Tuesday, 25 November 2014

Film Review - The Hunger Games : Mockingjay - Part 1

> What's Up Guys...

The Hunger Games : Mockingjay - Part 1...haa, bagi sesiapa yang telah mengikuti perjalanan movie ni sejak daripada The Hunger Games (Mac 2012) dan The Hunger Games : Catching Fire (November 2013) pasti akan tertunggu sekuel seterusnya ni kan ? Ada yang sanggup beli advance ticket ke untuk tengok movie ni sebelum ianya mula ditayangkan di pawagam sebab takut pawagam full house ? hehe...best ke sekuel kali ni ? Haa, apa kata jom layan review The Hunger Games : Mockingjay - Part 1 pula kali ni...


Film Review - The Hunger Games : Mockingjay - Part 1
The Hunger Games : Mockingjay - Part 1

Synopsis : Katniss Everdeen finds herself in District 13 after she literally shatters the Games forever. Under the leadership of President Coin and the advice of her trusted friends, Katniss spreads her wings as she fights to save Peeta Mellark and a nation moved by her courage.

TO BE CONTINUE...

Mockingjay
Mockingjay

Apakah yang akan terjadi selanjutnya...adakah korang masih ingat lagi scene akhir dalam The Hunger Games : Catching Fire ? Apakah sebenarnya yang terjadi kepada Peeta Mellark selepas perlawanan Quarter Quell ? Haa, jawapannya ada di dalam sekuel movie The Hunger Games yang terbaru, The Hunger Games : Mockingjay - Part 1...apa kata jom layan trailer ni dulu...

"Who The Real Enemy Is ?"



#MyReview "The Hunger Games : Mockingjay - Part 1"

  • Filem The Hunger Games : Mockingjay - Part 1 adalah sekuel daripada filem The Hunger Games : Catching Fire (2013) dan sekuel kedua daripada filem The Hunger Games (2012) dalam siri trilogi The Hunger Games berdasarkan novel karya Suzanne Collins 
  • Sekuel The Hunger Games kali ni diarahkan oleh Francis Lawrence, iaitu pengarah sama yang turut mengarahkan The Hunger Games : Catching Fire dan masih membariskan pelakon yang sama untuk sekuel kali ini iaitu Jennifer Lawrence (Katniss Everdeen), Josh Hutcherson (Peeta Mellark), Liam Hermsworth (Gale Hawthorne), Woody Harrelson (Haymitch Abernathy), Elizabeth Banks (Effie Trinket), Philip Seymour Hoffman (Plutarch Heavensbee), Donald Sutherland (President Coriolanus Snow), Sam Claflin (Finnick Odair), Jena Malone (Johanna Mason) dan beberapa orang watak baru iaitu Julianne Moore (President Coin) dan Natalie Dormer (Cressida
  • Mengapakah Presiden Coriolanus Snow mengharamkan semua penduduk di 12 District terlibat dengan pasukan "Mockingjay" ? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Mockingjay"  tu ?
  • Katniss mendapat tahu bahawa Peeta Mellark masih lagi hidup selepas melihat tayangan video LIVE daripada Capitol...tetapi mengikut gerak hati Katniss, ada sesuatu yang tak kena dengan Peeta Mellark pada masa tu...kenapa agaknya ya ? Benar ataupun tidak sangkaan Katniss tu ?
The Hunger Games - District 8
The Hunger Games - District 8

  • Kenapa penduduk di District 8 yang masih hidup dan terselamat daripada serangan menyokong Katniss Everdeen ?
  • Presiden Snow mendapat tahu bahawa Katniss Everdeen dan beberapa orang ahli pasukannya berada di dalam sebuah bangunan di District 8 untuk melawat penduduk dan mendapatkan sokongan mereka untuk berjuang bersama-samanya...apakah tindakan Presiden Snow yang selanjutnya bila mendapat tahu akan hal tersebut ?
The Hunger Games Mockingjay - Part 1 - Katniss Everdeen and Gale Hawthorne
Apakah agaknya yang diTARGET Katniss dan Gale tu ? Masa ni memang stylo habis !

