Tuesday, 8 October 2013

Majlis Pra-Pelancaran Produk Hananut Pleasant Crunchewy & Fiesta Aisyhana

> Whats Up Guys...

Pada hari Ahad yang lalu, aku dan beberapa orang komuniti Blooggers Dot Com telah diberi peluang untuk menghadirkan diri ke Majlis Pra-Pelancaran Produk Hananut Pleasant Crunchewy & Fiesta Aisyhana yang bertempat di Bandar Tasik Puteri, Rawang sekaligus untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran Syarikat Aisyhana Cookies & Food Industries iaitu Hananut Pleasant Crunchewy...

Pra-Pelancaran Produk Hananut

Majlis pra-pelancaran tersebut bermula sekitar jam 1.00 pm dan berakhir sekitar jam 5.30 pm...upacara perasmian Majlis Pra-Pelancaran Produk Hananut Pleasant Crunchewy dihadiri beberapa orang wakil media, dan bloggers...selain itu, majlis tersebut sangat meriah dengan kehadiran para penduduk di sekitar Rawang dan Bandar Tasik Puteri dan diserikan lagi dengan kehadiran 3 artis jemputan seperti Ifa Raziah, Fazli Zainal dan Roslan Shah...

Majlis Pra-Pelancaran Hananut
Pra-Pelancaran Produk Hananut Pleasant Crunchewy

Produk Hananut Pleasant Crunchewy yang baru dilancarkan ini didatangkan dengan 3 variasi yang berbeza iaitu Buah-buahan Campuran, Kuaci dan Bertih Beras...snek kacang mana yang menjadi pilihan agaknya ? Selain daripada itu juga, terdapat hampir 200 jenis biskut turut dijual di Aisyhana Cookies & Food Industries...banyak kan ? 

Hananut Buah-buahan Campuran
Hananut Buah-buahan Campuran

Hananut Kuaci
Hananut Kuaci
Hananut Bertih Beras
Hananut Bertih Beras

Sidang media bersama Pengarah Urusan Aisyhana Cookies & Food Industries iaitu Pn. Siti Akmaliyah Bt. Hj Shuhaimi turut diadakan untuk menjawab pelbagai soalan daripada pihak media dan blogger mengenai produk terbaru Aisyhana Cookies iaitu snek kacang Hananut Pleasant Crunchewy dan ke mana hala tujunya di masa hadapan kelak...

Sidang Media Bersama Pengarah Urusan Aisyhana Cookies

Setelah pelbagai soalan yang ditanya, akhirnya kesemua persoalan yang bermain di minda semua blogger dan media telah dijawab...dan memang tidak mustahil suatu hari nanti snek kacang Hananut ini pasti akan digemari semua tidak kira lapisan umur...dan pasti akan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran...

Hananut Terbaik
HANANUT Terbaik !

Serius, bila pertama kali merasai Hananut ni...memang sedap...serius, memang tidak tipu...sebab aku sendiri telah merasanya...bila sudah mengadap Hananut ni sambil tengok TV, memang tidak sampai 10 minit pun boleh habis satu bekas ni...cara pembuatannya memang sangat teliti di mana campuran badam, karamel dan bijan disusun cantik untuk setiap keping dan selain daripada itu, rasanya sangat unik dan terbukti ianya memang sedap dan sesuai untuk di makan tidak kira masa...memang tidak akan rugi kalau beli...bila sekali sudah rasa mesti nak lagi Hananut Pleasant Crunchewy ni...

Hananut Kuaci

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk Hananut ini, boleh rujuk info berikut :
Aisyhana Cookies & Food Industries
No. 10 G, Jalan Lembah Hijau 5/3,
Green Valley Park,
Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang, Selangor.


Email : aisyhana.cfi@gmail.com
Blog : aisyhanacookies.blogspot.com

Untuk menempah Hananut, sila hubungi : 
Adiwarna Management & Services
Contact person : Shahrul Nizam
017-3664197



NOTA SKYTECH :

Info lebih lanjut KLIK >> Facebook Aisyhana Cookies & Food Industries
**Terima kasih kerana membaca entri Majlis Pra-Pelancaran Produk Hananut Pleasant Crunchewy & Fiesta Aisyhana

22 comments:

  1. seronok nyer kita ni bila la nak ada org jemput pi event huhuhu

    ReplyDelete
  2. fuh sedapnya dapat free cookies.. done isi tabung nuff anda

    recent post : Blogger Jangan Benci Blogger

    ReplyDelete
  3. ifa raziha tak bergelek ke bro..hu3..ramai jugak blogger yg pergi event ni

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat free cookies tu,hehe

    ReplyDelete
  5. berbelit2 nyebutnye,,heheh

    ReplyDelete
  6. Tidak goyang gerudi di atas pentas sekali? :-)

    ReplyDelete
  7. @Kucing Hitam : InsyaAllah...satu hari nanti pasti ada peluang..:D

    ReplyDelete
  8. @Marou Apple Hijau : lagi best kalau ada stok banyak kat rumah...hee

    ReplyDelete
  9. @Nur Misnan : first time cuba terus terpikat dengan keenakan Hananut...:D

    ReplyDelete
  10. @Farisya Anastasyia : serius sedap...rugi tak beli banyak2 untuk stok kat rumah..hee

    ReplyDelete
  11. @blogger lelaki : time dia bergelek aq lari pergi tempat lain..haha

    ada la dalam 10-12 blogger yang pergi event ni..:D

    ReplyDelete
  12. @QueeN TerataI : kena try nanti hananut ni sis...sedap kot..hee

    ReplyDelete
  13. @wazy : benda free selalunya sedap...tapi serius hananut ni memang sedap...tak rugi pun kalau beli..:D

    ReplyDelete
  14. @diana : first time sebut memang berbelit2...lama2 ok la...hee

    ReplyDelete
  15. @akubiomed : ohh...tak mungkin...hee...mujurlah sy tak ken tarik pergi atas pentas...buat2 sibuk masa tu...hee

    ReplyDelete
  16. pelancaran gempak siap panggil artis dan selebriti... cuma lepas nie hope diorang dapat kuar budget untuk buat website online yang lebih menarik... takkan pakai blogspot kot....hohohoho

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com