memasuki perlumbaan De Leon yang akan diadakan dalam masa dua hari lagi...adakah Tobey akan pergi bersendirian saja dari New York ke San Francisco ? Adakah krewnya akan ikutnya bersama ? Dan sempatkah Tobby untuk sampai ke sana dalam masa kurang 48 jam daripada masa perlumbaan De Leon ?
Need For Speed Movie - Vrooommm

  • Dino mendapat tahu bahawa Tobey sudah dibebaskan daripada penjara dan Tobey sedang dalam perjalanan menuju ke San Francisco untuk menyertai perlumbaan De Leon...disebabkan Dino tidak mahu Tobey menyertai De Leon, Dino telah menawarkan sebuah Lamborghini edisi terhad miliknya yang hanya ada 3 buah saja di dunia kepada sesiapa saja yang berjaya menghalang Tobey daripada tiba di perlumbaan De Leon tu...adakah rancangan Dino akan berjaya untuk menghalang Tobey ?
  • Ada beberapa kejadian yang menarik dan mendebarkan yang terjadi semasa Tobey dalam perjalanan ke San Francisco...ada part yang sangat mendebarkan...dan ada juga part yang kelakar...tapi ada satu part tu, serius memang cukup style cara dorang mengisi minyak...perghhh...haa, pergi la tengok sendiri di pawagam kalau nak tahu apakah yang terjadi sebenarnya...heee
Need For Speed
Need For Speed

  • Kemunculan sebuah Koenigsegg Agera berwarna merah di garisan permulaan perlumbaan De Leon telah mengejutkan Dino...kenapa agaknya Dino agak terkejut pada masa tu ? Dan persoalannya sekarang, siapakah yang akan memenangi perlumbaan De Leon tersebut ?
  • Daripada segi plot dan jalan cerita daripada permulaan agak menarik...ada bahagian aksi, sedih, lawak...haa, part lawak tu terus aku teringat dengan watak Roman Pearce dalam movie siri Fast & Furious...serius...HAHA...watak Maverick ni memang terbaik la, penuh dengan kejutan...siapa yang sudah tengok mesti setuju dengan aku kan...HAHA...nak tahu kenapa kena tengok sendiri la...hee
  • Bahagian akhir sekali macam tergantung pula ceritanya...haa, mungkinkah akan ada sambungan Need For Speed 2 nanti ?

Rating : 4.5 out of 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie Need For Speed ni memang best walaupun boleh dikatakan semua pelakonnya kurang familiar...tapi janganlah pula korang bandingkan movie ni dengan siri movie Fast & Furious tu...siri movie tu sudah sememangnya terbaik...haa, dan part yang paling best adalah kemunculan beberapa buah supercar seperti Lamborghini Sesto Elemento, McLaren P1, GTA Spano, Bugatti Veyron, Koenigsegg Agera, Shelby Mustang GT500 dan Saleen S7 memang cukup buat aku teruja...geram kot tengok semua kereta tu lagi-lagi Koenigsegg Agera tu...da la smart...speed dia jangan cakap la...kalau la dapat sebiji kereta tu...perghhh...hee


P.S - Banyak lagi review movie best akan menyusul lagi selepas ni...stay tuned ! hee

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Need For Speed

Monday, 17 March 2014

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

> Whats Up Guys...

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ? Haa, bagi blogger yang telah hadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 pada minggu lepas, pasti korang akan mendapat sebuah buku edisi khas terbitan Denaihati...haa, sudah habis baca ke belum buku tu ? Ataupun ianya masih lagi belum terusik dalam goodies bag yang korang dapat masa event tu ? Hee...