  • Mengapakah Katniss begitu marah sekali terhadap Presiden Snow dan Capitol ? Dan apakah yang sebenarnya telah terjadi sehingga mencetuskan kemarahannya terhadap Capitol ?
Fire Is Catching...And If We Burn, You Burn With Us
Fire Is Catching ! And If We BURN, You BURN With Us !

  • Selepas video promo Katniss Everdeen disiarkan di setiap District yang masih tinggal lagi...adakah semakin ramai penduduk yang akan menyokong perjuangannya untuk menentang Capitol ?
  • Stesen janakuasa hidroelektrik Capitol telah diserang hendap pada waktu malam tanpa diduga...dan persoalannya siapakah agaknya yang menyerang mereka ?
The Hunger Games Mockingjay - Part 1 - Peacemaker
Apa agaknya yang terjadi pada Capitol Peacemaker ni ?

  • Katniss Everdeen mendapat tahu bahawa Peeta Mellark dan beberapa orang tribute yang lain telah ditawan di Tribute Center di daerah Capitol...dapatkah mereka semua diselamatkan ? Bagaimanakah caranya mereka semua menembusi pertahanan Capitol ? Dapatkah pasukan penyelamat pulang dengan selamat untuk membawa kembali mereka yang ditawan di daerah Capitol ? Segalanya terjawab dalam movie The Hunger Games : Mockingjay - Part 1...hehe

Kenapa perlu tonton The Hunger Games : Mockingjay - Part 1 ni ?

  • Watak Katniss Everdeen nampak lebih matang lagi dalam sekuel kali ini berbanding dengan sekuel yang sebelumnya
  • Plot dan jalan cerita memang agak slow pada mulanya tetapi ianya mula best bila sudah masuk ke pertengahan sehingga ke akhir cerita...haa, bagi sesiapa yang pernah layan siri trilogi The Hunger Games ni sejak daripada mula lagi...memang macam ni la gayanya kan...dan yang paling penting jangan tengok movie ni pada waktu malam...sebab banyak sangat dialog...takut korang mengantuk...tapi aku relaks saja tengok malam...tak mengantuk pula...mungkin kena dengan jiwa aku kot movie macam ni...haa, yang tak kena dengan jiwa tu saja yang mengantuk tengok movie ni kot...tu sekadar pendapat aku saja la...hehe
The Hunger Games Mockingjay - Part 1 - Peeta Mellark
Apa yang sebenarnya terjadi pada Peeta Mellark sebenarnya ?

  • Kenapa ada Part 2 ? Haa, bagi yang faham jalan ceritanya...dan layan siri trilogi movie ni daripada mula...memang confirm tak sabar nak tunggu The Hunger Games : Mockingjay - Part 2 yang dijangka akan ditayangkan pada 19 November 2015...kena tunggu setahun lagi ! Adehhh...
Credit Picture : Google.com

Rating : 3 out 5


NOTA SKYTECH : 

Secara keseluruhannya, memang mendebarkan...dan ianya agak berbeza sedikit dengan sekuel yang sebelumnya...tapi bagi yang belum pernah layan siri trilogi The Hunger Games ni daripada mula...dinasihatkan fikirlah seribu kali dulu...confirm akan ternganga dalam pawagam nanti...mesti tertanya kenapa awal cerita lagi sudah macam tu ? Kenapa ? Haa, dan akhirnya nanti...confirm korang akan keluar daripada pawagam semasa movie masih ditayangkan lagi...sebab terjadi masa aku pergi tengok movie ni hari tu...kan rugi duit tiket wayang tu...kih3

P.S - Macam tak puas rasanya hanya layan sekali saja movie Big Hero 6 ni...rasa macam nak repeat pula lagi sekali minggu ni...HAHA


**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - The Hunger Games : Mockingjay - Part 1

22 comments:

  1. kalau nak layan citer besiri ni, kena layan start dari yg first. kalau tak, mmg susah nak paham.

