Friday, 30 September 2016

Pengalaman Menyeramkan Di Cottage Fremantle Prison YHA

> What's Up Guys...

"Malam terakhir nanti korang semua akan bermalam di cottage Fremantle Prison YHA..."

Haa, semasa berada di Perth tempoh hari...kami ingatkan sampai ke hari terakhir akan terus menginap di homestay Amna Home...hanya sempat dua (2) malam sahajalah berada di Perth...dan ada kejutan pula daripada pemilik Amna Home...kami semua kena berpindah ke sebuah cottage yang terletak di Fremantle...dan menurut info ianya merupakan bekas penjara yang sebenar...gulpppp !!

"Bekas penjara ?? Cottage ?? Berhantu ??"

Walaupun pada mulanya kami semua macam cuak jugalah...huh, macam tak percaya pun ada...eh, biar betul ni...HAHA...tapi sebenarnya aku sendiri memang nak merasa pengalaman bermalam di cottage yang dikatakan sangat "berhantu" oleh penduduk setempat...

Pengalaman Menyeramkan Di Cottage Fremantle Prison YHA
Selamat Datang Ke Fremantle Prison YHA !

Haa, kami semua pun terus bersiap dan membawa beg pakaian untuk menaiki tren di stesen Perth menghala ke Fremantle...untuk sampai ke Fremantle Prison YHA ni, kena berjalan kaki lebih kurang 20 minit dari stesen Fremantle...kasi exercise sikit ! hehe

Cottage Fremantle Prison YHA
Cottage Fremantle Prison YHA...nampak menyeramkan tak ?

Hmm, suasana di luar cottage yang kami akan menginap untuk satu (1) malam ni memang nampak tenang bila waktu siang...tapi kalau waktu malam...gulpp...hmm, rasanya hanya kami berlima sahaja yang menginap di situ pada malam tu...di luar kawasan penjara ada jugalah beberapa buah kereta tapi yang peliknya memang tak nampak ramai orang...mungkin kereta pekerja di situ agaknya...

Dalam cottage ni, terdapat dua (2) bilik...di dalam bilik utama ada katil saiz queen dan bilik kedua pula ada katil double decker yang boleh memuatkan 4 orang...so, dalam cottage ni boleh memuatkan sehingga 6 orang dalam suatu masa...dan kami hanya berlima...ada berlebih lagi seorang...untuk siapa pula ? huhu

Bilik Utama Cottage Fremantle Prison YHA
Bilik Utama Cottage Fremantle Prison YHA

Bilik Kedua Cottage Fremantle Prison YHA
Bilik Kedua Cottage Fremantle Prison YHA

Haa, cuba bayangkan kalau berjalan di atas lantai cottage yang diperbuat daripada kayu ni bila waktu malam seorang diri...meremang juga la bulu roma dengar bunyinya...dah la kami sahaja di situ malam tu...HAHA

Pengalaman Menyeramkan Di Cottage Fremantle Prison YHA

Nak dijadikan cerita, setelah kami semua sampai dan check-in di Fremantle Prison YHA...kami semua patah balik pergi ke King's Park pada waktu petang di Perth dan pulang semula ke Fremantle pada waktu malam...sampai sahaja di stesen Fremantle, kami semua naik bas untuk balik semula ke cottage sebab semua sudah penat...nak berjalan kaki macam jauh pula...

Walaupun pemandu bas tu mengatakan di tempat penginapan kami tu memang "berhantu" semasa menurunkan kami semua di satu lorong gelap untuk menuju ke cottage...kami relaks saja...redha saja sebenarnya...sebab kita semua tahu mereka ni memang jenis penakut...rasanya kalau mereka terjumpa hantu kat Malaysia...baru tahu langit tu tinggi ke rendah rasanya...HAHA

Satu langkah...

Dua langkah...

Tiga langkah...eh, bila nak sampai ni ?

Fremantle Prison
Fremantle Prison di waktu malam

Jam hampir menunjukkan pukul 11.00 malam semasa kami semua tiba di kawasan cottage setelah melalui lorong gelap tu...memang sunyi sepi...suhu pada malam tu rasanya 4 degree celcius...memang terasa "seram sejuk" la malam tu...aku yang tahan sejuk pun memang menggigil malam tu...pertama kali aku rasa nak pagi segera menjelma...