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

Sejujurnya, memang aku sangat tertarik dengan kulit buku Denaihati ni bila tengok buat pertama kalinya dan keterujaan ingin membaca buku ni semakin bertambah...jika korang seorang blogger, pasti korang nak tahu rahsia kejayaan, kisah suka dan duka Denaihati sepanjang mengendalikan blog Denaihati.com...antara pencapaian blog Denaihati adalah  : 

  • Top 10 blog Malaysia mengikut ranking Alexa
  • MSMW Best Of Best Blog 2012
  • MSMW Most Creative Blog 2013
  • MyNic Best Personal Blog 2013
  • MSMW Best Micro Blog 2014

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

Huh, memang tersangatlah rugi kalau korang masih belum habis membacanya lagi...sebab...pertama sekali, buku ni bukan hanya sekadar hiasan dan bukannya buku biasa yang diletakkan dalam goodies bag yang korang dapat semasa event Sepetang Bersama Blogger 2014 hari tu...kedua, perkongsian ilmu dan kisah dalam buku Denaihati sangat menarik yang memuatkan pelbagai kisah, tips blogging, pengalaman hidup dan pelbagai kisah lagi yang dimuatkan dalam buku yang setebal 210 muka surat ni...

Hidup Untuk Memberi
Hidup Untuk Memberi

"Hidup Untuk Memberi"...tagline yang sememangnya tidak asing lagi dalam dunia blogging Malaysia, Indonesia dan Brunei...haa, apa yang menariknya di dalam buku tersebut adalah perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat termasuklah pelbagai informasi mengenai dunia blogging, santapan minda, catatan kembara team Denaihati, kisah keluarga, perihal agama dan banyak lagi...

Catatan kisah kembara dunia team Denaihati ke negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, China, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jordan, Palestine, German, Austria, Republik Czech, Italy, England, Perancis dan New Zealand...memang sangat menarik bila baca semua kisah kembara dunia Denaihati...banyak gambar yang menarik dikongsikan di dalam buku ni...memang santai saja bila membaca semua kisahnya...maklumlah, aku ni belum pernah lagi menjejakkan kaki di negara orang ni...tu yang overexcited lebih tu...haa, untuk membaca kisah penuh kembara Denaihati bolehlah terus ke blog kembara Denai.my...

Tips Menulis Entri Blog Denaihati

"Berusaha untuk tidak menulis kerana terlalu mengejar SEO tetapi cuba pastikan 
setiap penulisan mengikut aturan SEO - Kujie2.com "


Ya ! Serius, aku memang setuju sangat dengan pendapat Kak Jie ni...haa, beberapa tips SEO sudah didedahkan...cuma tinggal untuk dipraktikkan saja lagi...pada pendapat aku la kan, setiap blogger tu memang perlu tahu apa itu SEO...haa, itulah antara tips yang menarik yang aku baca dalam buku ni...selepas ni, memang kena hadamkan betul-betul kesemua 11 tips yang diberikan tu...ada beberapa tips tu memang sudah lama aku praktikkan...memang berhasil...apa yang penting kena berani gagal...bukan gagal sekali terus gagal selamanya...nak tahu apa lagi yang best dan menarik dalam buku ni...serius, korang kena baca buku ni...takkan rugi...sebab banyak ilmu di dalamnya pasal dunia blogging ni...

Berani Gagal

Sememangnya blogger yang telah menghadirkan diri di event Sepetang Bersama Blogger 2014 hari itu tersangatlah beruntung sebab dapat buku ni secara PERCUMA...tetapi ilmu dan input di dalam buku ni sangat berharga yang tidak boleh didapati di mana-mana...

" Apa yang kurang agaknya mengenai Buku Denaihati ? "

Sebenarnya, tiada apa sangatlah pasal kekurangan buku Denaihati ni...cuma ianya tiada isi kandungan dan muka surat saja...hee...kalau ada isi kandungan mungkin lebih baik...senang nak cari topik yang kita nak baca...lagi satu, memang ada perasan kesalahan ejaan tapi tidak banyak la...mungkin kali pertama, boleh diperbaiki lagi untuk masa akan datang...haa, tu cuma pendapat aku saja la...no hard feeling OK...memang terbaiklah Team Denaihati, bertungkus-lumus menyediakan buku ni...saiz yang kecil tetapi ilmu di dalamnya memang power...hee


NOTA SKYTECH :

Bagi sesiapa yang teringin untuk mendapatkan buku Denaihati ni...haa, korang boleh la terus ke http://kedai.denaihati.my dengan harga RM39...stok terhad tu...haa, baik korang cepat bertindak sebelum terlambat...hee


P.S - Kalau aku dedahkan semua apa yang menarik dalam buku Denaihati ni, 
tak syok la bagi sesiapa yang belum habis membacanya lagi kan...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

Thursday, 13 March 2014

Kenapa TOSHIBA Menjadi Pilihan ?

