Saturday, 1 June 2013

Running Man Kini Di TV2

> Whats Up Guys...

Wahh, cepatnya bulan Mei da berlalu...macam tak percaya pulak da masuk bulan Jun...bulan yang aq paling tunggu dalam setahun...kenapa ? Haa, ada la kan sebabnya...HAHA...ok, kita skip terus bab intro yang amat mengarut tu untuk permulaan bulan Jun ni...haa, pernah layan variety show Running Man ? Dulu pun aq tertanya apa benda tu Running Man...sekali da terlayan Running Man sejak episod 35 lebih kurang dua tahun lepas...terus terlayan sampai sekarang ni...hilang stress seminggu bila tengok...HAHA...

Running Man TV2
Variety Show Running Man Kini Di TV2

Haa, macam da jadi fenomena la pulak variety show RM ni...sampai TV2 pun da mula nak siarkan variety show ni bermula 1 Jun 2013...Running Man Kini Di TV2...setiap Sabtu pada jam 4 petang...peserta Running Man ni terdiri daripada :

Running Man

  • Yoo Jae-Suk (Yoo-ruce Willis, Yoo Hyuk, Yoomes Bond, Grasshopper)
  • Haha (Haroro, Penguin, Playboy)
  • Kim Jong-Kook (Sparta-Kooks, Commander, Tiger)
  • Gary (Peaceful Gary, Monday Boyfriend)
  • Ji-Suk Jin (Big Nose Older Brother, Impala, Race Starter)
  • Song Ji-Hyo (Ace, Miss Blank, Monday Girlfriend)
  • Lee-Kwang So (Framer Kwang-So, Kwang-vatar, Giraffe, Icon of Betrayal, Prince of Asia)

Perghh, memang banyak nama gelaran yang diberikan pada setiap peserta Running Man ni...layan juga ni kalau TV2 ni siarkan daripada episod yang awal dulu...boleh la refresh balik layan episod yang lama dulu sebab da tak berapa ingat sangat pun episod awal dulu...huhu

Running Man

Haa, macam mana mereka dapat kesemua gelaran tu ? Kena tengok dari awal la..tapi confirm masih boleh gelak lagi layan Running Man ni...sebab episod yang paling latest sekarang ni pun da sampai episod 147 (episod setakat 26 Mei 2013)...tapi aq tak layan sangat episod online...tak feeling...HAHA...aq lebih rela layan kat ONE HD...tak perlu nak download, tak perlu nak tunggu buffering tu semua...kena layan iklan je la...hee...


NOTA SKYTECH :

Bila la nak ada coverage UniFi kat area rumah aq ni ? Boleh la download je...rasanya kalau guna UniFi 20 Mbps ni, kalau download semua episod confirm sehari pun da settle...HAHA


UPDATE : Bermula Januari 2014, rancangan Running akan disiarkan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Sabtu pada jam 4 petang dan pada hari Ahad pula pada jam 4.30 petang...hanya di TV2...terbaiklah Running Man !

**Terima kasih kerana membaca entri Running Man Kini Di TV2

14 comments:

  1. Salam...

    Ya Allah lamanya tak blogwalk ke sini... Haha, kenapa tunggu bulan Jun? Birthday ye? Haha...

    Tulah, housemate saya ketawa kekeh2 tengok Running Man, saya tak ikut, takut nanti tak bley tinggal, bahaya wo, musim2 nak exam ni lagi, haha...

    ReplyDelete
  2. @Hanih Borhan : Kenapa bulan Jun? HAHA...ada sebabnya...hee

    Layan RM ni boleh hilang stress..tapi kalau musim exam tak digalakkan tengok...takut gelak2 keluar semua ilmu...hee

    ReplyDelete
  3. mesti rasa pelik bila tengok running man ada subtitle b. melayu, sebab dah terbiasa tgok sub English. haha.

    ReplyDelete
  4. @khairil : haha...tu mesti biasa layan online je tu..kat ONE HD subs BM...da biasa da...HAHA...

    ReplyDelete
  5. taknak tgkkkkkkkkkkkkkkk,takut terjebak dgn RM,haha

    ReplyDelete
  6. @Mek Onie : sekali da terlayan...mmg confirm terjebak...HAHA

    ReplyDelete
  7. Yeahh serious, izzati dh lama trjebak dah macam Ezad lah tpi caused by abg izzati. Haha yok layan shame shame :)

    ReplyDelete
  8. tak sabar nak tengok. tapi sekarang dah episod 147. byk tue nak kene kejar.

    ReplyDelete
  9. @fyna : hee..takpe..best jgk kalau tgk dari mula..tapi mmg jenuh la nak kejar episod skrg ni kan...layankan je..:)

    ReplyDelete
  10. makin lama makin boring lak tgok RM, tp still tunggu setiap hari selasa untuk download hehe

    ReplyDelete
  11. org2 berumur mcm saya tgk cerekarama je..huhu

    ReplyDelete
  12. tengok banyak kali pon tak rasa bosan

    ReplyDelete
  13. Habis melekat la lepas ni depan tv.

    ReplyDelete
  14. kena tunggu rape lama baru nak saing dengan episod asal..tapi running man tengok banyak kali pun tetap klakar..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com