Wednesday, August 27, 2014

WW - Hampir Pecah Rekod

> What's Up Guys...

WW - Hampir Pecah Rekod
Hampir Pecah Rekod


NOTA SKYTECH :

Sikit lagi nak pecahkan rekod lama...bila sesekali buat kerja gila macam ni memang best ! HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri WW - Hampir Pecah Rekod

Sunday, August 24, 2014

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments

> What's Up Guys...

Haa, kali ini apa agaknya menu istimewa yang telah diperkenalkan dalam menu terbaru Kenny Rogers Roasters Malaysia ? Beberapa hari lepas bertempat di Kenny Rogers Berjaya Times Square, sekali lagi aku dan beberapa blogger lain telah berpeluang untuk merasai dan mencuba sendiri menu terbaru Kenny Rogers Beef N' Reef Moments...

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments
Kenny Rogers Beef N' Reef Moments

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Beef Steak

Menu kali ni adalah menu berasaskan daging lembu pula diperkenalkan iaitu Signature Grilled Beef Steak...daging lembu import yang diperap dengan herba...dan dihidangkan sekali bersama grilled tomato, mashed potato dan garlic butter mixed veggies..ditambah pula dengan sos black pepper yang pekat...memang kena la kombinasinya kan...haa, dagingnya pun memang agak lembut dan mudah untuk dipotong dan dikunyah...hee...dan yang paling penting ianya grilled...ianya merupakan salah satu menu yang terdapat dalam Kenny Rogers Beef N' Reef Moments bermula 11 Ogos 2014 yang lalu...

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Beef Steak
Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Beef Steak

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Fish Fillet

Selain daripada menu Signature Grilled Beef Steak...menu berasaskan ikan juga diperkenalkan iaitu Signature Grilled Fish Fillet...isi ikan yang dipanggang sehingga golden brown...dihidangkan dengan KRR aromatic rice dan garlic butter mixed veggies...

Haa, sejujurnya aku bukanlah penggemar ikan sangat tapi ternyata menu fish fillet ni menjadi kesukaan aku di antara dua menu terbaru ni...isi ikannya memang fresh...dan apa yang pasti kulit ikannya memang rangup...memang diperisakan dengan baik...dan yang paling penting ianya tanpa tulang...haa, da nama pun fillet kan...tapi menu ini hanya boleh didapati di KRR bermula daripada 1 September 2014 saja...bagi yang gemar dengan rasa masam tomato tu boleh disarankan untuk mencuba menu ni nanti...

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Fish Fillet
Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Fish Fillet



Haa, tidak pasti nak order minuman apa bila menikmati menu Beef N' Reef Moments ni...apa kata order minuman Ice Lemon Tea...tapi ini hanya cadangan aku saja...sebab bagi aku minuman ni memang kena dengan menunya...baru terasa nikmatnya...ternyata ia memang menyegarkan apatah selepas menikmati dua hidangan ini..tapi kalau nak order air lain pun apa salahnya kan...sebab minuman tidak didatangkan sekali dengan set menu ni...hee...

Signature Grilled Fish Fillet dan Ice Lemon Tea
Signature Grilled Fish Fillet dan Ice Lemon Tea

Haa, ada soalan trivia ni...korang rasa isi ikan apa yang digunakan dalam menu terbaru Kenny Rogers ni ? Hee...

Muffin Maniac Challenge

Haa, sebelum tunggu dish yang korang order tu sampai...apa kata jom layan game Muffin Maniac ni dulu sambil layan Ice Lemon Tea...hee...boleh download game ni di Google Play ataupun di App Store...dan mula bermain...apa yang menariknya game Muffin Maniac ni ?

KRR Ice Lemon Tea
Ice Lemon Tea

Bermula 11 Ogos 2014, Kenny Rogers Roasters Malaysia telah memperkenalkan satu promosi yang membolehkan setiap pelanggan yang menjamu selera di restoran Kenny Rogers, boleh tebus Jelly Sundae dan 1/2 dozen Kenny's Home-Made Muffins secara PERCUMA jika mendapat markah yang tertentu dan ianya dinamakan Muffin Maniac Challenge...

