Tuesday, September 23, 2014

Bungkusan Misteri Daripada TGV Cinemas

> What's Up Guys...

Bungkusan Misteri Daripada TGV Cinemas...haa, TGV Cinemas ada poskan sesuatu pada aku...biar betul ni ? Hmm, apa agaknya ye ? Pada mulanya aku ingatkan yang kurier ni hantar salah alamat...tapi bila periksa nama dan alamat...eh, memang betul la ianya untuk aku...sebab aku pun memang sudah lama tak dapat bungkusan macam ni...tapi kalau dapat surat tu biasa la kan...tu pun bil internet dan bil telefon...huhu

Bungkusan Misteri Daripada TGV Cinemas
Bungkusan Misteri Daripada TGV Cinemas

Haa, bila aku pegang saja bungkusan tu yang aku dapat tu...baru aku teringatkan sesuatu...hmm, mungkin ni la barangan eksklusif yang TGV Cinemas janjikan tu agaknya bila segera mendaftar menjadi 1500 ahli TGV Cinemas Movie Club yang terawal...ingatkan da tak dapat la benda ni sebab masa collect kad TGV Cinemas Movie Club beberapa minggu lepas cuma dapat keychain TGV Cinemas saja...pada masa tu memang redha dan pasrah saja la...tapi tidak mengapa...apa yang paling penting...keychain tu edisi terhad...sebab aku memang suka kumpul item yang macam ni...hee...

Tapi dalam pada masa tu juga aku perasan yang staff TGV Cinemas tu minta aku confirm kan alamat surat-menyurat betul ke tak...dua minggu lepas tu, rupanya nak bagi suprise rupanya...HAHA...

TGV Cinemas Pillow Blanket Limited Edition
TGV Cinemas Pillow Blanket Limited Edition

Haa, nampak macam bantal biasa kan ? Tapi sebenarnya bantal ni boleh berubah menjadi mini blanket...ni kalau bawa masa tengok wayang nanti...tak la aku akan kesejukan lagi lepas ni kalau dalam pawagam...sebab air-cond dalam pawagam kan sejuk...kalau tak pakai sweater memang menggigil la bila tengok wayang...tak boleh nak fokus tengok movie...hee

TGV Cinemas 2 In 1 Pillow Blanket
TGV Cinemas 2 In 1 Pillow Blanket

Mungkin hanya 1500 ahli TGV Cinemas Movie Club yang paling awal mendaftar saja akan mendapat pillow blanket ni...sebab tu ianya edisi terhad...tapi tak sangka pula aku antara yang terawal mendaftar...yela kan, da TGV Cinemas hantar emel kat aku suruh sign up...aku terus sign up masa tu juga la...memang pantas dan efisien...HAHA

TGV Cinemas Pillow Blanket Edisi Terhad
TGV Cinemas Pillow Blanket Edisi Terhad

Akhirnya, persoalan mengenai bungkusan misteri daripada TGV Cinemas terjawab...terima kasih TGV Cinemas...hee


NOTA SKYTECH :

Hmm, tapi aku rasa macam segan pula nak bawa pillow blanket ni masuk dalam pawagam...nanti mesti orang sekeliling akan pandang pelik saja...HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Bungkusan Misteri Daripada TGV Cinemas

Thursday, September 18, 2014

Keunikan Burger Pattaya

> What's Up Guys...

Keunikan Burger Pattaya...haa, ada sesiapa yang pernah mencubanya tak sebelum ni ? Buat masa ni memang belum pernah aku jumpa lagi menu rare ni dekat gerai burger yang berdekatan dengan rumah aku ni la...ni pun hanya kebetulan terjumpa satu gerai burger ni semasa aku bercuti di Cameron Highlands dulu...serius, memang tak pernah terfikir langsung burger pun boleh dijadikan burger pattaya...mesti korang boleh bayangkan macam mana rupanya...ala, macam nasi goreng pattaya tapi di dalamnya ada burger...hee...

Keunikan Burger Pattaya
Burger Pattaya

Bila tengok menunya yang agak rare tu...terus terasa teringin nak mencubanya...sebab ianya nampak lain daripada yang lain...kalau order burger special yang biasa cuma burgernya saja dibalut dengan telur kan...haa, tapi keunikan burger pattaya ni sekali dengan rotinya dibalut dengar telur...sayur kobis, hirisan timun, sos dan mayonis...memang lengkap la...memang puas la bila makan...huhu

Menu Burger Pattaya
Menu Burger Pattaya

Harganya pun tak la mahal sangat...cuma RM6...tiba-tiba sekarang ni macam teringin pula nak makan burger pattaya ni tapi tiada jual pula kat sini...nak kena buat special request kat penjual burger...tapi rasanya bro yang jual burger tu nak buat tak kalau kita order ? Nanti tak memasal saja kena cop banyak cekadak pula...HAHA

Rahsia Bisnes Burger


NOTA SKYTECH :

Haa, penjual burger tak nak cuba ke tambah menu burger pattaya ni ke dalam senarai menu burger korang ? Mesti ramai yang nak mencubanya nanti...hee

P.S - Bila terbuka photo backup kat Google+...ternampak pula gambar ni...haihh...

