Saturday, 2 February 2013

Film Review : Wawa Semput

> Whats Up Guys...

Haa, minggu lepas nak review movie baru tapi tak sempat la pulak nak terjah pawagam...beberapa hari yang lepas layan movie Hansel & Gretel : Witch Hunters tapi malas pulak nak buat review...dan hari Rabu lepas dapat pulak jemputan untuk tayangan perdana movie Kerat 14...tu pun aq malas nak buat review...haihh, tunggu saja la bila keluar kat pawagam 14 Februari nanti...korang nilaikan sendiri...heee...kali ni nak review movie Wawa Semput la pulak...haa, apa yang semput agaknya ye ? Layan...HAHA...

Wawa Semput

> Sinopsis "Wawa Semput"

Wawa Semput mengisahkan kesinambungan hubungan cinta antara Wawa dan Bobby yang dikembangkan dari filem Adnan Sempit dan Adnan Sempit 2. Wawa yang kecewa dengan sikap Bobby yang suka berangan-angan tinggi tetapi malas berusaha mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Ismat pula cuba memenangi hati Wawa dan menghantarnya pulang ke kampung.

Segala konflik mula terjadi ditambah dengan kemunculan Ayuni yang dilakonkan oleh Adiba Yunus telah jatuh cinta terhadap Ismat tetapi cintanya ditolak oleh Ismat. Ayuni telah berpakat dengan Bobby untuk membuat Wawa cemburu. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Bobby dan Ismat untuk memenangi hati Wawa dan ayahnya, Pak Din. Siapakah yang akan menjadi pilihan Wawa pada akhirnya nanti ?

"Pandai-pandailah lu hidup sendiri !"


#MyReview "Wawa Semput" : 

  • Sebuah filem bergenre aksi dan komedi lakonan Yana Samsudin (Wawa), Along Cham (Bobby), Angah Raja Lawak (Ismat), Adiba Yunus (Ayuni) dan Kaza (Pak Din).
  • Dari awal cerita sehingga akhir movie ni memang best...memang asyik nak tergelak je dalam panggung dengan aksi Wawa, Bobby dan Ismat...gelagat Bobby dan Ismat memang mengelikan hati...kena layan movie ni baru tahu...HAHA
  • Penggunaan lagu kena je dengan situasinya...
Bobby VS Ismat...siapa pilihan Wawa ?
 
  • Memancing kat kawasan air terjun...ada pulak ikan ye ? HAHA...siap guna jala lagi tu...adehhh...
  • Pantun alaf baru...semuanya ada dalam movie Wawa Semput ni...pantun dua kerat, tiga kerat...empat kerat pun ada...haa, tapi yang pasti pantun dia semuanya best...HAHA...
  • Siapa diantara mereka yang akan memenangi hati Wawa ? Semuanya akan terjawab dalam "Wawa Semput"..

Rating komedi  : 3.5/5


NOTA SKYTECH :
Movie ni boleh tahan jugak la...asyik nak gelak je...hilang tension bila layan Wawa Semput ni...haa, mesti nak tahu kesudahan konflik cinta Wawa tu kan ? Bobby atau Ismat...huhu...


P.S - Movie Juvana belum tengok lagi ni...kena cari masa nak tengok ni...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Wawa Semput

21 comments:

  1. aku suke filem ni...tak sabar tunggu keluar nye...tapi aku nak cakap...yang Juvana memang best!!

    ReplyDelete
  2. tggu youtube lah...larikkk ;p

    ReplyDelete
  3. haha.. tengok trailer pun boleh tergelak, inikan tengok yg betul2 tu.. hahaha.. xD

    ReplyDelete
  4. Teringin nak tgk tapi xdak sapa yang sudi temankan.. huhu

    ReplyDelete
  5. x sbr nk tggu video ni msuk youtube..
    eh!

    ReplyDelete
  6. ahhaaaa... filem ni boleh laaa kalo nak ilangkan tension.. gelak2 je..

    ReplyDelete
  7. oo ismat pon ade aty kt wawa ye

    ReplyDelete
  8. dah lama tak tegok citer Melayu kat wayang...

    ReplyDelete
  9. best ek..
    btw npe xnk review 14 kerat???lor baru teruja nak tahu..

    ReplyDelete
  10. Salam daripada Zalora Malaysia,

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    ReplyDelete
  11. wah..blog ni dah jadi blog review movie la..hehe...

    ReplyDelete
  12. Nak tengok Juvana....macam best jer huhuhuhuhu!

    ReplyDelete
  13. pehpeh zalora dah risik blog ni, pemes lah lepasni hikhik

    cerita ni untuk santai ok lah, secara jujurnya kurang minat filem dari mig
    dia macam kuantiti melebihi kualiti, faham kan? :?

    ReplyDelete
  14. nak layan la nanti kalau ada masa. santai je citer.hehehe

    ReplyDelete
  15. lame gile kot tak tengok wayang... cam seronok je ezad mengreview cerita ni...kene cuba tengok ni untuk gelak punye pasal... :)

    ReplyDelete
  16. kebetulan baru tengok semalam.... banyak gak lawak DOUBLE MEANING kan... and citer JUVANA tu okey gak la cuma kurang babak gaduh dan pukul yang GANAS....

    ReplyDelete
  17. wawa semput tak tengok lagi. juvana sudah. hihii


    nak tengok, tapi macam berbaloi download je nanti. :D

    ReplyDelete
  18. Tggu utube ja la ..
    juvana mmang bez ..
    Hope ad juvana2 plak

    ReplyDelete
  19. mn lokasi air terjun cter ni ek

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com