> Whats Up Guys...

Akhirnya, setelah sekian lama...bertemu juga dengan teman pengganti ACER setelah hampir sebulan aku hidup tanpa laptop di sisi...sebulan tanpa update entri...tanpa blogwalking...haa, sebelum buat keputusan untuk beli laptop baru ni...puas juga la aku survey mengenai semua jenama laptop yang ada dijual di sekitar Kuala Lumpur ni...terima kasih kepada pakcik Google kerana memudahkan kerja aku untuk mencari segala maklumat yang diperlukan...semuanya hanya di hujung jari...

"Mana satu nak pilih ni ?"

Laptop jenama ACER, TOSHIBA, LENOVO dan DELL menjadi empat pilihan yang terakhir...ikut bajet yang ada la...hee...pada mulanya aku sendiri buntu nak pilih jenama yang mana satu...bila tanya member aku...ada yang kata jenama ni bagus la...seorang lagi kata jenama ini lagi bagus la...ada yang kata jenama ni paling bagus la...adehhh...pening laaa !! HAHA...sebenarnya, kalau ikutkan perancangan...selepas habis saja event Sepetang Bersama Blogger 2014 hari tu, memang aku nak terus pergi beli saja laptop ni tapi bila da lepak minum dengan Boni Kacak, Kozumi Ro, Irwan Alessa, Zarul Husin dan emcee event semasa #SBB2014 hari tu, Hilal Azmi...memang terus cancel la...hee...dan terpaksalah ditunda ke hari keesokannya plan nak beli laptop ni...huhu

Plaza Low Yat - Malaysia's Largest IT Lifestyle Mall
Plaza Low Yat - Malaysia's Largest IT Lifestyle Mall

Plaza Low Yat ? Kenapa aku pilih untuk beli di Low Yat ? Haa, jawapannya mudah...terlalu banyak pilihan sampai tidak tahu nak pilih yang mana satu tetapi...haa, tapi sebelum nak beli tu...memang aku akan Google awal-awal untuk checked nama kedai yang sah menjual laptop jenama yang aku sebutkan di atas tadi...rasanya lebih kurang 1-2 jam juga la aku berlegar kat dalam tu Plaza Low Yat tu...masa dalam proses survey laptop tu, tetiba pandangan mata ternampak laptop jenama TOSHIBA ni...haa, mana satu agaknya laptop yang aku maksudkan dalam gambar di bawah ni ? 

TOSHIBA - Leading Innovation
TOSHIBA - Leading Innovation

Bila sudah jatuh cinta pada pandangan pertama dengan laptop Toshiba model tu...aku cuba la search di dalam laman web Toshiba Malaysia...memang ada tersenarai 3-4 kedai yang sah menjual laptop ni di Plaza Low Yat ni...Tapi Kenapa TOSHIBA menjadi pilihan ? Bila aku sudah meneliti spesifikasi laptop Toshiba Satellite L40-AS109XB ni :

  • PROCESSORIntel® Core™ i5-3337U (1.8GHz, up to 2.7GHz, 3M Cache)
  • OPERATING SYSTEM - Windows 8 Single Language
  • MEMORY - 4096MB DDR3 1600MHz SDRAM expandable to 16385MB
  • DISPLAY SIZE - 14.0" WXGA HD Clear SuperView LED Backlight TFT display (16:9), resolution 1,366 X 768
  • GRAPHICSNVIDIA® GeForce® GT 740M with Optimus technology
  • HARD DISK DRIVE - 750GB (SATA) with shock absorbers
  • OPTICAL DRIVE - DVD SuperMulti Double Layer Drive
  • INTERFACES - 2 x USB 3.0 (Sleep & Charge), 1 x USB 2.0
  • SOUND SYSTEMOnkyo® Stereo speakers enhanced with DTS Sound™
  • CAMERA - Built-in HD Web Camera with Microphone and Toshiba Smartface™ Technology
  • BATTERY - Litihium Ion Prismatic 43Wh
  • WEIGHT - Starting from 1.95kg

