Tuesday, 26 May 2015

Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk

> What's Up Guys...

Haa, bila sebut saja nama U-Cafe Wangsa Walk...sebenarnya, ianya bukanlah kali pertama aku mendengar nama cafe tersebut...cuma sebelum ini masih belum berkesempatan lagi nak singgah walaupun selalu juga pergi ke Wangsa Walk Mall ni...lokasinya memang sangat strategik sebab ianya berdekatan dengan pusat membeli-belah dan bila tengok secara luarannya...hmm, memang nampak santai tempat ni...memang sesuai untuk melepak bersama keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu...

U-Cafe Wangsa Walk
U-Cafe Wangsa Walk

Promosi Nasi Kukus Rempah Chicken RM3 di U-Cafe Wangsa Walk

Bermula 25 Mei 2015, menu Nasi Kukus Rempah Chicken...atau nama lainnya Nasi Kukus Ayam Berempah mula diperkenalkan di U-Cafe Wangsa Walk dengan hanya berharga RM3 pada jam 12.00 PM hingga 2.00 PM...mana nak dapat harga semurah itu di area KL sekarang ni kan ? 

Nasi Kukus Rempah Chicken RM3
Nasi Kukus Rempah Chicken RM3

Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk

Haa, bila tengok menu yang ada di U-Cafe Wangsa Walk ni...memang akan jadi rambang mata nak pilih menu apa...huh, dan kali ini baru berkesempatan untuk merasai sendiri keunikan menu fusion U-Cafe Wangsa Walk ni bersama rakan blogger yang lain yang menjadi pilihan ramai dan top seller...check it out !

Combo Platter U-Cafe Wangsa Walk
Combo Platter

Combo Platter - Salah satu menu appetizer yang memang wajib kena order kalau singgah ke sini...gabungan Vietnamese mini spring roll, potato wedges, french fries, popcorn chicken dan fish fillet...cicah ketiga-tiga pencicah sekaligus...terbaik ! 

Seafood Platter U-Cafe Wangsa Walk
Seafood Platter

Seafood Platter - Menu appetizer berasaskan makanan laut ni pun patut dicuba...menggabungkan tempura shrimp, deep fried calamari, salmon dan mashed potatoes...penggemar seafood mesti akan suka menu ni...hehe

Italian Carbonara With Egg Yolk U-Cafe Wangsa Walk
Italian Carbonara With Egg Yolk

Italian Beef Carbonara With Egg Yolk - Antara menu kesukaan aku untuk kali ini...kuning telur di tengah spaghetti yang 'mahal' tu...memang puas hati bila dapat makan...satu portion kalau diikutkan memang tak cukup bagi aku ni...peminat spaghetti la kata kan...HAHA !

Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop U-Cafe Wangsa Walk
Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop

Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop - Walaupun baru pertama kali aku merasa scallop ni...sedap juga rupanya scallop ni...fuhhh, terus jatuh cinta...memang kena cuba spaghetti aglio-olio ni...

Deconstructed Caesar Salad U-Cafe Wangsa Walk
Deconstructed Caesar Salad

Deconstructed Caesar Salad - Haa, menu ni memang sangat sesuai bagi mereka yang tengah berdiet...tapi kebanyakan menu di U-Cafe Wangsa Walk ni memang mengecurkan air liur...boleh ke tahan makan salad saja ? hehe

Signature Combo Mixed Grilled U-Cafe Wangsa Walk
Signature Combo Mixed Grilled

Signature Combo Mixed Grilled - Gabungan chicken chop, lamb chop, beef bacon dan mashed potatoes...memang mengenyangkan kalau order menu ni sebab ianya cukup lengkap...makan panas-panas...fuhh, memang sedap !

Sticky Grilled Premium Lamb Rack U-Cafe Wangsa Walk
Sticky Grilled Premium Lamb Rack

Sticky Grilled Premium Lamb Rack - Peminat tegar kambing memang kena cuba la menu lamb rack ni...nampak simple tapi sedap !

