Friday, 14 April 2017

Film Review - Fast & Furious 8

> What's Up Guys...

Fast & Furious 8...Haa, siapa yang memang layan francais Fast & Furious ni sejak daripada filem yang pertama The Fast and The Furious (2001) sehingga filem yang ketujuh iaitu Furious 7 (2015) mesti akan tertanya-tanya adakah filem kali ini akan mampu diteruskan tanpa Paul Walker yang menjadi nadi utama dan penggerak francais ini bersama Vin Diesel sejak daripada filem pertama lagi...disebabkan nak tahu juga bagaimana filem kelapan ini digarap tanpa kehadiran Paul Walker...akhirnya, tertengok juga di pawagam 11 April yang lepas...HAHA

Film Review - Fast & Furious 8
Fast & Furious 8

Plot : Following the events of Furious 7, Dom and his wife Letty have gone on their honeymoon, and the rest of the crew have begun to settle down to a more normal life. But when a mysterious woman convinces Dom to work against the people that he is closest to, the rest of the crew must face trials they have never seen before including some former enemies in order to bring back the man who brought them together in the first place...

TO BE CONTINUE...

Fast & Furious 8 - Cipher & Dom
Cipher & Dom

Mengapakah agaknya Dom terpaksa berpaling tadah daripada keluarga dan rakan sepasukannya yang lain dan bekerja untuk Cipher ? Kalau nak tahu kenalah tonton di pawagam...kalau cerita banyak, nanti kena kecam pula...haa, jom kita layan trailer Fast & Furious 8 ni dulu ! Haihh, dia main kapal selam la pula kali ni...HAHA


#MyReview - Fast & Furious 8

  • Fast & Furious 8 kali ini dibawah arahan F. Gary Gray dan masih diterajui oleh Vin Diesel (Dominic Torreto), Dwayne Johnson (Luke Hobbs), Jason Statham (Deckard Shaw), Michelle Rodriguez (Letty Ortiz), Tyrese Gibson (Roman Pearce), Chris "Ludacris" Bridges (Tej Parker) dan Nathalie Emmanuel (Ramsey)
  • Di awal permulaan cerita, adegan lumba kereta antara Dom dengan kereta yang dikatakan antara yang paling laju di Cuba memang sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat siri ini yang mahukan perlumbaan kereta dikembalikan dalam francais Fast & Furious...dan cara Dom memenangi perlumbaan tersebut memang sangat EPIC !

Fast & Furious 8 - Shaw and Hobbs
Shaw vs Hobbs

  • Scene di mana Shaw bertikam lidah dengan Hobbs semasa berada di dalam penjara tu memang menyerikan lagi filem kali ni...watak Shaw kali ini lebih fun...bila teringat semula, serius memang lawak gila ! Tak sangka pula mereka berdua ni ada chemistry yang begitu baik...tak boleh cerita banyak kat sini...nanti kena kecam ! HAHA
  • Watak Roman Pearce masih dengan perangai lamanya yang terlalu banyak mulut...cakap nak gah je tapi kali ini ada juga ideanya yang boleh diguna pakai...haa, cuba teka siapa yang salah pilih kereta kali ini ? 
  • Mengapa agaknya Frank Petty a.k.a Mr. Nobody meminta bantuan Shaw untuk menyertai misi untuk membantu menentang Chipher dan Dom sedangkan semua orang tahu yang Shaw ini adalah seorang penjenayah ?
  • Bagaimana pula God's Eye boleh berada di tangan Chipher ? Kalau layan Furious 7 sebelum ni mesti tahu apa benda tu...

Fast & Furious 8 - Zombie Car
"Zombie Car"

  • Apabila "Zombie Car" menyerang dalam bandar New York tu memang serius gempak...oleh disebabkan terlalu banyak sangat kereta sekali keluar dalam satu masa...memang aku tak dapat nak mengecam langsung kereta apa yang ada...maaflah...di luar jangkaan...HAHA
  • Cameo yang muncul dari watak-watak dalam francais Fast & Furious sebelum ni mampu buat aku tersenyum walaupun kemunculannya hanya sekejap...hehe
  • Adegan kapal selam mengejar sekumpulan kereta...memang nampak macam tak berapa logik tapi scene tu memang terbaik dalam filem kali ini...tapi masih tak boleh lawan scene kereta Lykan Hypersport melompat dari bangunan ke bangunan di Dubai dalam Furious 7...

Fate of the Furious
Fate of the Furious

  • Apakah kesudahannya cerita Fast & Furious 8 ni agaknya ? Dan apa yang telah menyebabkan Dom sanggup bertindak seperti itu dan wataknya menjadi begitu serius dalam filem kali ini ? Sehingga sanggup buat apa sahaja dan mengikut arahan Cipher...hmm, rasanya ramai yang sudah boleh agak ianya disebabkan "keluarga" tapi yang sering menjadi persoalannya...siapa yang Dom perlu pertahankan ? Dapatkah mereka semua menyelesaikan krisis yang sedang melanda ?

                                                                                                                         Credit Picture : Google.com

Rating : 8 out of 10

NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, filem Fast & Furious 8 ni memang berbaloi untuk di tonton di pawagam...hmm, walaupun filem kali ini tanpa Paul Walker, filem kali ini mampu diteruskan cuma macam ada sedikit yang kurang...nama Brian dan Mia tetap akan diingati sampai bila-bila walaupun tidak akan muncul lagi di dalam mana-mana francais Fast & Furious...bagi sesiapa yang masih belum menontonnya lagi di pawagam...lebih baik pergi terjah pawagam sekarang sebelum lebih banyak lagi spoiler yang akan muncul...HAHA !

P.S - Brian ada lagi la...oppsss...

Fast & Furious 8 (F8)
Fast & Furious 8 (F8)
**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Fast & Furious 8
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mei 2017

Alexa Rank Ezadskytech.com