**Terima kasih kerana membaca entri Keunikan Burger Pattaya

Tuesday, September 16, 2014

Perubahan Minor Pada Blog

> What's Up Guys...

Perubahan Minor Pada Blog...Haa, rasanya sejak 2-3 hari yang lepas mungkin ada yang perasan ada sedikit perubahan minor pada blog ni...terutamanya sekali pada header...serius, rasanya memang sudah lama sangat aku tak buat sebarang perubahan pada header ni dan susun atur blog ni...haa, nak update blog pun kadang-kadang tu tak sempat...ni kan lagi nak ubah keseluruhan blog...boleh berpinar mata aku nak layan coding template tu...HAHA...tapi nampak gayanya memang aku kena ambil CUTI lama la kalau nak buat perubahan major kan...heee

Perubahan Minor Pada Blog
Perubahan Minor Pada Blog

Hmm, masih mengekalkan warna biru dan hitam tapi mahu cari kelainan sikit kali ni...warna jingga menjadi pilihan...logo blog pun aku cuba buat simple yang boleh...bila aku create logo tu, cuba la gabungkan warna biru dan juga warna jingga...memang nampak ngam la...hee...bahagian sidebar pun aku ada buat perubahan sikit...sikit saja la...buang mana yang patut...dan tambah apa yang patut...apa yang penting...tengok "E"...terus ingat ezadskytech...kih3...

"Terima kasih sebab sudah lama berkhidmat dengan SKYTECH BELOG...hee"

Skytech Belog
Header Skytech Belog 2013

NOTA SKYTECH :

Selamat tinggal header lama...selamat datang header baru...haa, amacam...rasa macam termasuk blog lain tak bila aku buat sikit perubahan minor pada blog ni ? Harap lepas diberi nafas baru ni, boleh la selalu update blog...hehe

**Terima kasih kerana membaca entri Perubahan Minor Pada Blog

Thursday, September 11, 2014

Film Review - The Maze Runner

> What's Up Guys...

Haa, beberapa hari lepas sempat la layan movie The Giver di pawagam tapi bila da tengok...serius agak mengecewakan sikit movie tu...hmm, mujurlah aku dapat REDEEM tiket percuma lepas aku sign up jadi ahli TGV Cinemas Movie Club...tak la rasa macam rugi sangat...hee...dan kali ni teringin nak layan movie The Maze Runner pula...sepatutnya movie ni mula ditayangkan bermula 11 September 2014 tapi ada juga pawagam yang tayangkan sehari lebih awal...apa kata jom kita layan review ni dulu...hehe

Film Review - The Maze Runner
The Maze Runner

Synopsis : Thomas wakes up to find himself without any memory of his past in a place called The Glade, the centre of a giant maze inside of which live vicious creatures called Grievers. The Glade is inhabited by other teenage boys, all of whom have no memory of their previous life, and who, as a group are working to engineer an escape. 

The Maze Runner Rules
The Maze Runner Rules

Periodically the doors to the maze open allowing the boys inside, but they also close without warning and no boy who has ventured inside has ever survived a night in the maze. But everything begins to change when the latest arrival turns out to be a girl, Teresa, whose thoughts Thomas can read. Together, they form a special bond and, along with the other boys, they launch a desperate bid for freedom.

TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum terus skip ke review movie ni...apa kata jom kita layan dulu trailer movie The Maze Runner ni dulu...roll VT please !!


#MyReview The Maze Runner

  • Filem The Maze Runner adalah filem bergenre sci-fi action thriller arahan Wes Ball yang diadaptasi daripada sebuah buku hasil karya James Dashner iaitu The Maze Runner (2009) dan filem ni dibintangi oleh Dylan O'Brien (Thomas), Thomas Brodie-Sangster (Newt), Kaya Scodelario (Teresa Agnes), Will Poulter (Gally), Ki Hong Lee (Minho), Blake Cooper (Chuck), Aml Ameen (Alby), Alexander Flores (Winston), Jacob Latimore (Jeff), Chris Sheffield (Ben), Dexter Darden (Frypan), Randall D. Cunningham (Clint) dan Patricia Clarkson (Chancellor Ava Paige)
  • Pada awal cerita lagi sudah buat korang tertanya-tanya kenapa Thomas boleh ada di tengah-tengah "The Maze" tu ?
  • Siapakah sebenarnya mereka yang berada di dalam "The Maze" tu dan bagaimana mereka semua boleh berada di situ ?
The Glade
Welcome To The Glade