Ruang Dapur Cottage Fremantle Prison YHA
Ruang dapur di cottage Fremantle Prison YHA

Haa, amacam...seram tak ? HAHA

Itulah antara pengalaman menyeramkan di cottage Fremantle Prison YHA...pada malam tu kami semua tidur awal sebab semuanya penat...dan Alhamdulillah, tiada apa-apa perkara yang berlaku pun pada malam itu...semuanya lena sampai ke pagi...tiada dengar bunyi orang berjalan...paip air terbuka sendiri ke...hehe

Laman Belakang Cottage Fremantle Prison YHA
Jom mengeteh ! HAHA

Harga untuk menginap di cottage Fremantle Prison YHA ni untuk satu (1) malam adalah AUD690 untuk 3 buah cottage yang boleh memuatkan sehingga 18 orang...tak pasti pula kalau harga untuk menginap di sebuah cottage saja di sini...untuk info lebih lanjut lagi mengenai tempat penginapan kami di cottage Fremantle Prison YHA ni bolehlah rujuk di >>> https://www.yha.com.au/hostels/wa/perth-surrounds/fremantle/rent-a-yha/

Info mengenai Fremantle Prison YHA :

     1) Alamat : 6 The Terrace, Fremantle WA 6160, Australia

     2) Emel : fremantle@yha.com.au



NOTA SKYTECH :

Terima kasih kepada pemilik Amna Home untuk pakej penginapan yang agak "menyeramkan" di Fremantle Prison YHA...satu pengalaman baru sebab dapat bermalam di cottage yang dikatakan "berhantu"...kalau ada peluang lagi, mungkin kami akan bermalam lagi di situ dan mahu mencuba Fremantle Prison Night Tour dalam tu...dengar katalah kan, ianya agak mengerikan di dalam tu pada waktu malam...hehe

P.S - Ala, tak seram pun bila bermalam di situ...cuma sejuk...kipas pun aku tak on malam tu...HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Pengalaman Menyeramkan Di Cottage Fremantle Prison YHA

Thursday, 22 September 2016

Homestay Amna Home Pilihan Terbaik Jika Menginap Di Perth, Australia

> What's Up Guys...

"Separuh jiwaku masih tertinggal di Perth..."

Hmm, mungkin semua ni berpunca bila kali pertama travel ke luar negara agaknya...nak move on tu agak susah sikit dan ianya mengambil masa...walaupun hanya sempat 4 hari 3 malam berada di Perth, ianya memang pengalaman yang berharga...mana tahu mungkin selepas ini akan kerap travel lagi ke luar negara...bak kata orang...jangan dimulakan, boleh jadi ketagih nanti...HAHA

Homestay Amna Home Pilihan Terbaik Jika Menginap Di Perth, Australia

Haa, semasa berada di Perth tempoh hari...kami semua telah menginap selama dua (2) malam di salah sebuah homestay milik Amna Home yang terletak di Mantra On Murray, Murray Street, Perth. Lokasinya memang agak strategik sebab ianya terletak betul-betul di tengah bandar Perth...WOW !
Homestay AmnaHome Di Perth, Australia
Homestay Amna Home di Perth, Australia

Huh, agak terkesima juga bila pertama kali sampai ke homestay ni...pemandangan daripada tingkat 10 balkoni homestay ni pun memang cantik...memang "feels like home" bila berada di sini...rasa macam malas nak keluar pergi ke mana-mana pun ada...HAHA

Coffee Table Homestay Amna Home Perth
Amna Home...feels like home

Antara sebab utama kenapa Homestay Amna Home Pilihan Terbaik Jika Menginap Di Perth, Australia adalah :

