Sunday, January 3, 2016

Misi Mencari Samsung Gear VR

> What's Up Guys...

Misi Mencari Samsung Gear VR...Sejak Samsung Gear VR First Innovator Edition diperkenalkan sekitar hujung bulan Disember 2014 lagi aku sudah berangan nak mendapatkannya tapi malangnya ia khas untuk Galaxy Note 4 pula pada masa tu...terus lupakan niat nak beli...selepas itu, beberapa bulan kemudian diperkenalkan pula Samsung Gear VR Second Innovator Edition pada bulan Mac 2015 dan kali ni hanya untuk Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge...dan kali ni pun terpaksa lupakan niat tu sebab harganya pada masa itu mencecah RM799 seunit...sudah kali kedua kecewa ni...HAHA...

Dan akhirnya, sekitar hujung tahun 2015 yang lalu...Samsung Gear VR Consumer Edition pula telah diperkenalkan...dan untuk edisi kali ni ianya boleh beroperasi dengan Note 5, S6 Edge+, S6 dan S6 Edge...harganya pula lebih murah separuh daripada Second Innovator Edition...hanya berharga RM459 seunit...boleh rembat satu ni nanti ! hehe

Samsung Gear VR

Hmm, boleh tahan susah juga nak mencari Samsung Gear VR ni...daripada outlet Samsung di pusat beli-belah One Utama sehinggalah ke outlet Samsung Suria KLCC...bila tanya memang tiada stok semasa aku terjah sekitar hujung tahun lepas...tapi sekarang ni mungkin sudah ada stok rasanya sebab aku pasti ramai yang berusaha mencarinya sebab nak merasai sendiri pengalaman berada dalam dunia 360 darjah dengan menggunakan Samsung Gear VR ni...hehe

Misi Mencari Samsung Gear VR diteruskan sehingga ke outlet Samsung di pusat beli-belah Mid Valley Megamall...memang aku harap sangat ni merupakan outlet terakhir yang akan aku terjah untuk mencari Samsung Gear VR ni...huh, akhirnya...mujurlah ada stok...kalau tak, mahu aku pusing satu Lembah Klang ni nak mencari benda ni...MISSION ACCOMPLISHED !! huhu

Misi Mencari Samsung Gear VR
Samsung Gear VR

P.S - Haa, bagi sesiapa yang menggunakan Note 5, S6 Edge+, S6 atau S6 Edge memang patut dapatkan Samsung Gear VR ni sekarang sebagai aksesori tambahan...dengar katanya stok terhad di setiap outlet Samsung...hehe

NOTA SKYTECH :

2015...kini hanya tinggal kenangan...dan pasti ianya tidak akan kembali lagi...kini, 2016...tahun baru, nafas baru...dan aku akan cuba pastikan ianya akan menjadi tahun yang berbeza dan akan lebih bermakna...so, welcome 2016 !!

**Terima kasih kerana membaca entri Misi Mencari Samsung Gear VR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com