Terma & syarat :

  • Setiap pelanggan hanya boleh tebus satu (1) hadiah setiap resit (bil minima RM60)
  • Markah mestilah ditunjukkan di telefon pintar/tablet untuk pengesahan dan screenshot tidak akan diterima

Muffin Maniac Challenge
Muffin Maniac Challenge

Hmm, tak susah mana pun game Muffin Maniac ni...senang sangat nak skor...kalau skor poin antara 200-379 poin...boleh dapat secara PERCUMA satu Jelly Sundae (RM8.90*) dan jika dapat skor melebihi 380 poin...dapat PERCUMA 1/2 dozen Kenny's Home-Made Muffin (RM13.50*)...ala, sambil nak tunggu dish...jom layan game Muffin Maniac ni kalau berkunjung ke restoran KRR...tempoh promosi Muffin Maniac Challenge mungkin hanya TERHAD ni...cepat sebelum terlambat ! Hee...

Haa, tunggu apa lagi...takkan nak tengok saja kan...jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran untuk mencuba menu baru yang ditawarkan untuk Kenny Rogers Beef N' Reef Moments...

Less fat...Less salt...Less calories...



NOTA SKYTECH : 

Untuk lebih info mengenai promosi terbaru di KRR Malaysia, jom kita terjah Laman Web Kenny Rogers Malaysia dan LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia


P.S -  Katanya menu ni akan jadi menu tetap di KRR Malaysia...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Kenny Rogers Beef N' Reef Moments

Tuesday, August 19, 2014

Terima Kasih Sekali Lagi SAMSUNG

> What's Up Guys...

Terima Kasih Sekali Lagi SAMSUNG...Huh, sekali lagi SAMSUNG Galaxy S3 yang aku sudah gunakan hampir 2 tahun buat hal lagi buat kali kedua...sejak beberapa bulan lepas lagi memang smartphone aku ni susah dan lambat nak cas tapi aku buat tak peduli saja...asalkan boleh cas bateri sehingga penuh 100%...tapi beberapa hari lepas memang langsung tak boleh nak cas...rasanya mungkin charger port rosak...haa, sebab tu yang langsung tiada mood nak buka blog apatah lagi update blog langsung sejak beberapa hari lepas...

"Memang terbaik "timing"nya...selepas raya pula boleh buat hal...huhu"

Haa, memang rasa tak senang duduk bila tengok bateri makin lemah dan tak boleh cas langsung...rasa rugi pula tak beli Extra Battery Kit untuk Samsung S3 ni dulu...bila nak cari sekarang ni, sudah tiada jual pula kat outlet Samsung...terus terfikir nak pergi ke Samsung Customer Service di One Utama sebab pada awal tahun ni S3 aku pernah "hang"...masa tu memang terfikir nak tukar saja phone baru tapi sayang pula...sebab ada sentimental value...hee...mujurlah Samsung Customer Service sedia membantu masa tu...Terima Kasih SAMSUNG...haa, kali ni pun terpaksa pergi ke sana lagi la jawabnya...sebab tu yang paling dekat...hee

Terima Kasih Sekali Lagi SAMSUNG
SAMSUNG Smart Care

Bila sampai saja di depan Samsung Customer Service One Utama...terus la pergi ambil nombor giliran...belum sempat nak duduk, nombor sudah dipanggil...terbaik la...memang pantas...sebab tak ramai orang sangat masa tu...

Tapi apa yang peliknya, semasa technician Samsung cuba cas guna charger mereka...boleh pula cas S3 aku tu tapi bila guna aku punya charger, memang tak boleh cas...tak boleh nak buat apa la...memang terpaksa aku relakan Samsung Galaxy S3 aku tu masuk ICU selama beberapa hari nak pastikan apakah masalahnya...sehari selepas tu, Samsung call aku...charger port kena tukar...memang aku sudah agak, charger port tu yang menjadi puncanya...mujurlah tak mahal sangat tukar benda tu...RM80 sekali upah pasang...daripada beli phone baru kan...lagi tinggilah kosnya kan...huhu

Terima Kasih SAMSUNG

Haa, bila da dapat balik phone aku tu balik...baru la rasa lega....lebih kurang 3 hari juga smartphone tiada di sisi...akhirnya sudah boleh cas macam biasa...dan yang paling penting...haa, mujurlah la Samsung S3 aku tu dalam keadaan asal...kalau kena reset balik, memang jenuh nak install balik semua apps...Terima Kasih Sekali Lagi SAMSUNG...