  • Kenapa pada mulanya Gladers tidak dapat menerima kehadiran Thomas di situ ? Siapakah sebenarnya Thomas ni ?
  • Mengapakah mereka semua terlalu takut untuk mendekati "The Maze" tu dan kenapa hanya The Maze Runner saja yang dibenarkan masuk ke dalam sana ?
Maze Runner
Maze Runner

  • Jika sesiapa yang terperangkap di dalam "The Maze" pada waktu malam...peluang untuk hidup memang tipis...confirm tiada yang akan terselamat menurut kata semua Gladers...apakah sebenarnya mahkluk misteri yang telah menghantui mereka semua di dalam "The Maze" tu ?
  • Pada mulanya, semua Gladers telah berputus asa untuk mencari jalan keluar termasuk Minho...salah seorang di antara Maze Runner yang telah menjelajah ke seluruh kawasan "The Maze"...dapatkah mereka semua mencari jalan keluar daripada "The Maze" setelah hampir 3 tahun mereka terperangkap dan terpaksa hidup di dalam tu ?
The Maze
The Maze

Kenapa perlu tonton movie The Maze Runner ni ?

  • Sebab aku jenis yang malas nak baca buku macam ni...sebab tu layan movie...hehe
  • Plot dan jalan cerita pada permulaannya agak slow sikit...tapi pada pertengahannya sehingga ke akhir memang agak mendebarkan...bila scene Minho, Thomas dan Alby yang terperangkap dalam "Maze" pada waktu malam tu memang boleh bikin penonton terperanjat dengan kehadiran makhluk misteri tu...orang yang duduk di sebelah aku terkejut macam tengok movie seram...HAHA
The Maze Runner
The Maze Runner

  • Dalam "The Maze" ni ada 8 section...setiap hari 1 section dalam "The Maze" ni akan berubah susunan jalannya...kalau aku la di letakkan dalam situasi macam tu, memang sudah give up la nak mencari jalan keluarnya...pintu "Maze" tu pun sukahati buka, sukahati tutup saja...huhu
  • Macam ada persamaan sikit dengan movie Hunger Games...hidup secara survival...yang lemah akan tewas...yang berani teruskan hidup...
  • Haa, kalau nak tahu macam mana pengakhirannya movie ni...kena la tengok sendiri di pawagam berdekatan dengan korang...hee...katanya movie The Maze Runner ni akan ada sekuel lagi...memang menarik ni nak tahu cerita selanjutnya...huhu

Rating : 3 out of 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie The Maze Runner ni boleh dikatakan kategori boleh layan juga la dan agak menarik untuk ditonton sebab ada sedikit unsur suspen dan kita sendiri tak boleh nak agak ending macam mana...tapi kalau yang pernah baca buku tu tahu la kan...hmm, nak tunggu sekuelnya confirm lama lagi baru akan keluar...huhu

P.S - Haa, movie apa lagi yang best akan keluar nanti ye ?

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - The Maze Runner

Wednesday, September 10, 2014

Salah Cakap Ke Salah Dengar ?

> What's Up Guys...

Salah Cakap Ke Salah Dengar ? Haa, bila sakit gigi ni memang terasa macam nak tumbuk orang saja kan...pernah rasa macam tu tak ? HAHA...ni pun baru saja mula nak baik selepas hampir seminggu...bila da OK sikit, mula la tekak ni terasa nak makan macam-macam...yela, masa sakit gigi dulu...nak kunyah makanan pun susah...nasi...memang terpaksa tengok saja la...makan mee goreng saja pun ambil masa lebih daripada 2 jam...bayangkan la...sila jangan bayangkan...HAHA...

Hmm, sekarang ni memang terasa macam nak makan french fries la pula...haa, bila sebut pasal french fries...terus aku teringat kejadian beberapa hari lepas di kedai makan masa aku tengah sakit gigi hari tu...susah nak kunyah tapi selera memang ON saja...sampai saja kedai makan...order la...tapau...

5 minit kemudian...

Bro B : Fresh orange tadi bungkus...siap...RM3...
Aku    : Saya tak order fresh orange tadi...
Bro A :  Abang order fresh orange tadi kan?
Aku    : Saya order french fries tadi...
Bro A : Ohh, yeke...maaf bang...
Aku    : "Aku salah cakap ke dia yang salah dengar ni?"

Salah Cakap Ke Salah Dengar
Kisah French Fries dan Fresh Orange

Haa, order lain dapatnya lain...aku tak tahu la aku salah cakap ke ataupun bro yang ambil order tu salah dengar aku sebut lain...takkan la kalau sakit gigi boleh salah sebutan pula...entah la, memang menjadi misteri kejadian tu sampai sekarang...biar habis kat situ la...yela kan, sebutan pun memang seakan-akan kan...french fries...fresh orange...HAHA...

