Thursday, 7 August 2014

Film Review - Guardians Of The Galaxy

> What's Up Guys...

Guardians Of The Galaxy...haa, rasanya ramai peminat movie superhero Marvel's sudah lama menantikan movie ni mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia kan ? Bila tengok trailer movie ni beberapa bulan lepas macam best saja...haa, nak tengok juga apa kelainannya dengan movie superhero Marvel's yang lain...rasa macam da lama betul tak tengok movie baru yang ditayangkan di pawagam ni...kali terakhir tengok wayang rasanya movie Transformers : Age Of Extinction hari tu la...huhu

Haa, tu yang pada hari pertama tayangan movie Guardians Of The Galaxy ni mula ditayangkan di pawagam lagi aku da teruskan misi untuk terjah ke pawagam...semua orang masih dalam mood raya...aku boleh pula layan movie kat pawagam...HAHA...bila tengok movie pada hari pertama tayangan ni memang lain rasanya...betul tak ? hee...kali ni apa kata jom layan review Guardians Of The Galaxy...

Film Review - Guardians Of The Galaxy
Marvel's : Guardians Of The Galaxy

Synopsis : In 1988, following his mother's death, a young Peter Quill is abducted from Earth by the Ravagers, a group of space pirates led by Yondu. Twenty-six years later on the planet Morag, Quill steals an orb only to be intercepted by Korath, a subordinate to the fanatical KreeRonan. Although Quill escapes with the orb, Yondu discovers his theft and issues a bounty for his capture while Ronan sends the assassin Gamora after the orb.

Guardians Of The Galaxy

When Quill attempts to sell the orb on the Nova Corps home world Xandar, Gamora ambushes him and steals it. A fight ensues, drawing in a pair of bounty hunters: the genetically engineered raccoon Rocket, and the tree-like humanoid Groot. The Nova Corps arrives and arrests the group, imprisoning them in the Kyln. A powerful inmate, Drax, attempts to kill Gamora due to her association with Ronan, who killed his family. Quill dissuades him by saying that Gamora can bring Ronan to him. Gamora reveals that she has betrayed Ronan, unwilling to let him use the orb's power to destroy entire planets such as Xandar. Learning that Gamora has a buyer for the orb, Rocket, Quill, Groot, and Gamora work together to escape the Kyln. 
TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum terus skip ke review movie ni...apa kata jom layan dulu trailer movie Guardians Of The Galaxy ni dulu...roll VT !!



#MyReview Guardians Of The Galaxy

  • Filem Guardians Of The Galaxy merupakan filem superhero terbaru keluaran Marvel's Studio yang diarahkan oleh James Gunn yang menggabungkan watak superhero Star-Lord (Chris Pratt), Gamora (Zoe Saldana), Drax The Destroyer (Dave Bautista), Groot (Vin Diesel) dan Rocket (Bradley Cooper) 
  • Pada awal cerita lagi da boleh gelak bila tengok Star-Lord ? Haa, kenapa agaknya Peter Quill menggelarkan dirinya sebagai Star-Lord ? 
  • Siapa sebenarnya Gamora, Drax, Groot dan Rocket tu ?
Marvel's : Guardians Of The Galaxy

  • Bila tengok Watak Star-Lord dalam Guardians Of The Galaxy ni...ni serius aku tengok serupa macam Iron Man...berlagak tak kena tempat ! Tapi....HAHA...
  • Rocket memang genius...tapi hampehh...scene semasa mereka hendak melarikan diri daripada penjara tu memang kelakar habis...Rocket...Rocket...HAHA
  • Watak Groot lagi awesome...belum ada lagi watak superhero macam tu...hee...hanya tahu sebut "I am Groot" saja...tanyalah apa soalan pun kat dia...tu saja dia jawab...bila da nak habis saja baru dia tahu sebut ayat lain...jeng...jeng...jeng...
  • Pada awalnya Drax dan Gamora sebenarnya bermusuhan antara satu sama lain...kenapa agaknya ? Dan bagaimana mereka boleh berbaik ?
  • Mengapakah agaknya Ronan dan Yondu mahukan orb yang ada pada Star-Lord ? Dan daripada mana sebenarnya Star-Lord mendapatkan orb tersebut ? 
Ronan - Guardians Of The Galaxy
  • Siapakah yang menggelarkan Star-Lord, Gamora, Drax The Destroyer, Groot dan Rocket sebagai Guardians Of The Galaxy ?
  • Sesuatu yang tak dijangka berlaku semasa Star-Lord berdepan dengan Ronan...apa agaknya ? Haa, tapi takkan aku nak ceritakan...kena tengok sendiri la...hee
  • Siapakah sebenarnya Star-Lord ni ? Adakah dia cuma manusia biasa ataupun.....