Bagi pengguna smartphone tu...masa nak cabut dan cucuh pengecas tu...jangan terlalu kasar sangat...smartphone ni kan sensitif...dan ianya peringatan untuk diri aku sendiri...tapi bila jadi macam kes aku ni, bila tetiba susah nak cas...mesti korang akan buat secara KASAR juga kan...satu saja sebabnya...sebab geram...kan ? HAHA


NOTA SKYTECH :

Adehh, da la dulu masa S3 aku "hang" awal tahun ni tak sempat nak backup...menangis kot semua contact number hilang...memang menyesal tak sudah tak save dalam sim card...beratus lagu dan gambar hilang...ternyata memang silap aku juga sebab tak simpan semuanya dalam memory card...adehhh...tapi kali ni, belajar daripada kesilapan...buat backup data daripada awal...tak la hilang semua data macam dulu...hee...


P.S - Bila aku terfikir nak tukar phone baru saja...phone terus merajuk...
Terpaksa la lupakan niat tu buat sementara waktu ni...HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Terima Kasih Sekali Lagi SAMSUNG

Thursday, August 7, 2014

Film Review - Guardians Of The Galaxy

> What's Up Guys...

Guardians Of The Galaxy...haa, rasanya ramai peminat movie superhero Marvel's sudah lama menantikan movie ni mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia kan ? Bila tengok trailer movie ni beberapa bulan lepas macam best saja...haa, nak tengok juga apa kelainannya dengan movie superhero Marvel's yang lain...rasa macam da lama betul tak tengok movie baru yang ditayangkan di pawagam ni...kali terakhir tengok wayang rasanya movie Transformers : Age Of Extinction hari tu la...huhu

Haa, tu yang pada hari pertama tayangan movie Guardians Of The Galaxy ni mula ditayangkan di pawagam lagi aku da teruskan misi untuk terjah ke pawagam...semua orang masih dalam mood raya...aku boleh pula layan movie kat pawagam...HAHA...bila tengok movie pada hari pertama tayangan ni memang lain rasanya...betul tak ? hee...kali ni apa kata jom layan review Guardians Of The Galaxy...

Film Review - Guardians Of The Galaxy
Marvel's : Guardians Of The Galaxy

Synopsis : In 1988, following his mother's death, a young Peter Quill is abducted from Earth by the Ravagers, a group of space pirates led by Yondu. Twenty-six years later on the planet Morag, Quill steals an orb only to be intercepted by Korath, a subordinate to the fanatical KreeRonan. Although Quill escapes with the orb, Yondu discovers his theft and issues a bounty for his capture while Ronan sends the assassin Gamora after the orb.

Guardians Of The Galaxy

When Quill attempts to sell the orb on the Nova Corps home world Xandar, Gamora ambushes him and steals it. A fight ensues, drawing in a pair of bounty hunters: the genetically engineered raccoon Rocket, and the tree-like humanoid Groot. The Nova Corps arrives and arrests the group, imprisoning them in the Kyln. A powerful inmate, Drax, attempts to kill Gamora due to her association with Ronan, who killed his family. Quill dissuades him by saying that Gamora can bring Ronan to him. Gamora reveals that she has betrayed Ronan, unwilling to let him use the orb's power to destroy entire planets such as Xandar. Learning that Gamora has a buyer for the orb, Rocket, Quill, Groot, and Gamora work together to escape the Kyln. 
TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum terus skip ke review movie ni...apa kata jom layan dulu trailer movie Guardians Of The Galaxy ni dulu...roll VT !!