    ReplyDelete
  2. @Scha Nazri : yup...betul tu scha...kalau tak memang melopong la dalam pawagam sebab tak tahu pokok pangkalnya..hehe

    ReplyDelete
  3. ades..semua filem opmuith dah buat style gini..lepas nie hobbit pulak..hu3

    ReplyDelete
  4. hehe even aku layan dari episod sblm ni, tapi still ternganga dan tertidur hehe

    ReplyDelete
  5. baru layan catching fire kat astro...rasanya mockingjay ni pun kena tunggu masuk astro baru boleh tgk...biasalah ada anak kecik ni memang malas nak masuk pawagam, buatnya meragam nnt, susah.

    ReplyDelete
  6. review yang bagus cuma saya bukan peminat filem bergenre macam ni.. kekekeke kita suka cerita seram

    ReplyDelete
  7. @blogger lelaki : biasa la tu...tapi kalau pengikut setia satu2 siri tu confirm akan layan je... :D

    ReplyDelete
  8. @JMR : haha...salah satu faktornya mungkin bro tengok salah time kot...masa tu time mengantuk...HAHA

    ReplyDelete
  9. @ewanthology : kalau tunggu masuk astro...kena tunggu setahun...family yang ada anak kecik, memang paham...meragam...tunggu tayang je kat astro je la...boleh tengok satu family... :D

    ReplyDelete
  10. @Suria Lekatlekitgurl : sy pun minat juga filem genre seram tapi sekarang ni susah nak jumpa filem yang betul2 SERAM...tahun ni takde lagi...tunggu tahun depan...ada tak...setakat terkejut2 je...tak hairan da...hehe

    ReplyDelete
  11. Salam Kenal..

    Cerita ni memang terbaik... tak sabar nak tgk Mockingjay nie... :D

    ReplyDelete
  12. @Time Traveller : Salam kenal juga Time Traveller...

    kalau tak tengok Mockingjay - Part 1...nanti blur pula bila tengok Mockingjay - Part 2 tahun depan kan...hehe

    ReplyDelete
  13. hukhuk.. dah tengok cite ni.. sebab tak pernah layan The Hunger Games memang menguap je la.. huhu.. tak paham.. pening kejap nak hadam.. Review dari kaca mata seorang yang x pernah layan tetiba gi layan Mockingjay.. huhu..

    Salam kenal ye..

    ReplyDelete
  14. aku pun dah pelik dengan permulaan movie yang lain dari jangkaan aku. Ingatkan bersambung dari lelaki terbaring dari movie lepas ni alih2x part lain plak. hahah. bengong skit tgk mula2x. haha

    ReplyDelete
  15. Nak tgk jgk tapi kena layan yang sebelum nih dulu..hehe

    bw dari blog arepnakbebel.com :) salam kenal :) follow blog nih.

    ReplyDelete
  16. @Norizan J : kalau tak pernah layan Hunger Games confirm menguap habis la dalam pawagam...hee

    ReplyDelete
  17. @adarain : haha...aku pun konfius kejap...tetiba je macam tu...haha

    ReplyDelete
  18. @luqman zakaria : memang kena tengok dari mula...baru paham jalan ceritanya...hee

    ReplyDelete
  19. Nampak menarik summary daripada filem nie..
    Walaupun saya pun peminat sekuel nie tp kena tengok dari mula la..
    Baru best..

    ReplyDelete
  20. boleh tahan best jugak la.. kalau siapa yg xtgk dr sekuel pertama mmg xfaham movie ni. hehee

    ReplyDelete
  21. The Game Developers Conference, also known as GDC for short, is the largest annual gathering for professional video game developers produced by UBM TechWeb Game Network, a division of UBM TechWeb, LLC. Touted as the world's largest professional-only game industry event, GDC has showcased essential forums that focus on learning, inspiration, and networking of Robot Unicorn Attack Song creators of computer, console, handheld, mobile, and online games.

    ReplyDelete
  22. The "Wikipedia problem" which means children turning to internet for readymade answers is the new age phenomenon baffling teachers and mentors globally. There are almost equal numbers of teachers who consider technology to be a solution as much as a problem. While a common belief is that technology is hindering the students' capacity to think and analyze, there is also a strong opinion in favor of video games and digital gadgets' ability to engage students and enhance learning by using more than one sensory stimulators. In spite of the growing concern about the students' deteriorating attention spans, institutions are incorporating them Is Dragon Ball Heroes Canon the process of classroom learning.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com