  • Lokasinya berdekatan dengan tempat menarik di mana kebanyakan tempat menarik seperti Kings Park and Botanic Garden, The Bell Tower, Elizabeth Quay, Swan River, Water Town Brand Outlet Center dan banyak lagi yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki
  • Selain daripada itu, lokasi homestay Amna Home ni juga memang sangat dekat dengan pengangkutan awam seperti stesen keretapi Perth Underground...dan yang paling best, stesen bas hanya berdekatan saja dengan Amna Home...kalau jumpa bas CAT (Blue CAT, Red CAT, Yellow CAT, Green CAT)...jangan risau, ianya perkhidmatan bas percuma untuk pusing bandar Perth...jimat kos pengangkutan dah kat situ kan ? hehe


Amna Home Mantra On Murray. Murray Street
Amna Home Di Mantra On Murray, Murray Street

  • Mudah mencari makanan halal di sekitar bandar Perth contohnya seperti Insan's Cafe, D'Angkasa Restaurant dan Love and Care Cafe...kesemuanya menyediakan makanan Malaysia dan yang paling penting sekali semuanya dekat dan hanya perlu berjalan kaki sahaja dari Homestay Amna Home untuk menuju ke restoran/cafe
  • Homestay Amna Home juga menyediakan kemudahan seperti kelengkapan dapur untuk memasak untuk menjimatkan sedikit perbelanjaan...tambahan pula, pasaraya Coles hanya terletak bertentangan sahaja dengan Amna Home di Murray Street dan jangan risau kerana boleh dapatkan bekalan makanan halal di situ


Kelengkapan Dapur Di Amna Home Perth
Jimat sikit perbelanjaan bila boleh memasak di dalam homestay Amna Home

  • Layanan staff Amna Home yang sangat peramah semasa kami berada di sini memang sangat terbaik...walaupun kami sampai awal pagi di Perth, mereka tetap membantu kami sehingga tiba ke waktu check-in homestay...siap tolong mengesyorkan di mana tempat makan yang sedap...di mana tempat menarik yang patut dituju kalau datang ke Perth...huh, terbaiklah Amna Home sebab dapat staff yang macam ni...

Bilik Utama Amna Home di Murray Street, Perth
Katil saiz Queen di Amna Home Murray Street, Perth
Bilik Kedua Amna Home Murray Street, Perth
Cuba cari di mana lagi satu (1) single bed ? hehe
Bilik Air Amna Home Murray Street, Perth

Bilik Air Amna Home Murray Street
Boleh tertidur kalau berendam dalam tab mandi ni...HAHA
Mesin Basuh di Amna Home Murray Street, Perth
Lupakan dobi...mesin basuh kan ada...hehe
Kelengkapan Asas di Amna Home Murray Street, Perth

  • Homestay Amna Home memang tersangat selesa sebab terasa macam berada di rumah sendiri...semua kelengkapan asas seperti dapur, peti sejuk, seterika, mesin basuh, pengering rambut semuanya ada...dan paling penting boleh memuatkan sehingga 6 orang...cuma tiada kemudahan WiFi...ala, cuma dalam tiga (3) hingga empat (4) hari sahaja tak online social media takkan tak boleh kot...kalau pergi travel buatlah cara orang pergi travel...hehe

Ezad Skytech di Amna Home Perth, Australia
Ezad Skytech di Homestay Amna  Home di Murray Street, Perth yoo !!

Kesimpulannya, setelah dua (2) malam menginap di Homestay Amna Home di Mantra on Murray, Murray Street, Perth ni memang sangat memuaskan...pengalaman yang tidak dapat dilupakan sebab ianya sesuatu yang baru bagi aku sebab dapat menginap di homestay di luar negara...

OK, untuk info tambahan mengenai homestay Amna Home di Perth yang telah kami menginap selama dua (2) hari :

  • Waktu check-in adalah pukul 2.00 p.m dan waktu check-out adalah pada pukul 12.00 p.m
  • Harga untuk satu (1) malam adalah AUD165 dan deposit cuma AUD200
  • Alamat penuh homestay penginapan : 305, Mantra on Murray, Murray Street, 60000 Perth, WA.

Untuk tempahan boleh hubungi :

1) Melalui WhatsApp di +61 402 966 473,
2) Melalui Email di reservation@amnahome.com
**Terima kasih kerana membaca entri Homestay Amna Home Pilihan Terbaik Jika Menginap Di Perth, Australia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia April 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com