Wow ! Ianya menggunakan processor Intel® Core i5, OK la tu...nak cari yang guna processor Intel® Core i7...nanti bajet lari la pula...hee...graphics pun NVIDIA® GeForce® GT 740M...hard disk drive pula berkapasiti 750GB, bateri tahan lama...warranty TOSHIBA pun 3 tahun...tapi warranty bateri hanya 1 tahun saja la...haa, harganya pun cun...RM2199...tapi masa aku beli tu dapat diskaun...dapatlah harga di bawah RM2k dan ianya masih dalam range bajet aku saja...kalau ikutkan spesifikasi laptop...harga tu memang da elok sangat la tu...cun la...hee

Haa, sebelum buat keputusan nak beli tu...aku tanya dulu antara jenama ASUS dan TOSHIBA yang sama kelasnya, mana lagi OK ? Sebab dalam kedai yang aku pergi tu memang ada jual laptop jenama ASUS sekali...hee...tu yang tanya soalan tu...terus dia jawab TOSHIBA lagi bagus...hee...OK, pilihan muktamad...memang terus pilih jenama TOSHIBA...kenapa aku tak pilih ACER ? Sebab ACER aku da pernah guna dulu sejak tahun 2009, hanya bertahan 5 tahun saja la...jadi, kali ni nak tukar angin la pula guna laptop jenama lain...hee

Toshiba Satellite L40 Menjadi Pilihan
Toshiba Satellite L40

Haa, korang boleh agak tak aku akan pilih warna apa ? Sudah semestinya korang sudah boleh agak punya la kan ? HAHA...Untuk model ini hanya terdapat 4 variasi pilihan warna iaitu White, Blue, Gold dan Silver...dan kebetulan memang warna itu saja yang ada dalam stok mereka masa tu...dapat percuma wireless mouse pun berwarna biru juga...memang tiada pilihan lain la kan...hee...TOSHIBA Satellite L40-AS109XB Serba Biru...Welcome To The Family...!! 

Toshiba Satellite L40-AS109XB Serba Biru Menjadi Pilihan
Toshiba Satellite L40-AS109XB Serba Biru

NOTA SKYTECH :

Harap lepas ni boleh la teruskan blogging macam biasa la dengan TOSHIBA Serba Biru ni...sebelum ni hampir sebulan tergendala aktiviti blogging bila tiada laptop ni...rasa macam baru mulakan blogging balik saja lepas sebulan tak aktif blog ni...HAHA

P.S - Semuanya serba biru tu...wireless mouse warna biru...
pendrive pun biru...tu yang tak boleh blah tu ! HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Kenapa TOSHIBA Menjadi Pilihan ?

Wednesday, 12 March 2014

WW - Teman Pengganti ACER

> Whats Up Guys...

WW - Teman Pengganti ACER
WW - Teman Pengganti ACER


NOTA SKYTECH :

Akhirnya, sudah jumpa teman pengganti ACER selepas hampir Sebulan Tanpa Laptop...

**Terima kasih kerana membaca entri WW - Teman Pengganti ACER

Tuesday, 11 March 2014

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah Tetapi...

> Whats Up Guys...

Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014 telah pun berlalu dan kali ini memang ternyata ianya lebih meriah daripada tahun yang sebelumnya...dan tahun merupakan tahun yang kedua aku sertai event #SBB ni...serius meriah, tak tipu punya...haa, kenapa aku kata event ni lebih meriah daripada tahun sebelumnya ? Kenapa agaknya ?

Haa, dan yang lebih menariknya lagi...ianya telah disertai lebih daripada 340 blogger seluruh Malaysia termasuklah beberapa orang blogger daripada negara seberang, Indonesia dan merupakan perhimpunan blogger terbesar di Malaysia tahun ini buat masa sekarang ini...fuyoooo ! Betul ke ?