Kenapa perlu tonton Guardians Of The Galaxy ni ?

  • Sejak daripada mula lagi memang aku suka dengan watak Rocket ni...macam tak lengkap kalau tiada dia...muka serius tapi memang kelakar ? Dalam diam kenakan orang...HAHA
  • Plot dan cerita pun agak menarik sebab memang ada kelainan sikit dan berbeza dari segi watak superhero dan jalan ceritanya...costume pun simple saja...tak macam superhero Marvel's yang lain...korang tengok sendiri dan nilaikannya...hee
  • Penuh dengan aksi dan humour...tak percaya ? Pergi la tengok sendiri...boleh tahan gelak tak dengan aksi dorang...hee
Thanos - Guardians Of The Galaxy
  • Haa, siapa yang layan movie Marvel's : The Avengers dulu...mesti ada perasan watak Thanos ni muncul di akhir cerita selepas kredit kan ? Apa kaitannya dengan dengan movie Guardians Of The Galaxy kali ni ? Siapakah Thanos ni sebenarnya ?
  • Tunggu sehingga habis kredit...dan jangan keluar awal dan yang pastinya, memang akan ada sekuel keduanya yang dijangka akan keluar pada sekitar bulan Julai 2017...huhu

Rating : 4.2 out of 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie Guardians Of The Galaxy ni sangat best dan berbeza dengan filem superhero Marvel's yang lain...macam tak puas rasanya tengok...memang berbaloi tunggu movie ni keluar di pawagam sejak beberapa bulan lepas...hmm, nak tunggu sekuel seterusnya lama lagi la pula...huhu...

P.S - Haa, rasanya macam ramai yang belum tengok lagi ni...mood raya la katakan...nak tengok wayang pun malas...HAHA...siapa yang belum tengok movie ni baik pergi terjah pawagam sekarang...lepas ni macam banyak movie best akan keluar...Teenage Mutant Ninja Turtle ? Nak tengok ke tak ni ? heee...

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Guardians Of The Galaxy

31 comments:

  1. Filem fiksyen seperti ini seronok untuk ditonton.

    ReplyDelete
  2. Tunggu TMNT keluar lah baru ada mood nak pegi "beraya" ka wayang...

    itupon belum tentu lagi..haha!

    ReplyDelete
  3. Yang epik bila Rocket minta kaki palsu seorang banduan dalam tu, KONONNYA salah satu benda yang perlu untuk lepaskan diri dalam penjara. Kah kah kah. Lawak gila. Masa kali kedua yang dia minta mata salah seorang Ravager pun sama, mimik muka dia tak boleh tahan. Adeh.

    Satu benda yang saya stress, saya dah tahu mostly cerita MARVEL mesti akan ada end credit scene, tapi saya tunggu lama juga, macam tak ada je. Dalam wayang orang dah tak ada, seram pula tunggu sendiri dalam tu, so terus keluar. Jadinya, tak dapat pun tengok end credit tu. Huuuu. T_T

    P/S : Saya tengah berkira-kira, samada Into The Storm atau Ninja Turtle. Hurm.

    ReplyDelete
  4. @akubiomed : sy pun memang suka layan filem2 macam ni...:D

    ReplyDelete
  5. @MK Hakimi : haha...aq kalau ada movie macam best ke baru tengok wayang...huhu

    ReplyDelete
  6. @farhanaDr : haha...tahu takpe...hampehh punya Rocket...benda tu takde kena mengena pun...bukan free...Star-Lord kena bayar kot semata2 nak dapatkan kaki palsu tu...HAHA...

    sy memang akan stay sampai habis...sebab tahu memang akan ada scene akhir lepas kredit...