Mujurlah kedai makan tu ada wifi...boleh la online dulu sementara menunggu french fries siap dibungkus...mujurlah tiada adegan tumbuk-menumbuk kat situ akibat insiden salah cakap ke salah dengar ? Tapi jangan sampai salah faham...lagi parah aku kena gelak nanti...HAHA


NOTA SKYTECH :

Huhu, tengah sakit gigi pun berlagak nak makan french fries...akhirnya hanya separuh saja yang mampu makan...tak sanggup nak kunyah selama 3 jam kalau nak habiskan semua sekali...

P.S - Hmm...lebih rela kalau demam daripada sakit gigi ni...kan?

**Terima kasih kerana membaca entri Salah Cakap Ke Salah Dengar ?

Monday, September 8, 2014

TGV Cinemas Movie Club Khas Untuk Kaki Wayang

> What's Up Guys...

TGV Cinemas Movie Club Khas Untuk Kaki Wayang ? Haa, akhirnya setelah sekian lama menunggu sejak beberapa bulan lepas lagi...dan mesti ramai yang tertanya saja bila agaknya ianya akan mula dilancarkan...yela, bila tengok wayang kat TGV asyik keluar iklan pasal ni saja...HAHA...

Bila TGV Cinemas pun hantar sudah hantar emel "pujuk" aku untuk menjadi ahli beberapa hari lepas...ianya memang satu berita baik untuk kaki wayang tegar macam aku...HAHA...haa, apa lagi...masa tu memang kebetulan dalam akaun PayPal aku tu ada pula baki yang tinggal...aku pun terus sign up secara online tanpa fikir panjang la...

TGV Cinemas Movie Club Khas Untuk Kaki Wayang
TGV Cinemas Movie Club

Apa kelebihan TGV Cinemas Movie Club ?

Kelebihan TGV Cinemas Movie Club
TGV Cinemas Movie Club Benefits

Haa, bagi kaki wayang tegar...memang sesuai sangatlah untuk sign up sebagai ahli TGV Cinemas Movie Club ni...hmm, aku boleh dikatakan tegar juga la...HAHA...cuba tengok page Film Review tu...nampak tak berapa banyak sangat sebab ada movie yang aku tengok kat pawagam tapi tak tulis review pun kalau movie tu kurang best dan macam tak berbaloi untuk ditonton...kalau aku tulis review semua movie yang aku tengok...confirm penuh dengan entri pasal review movie saja la dalam blog ni...HAHA...

TGV Cinemas Movie Club
TGV Cinemas Movie Club

Haa, bila sign up saja sebagai ahli TGV Cinemas Movie Club...secara automatik korang boleh REDEEM 2 tiket wayang dan 1 Regular set popcorn dan soft drink...hanya perlu bayar RM28 untuk sign up dan RM10 untuk renew setiap tahun...haa, bila renew balik kad tu nanti pun akan dapat REDEEM macam ni juga...

Masa bulan kelahiran kita pun boleh REDEEM lagi 2 tiket dan 1 Regular set popcorn...setiap perbelanjaan RM10 di TGV...akan dapat 1 MovieMoney...contohnya kalau kita beli tiket movie yang berharga RM14...kita akan dapat 10% MovieMoney daripada harga tiket...kiranya kita dapat RM1.40 MovieMoney...haa, bila sudah cukup nanti boleh la REDEEM lagi...perghh...memang best ! Haa, nampak tak berapa banyak perkataan REDEEM yang aku guna tu...HAHA

"A club made for movie lovers...A world of rewards and more"

TGV Cinemas Movie Club Key Chain
TGV Cinemas Movie Club Keychain Limited Edition

Haa, apa lagi ! Jom la sign up cepat di TGV Cinemas Movie Club...dan dapatkan TGV Cinemas Movie Club Keychain Limited Edition...tapi selagi stok masih ada la...masa sign up secara online tu, sila pilih TGV Cinemas yang berdekatan dengan lokasi korang untuk collect kad korang dan tunjukkan bukti pembayaran kat kaunter Movie Club...haa, lagi kerap la aku akan terjah ke pawagam lepas ni kalau ada movie best...cukup poin MovieMoney...boleh tebus tiket wayang FREE lagi ! hee


NOTA SKYTECH :

The Giver...tak berapa best sangat...mujurlah aku dapat tengok FREE ! Movie apa lagi yang best agaknya yang akan ditayangkan sepanjang hujung tahun 2014 ni...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri TGV Cinemas Movie Club Khas Untuk Kaki Wayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com