Flying Fish Rice With Soy Sauce U-Cafe Wangsa Walk
Flying Fish Rice With Soy Sauce

Flying Fish Rice With Soy Sauce - Kalau kurang menggemari western food...boleh la cuba menu ni pula...nasi dan kicap...dimakan dengan ikan 'terbang' garing...memang puas makan ikan sebesar ni bila waktu lunch !

Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice U-Cafe Wangsa Wa
Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice

Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice - Salah satu lagi menu kegemaran aku iaitu egg yolk butter chicken...serius memang sedap ! Pertama kali merasa yam basket rice...bagi aku la kan, agak muak juga kalau nak habiskan seorang yam basket rice tu...kalau kongsi OK...hehe

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf U-Cafe Wangsa Walk
Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf - Bila buka saja lotus leaf tu...memang harum semerbak baunya naik...memang unik...lain dari yang lain nasi goreng ni !

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry U-Cafe Wangsa Walk
Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry - Green curry ni memang nampak mengancam...cuma kurang pedas...kalau pedas sikit lagi...mesti kick ! hehe

Assam Laksa With Sardine Fish U-Cafe Wangsa Walk
Assam Laksa With Sardine Fish

Assam Laksa With Sardine Fish - Memang pekat betul kuahnya tu...dan ianya merupakan kali pertama rasanya aku makan assam laksa ikan sardin...boleh tahan juga rasanya...huhu

Penang Curry Laksa U-Cafe Wangsa Walk
Penang Curry Laksa

Penang Curry Laksa - Haa, memang nampak sedap kan ? Peminat curry laksa boleh cuba menu ni nanti di U-Cafe Wangsa Walk jika berkunjung ke sana...

Blogger Gathering di U-Cafe Wangsa Walk
Blogger Gathering di U-Cafe Wangsa Walk

Burrrppp...Alhamdulillah...rasanya hampir 20 menu yang telahpun dicuba di U-Cafe Wangsa Walk ni dengan rakan blogger yang lain...memang amat berpuas hatilah dengan makanan yang ada kat sini...servis pun OK ! Pasti akan datang lagi lain kali...haa, sebelum aku terlupa...pihak U-Cafe juga menyediakan khidmat untuk mengendalikan sebarang majlis mengikut tema yang tertentu...dan jika berminat, bolehlah terus menghubungi person in charge U-Cafe di talian +6019-3133668 (Rachel) untuk reservations & inquiry ataupun boleh terus ke alamat yang tertera di bawah untuk maklumat lebih lanjut :
U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

No. Tel : 03-41319686
Facebook : U-Cafe


NOTA SKYTECH :

Terima kasih bro JMR sebab sudi invite untuk food review kali ni di U-Cafe Wangsa Walk...harap lepas ni dapatlah berkumpul lagi macam ni di masa akan datang ! hehe...
                                                                                          
**Terima kasih kerana membaca entri Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk

10 comments:

  1. perghh memang terbaik. terliur tengok makanan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa aku menaip entri ni pun habis terliur...tengah lapar pula masa menaip tu...HAHA

      Delete
  2. Paling suka carbonara tu. Best sgt :D

    ReplyDelete
  3. mase belajar kat utm dulu selalu sngat pergi wangsa walk. selalu jugak pergi u-cafe. sedap + harga pun boleh tahan. tak mahal mane. hehe.

    lamanyaaa tak pergi wangsa walk :(

    ReplyDelete
  4. pergh..teringat balik keenakan ayam butter tu..

    ReplyDelete
  5. ramai dok promote.. berdram dram perut aku skrng ni

    ReplyDelete
  6. byk gak menunya tu..cambest.

    ReplyDelete
  7. dah berabad budak ni tak update

    ReplyDelete
  8. Memang banyak betul pilihan makanan kat sini.... tapi nasi kukus tu memang murah betul laaa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Julai 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com