Thursday, 18 August 2016

Kemeriahan IJM Land Half Marathon 2016 Di Dataran Centrio Seremban 2

> What's Up Guys...

Kemeriahan IJM Land Half Marathon 2016 di Dataran Centrio, Seremban 2 pada 14 Ogos 2016 yang lalu memang sesuatu yang di luar jangkaan kerana ianya telah disertai seramai 6,000 orang peserta daripada komuniti penduduk Seremban 2 dan di kawasan sekitarnya. Ianya merupakan acara marathon tahunan anjuran IJM Land sejak daripada tahun 2012 lagi. 
 
Kemeriahan IJM Land Half Marathon 2016 Di Dataran Centrio Seremban 2
IJM Land Half Marathon 2016 Di Dataran Centrio, Seremban 2

IJM Land Half Marathon 2016 Bermula Dengan IJM Land Run...

IJM Land Run yang pertama dianjurkan adalah pada tahun 2012 dan ia hanya mempunyai DUA (2) kategori iaitu larian 5 km dan 7 km, telah menarik seramai 1,500 penyertaan. Setiap kali ianya diadakan, acara tahunan ini semakin mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sejak daripada itu IJM Land Run telah memperkenalkan satu lagi kategori baru iaitu larian 20 km. Pada tahun 2015, ianya telah disertai seramai hampir 4,000 peserta. 

IJM Land Half Marathon 2016
IJM Land Half Marathon 2016

Kemeriahan IJM Half Marathon 2016 Di Dataran Centrio, Seremban 2

Pada tahun 2016, acara tahunan anjuran IJM Land kini telah maju setapak lagi dengan menukar nama acara IJM Land Run kepada IJM Land Half Marathon 2016 dengan memperkenalkan kategori baru iaitu larian 21 km ! Selain itu, terdapat juga larian sejauh 10 km dalam acara kali ini dan ianya terbahagi kepada ENAM (6) kategori iaitu :

  • Kategori A : MEN OPEN (18 hingga 44 tahun)
  • Kategori B : MEN VETERAN (45 tahun dan ke atas)
  • Kategori C : WOMEN OPEN (18 hingga 39 tahun)
  • Kategori D : WOMEN VETERAN (40 tahun dan ke atas)
  • Kategori E : BOYS JUNIOR (12 hingga 17 tahun)
  • Kategori F : GIRLS JUNIOR (12 hingga 17 tahun)

IJM Land Half Marathon 2016 kali ini tampil dengan tagline "Run Together, Bond Stronger" untuk mengetengahkan betapa pentingnya gaya hidup sihat kepada masyarakat dalam kehidupan seharian disamping untuk meningkatkan kesedaran untuk membantu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (MLDA).
 
Mr. Edward Chong, Pengarah Urusan IJM Land Berhad
Ucapan aluan Mr. Edward Chong, Pengarah Urusan IJM Land Berhad

IJM Land Half Marathon 2016 kali ini lebih meriah kerana terdapat 10 cabutan bertuah khas untuk semua peserta dengan menawarkan pelbagai hadiah yang menarik bernilai lebih daripada RM25,000 untuk dimenangi termasuk hadiah utama iaitu sebuah Apple iPhone 6S dan sebuah LG LED Smart TV...woww !! Siapakah yang bertuah itu agaknya ? hehe

21 km MEN OPEN Top 5 IJM Half Marathon 2016
Mr Edward Chong bersama 5 Pemenang Utama 21 km MEN OPEN IJM Land Half Marathon 2016

21 km WOMEN OPEN Top 5 IJM Half Marathon 2016
Dato' Soam bersama 5 Pemenang Utama 21 km WOMEN OPEN IJM Land Half Marathon 2016

IJM Land Half Marathon Challenge Trophy
Dato' Soam bersama pemenang IJM Land Half Marathon Challenge Trophy


Dalam acara marathon yang dianjurkan pada kali ini, buat pertama kalinya "IJM Land Half Marathon Challenge Trophy" telah diperkenalkan untuk diberikan kepada pelari terpantas kategori lelaki dan wanita yang berjaya mempertahankan kejuaraan mereka selama TIGA (3) tahun berturut-turut. 

Pemenang Utama Cabutan Bertuah IJM Land Half Marathon 2016
Pemenang Utama Cabutan Bertuah IJM Land Half Marathon 2016 bersama
Dato' Hj. Abdul Halim bin Abdul Latif,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban

IJM Land Half Marathon 2016 FINISH LINE
IJM Land Half Marathon 2016 FINISH LINE

Tahniah IJM Land di atas kejayaan acara marathon tahunan kali ini dan tahniah juga kepada semua penaja rasmi BMW Millenium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, McDonald's dan Spine & Joint. IJM Land Half Marathon 2016 kali ini mungkin tidak akan semeriah ini tanpa sokongan semua pihak. Arigato !

IJM Land Half Marathon 2016 - Ezad Skytech
IJM Land Half Marathon 2016 - Ezad Skytech ! HAHA

NOTA SKYTECH :

IJM Land Half Marathon 2017 dijangka akan diadakan pada 13 Ogos 2017 nanti...sudahkan anda bersedia ? Hmm, macam nak join pula tahun depan...HAHA...haa, jom mulakan latihan daripada sekarang...mana tahu tahun depan ada peluang nak naik pentas untuk terima hadiah...hehe

Haa, info mengenai IJM Land Half Marathon 2016, boleh terus pergi ke www.ijmlandrun.com
 
**Terima kasih kerana membaca entri Kemeriahan IJM Land Half Marathon 2016 Di Dataran Centrio Seremban 2

8 comments:

  1. Tengok gambar bawah, nampak macam muka kepenatan je. Join lari jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat juga la "BERLARI" hari tu bro...hehe

      P.S - Silau kena cahaya matahari sebenarnya tu...HAHA

      Delete
    2. lari tangkap pokemon ek? :P

      Delete
    3. Tak jumpa satu Pokemon pun sepanjang "BERLARI" pagi tu...HAHA

      Delete
  2. memang meriah nampaknya tu..aku takde le nak join marathon bagai.ahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tahu awal ada marathon ni...memang dah lama dah join...ececehhh...hehe

      Delete
  3. xpernah masuk acara lari2 ni... meriahnya tengok...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com