Kisah Sepetang Bersama Blogger 2014

Haa, majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 kali ini telah diadakan di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Jalan Ampang Kuala Lumpur...huh, kalau ikutkan hati nak saja tegur semua blogger di event #SBB2014 ni...tapi...biarlah aku seorang saja tahu kenapa...hee

Perjumpaan Mega Blogger Asia Tenggara
Perjumpaan Mega Blogger Asia Tenggara

Haa, tapi itulah sebenarnya itulah tujuan event sebegini diadakan...untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara blogger yang selama ini hanya bertemu di alam maya saja selain dapat membina rangkaian yang lebih luas lagi dengan bertukar-tukar idea dan pendapat...bukannya tulis blog syok sendiri...haa, lagi satu...sangat rugi kalau tak bawa name card kalau join event besar macam ni...

"Aku bawa kad pun tak habis...segan punya pasal nak bagi kad...
separuh saja la luak...HAHA"

Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Selain daripada itu, perkongsian ilmu dan tips blogging daripada panel blogger yang dijemput khas oleh team Denaihati seperti Ben Ashaari, Redmummy, Zarul Husin, Shafie Bustan dan Hazman Fadzil yang boleh dikatakan pakar dalam niche blog masing-masing...berkongsi tips dan input yang berguna kepada semua...sudah pasti kesemua tips yang dikongsikan oleh mereka akan membakar lagi semangat blogger untuk teruskan berblogging dan membina jenama blog dan seterusnya menghasilkan blog yang berkualiti...

Panel Blogger di Sepetang Bersama Blogger 2014

"iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini...wahhh !! "

Kalau sertai event #SBB ni...acara yang paling dinantikan pastinya acara cabutan bertuah...hadiah cabutan bertuah kali ni memang SUPERBB la...iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini dan banyak lagi...tapi yang pastinya 3 gadget tu yang paling dinantikan rasanya...dan yang buat hati jadi sebak apabila Yeop Mazri yang datang dari jauh dengan menaiki KTM daripada Perak semata-mata untuk sertai event #SBB2014 memenagi iPhone 5C atas usahanya yang tidak segan memberikan kad bloggernya kepada blogger yang dia jumpa di event hari tu walaupun baru kali pertama berjumpa...serius, aku memang tabik kat dia...dan dia layak untuk memenangi hadiah tu...

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah tetapi...sebenarnya aku kecewa la sikit sebab kali ni nama aku tak naik langsung untuk acara cabutan bertuah...HAHA...tahun lepas ada la juga nama naik untuk cabutan bertuah ni...hee...tiada rezeki...mungkin lain kali agaknya...siapa tahu kan...tidak mengapa la...fokus aku pun bukan hanya untuk cabutan bertuah ini...tetapi input daripada event ini yang paling utama...

Sepetang Bersama Blogger 2014
Sepetang Bersama Blogger 2014

Sekalung tahniah buat team Denaihati Network atas usaha yang keras selama berminggu-minggu untuk pastikan majlis ini berjaya ! Event #SBB2014 tahun ini lebih tersusun dan teratur...harap untuk event blogger yang akan datang...akan lebih best lagi dan boleh ditambahbaik...Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 Terbaik !!

**Terima kasih kerana membaca entri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah Tetapi...

Friday, 7 March 2014

Film Review : Non-Stop

> Whats Up Guys...

Non-Stop...Bila tertengok trailer movie ni masa tengok wayang beberapa minggu sebelum movie ni mula ditayangkan di pawagam...Liam Neeson pula pelakon utamanya...macam best saja...mesti aku akan terjah pawagam punya la...bagi aku la kan, lakonan Liam Neeson ni memang ada style tersendiri...siapa yang layan movie yang dia pernah berlakon tahu la...hee...haa, lagi la aku makin excited nak tunggu movie ni ditayangkan di pawagam...lagipun sudah lama juga aku tak tulis review movie dalam blog kan...hee...

