Tuesday, 1 March 2016

BoBoiBoy : The Movie - Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ?

> What's Up Guys...

Haa, siapa kat sini adalah peminat tegar animasi BoBoiBoy terbitan Animonsta Studios sejak pertama kali ianya ditayangkan di TV pada tahun 2011 dulu ? Alaa, tak perlu nak segan sangat la kan...rasanya memang ramai peminat animasi BoBoiBoy menunggu tarikh keramat 3 Mac 2016 (Malaysia) dan 13 April 2016 (Indonesia) untuk menyaksikan filem animasi pertama BoBoiBoy di pawagam kan ? Huh, mujurlah aku antara yang terawal dapat menontonnya di pawagam pada 27 Februari 2016 yang lepas di GSC Berjaya Times Square untuk special screening...haa, nak spoiler tak ? HAHA...BoBoiBoy : The Movie - Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ? 

 BoBoiBoy : The Movie
Dari kiri : Anas Abdul Aziz (Adu Du/Probe/Tok Aba/Yoyo Oo) dan Wong Wai Kay (Fang)

Sinopsis BoBoiBoy : The Movie

Sekumpulan pemburu "Sfera Kuasa" bernama Tengkotak yang diketuai Bora Ra telah tiba di planet Bumi dan telah menculik Ochobot (Sfera Kuasa Generasi Ke-9) untuk menggunakan Ochobot untuk mencari "Sfera Kuasa Purba" yang telah bersembunyi di planet Bumi.

BoBoiBoy : The Movie
BoBoiBoy : The Movie
Credit Picture : Google.com
 
BoBoiBoy dan rakan-rakannya Gopal, Yaya, Ying dan Fang kini perlu berusaha untuk menjejaki Bora Ra demi untuk menyelamatkan Ochobot yang telah diculik dan menyingkap rahsia sebenar "Sfera Kuasa" dan mengapakah agaknya Bora Ra ingin memilikinya ? Dapatkah BoBoiBoy dan rakan-rakannya menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Ochobot ? 


7 Sebab Kenapa Perlu Tonton BoBoiBoy : The Movie

  • Plot dan jalan cerita yang agak berbeza daripada siri di TV...pengembaraan yang penuh dengan aksi, jenaka dan punchline di mana-mana, ianya lebih gempak, sangat beremosi dan sangat mendebarkan...
  • Sangat sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur...sangat klise bila sebut saja animasi, hanya sesuai untuk golongan anak kecil dan remaja saja...hmm, mungkin golongan dewasa yang baru pertama kali tonton BoBoiBoy : The Movie ni nanti tiba-tiba akan terus jadi peminat...percayalah...hehe
  • Kualiti grafiknya jauh lebih hebat berbanding dengan siri BoBoiBoy di TV...semuanya nampak begitu detail sekali...animasi tempatan terbaik yang aku pernah tengok setakat ini...serius, memang aku tak tipu...memang amat berbaloi menunggu lebih daripada 2 tahun untuk animasi BoBoiBoy : The Movie ni disiapkan sepenuhnya...memang tak sangka hasil kreativiti animator tempatan untuk movie ni memang superb...syabas kru Animonsta Studio !

BoBoiBoy : The Movie - Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ?

  • Watak antagonis yang baru diperkenalkan dalam movie ni iaitu geng Tengkotak, masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri walaupun mereka hanyalah "KOTAK"...Bora Ra, Yoyo Oo, Gaga Naz dan Cici Ko...tapi watak Cici Ko ni memang tersangatlah misteri...huhu
  • Kemunculan BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais memang paling epik ! Mesti korang nak tahu apa yang menyebabkan kuasa baru BoBoiBoy ni boleh muncul kan ? Eh, mana boleh bagitahu...kena tengok sendiri...huhu
  • Bukan BoBoiBoy seorang saja yang mendapat kuasa baru tapi Gopal, Yaya, Ying dan Fang pun mendapat kuasa yang baru semasa berlawan dengan geng Tengkotak...haa, nak tahu ke mereka dapat kuasa apa ? Opppsss...HAHA
  • Haa, apa yang lebih hebat lagi dalam movie ni kan...kuasa BoBoiBoy bukan lagi hanya Kuasa 3...bukan juga Kuasa 5 tapi...BoBoiBoy Kuasa.......haa, tak best la kalau nak bikin spoiler kat sini...HAHA...kalau nak tahu lagi, kena tonton BoBoiBoy : The Movie - Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ?

Rating : 9.5 out of 10

NOTA SKYTECH :

Haa, kalau nak tahu kisah selanjutnya...kenalah tonton BoBoiBoy : The Movie nanti bermula 3 Mac 2016 di pawagam...kos untuk menghasilkan filem animasi ni saja mencecah hampir RM5 juta...mestilah hasilnya WOWW ! Kalau kita tak support karya tempatan...siapa lagi kan ? Hehe...

P.S - Entri ni bukan entri berbayar ye...memang ikhlas ditulis dari sudut pandangan peminat animasi tempatan...BoBoiBoy memang TERRBAIKK !! Tak sabar pula rasanya  nak tunggu filem BoBoiBoy yang seterusnya...katanya sudah dalam proses pra-produksi...hehe

**Terima kasih kerana membaca entri BoBoiBoy : The Movie - Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Julai 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com