    P.S - dua2 tu macam menarik je nak tengok kan...adehhh...

    ReplyDelete
  7. xdi nk pergi tengok dh..tpi lewat pulak..lyan ninja terttle dlu..best cter tu..

    ReplyDelete
  8. @Jie Susanos : ninja turtles memang nak tengok pun tapi esok la kot...:D

    ReplyDelete
  9. thanks for the review... boleh pergi tengok ni.. :)

    ReplyDelete
  10. Ramai dok becerita pasal filem ni.Nak kena terjah jugak ni sabtu ni.

    ReplyDelete
  11. Cerita yang amat menarik dan buat ramai anak-anak terpegun. Rasa mahu tengok sekali lagi lah.

    ReplyDelete
  12. @deq noor : sama2 deqnoor...rasa macam tak puas tengok sekali movie ni...hee :D

    ReplyDelete
  13. @Hazmin Hamudin : ramai bagi feedback yang bagus untuk movie ni...aq pun suka...ada kelainan sikit dari movie superhero yang lain...:D

    ReplyDelete
  14. @Bina Keluarga Bahagia : tu la...rasa macam nak tengok lagi sekali...tak puas rasanya..

    ReplyDelete
  15. yang penting ada edisi kedua..haha

    ReplyDelete
  16. Sayangnya ni last movie dari marvel cinematik untuk tahun ni. next year, Age of Ultron ngan Ant Man ^^

    ReplyDelete
  17. Best cerita ni...hehe. rugi tak pergi tengok.

    ReplyDelete
  18. @reezluv : tu da memang confirm la ada sekuel kedua...hee

    ReplyDelete
  19. @Muhammad Syazwan Norhalik : tu la pasal...nak tunggu age of ultron tu lama lagi kot...pertengahan tahun depan...ant man lagi la...huhu

    ReplyDelete
  20. @Bahrain : lagi best layan movie ni daripada TMNT...hee

    ReplyDelete
  21. dalam proses nak tgk ni...tak bole tahan tgk orang lain tgk cerita ni....

    ReplyDelete
  22. selalunya akak kurang gemar filem2 yang ada watak gini..tapi bila baca review ni rasa macam teringin pulak nak tengok.

    ReplyDelete
  23. tu la, dah tak banyak movie yg ada dlm list. tunggu dia announce movie deadpool atau remake daredavel. dengar2 black widdow pun nak kluar movie

    ReplyDelete
  24. best giler cite ni! :D
    FD tengok gelak2 je sebab banyak lawak. paling best si groot tu. boleh pulak nak nangis tengok bila groot mati. sedihhhh :')
    overall memang best!

    ReplyDelete
  25. Citer nie walaupun lama tapi tak boring.... dan bila si racoon tu muncul memang kelakar je la kan.... cuma Ninja Turtle tu cam boring skit sebab bab intro pengenalan panjang - action maybe dalam 20 minit last jer... huhuhu

    ReplyDelete
  26. cis kalau tahu aku tonton cerita ini,daripada tonton ninja turtle yang aku rasa seperti membunuh kenangan silam kanak - kanak aku

    ReplyDelete
  27. @Fatin Diana : tu la kan...part groot tu memang sedih kan...tapi memang tip top la movie ni...tak sabar nak tunggu sekuelnya nanti...

    ReplyDelete
  28. @hazman fadzil : saya lagi sanggup tengok GOTG ni dua kali kat pawagam daripada tengok TMNT...ramai kata tak best...sy try la tengok, ternyata memang betul2 tak best...huhu

    ReplyDelete
  29. @onlajer : GOTG ni lebih bagus daripada TMNT...memang hampa betul bila tengok TMNT hari tu...

    ReplyDelete
  30. Rasanya sudah lama tak menonton filem di pawagam.Lihat sinopsis di sini, berkobar-kobar nak menyaksikannya. Teringin juga nak tonton.

    ReplyDelete
  31. @sensasi2020 : movie GOTG ni memang serius best...tak percaya tanyalah pada sesiapa yang sudah menontonnya di pawagam dulu..lagi satu, soundtrack untuk movie ni memang classic betul lagu2 nya...memang best untuk didengar :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com