Erm, bukannya aku tak layan langsung movie selama sebulan aku menghilangkan diri ni dari dunia blog...tapi banyak movie yang aku sudah tengok tapi tak berapa best...bagi aku la...macam movie Snowpiercer dan American Hustle...tu yang agak kecewa sikit tu...tapi movie Non-Stop ni best ke tak ? Jom layan review movie Non-Stop kali ni...hee

Film Review - Non-Stop
Non-Stop

Synopsis : Bill Marks is an alcoholic U.S. federal air marshal, his daughter died at age eight from cancer, his wife divorced him, and he enrolled in the Air Marshal service despite a fear of airplane takeoffs after he was discharged from the police force. On a non-stop flight from New York to London aboard British Aqualantic Flight 10, Jen Summers sits next to Marks after switching seats with cellphone programmer Zack White, who has already had several run-ins at the airport with Marks.

Non-Stop - Liam Neeson as Marshal Bill Marks

Midway over the Atlantic Ocean, Marks receives text messages on his secure phone stating that someone on the plane will die every 20 minutes unless $150 million is transferred into a specific bank account. Breaking protocol, Marks consults with Jack Hammond, the other air marshal on the flight. Hammond is revealed to be smuggling cocaine in a briefcase and Marks ends up killing him in a lavatory following an altercation; this occurs exactly at the 20 minute mark, resulting in the first death. As Marks attempts to stall for time with the texter, he works with the flight crew and Summers to discover the texter's identity. When 20 minutes runs out again, Captain David McMillan suddenly dies of poisoning...
TO BE CONTINUED...

Haa, sebelum layan review movie Non-Stop ni...apa kata jom layan trailer movie ni dulu...boleh trauma bila nak naik flight ni...hee


#MyReview "Non-Stop"

  • Filem Non-Stop adalah sebuah filem French-American bergenre mystery-thriller yang diarahkan oleh Jaume Collet-Serra yang dibarisi pelakon hebat seperti Liam Nesson (Bill Marks), Julianne Moore (Jen Summers), Michelle Dockery (Nancy Hoffman), Nate Parker (Zack White), Linus Roache (Captain David McMillan), Scoot McNairy (Tom Bowen), Corey Stoll (Austin Reily), Omar Metwally (Dr. Fahim Nasir) dan Jason Butler Harner (Co-pilot Kyle Rice)
  • Bill Marks, seorang Air Marshal yang kurang gemar menaiki kapal terbang...takut ke ? HAHA...ada satu scene yang mungkin boleh buat korang gelak masa penerbangan tanpa henti dari New York ke London tu sebab kesian tengok watak Bill ni...penakut naik kapal terbang tapi kenapa boleh jadi Air Marshal ? HAHA
  • Beberapa jam selepas penerbangan, Bill menerima satu mesej yang berbaur ugutan dan penghantar mesej tersebut mendakwa dia adalah salah seorang daripada penumpang dalam flight yang sama dengan Bill...siapakah agaknya ? Dan kenapa "pengirim misteri" tersebut menghantar mesej sebegitu ?
Non-Stop - Jen Summers and Bill Marks

  • Selepas berbalas mesej dengan "pengirim misteri" tu, Bill yakin yang mesej itu bukan satu mainan...ianya satu ugutan dan "pengirim misteri" tersebut meminta Bill untuk memasukkan sejumlah wang sebanyak 150 juta US Dollar ke dalam satu akaun bank...jika tidak, setiap 20 minit pasti akan ada penumpang yang mati...adakah Bill akan menunaikan permintaannya ?
  • 20 minit yang pertama...sememangnya ada individu yang mati...seterusnya 20 minit berikutnya...ada lagi individu yang mati...perghhh...
  • Bill tidak tahu siapa yang harus dipercayainya di dalam flight tersebut...tapi ada beberapa individu yang Bill percayai antara 150 orang di dalam kapal terbang British Aqualantic Flight 10...antaranya adalah Jen Summers, individu yang duduk disebelahnya yang bertukar tempat dengan Zack White semasa awal penerbangan...dan seorang lagi adalah Nancy Hoffman, salah seorang pramugari dalam flight tersebut...
Liam Neeson - Non-Stop