#MyReview Guardians Of The Galaxy

  • Filem Guardians Of The Galaxy merupakan filem superhero terbaru keluaran Marvel's Studio yang diarahkan oleh James Gunn yang menggabungkan watak superhero Star-Lord (Chris Pratt), Gamora (Zoe Saldana), Drax The Destroyer (Dave Bautista), Groot (Vin Diesel) dan Rocket (Bradley Cooper) 
  • Pada awal cerita lagi da boleh gelak bila tengok Star-Lord ? Haa, kenapa agaknya Peter Quill menggelarkan dirinya sebagai Star-Lord ? 
  • Siapa sebenarnya Gamora, Drax, Groot dan Rocket tu ?
Marvel's : Guardians Of The Galaxy

  • Bila tengok Watak Star-Lord dalam Guardians Of The Galaxy ni...ni serius aku tengok serupa macam Iron Man...berlagak tak kena tempat ! Tapi....HAHA...
  • Rocket memang genius...tapi hampehh...scene semasa mereka hendak melarikan diri daripada penjara tu memang kelakar habis...Rocket...Rocket...HAHA
  • Watak Groot lagi awesome...belum ada lagi watak superhero macam tu...hee...hanya tahu sebut "I am Groot" saja...tanyalah apa soalan pun kat dia...tu saja dia jawab...bila da nak habis saja baru dia tahu sebut ayat lain...jeng...jeng...jeng...
  • Pada awalnya Drax dan Gamora sebenarnya bermusuhan antara satu sama lain...kenapa agaknya ? Dan bagaimana mereka boleh berbaik ?
  • Mengapakah agaknya Ronan dan Yondu mahukan orb yang ada pada Star-Lord ? Dan daripada mana sebenarnya Star-Lord mendapatkan orb tersebut ? 
Ronan - Guardians Of The Galaxy
  • Siapakah yang menggelarkan Star-Lord, Gamora, Drax The Destroyer, Groot dan Rocket sebagai Guardians Of The Galaxy ?
  • Sesuatu yang tak dijangka berlaku semasa Star-Lord berdepan dengan Ronan...apa agaknya ? Haa, tapi takkan aku nak ceritakan...kena tengok sendiri la...hee
  • Siapakah sebenarnya Star-Lord ni ? Adakah dia cuma manusia biasa ataupun.....

Kenapa perlu tonton Guardians Of The Galaxy ni ?

  • Sejak daripada mula lagi memang aku suka dengan watak Rocket ni...macam tak lengkap kalau tiada dia...muka serius tapi memang kelakar ? Dalam diam kenakan orang...HAHA
  • Plot dan cerita pun agak menarik sebab memang ada kelainan sikit dan berbeza dari segi watak superhero dan jalan ceritanya...costume pun simple saja...tak macam superhero Marvel's yang lain...korang tengok sendiri dan nilaikannya...hee
  • Penuh dengan aksi dan humour...tak percaya ? Pergi la tengok sendiri...boleh tahan gelak tak dengan aksi dorang...hee
Thanos - Guardians Of The Galaxy
  • Haa, siapa yang layan movie Marvel's : The Avengers dulu...mesti ada perasan watak Thanos ni muncul di akhir cerita selepas kredit kan ? Apa kaitannya dengan dengan movie Guardians Of The Galaxy kali ni ? Siapakah Thanos ni sebenarnya ?
  • Tunggu sehingga habis kredit...dan jangan keluar awal dan yang pastinya, memang akan ada sekuel keduanya yang dijangka akan keluar pada sekitar bulan Julai 2017...huhu

Rating : 4.2 out of 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie Guardians Of The Galaxy ni sangat best dan berbeza dengan filem superhero Marvel's yang lain...macam tak puas rasanya tengok...memang berbaloi tunggu movie ni keluar di pawagam sejak beberapa bulan lepas...hmm, nak tunggu sekuel seterusnya lama lagi la pula...huhu...

P.S - Haa, rasanya macam ramai yang belum tengok lagi ni...mood raya la katakan...nak tengok wayang pun malas...HAHA...siapa yang belum tengok movie ni baik pergi terjah pawagam sekarang...lepas ni macam banyak movie best akan keluar...Teenage Mutant Ninja Turtle ? Nak tengok ke tak ni ? heee...

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Guardians Of The Galaxy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com