  • Haa, perkara yang lebih buruk terjadi apabila Bill dituduh oleh media dan kerajaan cuba untuk hijacked kapal terbang tersebut selepas video Bill melakukan pemeriksaan terhadap beberapa suspek diupload di media dan berita tersebut tersebat luas dengan pantas...
  • Bill sengaja melengahkan masa untuk mencari jalan bagaimana untuk mengesan "pengirim misteri" tu...dan tiba-tiba. pengirim misteri" tu seolah tidak boleh bersabar lagi dengan Bill dan bertindak menghantar satu mesej iaitu ACTIVATE...dan Bill tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku...beberapa minit kemudian, Bill menemui sebuah bom yang diletakkan dalam briefcase yang akan meletup dalam 30 minit...erkk...
  • Dapatkah bom tersebut dimatikan dan apakah kesudahan nasib kesemua penumpang yang lain yang tidak bersalah dalam insiden tersebut ? Dan apakah niat sebenar "pengirim misteri" tersebut terhadap Air Marshal ?
Non-Stop

  • Plot dan jalan cerita yang agak menarik dan sangat mendebarkan daripada awal cerita sehinggalah ke akhir cerita...pengarah memang sengaja untuk buat menonton meneka sendiri siapakah penjenayah yang sebenarnya...sampaikan aku sendiri boleh tersilap meneka penjenayah tu...HAHA...kebanyakan penumpang dalam flight tu semua muka macam penyangak...memang susah la nak teka kan...dan yang paling penting, siapakah agaknya penjeyah tersebut ye...haa, kena la tengok sendiri di pawagam...huhu
  • Bahagian akhir tu macam ada kurang sikit...kenapa ? Haa, tengok la sendiri...lepas tu korang nilaikan la sendiri...hee

Rating : 4 out of 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie Non-Stop ni bagi aku OK la...tidaklah terlalu mengecewakan sangat...best pula rasanya main teka-teki siapakah "pengirim misteri" masa tengok movie ni...anggota NYPD pun muka macam penjenayah...apa kes ? Serius...sememangnya dia tu adalah suspek yang aku syak tapi ternyata bukan dia la...HAHA...tengok dua kali di pawagam pun masih boleh rasa debarannya...coming soon punya movie macam banyak yang best saja...Get Ready !! Hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Non-Stop

Monday, 3 March 2014

Sebulan Tanpa Laptop

> Whats Up Guys...

Sebulan Tanpa Laptop...hampir sebulan juga la menyepi seketika daripada dunia blog ni...serius aku memang tersangat la rindu kat dunia blog ni...nak menaip entri...tulis review movie baru yang sedang ditayangkan di pawagam...nak blogwalking sana sini...fuhhh, habis tergendala semuanya selama sebulan disebabkan laptop "bertuah" ni buat hal...bila sebulan tak buka blog langsung...hampir 4k komen masuk dalam SPAM...perghhh...memang penat la nak delete semua tu...huhu

Sebulan Tanpa Laptop
Laptop "bertuah" buat hal la pula...

Haa, bila laptop yang selama ni sudah berkhidmat dengan aku selama lebih kurang 5 tahun sejak tahun 2009 lagi tetiba buat hal pula...bahagian highlight to non-stop bergerak...mungkin aku terlalu geram sangat masa tu...TERHEMPAS laptop "bertuah" ni...habis KO...haa, ni makan dia...kan da merasa sebulan hidup tanpa laptop...amacam, best tak ? HAHA...

Nak hantar repair ? Entah la...baik beli baru daripada hantar repair...nanti rosak balik...sejak beberapa bulan lepas lagi memang sudah menunjukkan tanda-tanda hampir KO...awal bulan Februari juga tamat riwayatnya....mungkin sudah sampai masa tukar baru agaknya kot...heee...laptop jenama apa yang korang rasa OK yang boleh korang recommend ? Macam ada yang tak kena saja bila laptop tiada disisi saat aku memerlukannya...huhu


NOTA SKYTECH :

#SBB2014 sudah makin hampir ni...It's The Final Countdown #SBBYEOS2014 !! Huhh, makin terasa pula bahangnya...tu yang gagahkan juga update blog walaupun bukan guna laptop sendiri...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Sebulan Tanpa Laptop
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mei 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com